Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Mei 2012

Azmin Ali pun merasuah juga ka? Part 2. [Document Inside]

Part 1 kat sini oke.
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah  terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak  harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. 

Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT 
Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload besama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.









 Laporan polis kat sini oke. Sumber pun dipetik dari situ.

Azmin Ali pun merasuah juga ka? Part 1. [Document Inside]

Ada satu artikel baru ditulis oleh RPK. Ianya mengenai Azmin Ali. Takde kena mengena dengan isu seks. Samada benda neh benar atau sebaliknya kena tunggu penjelasan dari Azmin Ali sendiri untuk menjawab tuduhan neh. Aku tak berpihak kat mana2 side sebab apa aku sendiri pun tak jelas pihak mana satu yang bersalah.

Boleh kata kat sini peranan aku sebagai pemerhati jek. Dorang sesama dorang masing2 membuat statement demi statement, so as orang yang memerhati aku akan terus memerhatikan. Kalau ada apa2 statement yang mencurigakan ataupun statement yang boleh membuktikan salah seorang menipu baru larh boleh buat kesimpulan. Tapi sekarang neh aku nak jadi pemerhati jek.

Menurut RPK ;

1. Ada pegawai SPRM memberikan dia satu file yang sulit. File tersebut mengandungi pelbagai butiran, bukti, rakaman dan sebagainya bagi jenayah yang dilakukan oleh seseorang pada beberapa tahun yang lepas. Of course lah kesalahan rasuah sebab dah disiasat under SPRM kan. Dahulunya ia dikenali sebagai BPR.

2. Individu yang dimaksudkan disini ialah Azmin Ali. 

3. Ketika itu kes neh terpaksa ditutup kerana di arahkan oleh Anwar Ibrahim yang sedang berkuasa. Maksudnya DSAI arahkan pegawai tutup kertas siasatan ke atas Azmin Ali. 

4. Antara yang terkandung dalam file sulit tue ialah  bukti pembayaran rm15,000 dari Vincent Tan kepada Azmin Ali.

Sekarang neh aku hanya bersikap di tengah2. Macam aku tulis kat atas sebelum neh. Iaitu tidak berpihak sehingga salah seorang terbukti bersalah atau sebaliknya. Apa pun andai benar bukti dokumen tersebut masih WUJUD, VALID dan apa2, aku berharap SPRM boleh buka kertas siasatan dan teruskan dengan pendakwaan. Simple.

Kalau sekadar bercakap dan bercakap apa yang ko dapat kan? Oleh kerana ko yang ada kuasa maka amek sahaja apa2 tindakan bagi membuktikan apa yang ditulis dan didedahkan oleh RPK. Baca kat posting selepas neh slow2 [KLIK SINI] dan hadam sendiri. Aku sendiri pun masih dalam proses memahami dan mengkaji kes.

Ameno : Donoooooow

Betul ke tarif elektrik naik?


Sekarang neh telah tersebar bil elektrik yang berbeza kadar. Siapa punya tah aku pun tatau. Aku dah check bil elektrik aku tetapi takde plak yang terbaru. Yang terbaru aku dapat surat warna kuning. Amaran dari TNB suruh bayar bil elektrik. Jumlah yang perlu dibayar ialah rm63.

Alamak aiii. RM63 jek pun nak warning aku bagai. Aku tak ingat dah berapa bulan aku tak bayar tetapi memang der semenjak dua menjak neh bil elektrik aku tidak begitu mahal berbanding tahun lepas dan awal tahun neh. Aku pun tatau kenapa. Mungkin gak TNB dah insaf. Dorang takmo cas rakyat mahal2 lagi.

kah kah kah

Setahu aku larh bil elektrik sama macam bil air. Semakin banyak ko guna maka semakin mahal kadar ko. Contohnya kalau ko guna rrm30 sebulan ke bawah, maka dia akan kira kadar lain. Bila ko dah melebihi penggunaan rm30 sebulan, dia akan cas guna kadar yang lain pula. Yang mana lebih mahal sikit larh.

Contoh ;

Blok penggunaan  0 - 343 x kadar 0.393 sen.

Blok pengunaan 344 x kadar 0.430sen.

