Aku tahu ramai di antara korang tak setuju orang islam macam aku tonton video lucah. Tapi daripada korang maki hamun aku tak tentu pasal, kan lebih baik korang amek masa dan dengar dulu penjelasan aku? Lepas dah tahu, nak kondem, kondemlah. Kalau nak kondem tanpa amek tahu memang tak patut. Heh.
Aku pun bukan nak tonton sebarangan punya video lucah. Video yang aku nak tengok ini adalah video yang mengaitkan anwar ibrahim dengan wanita cina. Sebagai rakyat aku berhak tahu perangai pemimpin aku bagaimana. Aku berhak untuk membuat keputusan itu sebab pemimpin yang aku pilih akan mencorakkan masa hadapan negara aku. Aku takmo pemimpin yang berzina. Aku tak peduli jika dia islam atau bukan islam. Jika dia mengamalkan budaya seks bebas, maka aku takmo ada pemimpin macam neh. Pemimpin yang suka berseks akan merosakkan masyarakat.
Katakanlah jika ada mana-mana syarikat ataupun individu yang tahu kelemahan pemimpin tertentu yang suka berseks bebas, bayangkan jika mereka nak kontrak ataupun tender kerajaan, mereka akan sediakan wanita baik punya untuk pemimpin berhibur semata-mata untuk dapatkan kontrak. Adakah jika pemimpin islam yang buat maka ia jadi salah dan jika pemimpin bukan islam yang buat maka ia lepas? Sudah tentu tidak. Apabila bercakap soal moral, ianya harus melibatkan islam dan bukan islam. Lainlah chua soi lek. Dia kan ada tiket cuci zina dari umno. Heh..
Aku tahu mesti ramai yang cakap tonton video lucah itu berdosa. Memang pun berdosa bhai. Tapi aku rasa sengsara selagi aku tak tengok sendiri bhai. Bagi aku apa yang boleh polis buat ialah ;
1. Sunting video tersebut agar bahagian-bahagian sulit tertutup. Lebih kurang macam kaburkanlah.
ATAU
2. Tunjukkan hanya muka pelaku seks, yang bahagian mereka membuat aksi dan etc ditutup.
ATAU
3. Gantikan video kepada klip gambar.
Dan kemudian dedahkan ia kepada masyarakat. Jangan biarkan ia jadi tanda tanya. Aku pun tak faham kenapa hishamudin buat kenyataan menghalang orang ramai daripada mengatakan video itu palsu. Dia cakap video itu bukan video palsu. Tapi dia tak faham satu perkara.
Aku bukan mempersoalkan ketulenan video. Walaupun polis dan tambi chik hanya highlightkan isu ketulenan. Katakanlah video tersebut tulen, adakah ini bermaksud sang pelaku seks tersebut adalah dsai? Sudah tentu ini akan mencetuskan lebih banyak spekulasi. Apatah lagi tujuan suruhanjaya diraja ditubuhkan adalah semata-mata nak menentukan ketulenan video tersebut. Sama macam kes vk.linggam. Hanya nak tentukan bahawa video itu tulen. Bila orang dah anggap video tersebut tulen, sudah tentulah persepsi umum automatik tercipta bahawa dsai adalah pesalah seks.
Disebabkan itulah aku mendesak agar video tersebut didedahkan kepada umum. Dsai dan seluruh ahli keluarga tak perlu rasa malu sebab dsai dah menafikan dia dalam video tersebut. Yang patut rasa malu ialah orang yang buat zina dan rakam kan pula dalam bentuk video.
Yang nak tengok pun bukan suka-suka. Bagi aku sendiri, aku ada sebab. Aku nak pastikan sesuatu. Kenapa mereka [pihak polis] hanya nak periksa ketulenan video tersebut je? Kenapa tak nak pastikan bahawa watak dalam video terbabit adalah orang sama dengan orang yang dituduh berzina?
Media termasuk malaysiakini pun bercakap tak konsisten mengenai isu ini, membuat aku lagi beria-ria nak tengok klip lucah tersebut ;
1. Ada media cakap 80% seperti dsai
2. Ada media cakap 90% seperti dsai
3. Ketika skandal video klip didedahkan, johari, chegu bard dan zaid dah tgk terlebih dahulu. Kenapa mereka tunggu masa tertentu utk buat pc? Apa sebenarnya yang kita taktahu lagi?
4. Ada media cakap watak dalam klip video lebih putih.
5. Ada media cakap watak dalam klip video berperut lebih buncit.
6. Tetapi takde sesiapa yang bercakap bahawa muka pelakon dalam video terbabit tidak menyerupai dsai? Nampaknya takde. Sebab itulah point paling penting untuk kita fikirkan.
Seiras mana sekalipun dia dengan dsai, tentu lah tak boleh nak menyerupai 100%. Kalau nak dibandingkan datuk eskay dengan dsai, aku tengok dsai lagi putih dari datuk eskay. Apatah lagi video version hitam putih. Macam mana kita nak tentukan kulit sebenarnya individu terbabit?
Sebab itulah aku cakap, aku mesti tengok juga video lucah tue. Aku tak kisahlah korang nak cakap apa. Aku tetap nak tengok juga. Biar aku tengok dan biar aku analisis sendiri. Aku susah nak percaya cakap pemimpin, polis apatah lagi umno. Susah aku nak ulas berdasarkan pandangan orang. Macam video vk linggam, aku dah tgk dan aku puas ahti untuk mengatakan dia memang bersalah.
Untuk isu neh selagi aku tak tengok sendiri, susah juga aku nak berhujah dengan cybertrooper umno. Bagi cybertroopers umno mereka tak perlu tengok pun. Tengok atau tak tengok pandangan mereka tak berubah. Mereka bukan suka bagi fakta. Tapi untuk golongan atas pagar dan anak muda, kita kena bagi fakta. Mereka takan dengar cakap aku "heyyy u percaya saya, dsai kena fitnah". "Bullshitlah ko". Aku kena maki balik lagi ada. Golongan ini mencari fakta dan menilai sesuatu perkara berdasarkan akal.
So, perlunya untuk aku dan rakyat [yang nak tengoklah] tonton video itu. Bercakap pasal dosa. Memang berdosa pun. Tapi aku nak amek risiko untuk berdosa itu. Aku kena amek. Selagi aku tak dapat tengok video lucah itu selagi itu hidup aku tertanya-tanya.
Aku tahu tiada pemimpin yang maksum. Yang aku tak gemar ialah penyokong yang taksub. Aku terpaksa cakap. Mungkin ada di antara korang yakin 110% yang dsai tak bersalah. Tetapi aku lain. Aku letak 50%-50%. Kebarangkalian dia bersalah itu tetap ada. Sebab itu aku kena tengok video lucah itu. Video lucah itu akan menentukan pandangan sebenar aku. Negatif ataupun positif.
Namun aku pegang pada satu prinsip. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Namun dalam kes video lucah ini, sehebat mana pun umno bercakap mengenai kelucahan dsai, dan selama mana pun dsai akan masuk penjara angkara video lucah, aku tak peduli. Aku tak percayakan mereka. Aku cuma nak tonton video tersebut. Keputusan hanya akan dibuat selepas video tersebut aku berjaya tonton. Simple.
Ameno : Buka tv pun lagi lucah dari tengok klip lucah yang berdurasi 17 minit tue beb.











