Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Mei 2012

Video ahli perkasa serang adun dap tersebar.

Ini ke yang ibrahim ali dok sebut2 kumpulan samseng yang menyamar sebagai ahli perkasa? Mereka bukan ahli perkasa tetapi sengaja menyelinap dalam geng2 perkasa untuk buat provokasi ek? Sesiapa boleh sahkan dakwaan ibrahim ali tersebut?

Aku bersetuju selepas insiden itu berlaku mereka dinasihatkan jangan guna kekerasan. Aku nampak disitu nampaknya ketua2 mereka dah cuak bilamana perkasa dan umno seringkali dilabel samseng sebab bersikap biadap. Agaknya sebab dah tak tahan dengan persepsi tersebut maka sedaya upaya ketua mereka menasihatkan agar jangan gunakan kekerasan.

Saksikan dulu video tersebut kat bawah neh oke ;


Monkee adalah monkee tak kira dia penyokong apa pun. Bagi aku monkee ialah mereka yang tidak tahu menyalurkan sokongan mengikut saluran yang betul. Jika ko terlalu over ataupun berlebihan2 sehingga mencemarkan imej parti yang ko sokong ko memanglah monkee. 

Cuba korang tengok apa yang lelaki kat bawah neh buat?


Bawa penyapu? Nak buat apa? Nak sapu jalan selepas buat kecoh ka? Pendirian aku dalam isu neh sama jek macam isu insiden kereta polis kena hentak tue. Kalau pun ada ahli perkasa kena langgar kakinya aku nak cakap padan muka. Sebab apa?

Sebab sendiri yang buat pasal. Dah tahu situ laluan kereta keluar masuk yang ko duduk tengah2 jalanraya sapa suruh? Kenapa ko halang lalu lintas? Lainlah kalau polis dah sekat jalan. Nampaknya polis tak sekat jalan so jalan tue masih dibuka kepada laluan orang awam jadi apasal dungu sangat duduk kat tengah2 jalanraya?

Kalau pun ko dilanggar itu adalah disebabkan kecuaian diri sendiri. Sama macam insiden kereta polis tue larh. Kereta polis tue terlanggar orang disebabkan ada monkee2 melompat dan menyerang kereta polis. Mereka lah individu yang patut dipersalahkan bukan nya polis. Aku pun tak faham macam mana sentimen politik boleh menyebabkan seseorang gagal membezakan apa yang benar dan apa yang salah. Itu bahayanya bila taksub beb. Apa pun tak boleh.

Yang tak tahan tue dorang buat betul2 depan polis. Apa yang polis buat? Bagi larh warning ke tahan ke ini tidak biar macam tue ajek. Kadang2 bila orang panggil polis anjing dan barua aku tatau nak marah ke nak ketawa. Sendiri yang cari pasal sebenarnya. Nak salahkan persepsi awam macam mana kalau dah setiap kali bila melibatkan politik nampak sangat biasnya. 

Dengan terdedahnya video neh kita berharap ibrahim ali boleh sahkan individu2 dalam video neh ahli2 perkasa atau tidak. Takpe, kita dengar dulu keterangan dan hujah dia. Kalau dia gagal menafikan mereka2 dalam video di atas sebagai bukan ahli perkasa maka bertanggungjawab larh. 

Janganlah pongpang2 cakap ada orang nak menyusup dan menyamar masuk jadi ahli perkasa untuk cetus provokasi pula. Setahu aku, kalau pun ada orang yang menyamar mereka sekadar nak korek strategi dan rahsia je. Bukan nak cetus provokasi. Paling2 koman pun sebab nak rakam. Takde masa ai nak buat provokasi. Penat menyamar satu hal. Ini nak buat provokasi lagi? 

Lue ingat perkasa popular macam bersih meh? Kalau sungguh ada yang menyamar untuk buat provokasi semudah abc jek boleh kesan sebab tersangatlah sedikit penyokong2 mereka. Tak faham2 lagi ke?

kah kah kah

Ameno : Dah bawa telur tue memang dari awal plan nak gunakan untuk baling larh tue der.. apa lagi. Batu ada maafnya lagi boleh kutip tepi jalan, tapi telur? Ekekeke..

