Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Mac 2011

Terkini : Zulkifli nordin sah dapat gelaran datuk!!

Aku dah tahu kenapa zulkifli nordin asyik muncul dalam buletin utama di tv3 beberapa hari ini. Jawapan nya ada di bawah ;


Siapalah yang suggest ke sultan pahang untuk berikan gelaran "datuk" kepada dia? Menteri besar pahang ke? Perdana menteri kita yang dari pahang tue ke? Entah. Lue fikir sendiri. Apa pun artikel ini bukan menghina sultan ya. So jangan nak salah faham sesuka hati. 

Dia kalau ikut rekod, mana ada jasa pun. Lainlah m.nasir dan ramli ms. Mereka dah lama berkecimpung dalam bidang masing2, dah bertahun2. Memang nampak ada juga kelayakkan nya.. yang si zul neh? Entah.. lue fikir sendiri larh!!  Heh

Ameno : Katak pun dapat datuk. Hebat!

Breaking News : Zaid dan chegu bard pun tonton video seks..



Baca bawah ;

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya.
Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.


Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

Selain dari zaid, chegu bard pun dah tonton video tersebut ;

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Daripada susuk tubuh, gerak geri yang kita rapat dengan Anwar, tentu kita boleh kenal," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Katanya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Kes neh dah heboh. Memandangkan dah heboh, maka layaklah rakyat didedahkan dengan rakaman video lucah tue. Kalau tak nak bagi rakaman penuh pun, bagilah klip-klip gambar untuk kita nilai sendiri. Susah juga baca analisis orang lain selagi kita tak tengok sendiri.

Ble kita tak dapat tengok sendiri, sudah tentu wujud pelbagai andaian kan? So untuk lebih adil aku harap three stooges boleh dedahkan kandungan video tersebut kepada umum. Habis citer.


akan dikemaskini lagi.

Ameno : Dari semalam aku asyik tulis citer lucah je.. dah berjangkit dah..

Hebat! Ummi hafilda ada 18 klip seks dsai untuk didedahkan!



WOW.. ummi hafilda.. aku sangat terkejut membaca pendedahan anda... aku rasa korang pun mesti terkejut baca pengakuan ummi hafilda gak.. baca bawah beb ;

Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.

“Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen....


Macam tak percayalah yang ummi ada 18 klip seks anwar ibrahim. Ummi tahu siapa yang simpan klip seks tersebut ya? Takpe ummi, aku fikir nak bagi idea sket kat kak ummi neh, caranya simpe, kalau nak pastikan bn menang dengan bergaya di pru akan datang memang mudah kalau kak ummi follow beberapa step yang aku ajarkan neh ;

1. Pergi jumpa orang yang ada video seks dsai

2. Upload kat utube dan blog tertentu

3. Biar orang ramai tgk

4. Ble kes dah heboh mesti keluar paper dan tv

5. Nak taknak dsai terpaksa tampil untuk buat pengakuan

6. Kalau boleh paparkan 18 klip seks tue secara bersiri

7. Lepas tue biarkan dsai nak lantik forensik luar negara ke dalam negara ke apa ke, untuk tentukan kesahihan video terbabit

8. Tapi percayalah kak ummi, 18 klip seks? Kalau benar, even 1 video seks pun dsai akan rasa malu sebab kesahihan video tersebut mmg blh dibuktikan even oleh rakyat biasa sekalipun asalkan mereka pakar komputer.

9. Jadi di situ, dsai terpaksa berundur dan kak ummi tak yah susah payah buat roadshow 1 malaysia.

10. Kan jimat masa dan tenaga akak?

Dah takde masa terbaik dah untuk didedahkan, inilah masa yang terbaik, jangan tangguh2 lagi macam kes perbicaraan liwat II dsai tue kak ummi, kami siap sedia jatuhkan dsai dalam arena politik negara neh, hulurkan kami video lucah itu now.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
Ameno :1malaysia deman video lucah..

Nazri : Video seks tiada kaitan dengan UMNO.

Haitt nazri? Boleh percaya ke cakap ko neh? Takpe, kita baca dulu apa yang dia cakap kan neh ;




Meh kita teliti sket apa yang dia cakapkan neh ;

1. Kumpulan datuk t tiada kaitan dengan umno [walaupun ada di antara mereka ahli umno dan ahli perkasa]

2. Umno mempunyai banyak ahli, jika ada di antara ahli mereka ada niat ataupun motif tertentu, mereka [pemimpin atasan] tak boleh buat apa-apa.