Tapi kalau kita rujuk kedua2 bil di atas neh, aku tak nampak pun wujud dua kadar yang berbeza dalam satu bil. Maksud aku disini ialah selepas melepasi limit penggunaan tertentu, sepatutnya dalam bil di sebelah kanan kena wujud dua jenis kadar yang berbeza. 

Tetapi nampaknya perkara tersebut tiada. So aku pun tak faham kenapa. Sekarang neh langkah paling mudah yang kita boleh buat ialah ambil bil masing2 dan buat pemeriksaan sendiri. 

Mungkin ada yang cakap bahawa kadang2 TNB cas kita guna kaedah anggaran = purata penggunaan sebulan kita. Oke aku faham tetapi tak kira lah TNB cas kita macam mana sekalipun mereka tetap akan menggunakan satu kadar yang sama. Takan berubah2. Kalau untuk pengguna domestik = perumahan.

Lagi satu bil aku yang lama pun dia cas guna kadar 0.430 tue. Bulan 4 punya bil. Bil2 elektrik yang lebih lama dari tue dah hilang ke mana. Nak buat perbandingan pun payah. 

Aku pun tak faham sangat benda neh macam mana. Ke memang kadar elektrik kita 0.430 ? Dan kadang2 TNB saja bagi discount ka? Tah. Mana aku tahu. Macam mimpi jek TNB nak bagi discount tue.

kah kah kah

Ameno : Levi kot.. elektrik kan dah bercukai sekarang.

Menteri pun beli no plat WWW.

Seme kemaruk sangat dengan huruf WWW neh dah kenapa? Buka internet tiap2 hari jumpa huruf neh sampai naik boring dibuatnya. Ini kan lagi nak beli huruf neh untuk diletakkan di kereta masing2? 

KAH KAH KAH

Benda takde faedah macam neh larh yang orang2 kaya suka nak kemaruk. Lantak lue orang larh. Kalau ditanya pada aku memang aku jawab gila meroyan. Tapi kalau ditanya pada yang meminati benda2 gini memang larh jawapan dia berbeza.

Bab hobi orang, kita nak komen lebih2 pun payah. Dah memang wujud spesis manusia yang suka kumpul no plat dengan huruf2 popular macam neh. Janji guna duit sendiri cukuplah. Kalau guna duit rakyat itu lain citer oke.

Rupanya menteri kita pun ada yang kemaruk dengan hobi mengumpul no plat dengan huruf2 istimewa neh beb. Nama menteri tersebut ialah Puad Zarkashi. Lihat keratan berita kat bawah neh jap ;


Member berjaya dengan nilai bidaan rm30,000. No plat WWW 69. Tak silap aku liow tiong lai menteri kesihatan pun ada membida juga kan? Bagus. Kaya2 menteri di malaysia neh. Setakat rm30,000 apa larh sangat.

kah kah kah

Janji guna duit sendiri oke. Dah cukup larh tue. Aku memang no hal langsung.


Ameno : Ramai juga yang kemaruk dengan huruf WWW neh ek.

Isnin, 28 Mei 2012

Anwar Ibrahim kena halau dari masjid ek?

Ketika dsai datang sini pun ada orang berperangai macam dalam video kat bawah. Orang tue datang sini bersolat dan bagi sedikit ucapan tak lebih tak kurang. Tak bawa masuk pun isu politik dalam masjid or dalam surau. Tapi perangai segilintir orang neh dia tak faham. Especially orang2 yang anti dsai.

Cuba ko fikir sejenak. Dsai datang jauh2. Selepas bersolat takan nak tengok dia diam2 aje kan? So apa salahnya kalau dia berucap serba ringkas? Takde pun bawa masuk isu politik dalam masjid. Toksah nak anti sangat larh. Aku pun bukan pro dsai tapi benda remeh temeh macam neh nak bergaduh buat apa?

Yang tak tahan tue selepas dsai blah dari lokasi dia boleh pongpang2 pasal lambat solat isyak apa seme larh. Walhal waktu solat isyak pun tak masuk lagi. Sorang laki tue yang juga individu yang aku anggap dia GAY sebab aku dah pernah cakap dua tiga kali macam tue kat dia, dia terlalu over seolah2 nak menghalau dsai dari masjid. 