Artis kpop seksi mai malaysia. UMNO bawa beb.

Artis kpop nak mai malaysia. Wowwww.. umno bawa. Melalui program himpunan jutaan belia. Sapa? Super junior M ka macam tahun lepas? Tak. Melepaslah orang yang nak mengorat aku si lee teuk tue nak masuk malaysia tahun neh. Dah larh tahun lepas pun super junior m jek yang mai malaysia. Asal cute jek confirm nak mengorat aku. Oke. Tolong larh faham.

kah kah kah

Mood seriyus balik. Yang nak mai malaysia tue artis korea kat atas neh hah. Kita dah dapat dah dorang nye timetable kat bawah neh der ;


Kebetulan nya bertembung dengan kuliah ustaz azhar idrus pada hari yang sama. Bukan depa nak jemput orang2 warak dari luar negara ka, orang2 berilmu ka, pakar ka untuk berkongsi idea, bertukar2 pengalaman. Ini artis yang depa beria2kan. 

Tak kesah larh tue. Kita pun dah sedia maklum. UMNO dan benda2 mengarut bagai aur dengan tebing. Dan kita juga sedia maklum bahawa orang2 yang pergi concert ialah orang2 yang macam mana. Orang2 yang pergi kuliah pula ialah orang2 yang macam mana.

Baik dan buruk terbentang di depan mata. Tinggal nak pilih jek. Tak kiralah artis mana pun mai malaysia kalau takde orang2 meroyan nak menjerit2 pergi [especially dak2 pompuan melayu] confirm program2 macam neh tak laku punya lah.

Kadang2 aku heran gak. Asal concert jek mesti penuh dengan pompuan2. Tapi asal kuliah jek, kaum lelaki mesti majoriti. Kenapa budak2 pompuan yang remaja2 neh especiallynya larh kan, kurang hadir ke kuliah agama berbanding concert2 hah? 

Ini aku cakap bukan nak kutuk2 pompuan ataupun prejudis ke apa. Benda dah selalu berlaku. Sebab tue aku cakap. Kang ada pula peminat over kpop marah aku karang. Arh sudah. Apa pun tak boleh larh dorang neh. 

Pstttt rosmah pun reti nyanyi lagu kpop kan? Awat tak jemput dia jek nyanyi kat situ?  

kah kah kah

Ameno : Inilah jihad umno. Siyes. Ekekeke.

Tapak depan rumah ambiga berjaya dilelong dengan harga rm5,000!


Maaf sangat2.

Kalau ada kawan2 ataupun pembaca blog neh berkait rapat dengan ahmad diah neh aku minta maaf banyak sesangat. Pasal apa. Aku dah tak boleh tahan melihat kebodohan pakcik bernama ahmad diah neh. Siyes. Korang tahu apa yang dia buat? 

Korang baca kat bawah neh jap ;
Sebuah tapak ‘special’ yang dibuat betul-betul di hadapan kediaman Penganjur Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga telah dibida sehingga mencecah harga RM5,000 hari ini.
Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur telah melakukan proses membida tapak ‘special’ perniagaan itu di hadapan bangunan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam tinjauan Mynewshub.my sewaktu proses bidaan dilakukan, seorang peniaga, Ahmad Diah Ali, 50 berjaya mendapatkan tapak berkenaan pada harga itu.
Tapak Depan Rumah Ambiga Cecah RM5,000
“Saya sanggup membida tapak itu dengan harga ini kerana saya berasa tidak puas hati dengan sikap lepas tangan penganjur bersih, Ambiga. Dia telah menyusahkan para peniaga dan mengacau perniagaan kami.
“Siapa yang nak tanggung kerugiaan kami? Saya buat ini supaya memberi kesedaran kepada Ambiga janganlah buat sesuatu perkara yang bodoh seperti Bersih 3.0,” kata Ahmad Diah selepas proses bidaan selesai di sini hari ini.
Ahmad Diah akan mendirikan gerainya sendiri di tapak ‘special’ itu dan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman kepada orang ramai.
Sementara 59 tapak yang selebihnya dibuka kepada peniaga-peniaga lain untuk dipilih secara bebas dengan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
Wang bidaan itu telah diserahkan kepada pengerusi majlis itu untuk dibuat sebagai modal dalam menjalankan perniagaan gerai di sepanjang jalan di hadapan rumah Ambiga. -MNH-


Ahmad diah cakap dia nak bagi kesedaran kat ambiga agar jangan lakukan sesuatu yang bodoh. Pffffttt.. 