Okey, nazri cuma nak bagitau bahawa pendedahan skandal video seks ini tiada kaitan dengan umno. Kita faham. Tetapi apa tujuan nazri bercakap begini ;

" Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan"

Apa benda neh? Apa itu niat dan motif yang dimaksudkan di sini? Adakah ini bermaksud nazri secara diam mengatakan bahawa trio datuk t berkemungkinan besar terlibat dalam fitnah III Zina pula terhadap dsai?

Benda neh fishy sket weii. Aku siyes pelik. Aku tengok kebanyakkan ahli-ahli umno pun terpinga-pinga ble tahu datuk t yang dimaksudkan ialah ialah tan sri rahim tamby chik, datuk shuib dan datuk ezkay. Mereka sekarang dalam aura terkejut.

Mereka terkejut sebab mereka tak sangka bahawa ia ada kaitan secara tidak langsung [sebenarnya aku nak je tulis lansung] dengan umno dan perkasa. Yelah mereka fikir sudah tentu ianya ahli pkr sendiri yang dedahkan skandal itu. Tetapi nampaknya tidak. Aku dah lihat kekeluan mereka bila mereka semua pakat-pakat bagi hujah bangang dan bebal.

Malahan mereka siap alih isu lain. Mereka buat isu tgna buat fatwa macam neh di parlimen ;




Neh yang media umno buat. Mereka takde isu. Mereka kalau percaya 100% dsai terlibat dalam skandal seks, sudah tentulah merekalah orang nya yang akan jaja citer neh ke hulu ke hilir. Apa sebab mereka semacam kelu bila dalang video skandal seks di dedahkan? Sebab mereka pun percaya ianya konspirasi jauh di lubuk ahti mereka cuma mereka membelakang ahti nurani mereka atas sebab-sebab tertentu.

Apa pun aku nak cakap sket, tuan guru bukan berfatwa. Takanlah setiap kali dia berucap, setiap kali korang panggil fatwa. Apasal ngok sangat? Setiap kali tuan guru buka mulut, setiap kali korang tuduh dia berfatwa. Korang faham ke fatwa tue apa? Kalau tak faham usah cakap ngok.

Di kelantan tiada judi, tetapi ada penjualan arak untuk orang bukan islam minum-minum. Arak neh bukan guna untuk minum je, ada yang digunakan untuk ;

- upacara penyembahan / sembahyang orang cina

- masakan

- perubatan tradisional cina

Dan aku tak pasti kerajaan negeri kelantan kenakan cukai macam mana bagi pekedai yang jual arak. Apa yang aku tahu mengutip jumlah tertentu [mengenakan denda dan etc] kepada penjual arak [bukan islam] oleh pemerintah tidak dilarang dalam islam. Dan sudah tentulah pemerintah akan gunakan wang tersebut seperti pembangunan.

Ya, aku faham sudah tentu pembaca akan jawab, tak payah fikir panjang2 isu neh kalau nak bidas umno mudah je sebab yang terlibat dengan arak + judi  = pemimpin atasan umno juga, bukan orang lain. Mereka bukan hanya mengutip cukai, mereka siap ada kilang arak dalam dan luar negara lagi! Dalam erti kata lain, mereka raih pendapatan secara direct dari arak! Heh.

Tapi takpelah, umno mungkin tak sedar mereka macam tue, takpe, kita pro-pas sabar je la. Kita terangkan secara baik je kepada mereka. Selagi Allah swt tak larang, maka kita buatlah. Kalau umno rasa perbuatan pas ini adalah bertentangan dengan ajaran islam, maka kemukakanlah dalil dan hujah Alquran.

Tapi kena ingat, kalau ianya HARAM.. ia bukan hanya haram untuk pas sahaja.. ia sepatutnya HARAM untuk semua penganut islam di seluruh dunia. Heh.. faham kan maksud aku neh cybertroopers umno?

Ameno : Boleh ke haram sekerat2?

Rabu, 23 Mac 2011

Hot! Zulkifli Nordin termalu bila dah kantoi!