Walaupun dia tak cakap tetapi tindakan dia mendesak2 orang membuatkan orang boleh baca niat tersembunyik dia. Kecoh larh lue bhai. Kecoh. Aku tak pergi masjid time dsai datang sini ari tue. Dekat gile dengan rumah aku tapi aku memang malas nak pergi. Dengar member citer pasal kejadian tue di rumah jek. Tak sangka orang yang benci politik boleh berperangai macam neh. Rumah dia tue jauh. Takde kena mengena pun dengan masjid sini. 

Yang sibuk nak solat kat sini time dsai datang sini buat apa? Aku tatau tue korang kena tanya dia sendiri larh. Saja mengumpat dia sebab kejadian dalam video kat bawah neh lebih kurang apa yang pernah berlaku kat kawasan aku neh dulu. Bezanya kat sini ialah aku tiada rakaman kejadian. Based on citer kawan jek.

Kalau pemimpin2 pembangkang datang masjid ka surau ka toksah nak kecoh sangat larh der. Orang nak bersolat dengan penyokong2 pakatan rakyat. Bukanlah aku nak cakap bersolat bersama2 pemimpin neh dapat pahala lebih ka apa tetapi biasalah bila lagi nak merasa bersolat bersama2 pemimpin kan? 

Bukan luak apa pun kalau dorang teringin nak buat macam tue. Korang toksah nak semak sangat benci perkara2 macam neh. Bila najib datang masjid boleh jek, apa salahnya kalau dsai tak boleh masuk ke masjid pula? 

Takde sapa2 pun tuduh najib berpolitik dalam masjid walhal dia memang betul2 terbukti buat sedangkan dsai hanya bagi ucapan ringkas pun depa tuduh dia berpolitik. Canibal betul cara sesetengah orang tue. OVER!

Nah tengok video kat bawah neh. Last2 dsai keluar dari masjid. Ohoii.. jangan over sangat buat orang nanti lue kena balik. 

 

Orang kata kalau kita nak berbeza pendapat kita luahkan jek cara baik. Normal sebenarnya bagi kita untuk berbeza-beza pendapat. Tetapi jangan keterlaluan sangat sampai membawa kepada perasan benci membenci. Orang nak bersolat pun korang benci. Agak2 larh weh. Jangan over sangat.

Ameno : Nak solat pun payah.

Inilah pemilik no plat WWW.

Toksah nak ber-rahsia sangat larh. Benda macam neh sesiapa pun boleh tahu. 

kah kah kah

Aku baca berita pasal neh depa dok beria2 merahsiakan nama pemilik WWW. Dah kenapa nak ber-rahsia2. Bukan boleh buat duit pun kalau kita dapat tahu siapa pemilik no plat WWW kan? Nak kata emas pun bukan. Kalau curi no plat neh boleh jek dorang buat no plat baru. Pendek kata memang takde apa sangat pun kenapa benda neh dirahsiakan.

kah kah kah

Aku dapat info menerusi email tadi. Inilah pemilik sebenar WWW tue. 

 
Dan ini pula berita yang merahsiakan ia. Eley. Mesti dia dah tahu punyalah. Dah sampai masuk berita kan. Ekekeke. 

Tahniah lah ek. Dengan duit beribu2 beli no plat. Inilah ciri2 orang terlalu banyak duit. Aku hanya mampu cemburu jek.

kah kah kah

Ameno : Nak kumpul seratus ribu pun tercekik neh..

Undi PAS masuk syurga FATWA SESAT!

Berita terbitan utusan.


Ulama muda umno. Korang neh kalau meroyan no 1. Pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi aku takmo sentuh sebab dia taktau keseluruhan kisah yang berlaku di sini. Mungkin utusan petik kenyataan dia kat mana2. Utusan memang terkenal dengan sikap suka petik, crop dan edit statement orang demi kepentingan ketua mereka. 

So tak mustahil juga ahli majlis fatwa masjidil haram menjadi mangsa serakah utusan malaysia. Memang tak mustahil der. Aku tak kata pandangan dia salah pun kat sini. Memang kalau TGNA keluarkan fatwa bahawa undi pas masuk syurga aku fikir tak perlu tunggu orang jauh2 komen. Orang dekat2 terlebih dahulu akan balon tgna.