Aku tahan gelak siot. Siapa sebenarnya yang sedang melakukan tindakan bodoh neh? Benda neh tak berlesen, lepas tue tapak awam pula. Yang ko bangang2 pergi beli buat apa? Kalau bayar kat diri sendiri logic arh juga neh bayar kat orang kaya? Oii orang tue ada ferrari ko ada apa? Bangang dowh pakcik neh.

Lepas tue yang lebih memalukan, datok jamal akan menggunakan wang rm5k untuk dijadikan modal. Untung2 jek dia dapat modal dari ko kan tanpa mengeluarkan modal satusen pun. Guna otak jana duit. Dan ko pakcik ahmad diah memang bebal nak mampos.

Kalau ada lima ribu tu simpan lagi bagus. Simpan sampai cukup buka kedai sendiri. Tak payah susah2 berniaga di tepi jalan. Kalau sungguh ko rugi sehari agak2 ko ada tak sampai lima ribu? Sekarang neh ko bukan hanya rugi sehari kalau sungguhlah bersih menyebabkan ko rugi tetapi ko dah rugi banyak hari sebab bodoh sangat.

BODOH BODOH BODOH.

Dah takde word lain dah sesuai untuk pakcik neh melainkan BODOH BODOH BODOH.

Buta2 kena tipu dengan orang kaya ferrari. Pakcik.. pakcik. Bila larh ko nak sedar kita orang2 miskin dan serdahana neh seringkali ditindas dan ditipu oleh kebanyakkan orang2 yang kaya. Aihhh

Ameno : Aku pun nak meniaga melelong tapak awam arh cenggini.. ekekekek

Selasa, 22 Mei 2012

Mulai saat neh gua takan sokong PR lagi.

Titik.

Tamat. Finish. Seme habis.

Gua dah bengang gile dengan penyokong pakatan rakyat. Gua dah bengang habis. Apa pun tak boleh larh dorang. Seme nak cari salah orang jek. Sengal dowh. Sengal. Lue ingat lue bagus sangat meh? Seme nya bermula dengan satu insiden. Sebenarnya bukanlah apa sangat pun. Tapi biasalah puak2 dengki neh memang suka cari pasal. Benda remeh temeh macam neh pun dorang perbesarkan.

Rasanya seme orang kenal datok jamal yang berlakon meniaga nasi lemak kat jalan tar tue kan? Dia kan pakai ferrari. Dia lelong tapak awam bermula rm2,000 ke atas. Gua fikir mungkin disebabkan datok jamal guna strategi "tipu2 1malaysia" menyebabkan dia kaya dan masyukk.

Jadi gua pun tiru lah pendekatan dia dengan melelong page facebook yang belum wujud. Bagi je apa2 nama page yang korang nak nanti gua createkan dan lelong kat lue. Bukan mahal. Start rm5k jek satu page. Citrawarna pun lagi mahal dari neh. Janji gua dapat pakai ferrari sebijik pun jadi lah. Bukan gua nak pakai banyak2 pun.

Tapi tue larh. Ini larh perangai melayu. Dengki tak tentu pasal. Orang nak meniaga pun tak boleh. Suka2 nak pelingkupkan bisnes dan idea orang. Melayu2, insaflah weh. Insaflah!

Pssttt lepas beberapa jam, minit atau saat gua akan buat pusing UTURN oke. 

KAH KAH KAH


Video di atas : Zamhuri mengelar nizar pembohong bersiri.

 

Video di atas : Zamhuri kata dia tersilap sangka konon yang TELEFON dia pada hari tue ialah MB = zambry disebabkan terkeliru dengan "perkataan M dan B". 