Heh. Kesian aku dengan yb neh. Aku dah guna segala kesopanan dan kesantunan untuk ajak dia masuk kbsb untuk berdebat bagi mempertahankan hujah dia atas dua perkara ;

1. Berhujah bagi membuktikan sang pelaku seks adalah 110% "dia" seperti yang dia sebutkan dalam berita malam tadi, baca sini dan sini

DAN 

2. Berhujah membuktikan bahawa kepimpinan ulama pas meminta dsai serahkan dna ataupun kepimpinan ulama pas akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim.

Fitnah berat tue. Satu dia tuduh orang berzina. Satu dia tuduh pemimpin tertinggi pas atas sesuatu perkara yang mereka tak pernah buat. Dan di bawah ini adalah hasil perbualan aku dengan dia. Aku fikir bila dia tuduh dsai asyik belit situ belit sana mestilah dia bukan kaki pembelit. Tapi rupanya tuduhan dia tue jatuh ke atas dirinya sendiri. Cukup tak sangka. Inilah yb yang ada di antara korang pernah undi. Heh






Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma nak berbincang dengan yb neh secara berdepan dan berterus terang je tapi dah nasib badan le yb neh asyik mengelak je.. dia yang takmo berdiskusi dengan anak-anak muda zaman sekarang.. payahlah macam neh ada kemudahan teknologi tapi dia taknak gunakan untuk menyelami isi ahti rakyat macam mana? Lepas tue nak suruh kita percaya cakap dia? 

Apa pun terima kasih la yb sebab menunjukkan sikap sendiri.. ha ha ha.. lawak siottt..


Ameno : Perasan tak dia tak menafikan pun yang dia fitnah dsai dan pas dalam ayat di atas tue? Heh.

Hot! [Video inside] Datuk "T" tampil ke depan! Updated!

Susulan pendedahan YB Johari mengenai dalang skandal video seks lihat sini , dalang yang dimaksudkan kini tampil ke depan untuk membuat pengakuan. Berikut ialah versi video ;



Dan berikut ialah sidang akhbar mengenai isu ini ;

KUALA LUMPUR, March 23 — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik admitted today that businessman Datuk Shazryl Eskay, Perkasa’s Datuk Shuib Lazim and himself were collectively the mysterious “Datuk T” behind Monday’s screening of a sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The former Malacca chief minister also admitted that both he and Shazryl were behind the video.
He told reporters at a joint press conference together with Shazryl that they wanted to show that “a person who wants to be national leader and PM was not qualified.”
Abdul Rahim also said that PKR Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul had demanded money to defect after the latter was shown the video on Monday afternoon.
The former Malacca CM also urged Putrajaya to set up a royal commission to investigate the authenticity of the video.
Johari had suggested earlier today that businessman Shazryl was the mysterious “Datuk T”, and that Abdul Rahim was among those behind the screening of a sex video.
Johari also accused the two men of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.
According to Johari, Abdul Rahim had also promised to bring him to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he had viewed the sex video.
Anwar has already accused Najib of being directly involved with the screening of the sex video.
Updated : Eskay mengakui dia dalam video seks terbabit, baca bawah ;
 
"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. 
 
Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.


Ameno : Sekarang siapa yang terdedah? Terperangkap? Terkena? Cuba fikir sendiri..

Hot ! Identiti datuk T dah terdedah!

 Baca bawah ;

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011 

Ameno : Tengah tunggu rahim chik nafikan.

Zaid buat laporan polis di ugut karpal singh!

Korang baca bawah neh ;

KOTA BHARU: Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim semalam, menyerahkan kepada polis untuk melindungi keselamatan dirinya berikutan dakwaan ugutan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Zaid berkata, ancaman Karpal itu serius kerana beliau adalah pengerusi sebuah parti besar dan boleh memberi kesan terhadap keselamatannya.


“Perkataan digunakan Karpal seperti ‘deadly consequences’, boleh memberi ketakutan kepada orang ramai dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan terhadap individu tertentu.“Saya harap polis akan menyoal Pengerusi DAP itu terhadap maksud perkataan berkenaan. Saya faham itu adalah ugutan,” katanya selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam.