Aku pun tatau sejauh mana level kebengapan wartawan utusan malaysia. Beza antara pandai dan bodoh neh ialah bukan seperti beza antara si cerdik dan si bangang. Sebaliknya ialah orang pandai tahu sejauh mana level kepandaian dorang manakala orang bodoh tak tahu sejauh mana level kebodohan dorang. 

Maksudnya kat sini kepandaian memang ada titik noktah tetapi tidak bagi kebodohan. Itu yang susah sket nak deal dengan orang2 macam neh. Sebab tak tau kat mana titik noktah bagi orang2 yang bodoh.

Kita taktahu sejauh mana dorang bodoh dan sejauh mana kebodohan dorang neh bakal menyusahkan kita pada masa akan datang. Itu bahayanya. Bukan kita seme tak tahu apa itu maksud fatwa. Fatwa itu bermaksud ;

Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Di ambil dari portal kerajaan sendiri. Sila klik sini.

Sekarang siapa pula yang terlibat dan layak mengeluarkan fatwa? Baca kat bawah neh ;

Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri. 

Klik sini untuk bacaan penuh.

Dari sini apa yang kita boleh rumuskan?

1. Fatwa hanya layak dikeluarkan oleh mereka2 yang mengangotai majlis fatwa kebangsaan

2. Mufti bagi negeri2

3. Selepas mengadakan muzakarah aka perbincangan untuk putuskan satu2 hukum secara bersama.

Jadi apa yang tgna sebut mengenai undi pas masuk syurga? Adakah kenyataan tgna ialah satu fatwa? Bukan. Tgna memang orang alim tetapi dia tiada kelayakkan untuk mengeluarkan apa2 fatwa sebab dia tidak mengangotai majlis fatwa kebangsaan kerana tuan guru bukan seorang mufti. 

Maksudnya kat sini ialah tuan guru bukan mengeluarkan fatwa sebaliknya tuan guru hanya mengeluarkan kenyataan jek. Siapa yang sangat tak cerdik sehingga menganggap setiap patah perkataan tuan guru ialah merupakan satu fatwa pula?

Kalau tuan guru kata "makan nasi",  adakah itu akan di anggap sebagai fatwa juga? Sapa tak makan nasi berdosa kah ? Adakah seme benda yang tuan guru ucapkan boleh di anggap fatwa? Habis tue dia dilarang berbicara kah? Arh sudah. Asal cakap jek fatwa. Macam mana neh?

Dorang selalu gunakan alasan bahawa kenyataan2 tgna mengelirukan pengikut2 setia pas tetapi sejak aku kenal baik dan betul dunia politik tak sekalipun aku TIDAK pernah terkeliru dengan kenyataan2 tgna pun. Aku sangat2 faham apa itu fatwa dan apa itu kenyataan.

Yang aku tengok selalu sangat terkeliru tue orang2 umno ada lah. Dorang sedaya upaya cuba memutarbelitkan statement tuan guru bagi nak membuktikan tuduhan dorang bahawa tuan guru tue sesat. Sebenarnya itu adalah satu langkah yang menyeksa diri sendiri. Faham tak? Korang letak tuduhan terlebih dahulu sebelum bukti. Akhirnya korang dah malkan diri sendiri. 

Bila benda tue dah makan diri mula larh nafsu menguasai diri untuk memutarbelitkan seme kejadian, seme kenyataan dan seme tingkah laku tuk guru. Usah kata pengikut2 bien, pengikut2 pr juga begitu sebenarnya. Jika korang letakkan tuduhan terlebih dahulu berbanding bukti korang akhirnya akan makan diri sendiri. 

Berhentilah menganggap apa saja yang keluar dari tuk guru ialah merupakan satu fatwa. Hidup jangan jadi sochai sangat. Kalau taktau, cari tahu dulu. Cari kefahaman. Kalau larh undi pas masuk syurga tue merupakan satu fatwa dah lama dah dorang tahan tgna dan masukkan dalam penjara.