Ekekeke.. terkeliru perkataan atau huruf ada maafnya, tapi terkeliru dengan suara? Kan pelik bunyinya tue yob. Lagipun lue save nama zambry sebagai MB meh? Confirm ka der?

kah kah kah 

Adoiiilah 

Errr jap aku dah buat uturn balik ke neh? 

kah kah kah 

Ameno : Lawak siot.

Datuk Jamal jual nasi lemak di hotel rupanya.. - UPDATED !

Mula2 aku tak faham kenapa orang pongpang2 kaitkan dia dengan nasi lemak. Rupanya sebab dia mengaku dia meniaga nasi lemak kat kl. Dia kerugian. Lihat kat bawah neh der ;
"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"
Owhh datok datok datok dan datok. Kenapa datok susah2 jual nasi lemak di kl sedangkan datok biasa jual di hotel concorde datok? 

Sudah kah datok lupa pada 4 ogos 2011 datok ada buat jualan nasi lemak terbuka sempena meraikan ulangtahun datok? Rakan2 seferrari malaysia datok pun sama2 memeriahkan jualan nasi lemak datok tue. Kan seronok jual nasi lemak dalam hotel tak perlu berjemur panas berbanding jual nasi lemak di jalan tar datok? 

Datok.. datok, pertimbangkanlah idea saya neh datok. Jangan susah2 jual nasi lemak kat jalan tar. Nanti datok rugi sebab bersih plan nak buat rally lagi. Lokasi pun sama. Sejujurnya dari ahti saya, saya tak suka tukar lokasi. Seronok pula rasanya rally kat kl. 

KAH KAH KAH

Jadi untuk mengelakkan kerugian apa kata datok meniaga jek nasi lemak kat dalam hotel ye datok. Semoga datok sentiasa sihat ek datok.

kah kah kah


Opss tersalah upload gambar larh plak. BERSIH jek sesat. Bersih je haram. Majlis harijadi datok halal. Confirm lepas majlis fatwa tengok gambar2 kat sini.

Yang jahat yang teruk yang zalim yang sesat yang kafir yang laknat yang murtad hanyalah bersih. Yang alim suci murni baik sopan penyokong2 anti bersih. Oke?

Penyokong2 BERSIH, insaflah ye sahabat2 ku. Korang ikut nasihat datok jamal kat atas neh oke. Insaf oke, pakat2 insaf.

kah kah kah

Ameno : Hebat jualan nasi lemak datok ek.. ekekeke

Oii Zamzuri yang mengamuk ari tue buat pusingan U-Turn.

U-TURN beb.

Baru belok dah pusing balik.

kah kah kah

Sengal dowh. Betul2 sengal. Korang lihat video kat bawah neh. Siap meleleh air mata semata2 pasal umno.  



Yolah. 

Nak uturn, uturn je larh. Janji beberapa rahsia penting kita orang dah tahu. Kena bodek, kena rasuah untuk dapatkan projek. Itu jek pun yang pentingnya pun. 

kah kah kah 



Kalau takley tengok video klik sini.

Ameno : Beria2 nages tue.. ekekeke

Isnin, 21 Mei 2012

Datuk Jamal pemilik ferrari lelong tapak demo bermula rm2,000 setapak.

kah kah kah

Oittt jangan jadi bahlol woittt

Datuk tue ada ferrari. Dah kaya makin kaya. Buta2 jek kena tipu dengan datuk neh. Kesian lahai rakyat malaysia yang bakal termasuk dalam perangkap datuk ferrari neh beb. Siyes. 

Baca kenyataan dia yang aku petik dari malaysiakini sebentar tadi ;

Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga akan melelong tapak perniagaan di lorong tersebut bermula pada harga RM2,000.

NONEPengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Katanya, mereka juga akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk demonstrasi dengan membuka gerai tersebut.
Kataya lagi, mereka akan tetap meneruskannya tindakan demonstrasi di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH itu walau tanpa kebenaran DBKL.