Mengikut laporan polis yang dibuat Zaid, pada 16 Mac dan 17 Mac lalu beliau membaca portal Malaysiakini, bertajuk ‘Karpal warns Zaid of contempt over DNA remark’; Malaysian Insider dengan tajuk ‘Karpal: Zaid risks contempt of court over DNA remarks’; manakala akhbar The Star bertajuk ‘Zaid rapped for making Anwar-DNA comments’. 


Zaid neh mengarut aje kan? Takan dia fikir karpal singh nak pergi bunuh dia pula? Tapi yelah dah lawyer sama lawyer punya permainan kan? Kita dok tepi je la. Masing-masing pandai membelit kalau tidak, masakan dorang jadi lawyer? Heh.
Ameno : Macam amek kesempatan populariti neh mr zaid neh.

Selasa, 22 Mac 2011

Hot! Amerika sahkan buku jingga cilok idea MEB Najib!



Buletin utama tadi memang best. Mereka dah mula mainkan lagu kebencian terhadap dsai. Korang tahu BU [singkatan untuk buletin utama okeyh] citer pasal apa tadi? Heh. Meh aku citer. Aku hari neh rajin nak mengata buletin utama. 

Berita di awal-awal siaran neh ramai orang tengok. Sapa setuju dengan aku? Tak setuju lantak korang la. Ada aku kesah? Heh. Dan BU memang hebat racun minda rakyat. Citer dia macam neh ;

1. Mula-mula BU jemput sapa tah nama perempuan neh dia berhujah mengenai buku jingga. Wanita neh pakar dalam something-something la juga, aku tak catat nama dia tadi. Dia berhujah mengatakan buku jingga tidak realistik. Dia berikan serba sedikit pandangan dia mengapa buku jingga ini tidak realistik. Antara pandangan dia yang aku ingat ialah ;

- Buku jingga hanya menerangkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan.
- Buku jingga tidak mencatatkan bagaimana kerajaan menjana pendapatan.
- Buku jingga akan menambahkan hutang negara ke tahap yang membimbangkan.

Okey. Ini adalah seorang pakar yang bercakap. Aku takmo ulas apa yang dia cakap. Tak penting pun pasal bukan bidang aku. Then 

2. Ada seorang orang putih dari amerika [ada nama persatuan ke apa ke aku lupa] mengulas bahawa ;

- Buku jingga ialah versi copypaste daripada dasar MEB yang diasaskan oleh najib tahun lepas.

- Pembangkang tiada idea lain selain mencedok idea najib.

So, korang nampak apa yang aku nampak? 

MEB = buku jingga.
buku jingga = tidak realistik
kesimpulan nya 

MEB = Buku jingga = tidak realistik? 

Korang faham kan?

Tapi nampaknya penerbit BU tak faham. Ataupun mungkin team BU nak mengutuk kerajaan dalam diam. Siapa tahu mungkin mereka nak tunjukkan protes mereka kan? Heh.

Lepas habis citer neh, mereka sambung isu skandal video seks pula. Mereka buat macam semalam cuma kali neh mereka cuma interview dua orang katak je. 
Katak yang pertama ialah ;

Zahrain. 
Si zahrain neh cakap ada orang bagi maklumat dalaman kepada dia bahawa konon nya video skandal seks yang melibatkan dsai ialah konspirasi pkr semata-mata. Tetapi maklumat itu dia belum pastikan kesahihannya. Isu skandal seks adalah untuk menutup isu DNA. 

WOW.. sapa la yang bagi maklumat dalaman tu kat dia kan? Kenapa teori dorang neh asyik bertukar je. Pelik aku.

Katak yang kedua ialah ;
Zulkifli nordin.

ZN pula mengulas bahawa dsai akan menuduh ini semua adalah konspirasi kerajaan. Resepi wajib bagi pkr. Dalam pada itu ZN juga memberitahu dia mendapat maklumat sulit bahawa kepimpinan ulama meminta anwar ibrahim serahkan dna kepada pihak polis untuk siasatan lanjut bagi membuktikan dsai tidak bersalah ataupun mereka akan menimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim pada masa akan datang.

