Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Mac 2011

Hot ! Identiti datuk T dah terdedah!

 Baca bawah ;

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011 

Ameno : Tengah tunggu rahim chik nafikan.

Share this

21 Responses to " Hot ! Identiti datuk T dah terdedah! "

  1. hurm..fitnah..awat x upload masuk youtube je?

    BalasPadam
  2. AYAM- Haihh apa la nak jadi Malaysia ni...nak pindah la duk America...

    BalasPadam
  3. wahh..real nie.. tunggu vid la pulak.. itulah..kalau nak jatuhkan anwar, masukkan dalam youtube..sekejap je dah musnah career. ini nak main teka teki la pulak

    hottest entry di blog khalis :
    Filem Titanic 3D james camaroon mungkin dibuat sempena ulangtahun kejadian itu

    Bentuk speaker yang cool dan menarik

    Transformers real di China

    BalasPadam
  4. fitnah itu lebih besar dr membunuh!!

    BalasPadam
  5. jangan nak sogok orang sangat laa untuk menjatuh kan orang lain bodoh. dah takut buat cara takut. harap orang yang mendengar tu cerdik akal fikiran terimakasih

    BalasPadam
  6. wa nak pindah gi jepong..leh tolong dapat gak pahala..dai dok baca bahan fitnah ni....

    BalasPadam
  7. wa pun nak pi jepong gak...ok sana pening pala jer dok malaysia ni...

    BalasPadam
  8. satu kisah kelakar..
    26hb ni PM(najib) nk dtg kluang..
    yg bestnye,da berthn jln xturap..lobang merata2..
    (sbb 2 BN klh PRU hr 2)..
    time die nk dtg ni,rmai la yg dpt subcon turap jln bagai..
    so,ktorg rkyat kluang ni pn rse la BN ni bgus..haha~
    tp,knp msti time ni??so ktorg (org2 yg xmngundi) ni,
    harap sgt Najib dtg hr2..so sume jln dlm kluang di cntik..
    x la rosak sport rim & absorber ktorg..
    yg mengarutnye,diorg ni turap track yg akn dilalui Najib..
    pdhl,lane sblh 2 pn teruk gak berlubangnye..ape kejadahnye 2??
    sultan jhr nk dtg pn,xde r lak nk wat smpai cm 2 skali..??
    yg klakanye,kalo ad org nk bunuh Najib pn sng je die dpt tau..
    xyah nk ssh upah org dlm utk tau track najib..
    mne jln yg die da turap,jln 2 la die akn lalu..btl x??
    haish..sedih tgk dunia plotik msia..ngn kes Anwar nye lain..
    yg jdi mngsa??KAMI..hrga brg sume terus naik...tp ape ktorg dpt??
    RM100 utk 4thn..saguhati krn mngundi BN..dlm tmpoh 4thn,bpe kali brg naik hrga??
    bpe kali myk naik harga??diorg kt ats,sonok je..KAMI yg kt bwh ni??
    fikirkn la ye...

    BalasPadam
  9. Lawak tul...zaman sekarang semua alat rakaman mampu amek dalam bentuk bewarna.. hatta camera henpon yg paling cikai pun boleh amek kaler. takde sabab nak amek itam putih. CCTV pun kaler jugak.Bangunan mana kat Malaysia pakai CCTV itam putih lagi?

    lain le kalau itam putih saja dilakukan atas niat2 tertentu...saja nak bagi tak jelas dan konfius?

    Lawak giler....

    BalasPadam
  10. jujurlah, saya ada ramai kenalan yg ada kaitan ngn Tan Sri Rahim..tak pasti dia org macam mana..+/- tu biasala, tp xsangka smpai begitu sekali..terkilan sbb kalau benar dia fitnah, rasa kepercayaan saya tergugat. atau mcm mana susah sy nak ckp.

    tp poin2 mnyamakan fizikal belakang dan sbgainya itu, dato' jo hebatla juga dpt knal pasti fizikal sbnr DSAI. pernah tgk ke?
    ke mcm mna mksud sbnr??
    sorryla gua ni lembab sket ko..tu gua tanya, tkut salah faham

    kesimpulan: politik memeningkan~~

    BalasPadam
  11. HOI,,,,ntah ape2 lah dunia politik,,,,hoi,,ingat semua ye,,hidup kite kat dunia hanya pinjaman,,pangakat kite juga hnya pinjaman,,,xleh dibawa kemati,,,,,eh tp bw kemati juga lah,,hahahaha,,,erm kene soal lah,,mcm2 lah politik ni,,hmmm,,

    BalasPadam
  12. serius aku ckp...bodoh la org politik ni...x de keje lain...nk wat fitnah jer keje....ramai lg org susah kat malaysia...awat x nk amik kisah....

    berdosa besarnyerrr...xtvt seks niii...cam mainan jerrr...dah tua2 bangka...benci btul aku dgr....lain ler kalu model macho2...ensem2...nk citer pasal video lucah...ini x...tua nk mampus pon sbuk dok wat keje cam ni....benci ler aku ngn politik kotor niii........

    BalasPadam
  13. atas ape2 pertuduhan pun...pengadu memerlukan 4 saksi..kalu xde boleh diam or sabit salah fitnah..boleh/layak di rotan 80 kali!!!(hukum islam)
    scaniaz hot post....Mari Melihat Ladang Ganja Dan Cara Ganja Di Tuai!!!

    BalasPadam
  14. Salam sume...
    klu baca kat teks 2 dia kt "Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan."

    so mknanya dia pun sama la mcm org kat video 2 sbb dia pun ada kat bilik sblh.. alamak tbukak sudah rahsia sndiri...

    maaf klu x btl...

    BalasPadam
  15. Macam2 la polotik malaysia ni, bg aku jd pemimpin la g2...

    BalasPadam
  16. erm...sy xde tv kt rmh,xbrpa th isu smsa(almaklumla,dok umah sewa)..kireny,dyorg muncul tp stll fitnah anwar ke?ptutny hotel y smpn video tu(kalo video tu cctv y rakam),.tp knp ad kt org laen?erm...bley x tlg sy phmkn keadaan...bingung kejap..hmmm

    BalasPadam
  17. tengok kenyataan mahathir dalam youtube. Beliau dah tegaskan yang Anwar mmg tak bersalah.. dia sendiri yang cakap, dia ada kuasa masa tu..
    sarankan orang yang menuduh tu pergi buat sumpah dalam masjid kampung hulu kat melaka tu..(masjid yang tertua di Melaka).. itupun kalau berani lah..

    BalasPadam
  18. erm...sy xde tv kt rmh,xbrpa th isu smsa(almaklumla,dok umah sewa)..kireny,dyorg muncul tp stll fitnah anwar ke?ptutny hotel y smpn video tu(kalo video tu cctv y rakam),.tp knp ad kt org laen?erm...bley x tlg sy phmkn keadaan...bingung kejap..hmmm

    BalasPadam
  19. Lawak tul...zaman sekarang semua alat rakaman mampu amek dalam bentuk bewarna.. hatta camera henpon yg paling cikai pun boleh amek kaler. takde sabab nak amek itam putih. CCTV pun kaler jugak.Bangunan mana kat Malaysia pakai CCTV itam putih lagi?

    lain le kalau itam putih saja dilakukan atas niat2 tertentu...saja nak bagi tak jelas dan konfius?

    Lawak giler....

    BalasPadam
  20. fitnah itu lebih besar dr membunuh!!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...