Nampak muka datuk tue? Nampak kan? Tengok lah muka dia betul2. Dan selepas tue baca lah posting kat sini pula. Itulah identiti sebenar datuk neh. 

Dorang neh stock orang2 kaya. Stock kroni2 umno. Sebenarnya takde kaitan dengan peniaga2 di kl tue. Tapi mungkin ada yang terpedaya sehingga terbeli tapak tersebut. Moga2 janganlah sampai macam tue. Kesian orang melayu. Yang tipu dorang orang melayu juga. Nak kaya punya pasal.

kah kah kah

Sengal siot. Siap amek untung atas angin lagi. Suka2 jek nak lelong tapak yang sah2 bukan milik lue. 

Ameno : Ini terang terangan satu penipuan der.




Siak Masjid rentap baju BERSIH saya.

Kesian siak masjid neh. Kot ye pun benci bersih tak perlu larh nak rentap2 baju orang. Menganas semacam jek. Rileks larh siak. Tak perlu larh nak koyak2 baju orang. 


Ganas siot siak neh. Langsung tak boleh blah. Betul ke dia neh siak masjid hah? Apa barang siak masjid yang suka2 koyak baju orang? Sebelum neh individu di atas pernah dihalau oleh siak yang sama ketika menunaikan solat jumaat beberapa hari sebelum bersih 3 berlangsung pada 28 april yang lepas. Tapi dia tak koyak baju arh. Dia cuma halau jek.

Kali neh plak iaitu malam semalam [20 may 2012] siak masjid bertambah ganas bila merentap baju lelaki yang memakai baju bersih tersebut sehingga terkoyak. Peh. Marah bebeno dia kat baju bersih tue ek?

kah kah kah

Neh mesti terpengaruh dengan dakyah fitnah tv3. Tak dapat balon ambiga balon baju bersih pun jadi larh. Kalau larh dia tahu hal sebenarnya mesti dia akan malo seumur hidup di dunia dan di alam akhirat. Confirm punyalah. Betul tak pakcik? 

kah kah kah

Berita penuh disini. 

Ameno :  Bersih 4 boleh masuk masjid tak pakcik? Ekekek


Peniaga yang nak berniaga di depan rumah ambiga pakai ferrari.


Usahawan muda?

Oke. Tahniah der. Aku agak cemburu dengan kejayaan ko. Tapi jangan risau der. Aku takan rompak kereta ferrari lue der. Aku pun teringin gak nak hidup mewah macam lue tapi aku akan berusaha untuk cari duit sendiri der. Selagi masih hidup selagi itu usaha mesti mao ada. Oke tak? Oke kan?

kah kah kah

Sekarang neh kan der, gua dengar lue nak berdemo di depan rumah ambiga sebab lue rugi ek? Lue meniaga kat pasar malam mana der? Lue ada kedai apa kat jalan TAR der? Bukan kah lue neh sepatutnya usahawan muda der?

Siap dapat anugerah lagi. Tengoklah gambar di atas neh. Bukan gua tipu2 sama lue. Itu kan lue dan kereta ferrari milik lue. Tak betul ke? Lue saja bergambar dengan ferrari tue ke der? 

kah kah kah

Menerusi portal malaysiakini ;



Laaaaaaaaaaaaaaa lue dah cukup kaya rupanya der. Err der. Wa takmo sebar seme benda2 peribadi berkaitan lue. Ada gambar2 peribadi lue kat gua neh. Orang bagi bukan gua mencari oke. Tapi gua orangnya kurang jahat cikit der. 

Bab2 peribadi gua satusen pun takmo campur. Cuma bab tak berapa peribadi jek gua nak ulas cikit. Lue neh ke terbabit dalam kedai ikan 1malaysia? Ekekeke.. Jangan marah der. Habis seme terdedah der. Siyes neh. Lue ada 25 syarikat ek der? Lue specialist kat sekinchan ek der? Jauh tue der sekinchan dengan kl der. Ke dah jadi sebelah menyebelah der?

kah kah kah

Lihat gambar kat bawah neh dan baca berita paper kat bawah neh sendiri. Bacalah apa yang dia tulis. Dia sendiri pongpang2 pasal kebanjiran peniaga2 indonesia di malaysia apa.