WOW.. apa yang BU buat ialah menyerapkan kepada minda penonton untuk melihat pkr sebagai parti yang wajar dibenci. Mereka juga cuba melaga-lagakan pkr dan pas.  Selalunya umno sering mengutuk pas mempergunakan islam tetapi rata-rata orang islam tak percayakan kata-kata umno sebab apa yang mereka jelas nampak ialah umno yang mempermainkan islam. So kali neh mereka tukar strategi dengan memainkan sentimen pkr mempergunakan pas. Dan nampaknya sentimen neh berjaya sebab ramai orang islam geram kat pkr akibat beberapa krisis dalaman dan ketidakcekapan beberapa ahli parlimen pkr menghanddle beberapa isu penting.

Lepas tue mereka siarkan pula berita yang datuk t tiba-tiba tak jadi bagi rakaman video terbabit kepada dsai pada hari ini atau pada bila2 masa pun. Sebaliknya dia hanya akan serahkan ia kepada badan penyiasat bebas yang disediakan untuk mengendalikan kes ini.  Dia juga menuntut dsai untuk meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Aik... aku nak tengok video tue woitttt... ko faham ke tak faham wahai datuk tttttttttipppuuu....! Kan aku dah geram tue. Ambek ko. Heh.

Berita neh disiarkan di awal berita. Ini bermaksud ramai yang tengok. Bagi yang tidak tahu memang akan mempercayai bulat-bulat apa yang tv3 rasukkan dalam minda penonton. Macam aku dulu. Aku dulu selalu ingat apa yang tv3 beritakan adalah berita yang benar dan sahih.

Ini juga bermaksud mereka dah mula perang manipulasi untuk menang besar di pilihanraya sarawak. Hebat. Mereka ada media arus perdana untuk kekalkan kuasa dan kita? Takde. Apatah lagi kawasan yg kita nak menang neh ialah sarawak yang mana hampir kebanyakkan tempat tiada kemudahan internet. So macam mana maklumat kita nak sampai kat mereka?

Ibarat kancil bertanding dengan ferrari. Sukar nak menang tapi bukan mustahil.

Ameno : Berani betul ZN jual nama "kepimpinan ulama" tue ya..  sumber dalaman??? Mulut dia makin lama makin lancang menfitnah.. hebat!

Hebat! Tarikh video lucah dsai 21 feb 2008?



Petikan printscreen di atas di ambil dari kumpulan facebook yang ramai orang labelkan mereka sebagai kumpulan yang "bodoh". Bukan aku cakap ya, tapi aku tulis ulasan orang je. Even orang umno pun kata mereka bodoh. So? Lue fikirlah sendiri.

Tengok bawah neh pula ;




Petikan printscreen kat atas neh pula dari berita harian. Ianya di tulis berdasarkan kepada pengalaman wartawan tue semalam ketika hadir ke tayangan "perdana" pratonton video lucah pemimpin kanan pembangkang.

Wartawan sendiri yang sebut 21 february 2011. Bukan hanya wartawan berita harian online malahan hampir kesemua wartawan berpendapat demikian sebab dalam risalah yang di edarkan kepada mereka oleh datuk t tercatat tarikh bila rakaman video lucah itu berlaku.

So, hujah kumpulan "bodoh" itu sudah tentulah terbatal secara automatik. Tapi persoalan nya dari mana "klip" rakaman itu diperolehi? Memang aku ada nampak dalam paper sinar harian tadi. So dari mana sinar harian dan lain-lain paper dapat klip rakaman tersebut? Cuba citer sket. Aku pun nak tahu.

Sebab datuk t cakap hanya dia yang memiliki rakaman video lucah terbabit. Jangan taktahu betapa kayanya datuk t neh sehingga dia ada alat pengesan logam. Alat itu digunakan ke atas wartawan yang dijemput masuk ke dalam bilik khas untuk dipertontonkan video seks terbabit. Jadi sudah tentu tiada wartawan yang berjaya mengambil gambar klip terbabit. Kalau amek pun kan ada beza dari segi angle.

Kalau korang tengok dalam gambar di atas, ianya kelihatan seperti ditayang guna skrin tv besar. Bukan guna laptop seperti yang diperkatakan oleh para wartawan. So apa neh? Keliru lar. Apa kata dedahkan je video terbabit. Aku nak tengok. Siyes.

Tonton video seks tersebut di sini.

Ameno : Kalau aku ada video tue aku dedahkan je.. siyes.

Terkini : Zulkifli Nordin sahkan pelaku video skandal seks!