Tapi disebabkan ia bukanlah satu fatwa sebab tue tiada apa2 tindakan di ambil terhadap tuk guru sampai sekarang. Umno tak habis2 cakap pas memecahbelahkan jemaah islam di malaysia tetapi siapa sebenarnya pecah perpaduan tue? Cuba tenangkan diri dan berfikir masak2 mengenai perkara yang disebut perpaduan tue. 

Boleh ke perpaduan wujud dengan orang yang hari2 fitnah ko kiri kanan atas bawah depan belakang? Orang gila pun taknak berpadu dengan ko kalau begini sikap dan akhlak ko. Ubahlah. 

Orang islam sekarang neh dok bertelagah jek sebab ko utusan lidah pembohong no 1. Lidah pemfitnah no 1. Punca umat islam bergaduh tue datangnya dari utusan. Jika utusan berhenti menfitnah, berhentilah segala2nya yang merasuk dan menghasut umat islam berpecah. Yang tue pun taktahu lagi ke? Orang yang memulakan api, orang itulah yang kena berhenti. Simple.

Ameno : Kalau tuan guru cakap nak pergi tandas? Mampoih seme orang anggap ia fatwa pula.. ekekeke.

Himpunan Jutaan Belia edarkan borang kaji selidik beb..





Contoh borang yang diedarkan. Aku dapat dari rakan facebook menerusi email. Woooooor dorang nak tengok sejauh mana event neh mendapat sokongan dan sambutan orang ramai dengan mengedarkan borang kaji selidik neh rupanya. Selain tue pakat2 mengumpul survey sejauh mana sokongan orang muda terhadap bn. Samada dah kembali pulih ataupun lebih teruk berbanding dulu.

Tak kisah lah tue kalau dorang nak buat kajian apa seme. Cuma aku berharap korang seme yang dapat borang neh jangan jawab dengan betul plak. Tipu jek dorang. Tipu jek seme. Jangan bagi kerajaan jawapan yang betul. 

Kalau dorang dapat jawapan yang betul bermaksud dorang dapat mengumpul keputusan survey yang tepat. Bila dorang dapat mengumpul satu result survey tak kira lah samada result tersebut baik ataupun buruk kepada dorang, dorang akan fikirkan satu strategi untuk mengatasi ia kalau ia result yang buruk, dan kalau ia result yang baik dorang akan start berbangga diri. 

Kalau result tipu2 especially result yang memenangkan dorang, kalau dorang nak berbangga2 diri pun no hal. Lantak kan disitu. Biar dorang syok sendiri dan akhirnya lalai. Macam pru - 12. Dorang berlagak sangat last2 kalah 5 negeri. Macam tue larh kita nak buat sebenarnya untuk pru - 13. 

Jangan PR yang kembali melopong sebab hilang beberapa negeri sudah lah.  Aku tengok selangor ada harapan besar untuk jatuh kembali ke tangan bien. Siyes cakap neh der. Apa pun di masa2 akan datang kalau dapat borang kaji selidik tipu jek habis2. Jangan berikan mereka jawapan yang betul dan tepat. Selama neh kita dah puas kena tipu kali neh kita balas je larh balik. 

KAH KAH KAH

Ameno : Korang terlupa nak tulis nama rosmah mansur dalam senarai pilihan pemimpin tue hah.. kalau ada nama dia aku mesti pilih. Ekekeke.

Ahad, 27 Mei 2012

Video kemalangan di himpunan jutaan belia tersebar.

Video neh ialah rakaman yang sempat dirakam oleh mereka sebelum kemalangan berlaku der. Rakaman beberapa minit sebelum kereta yang terlibat dalam sesi drag racing terbabas. Sejujurnya aku no komen apa pun dalam kejadian neh.

Benda dah kemalangan kan kita cakap banyak pun tak guna. Ada 17 individu yang dilaporkan cedera ketika insiden. Semua nya atas satu sebab iaitu kereta merempuh mereka. 

Aku nampak penghadang, tapi aku tak nampak pula pembahagi jalan atau apa2 pun yang melindungi penonton dari risiko di langgar pelumba sepertimana yang dinyatakan oleh menteri sebelum neh menerusi malaysiakini. Rujuk sini.