Hebat tue. Kaya tue. Takan disebabkan bersih terus bankrupt pula? Memang tak logik langsung. Betul tak? Sapa lak yang jadi mangsa drama mereka di tv3 neh. Kesian rakyat malaysia yang taktahu apa2. Buta2 kena tipu dengan orang kaya.

kah kah kah

Sadis siot.

Ameno : Meniaga kat sekinchan rugi kat kl. Ekekeke



Cheque misteri tersebar..

Misterinya. Ini benar-benar misteri lagi memisterikan. Siyes. Tak caya? 

Tengok bawah sat der ;


Ini adalah cheque yang diedarkan oleh najib kepada peneroka2 felda. Kata Najib, pemimpin2 umno dan seme orang yang related dengan umno insentif rm15ribu neh sebenarnya adalah durian runtuh aka bonus untuk semua peneroka felda.

Tapi apa yang tertera di cheque itu adalah insentif khas penyenaraian saham felda. Kejap. Macam najib taktau rakyat felda menentang isu penyenaraian saham felda. Selain itu, majoriti pengurusan tertinggi felda juga menentang penyenaraian neh.

Semua neh ada kaitan dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh BCG = Boston Consulting Group pada 18 november 2011. Sebanyak 55% pengurusan tertinggi felda menyatakan mereka tidak bersedia dengan penyenaraian saham felda dan 5% dari mereka beranggapan bahawa penyenaraian ini akan gagal akibat tiada persediaan yang rapi.

Hanya 20% dari mereka sahaja yang benar2 menyokong cadangan penyenaraian saham felda. Apakah 60% pengurusan tertinggi felda itu dimiliki oleh parti pembangkang = geng2 yang diharamjadahkan oleh najib baru2 ini?

Jika pengurusan tertinggi felda pun menolak apatah lagi majoriti peneroka felda betul tak? Najib juga mencabar mereka2 yang menolak penyenaraian saham felda agar jangan mengambil insentif yang dia sifatkan sebagai durian runtuh neh. Tetapi dengan tersebarnya cheque kat atas neh aku percaya sudah tentu insentif neh berbaur fishy. 

Kemungkinan besar dia akan edarkan cheque neh kepada semua peneroka felda dan beranggapan sesiapa yang menerima cheque neh bererti mereka automatik bersetuju dengan penyenaraian saham felda. Betul ke pandangan aku neh?

Nak tahu betul tak betul kena tunggu jawapan dari najib dan isa samad larh. Tengok dorang nak jawab ke tidak atas isu neh. 

Khusus untuk warga2 felda. 

Video mengenai isu penyenaraian saham felda oleh KuLi. Jika korang rasa pembangkang dan ANAK menipu, bagaimana pula dengan ulasan KuLi sendiri? 

Lihat dulu then baru nilai.


Lanjut mengenai laporan BCG lihat sini.

Dalam isu penyenaraian saham felda neh takde sapa pun marah dan menentang keputusan najib dan bien kalau ia benar2 membawa manfaat kepada peneroka felda. Kalau ia benar2 boleh meningkatkan taraf hidup peneroka sapa pun tak kecoh. Tapi keputusan yang dibuat secara tergesa2 tanpa pelan yang teliti menyebabkan seme orang serba salah nak jadi pak turut jek.


Mungkin ada yang tahu dan ada yang tatau, selain insentif rm15k neh, najib juga umumkan 20% saham telah dikhususkan untuk peneroka felda. Yang neh aku cuba berfikir dalam sedalam dalamnya. Apa yang dimaksud oleh najib 20% saham dikhususkan kepada peneroka felda? Adakah ini bonus ataupun najib mesti nak paksa sekurang2 ada 20% warga felda memiliki saham penyenaraian neh?


Menyahamkan tanah mereka satu hal, lepas tue menguotakan 20% saham untuk warga felda satu hal pula. Walaupun diterjemahkan oleh najib sebagai bonus untuk warga felda tetapi aku beranggapan ia lebih sesuai dianggap sebagai memaksa 20% peneroka felda memenuhi tuntutan 20% saham yang ada.