Baca atas. Benda neh aku petik dari utusan. Bukan dari blog zn [shortform zulkifli nordin harap maklum]. Kalau korang perhatikan blog dia, dia ada teori yang lain. Teori dia semalam ialah ;

1. PKR sendiri yang buat video palsu terbabit.

2. Tujuan nak tutup isu dna.

3. Raih simpati pengundi di sarawak.

tetapi tuduhan dia agak sedikit pincang sebab ketidaklogikkan dari segi timeline. Fikir ke dalam sket. Video tue bertarikh pada 21 february. So, macam mana dsai dan geng2 pkr tahu bahawa isu dna ini akan hangat pada bulan march? Katakanlah isu dna tidak akan wujud, so bagaimanakah video terbabit? 

Dan macam mana pakatan rakyat tahu bahawa dun sarawak akan dibubarkan sedangkan kelulusan untuk membubarkan dun terletak pada kerajaan. Mereka malahan tidak akan mengumumkan kepada pakatan rakyat agar pr boleh membuat persiapan sekalipun.

Kalau bulan tiga dun negeri sarawak tidak di bubarkan lalu bagaimana kedudukan video tersebut?

Perlu di ingatkan satu perkara hishamudin dalam kenyataan bersama media semalam memberitahu bahawa dia baru tahu kewujudan video pada pagi semalam sedangkan umum seperti kita semua hanya tahu menjelang tengahari dan dsai pula hanya tahu selepas zohor. Itupun setelah dimaklumlah oleh beberapa individu yang telah menonton video terbabit.

So macam mana hishamuddin boleh mendahului kita semua? Adakah datuk t telah berjumpa dengan hishammudin untuk melaporkan hal ini tetapi hishammudin menolak? Dan kenapa hishamuddin berulang-ulang kali menegaskan bahawa pdrm tidak terlibat dalam rakaman aksi seks pemimpin kanan pembangkang sedang ketika perkara itu sedang hangat diperkatakan, tiada sesiapapun pada ketika itu membuka mulut dan menyalahkan polis. Ya ada yang menuduh bn, tetapi menuduh bn bukan bererti menuduh pdrm.

Namun, jika di tanya pandangan peribadi aku, buat masa sekarang lebih baik kita jangan tuduh sesiapa pun. Kita jangan tuduh bn sebab belum ada bukti ianya ada kaitan dengan bn. Tak dapat dinafikan ramai di kalangan kita mengesyaki bn, tetapi sayangnya kita belum ada bukti dan hujah kuat yang boleh menunjukkan direct linking kes ini dengan bn dan wajarlah kita memilih untuk bersikap rasional.

Berbalik kepada isu zn, kalau semalam teori nya berbeza tetapi hari ini dia sendiri yakin bahawa individu dalam video terbabit adalah dsai. Ini pelik. Bukan sekadar yakin malahan memberikan jaminan lagi. Apa yang mengubah pemikiran dia? Teringin juga nak tahu. Dia tidak mengiyakan atau menafikan dia telah menonton video terbabit. Ini juga pelik. 

Apa salahnya cakap terus terang? Kalau dah tengok, cakap je lhar dah tengok. Kalau belum tengok cakap je lhar belum tengok. Harus di ingat dalam kenyataan di atas tiada "nama" pemimpin pembangkang yang di rekodkan. Cuma apa yang dapat kita kenalpasti ialah pemimpin tersebut terbukti orang islam. 

Dan kenapa utusan sehingga hari ini masih tidak menulis nama dsai sebagai individu yang di syaki adalah watak dalam video skandal seks? Ini menimbulkan tanda tanya. Apa yang mereka cuba buat kali ini? 


Ameno : Tanda tanya makin besar..

Ulasan berita tv3 dan bukti twitter anwar ibrahim!



Anwar dalam satu kenyataan bersama media, menafikan dia adalah individu yang dimaksudkan dalam rakaman skandal seks yang berlaku 21 february bersama seorang pelacur cina. Baca sini.

Dalam pada itu BN juga menafikan keterlibatan mereka dalam skandal seks tersebut. Hishamuddin juga memberikan amaran bahawa jangan mengaitkan polis dalam skandal video seks pemimpin kanan pembangkang. 

Oii.. hishamuddin aku dah baca banyak berita pasal neh belum ada satu orang pun yang menyalahkan polis dalam isu neh, yang ko merepek bagi amaran tak tentu hala neh persal? Ceh.