Diharapkan lainkali pihak penganjur boleh meletakkan pembahagi jalan batu konkrit. Yang biasa orang buat dalam perlumbaan. Dan jarakkan lagi penonton dengan jalanraya. Bahaya kalau dekat2, siyes. 

Kalau korang tengok kereta tue betul2 langgar penghadang sekali jalan jek membuktikan penghadang tue memang ringan dan kedudukan khemah pula sangat berdekatan dengan jalanraya. Sebab tue aku kata bahaya. Bila kereta terbabas, dengan mudahnya penonton jadi mangsa. Kat situ lah bahaya.

Apa pun semoga pihak yang tercedera akan pulih dengan segera. Lihat video kemalangan neh kat bawah. Start minit ke 5 dan ke atas ;




Ameno : Takde pasukan keselamatan ke kat situ? Lainkali mohon letak pasukan keselamatan supaya senang mengawal keadaan oke.

Sabtu, 26 Mei 2012

Ini bukti video UMNO mulakan provokasi bukan Anwar di Lembah Pantai.

UMNO lembah pantai sedap jek nak menyalahkan dsai dalam insiden kekecohan yang berlaku di ceramah lembah pantai malam semalam. Dah larh baling batu dan telur kat penyokong PR sampai ada yang cedera. Lepas tue bangga2 plak taknak mengaku. Itu takpe lagi.

Bukan aku cakap tak salah umno belasah penyokong pr cuma nak bagitau bahawa kita dah biasa dengan perangai mereka. Mereka suka menipu walaupun terang2 diperlihatkan kepada kita penyokong2 umno memang baling batu dan telur berdasarkan kepada bukti video.

Cuma yang tak boleh blah tue ialah dorang boleh pula menyalahkan punca insiden tersebut datangnya dari dsai. Dorang berang dsai sebut sial dan celaka kepada umno. Lahai. Dorang cuma menukar kronologi kejadian. Dorang nak buat citer macam neh ;

1. DSAI cakap celaka dan sial.

2. Penyokong umno berang dan baling batu.

3. Penyokong PR tercedera.

Awalnya dorang menafikan penglibatan penyokong mereka dalam insiden kekecohan tetapi bila kita dah bagi bukti video dorang memang spesis beruk yang suka mengacau ceramah orang, dorang tukar rentak dan strategi plak. Cara dia macam aku dah sebut kat atas neh. Menyalahkan dsai sebab dsai sebut perkataan celaka dan sial.

Sebenarnya, kalau sungguh kronologi kejadian macam kat atas neh aku sendiri pun takan bekap dsai. Nak ceramah buat larh ceramah sungguh2. Toksah cucuk2 orang sehingga menyebabkan mereka marah apa seme. Nak2 ceramah pun dekat2. Biar dorang jek buat perangai macam tue sebab dorang memang spesis monkee.

Tapi masalahnya sekarang kronologi kejadian bukan macam tue. Berdasarkan kepada video yang aku tonton baik dari tvs, fmt, mahupun malaysiakini seme menunjukkan bahawa ;

1. Penyokong umno melakukan provokasi.

2. Mereka bertengek kat tepi pagar sambil buat isyarat dan baling2.

3. Lepas tue potong wayar elektrik.

4. Puncak kepada seme tue dorang baling batu sampai ada yang tercedera. Itu yang ramai2 orang lindungi nurul izzah dan oii oiii orang yang baling batu. Kalau tengok video fmt lah kan.

5. Time dsai sampai pakcik tersebut memang dah cedera kena baling batu.

6. Dsai dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

7. Itu yang terkeluar bahasa kesat untuk umno.

8. Ketika dsai berceramah si ummi pula meroyan kat sebelah sana.

9. Dsai tengah berucap, si ummi ajak penyokong2 umno kacau dsai. Dia sebut terang2 ajak penyokong2 umno saiko dsai. Cakap pasal aljuburi lah. Pasal liwat lah. Lepas tue menjerit2 panggil nama dsai suruh datang kat dia. Bodoh gile pompuan neh.