Oleh kerana mereka neh sebenarnya tak arif bermain saham jadi tak perlulah beria2 nak membonuskan kuota 20% untuk peneroka felda. Sesiapa nak main saham apa sekalipun sebenarnya adalah hak masing2 tapi sebelum buat keputusan nak memiliki saham2 neh fikir masak2 larh. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergandah. Kalau confirm untung baguslah tapi kalau ia merugikan jangan menyesal pula.

Ameno : Terang2 kat cheque tulis lain walaupun menteri cakap lain. Ekekeke..


ada

Ahad, 20 Mei 2012

Ini ke akhlak pembenci DAP?


Umno jangan sebut. Umno jangan sebut ek. Kalau taknak kena tampo mulut umno jangan sebut. Ceh. Takutnya aku. Kalau tak boleh sebut umno nak sebut apa plak bila tengok gambar2 kat atas neh? Sebenarnya siapa pula yang akan benci dap kalau bukan ahli dan penyokong umno sendiri. Orang2 biasa yang tak minat politik ataupun yang tak sokong sapa2 memang tak minat nak melibatkan diri dengan aktiviti2 di atas neh. Siyes.

Pasal apa aku cakap macam neh? Bagi mereka2 yang tak minat politik mereka cenderung akan cakap politik itu memalukan. Mereka tak pedulilah sapa pun mereka tapi mereka fikir politik itu memalukan. Kalau dah mereka fikir politik itu memalukan korang fikir mereka nak ke join berdemo dalam banner yang terang2 menggunakan bahasa maki hamun?

Sama juga dengan orang2 atas pagar or non partisan. Non partisan pula menilai satu2 kejadian berdasarkan analisis hujah betul dan salah. Mereka cenderung mencari hujah sebelum memutuskan nak sokong ataupun tidak menyokong isu2 tertentu.

Jadi kalau bukan ahli umno dan penyokong umno maka siapa pula yang bongek2 akan melibatkan diri dalam demo memaki hamun macam dalam gambar di atas? Sebenarnya sudah tentulah aku dan ramai orang cenderung mempercayai ia perbuatan ahli dan penyokong umno sebab mereka neh dah terkenal sebagai tegar anti dap.

Dan sudah tentulah juga ahli dan penyokong umno akan menafikan mereka terlibat dalam gambar di atas. Penafian adalah perkara wajib yang mereka pasti buat setiap kali terkantoi dalam kes2 yang menjatuhkan maruah orang melayu. Confirm!

Ameno : Ini jihad ala apa pula neh piem dan tipiem weh? 

Anwar minta gambar bogel dari budak lelaki?

Dsai nak tengok gambar bogel. Gambar tue ialah gambar bogel seorang lelaki.  Korang tahu tak jalan citer dia neh macam mana? Mula2 korang kena baca sini dulu. Aku percaya apa yang disiarkan oleh utusan hari neh mengenai dakwaan terbaru TIBAI terhadap dsai memang berkaitan rapat dengan email tersebut.

Baca lah dakwaan mereka kat bawah neh jap ;



Benda neh mesti masuk tv punya. Samada malam semalam ataupun malam neh. Malam semalam aku tak tengok berita so tatau benda neh dah lepas ke belum. Sebelum ia disebarkan oleh TIBAI, blogger umno terlebih dahulu hebahkan isu neh. Tak pasti samada DSAI ada keluarkan kenyataan penafian ataupun tidak tapi kalau belum elok keluarkan kenyataan penafian bahawa email tersebut bukan email dia.

Dan lagi satu, mungkin korang anggap neh jawapan klise. Tapi percayalah zaman sekarang sesiapa pun boleh hack account kita dan berbuat macam2 ke atasnya. Kalau niat hack untuk kumpul bukti takde masalah tapi kalau niat hack untuk reka fitnah memang bermasalah der.

Secara logiknya aku fikir dsai tidak akan sebodoh itu untuk meminta gambar bogel seorang lelaki suka2 di kala dia sendiri teruk diasak dan diperhatikan 24jam kiri kanan atas bawah. Dan kalau dia teringin larh sangat nak tengok gambar bogel lelaki sekalipun baik dia google jek. 