Dan ini adalah bukti twitter dan facebook anwar ibrahim pada 21 february. Klik sini dan sila sebarkan. Dsai updated sendiri twitter dia. Dia tak upah sapa-sapa pun untuk kemaskini twitter + facebook dia. Lainlah najib, dia hebat. Heh.

Aku tahu ramai bloggers umno akan cakap apa kes setakat update twitter tak bererti dsai tak bermain seks pada hari itu. Apatah lagi cuma 17 minit je. Tapi aku heran gak weh. Takan beria cari pelacur dan main di hotel yang ada cctv dalam pelbagai sudut? Pelik juga ada bilik hotel macam tue ke aku yang ketinggalan zaman? Almaklumlah bab hotel menghotel neh aku memang tak pakar langsung. Heh

Dan memandangkan dsai sedang update twitter dia pada ketika itu, aksi rakaman seks tersebut mestilah ada memaparkan perbuatan dsai sedang memegang hp utk bertwitter. Dalam pada itu dsai ada juga menyuarakan kebimbangan kalau-kalau facebook dan twitternya akan digodam.

Ini apa yang aku dapat dari tv3 sebentar tadi. Ulasan tv3 mengenai isu ini ;

1. Video tersebut berdurasi 21 minit.

2. Video tersebut terbahagi kepada empat bahagian. 

3. Video tersebut dalam format hitam putih.

4. Video tersebut memaparkan aksi seks pelbagai bentuk.

Buletin utama tak sebut pun nama anwar ibrahim. Mereka cuma mengatakan pemimpin kanan pembangkang.

Lepas tue buletin utama memaparkan vitie respon balas anwar ibrahim terhadap pendedahan video skandal seks.

Anwar dalam kenyataan menyebut [paparan tv3] ;

1. Video tersebut adalah fitnah yang paling jijik

2. Bila dia mengatakan video itu adalah fitnah, dia menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dia dalam video terbabit.

3. Dia akan mengemukakan bukti twitter dia pada hari itu. Dan dia juga mengalakkan sesiapa untuk lihat 'sejarah twitter' dia pada hari tersebut.

Agak lama juga tv3 memberikan ruang untuk anwar ibrahim memjawab. Aku sendiri macam tak percaya. Berita kat tv3 tadi, start dari 0804 - 0811 sejurus mengumumkan pembubaran dun sarawak. Lebih kurang di awal berita la. Berita yang di awal itu boleh dikatakan hampir kesemua orang malaysia tengok. So dah berapa ramai rakyat yang dok bersembang pasal isu neh? Boleh kata sekarang 1malaysia dah tahu dsai ada video skandal seks meskipun buletin utama tak sebut nama dsai secara terang-terangan tetapi memaparkan kenyataan anwar ibrahim selepas vitie pendedahan skandal seks oleh datuk t dah menjelaskan kaitan anwar ibrahim dan video skandal seks tersebut.

Selepas itu buletin utama pergi interview lima orang ahli parlimen. Esok paper utusan mesti paparkan perkara neh punya. Nak tahu sapa? Mereka ialah ;

1. Zulkifli nordin 

ZN punya bercakap macam dia dah tengok video tue. Belum apa-apa lagi ZN suruh dsai mengaku dan mengatakan dsai bersalah. ZN juga mengulas bahawa dsai akan menafikan kes ini sepertimana kes liwat II dan dsai harus bermuhasabah serta bertaubat. 

Ameno : Dia dah tengok ke video neh? Datuk t kata rahsia. Aikk? updated : untuk rekod tv3 cuma menyiarkan sedikit rakaman ulasan zn, ttp dalam blog zn, dia mempunyai teori yang lain. apa yang dia cakap menerusi blog dia ialah dsai sendiri yg menyebarkan video palsu tersebut utk meraih sokongan rakyat dan menutup isu dna.

2. Ibrahim ali.

Ibrahim ali cakap sama macam apa yang ZN cakap cuma dalam nada yang lebih sopan dan lembut. Cara ibrahim ali bercakap seolah-olah dia tak tengok lagi video tersebut. 