10. Then tah apa2 benda tah dsai sedang berucap, dia menyampok guna microphone dia menjerit2 cakap dsai menipu lah apa seme. Tak lupa juga dia cakap dsai berzina dengan kakak ipar dia. Seme benda dia sebut. Rakaman ada oke. Korang lihat salah satu rakaman dari tvs kat bawah neh. Dari fmt dan malaysiakini cari kat laman web dorang.


Nampak tak bagaimana kumpulan korang sendiri melakukan provokasi? Bukanlah aku nak cakap dsai tue maksum. Cuma aku nak ingatkan korang bahawa korang lah pencetus kepada kekacauan di lembah pantai semalam. Kalau hilang ingatan video2 dari portal berita boleh membantu korang memulihkan ingatan semula.

Belajar lah mengakui silap. Dah sampai mencederakan orang. Minta maaf je lah. Susah ke? Ataupun ego sangat? Ko tak rugi satusen pun kalau mengaku silap dan minta maaf tapi kalau ko rasa dengan menyalahkan dsai adalah lebih baik suka ahti korang larh. Dosa dan pahala sebenarnya atas pilihan sendiri. Siapalah aku nak putuskan untuk korang kan? Heh.

Ameno : Terang2 depa buat provokasi last2 dsai gak depa salahkan. Ekekeke.

Inilah wajah sebenar ulama muda umno yang menyesatkan ulama dunia.

Semua ulama sesat ke ? Semua ? Semua yang agung dan menjadi rujukan dan contoh orang islam dari pelbagai negara sesat bagi dia. Yang tak sesat hanya dia dan umno. Selain dia dan umno, semua orang adalah sesat sesesat sesatnya.

Dasat.

Kat bawah neh sedikit petikan artikel dia ;



Siapa yang tulis neh?

Nama dia 

Mohd Radzi Othman. 

Sapa dia neh? 

Dia neh ada kaitan ulama muda umno = ILMU.  Jawatan dia ialah Timbalan Setiausaha Sekretariat Ulama Muda UMNO. Aku tak tuduh2 oke.  Korang klik sendiri sini. Harian Metro sendiri mengesahkan hal tersebut.  Dah dalam video kat bawah neh sendiri dia digelar ustaz. Ustaz ke pun? Hanya menyesatkan orang pun boleh jadi ustaz meh?

kah kah kah

Wajah dia korang boleh lihat menerusi gambar kat bawah neh ;


Yang pakai spek tue wartawan. Dia lelaki satu lagi. Korang boleh baca penulisan penuh dia kat sini. 

Itupun jangan lah percaya penulisan dia neh ada ada fakta. Orang kalau dah start menyesatkan semua orang termasuk Syeikh Yusuf Alqardhawi dan Ikhwanul Muslim memang kena ahti2 sket. Silap2 dengan kita2 sekali dia dok cakap sesat. Hanya umno jek tak sesat di mata ahti dia.

Mohon sangat kepada mereka2 yang arif, bidas penulisan tak cerdik radzi neh. Aku bukan apa, risau karang esok lusa ada plak yang tulis komen di facebook ka blog ka dok cakap Yusuf Alqardhawi tue sesat. Ikhwanul Muslim tue pun sesat. Kang tak pasal2 orang yang taktau apa2 main percaya jek Hasan Al banna pun sesat. Semua atas satu sebab. Penulisan menyesatkan para ulama yang ditulis oleh individu di atas yang disiarkan oleh harian metro.

Dok cakap ulama itu neh sesat apa seme, tapi menulis juga di akhbar yang promote fitnah dan lucah serta me-reka2 cerita untuk menaikkan jualan. Bab tue taknak pula komen islamik ke tak islamiknya tindakan tersebut kan?

Inilah contoh seorang muslim yang budiman. Sesat menyesatkan orang adalah kepakaran mereka. Instead membantu mengclearkan suasana yang semakin berkecamuk, mereka memilih menyesatkan seme orang. Bagus betul akhlak mereka yang TAK SESAT neh kan? Cantik. Tanggung larh ko balasan nya nanti kalau tak minta maaf pada seme orang yang ko sesatkan dalam penulisan semalam. Bai

Gambar keratan akhbar sumbangan the yellow boutique

Ameno : Ustazah Mashitah, takmo komen ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...