Namun perkataan memalukan orang melayu, bertaubat, syukur alhamdullilah akhirnya melayu dah sedar, anwar kena berundur, anwar harus dihukum, penyokong pembangkang kena buka mata dah memang trademark dia. Tapi kalau banding cara dia bercakap ttg isu neh dengan ZN, rasanya boleh diterima lah sebab dia tak menuduh pun anwar secara direct sebaliknya meminta siasatan di lakukan. Nampaknya katak ibrahim lebih cerdik dari ZN yang terus menuduh membuta tuli sambil pakai kopiah plak tue.

Ameno : Dah takde watak lain nak interview agaknya. Seme golongan katak je tv3 kasi highlight.  

3. Idris harun - Ahli parlimen BN
Idris minta anwar ibrahim tarik diri dan melepaskan semua jawatan. Video terbabit memalukan. Dan dsai harus bertaubat.

Ameno : Dorang seme neh dah tengok ke video neh? Belum apa2 dah suruh dia bertaubat. Patut buktikan dulu watak dalam video terbabit ialah dsai. Ini tidak tuduhan lebih ke depan daripada bukti. Apa kes?

4. Wee choo keong

Buat laporan polis untuk menafikan dsai terlibat dalam skandal video seks andai benar dsai tak bersalah. Andai ini fitnah, maka cari keadilan untuk membersihkan nama sendiri. 

Ameno : Walaupun dia neh cina, tapi cakap dia lebih rasional dari cakap 3 orang melayu kat atas yang belum apa-apa suruh dsai bertaubat. At least tengok dulu video terbabit then barulah bagi feedback.

5. Zahrain.
Dsai memalukan seluruh umat melayu sebab dsai ialah pemimpin melayu [masa bila entah]. Dsai akan memecah belahkan orang melayu berikutan pendedahan video skandal seks. Memalukan. Bertaubatlah. Kerana skandal ini memalukan seluruh umat melayu yang juga islam serta rakyat malaysia.

Ameno : katak zahrain bercakap sambil duduk macam dia sedang bersantai, pakai baju biasa pula bukan baju berkot macam dalam rumah. Kalau benar dalam rumah sanggup tv3 pergi interview zahrain untuk isu neh semata-mata. Dah plak tue si zahrain neh merepek je banyak. Aku sebetulnya tak faham satu haramjadah apa yang si katak neh mengarut kat tv3 tadi.. cakap benda yang sama ulang-ulang. Memalukan umat melayu..blablabla.. then memalukan umat melayu.. blablabla.. lagi.. dia asyik fikir melayu, melayu, melayu.. padahal melayu = seks = normal pe kat malaysia neh. Dia duduk mana? Dalam batu kot.

Datuk t tue kan dia sewa hotel carcosa [ betul ke ejaan aku neh] untuk menyebarkan video terbabit kepada khalayak. Korang fikir cikai2 orang leh wat macam tue ke? Tak boleh beb, mesti ada banyak duit punya. 

Nak sewa hall lagi. Ada pekerja pula yang incharge wartawan2 supaya wajah dan identiti datuk t tidak terdedah. Maknanya dia neh jenis berduit pula. Kalau tak macam mana dia sendiri nak pasang video, dia sendiri nak edar paper blablabla kan?

Dia takmo keluar munculkan diri. Aku tak faham napa. Kalau benar ada bukti, cukup upload kat utube je, hah mampos lah karier politik dsai dalam masa 1 hari. Tak percaya cuba buat. Itu kena buktikan dulu bahawa video terbabit adalah sahih. Dan bukan hanya video malahan watak pelaku seks itu juga harus dibuktikan dulu adalah dsai. Sebab apa mereka yang dah melihat video terbabit mengatakan perut lelaki tue buncit + boroi. Heh.

Dan siang tadi, ada seseorang [entah sapa tah] pergi pasang video lucah dsai kat ruang legar parlimen guna laptop. Sambil hisap rokok, dia g tayang video tue kat beberapa orang kuat umno. Aikkkk...? Lue kata rahsia datuk t. Lue kata lue sorang je ada rakaman terbabit.. sekarang sudah ada orang lain yang ada rakaman tue..apa citer? Lue tipu enh datuk t? 

Sebab tue aku pelik, sampai ke parlimen depa bawa video lucah terbabit. Terbaru dsai akan buat laporan polis berkenaan isu neh esok [selasa].



Ameno : datuk t = the insider? the truth? or t = the tipu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...