Mesti ada larh punya. Aku percaya bersepah di google. Laki ada pompuan ada. Paling2 koman pun beli jek majalah mangga milik umno tue. Depa pun ada sediakan perkhidmatan tersebut apa. Betul kan?

kah kah kah

Ameno : Kes sba selesai buat kes baru pula..

Jumaat, 18 Mei 2012

Anggap PAS ISLAM boleh MURTAD.

Ini orang meroyan mana plak buat statement bingai neh. Alamak aii. Orang alim rupanya. Orang yang reti ilmu agama. Aku ingat budak2 sekolah rendah ke apa ke. Rupanya orang hebat. Kenapa orang sebegini hebat boleh buat kenyataan sebegini bodoh ek?

Lihat kat bawah der ;


Kalau dibaca betul2 kenyataan dalam paper neh jelas dia berangapan penyokong2 PAS sebagai BODOH BEBAL BAHLOL BANGANG dan seangkatan dengan nya. Aku tak faham dari mana dia dapat persepsi sebegitu tapi aku sangat2 percaya bahawa penyokong2 dan ahli2 pas sangat faham bahawa ;

1. PAS ialah parti.

2. ISLAM ialah agama.

3. Tiada sesiapa pun beranggapan bahawa PAS = ISLAM.

4. Sebaliknya ramai orang nampak bahawa PAS memperjuangkan ISLAM. 

Itulah yang ditunjukkan oleh pemimpin2 PAS selama neh sebab tue lah persepsi seperti itu wujud. Ia bukan kerja sehari dua. Dah makan tahun. Bila dah selalu nampak maka orang akan faham larh bahawa ooo pas neh parti politik yang berjuang ikut acuan islam. Itu jek.

Aku rasa individu yang bernama zainal abidin neh kan, better ko muhasabah diri ko sebelum pongpang2 pasal islam. Alasan untuk melarang pas menggunakan nama ISLAM juga tidak relevant langsung. Ko sapa yang suka2 nak kata orang tue layak guna nama islam dan orang neh tak layak guna nama islam? Malaysia yang penuh dengan maksiat pun bangga2 mengakui diri ia sebagai negara islam lagi. 

Bukanlah malaysia yang mengaku tapi pemimpin2 malaysia yang mengaku. Padahal maksiat bersepah kiri kanan. Dengan kasino, hub hiburan malam, pusat disko, hiburan tanpa had macam2 adoo woo tapi tak pernah pula ko larang pemimpin2 ko supaya jangan suka2 nak mengatakan malaysia tue negara islam. Ada ka negara islam yang menghalalkan riba ke atas rakyatnya sendiri melalui PTPTN? 

Pelik aku.

Benda yang dah terang2 melanggar ciri2 islam tue takde sapa2 pun nak bangkit komplain marah dan sebagainya. Benda yang orang kata alah sekadar sokong bersih 3 dan kebetulannya pada hari itu timbul provokasi yang mana PAS sendiri pun tak sokong kepada keganasan tersebut dan2 nak cakap ini bukan cara islam dan wajar pas dilucutkan keahlian "ISLAM" nya pada nama nya. Adil ka? Adil ka berbuat demikian? Payahlah bercakap dengan orang sewel macam neh. Memang payah.

SONY INTERNET TV? Apa tue? 

Gambar : Sumbangan rakan fb

Ameno : Anggap ahli2 pas itu orang islam boleh murtad juga ka der?

Kami Gembira Di Malaysia - Warga Bangladesh.

OOoOoOoOOoooo

Gembira ek? Seronok ek? Best ek? Suka ek?

Tahniah warga2 bangladesh di malaysia. Tahniah. Tahniah sebab ko hepi2 jek kat malaysia. Aku pun hepi2 kalau korang happy2 kat malaysia. Aku sebenarnya takde masalah pun pasal warga bangladesh bekerja kat malaysia pada awalnya. 

Pasal aku faham bahawa sesetengah industri memerlukan tenaga kerja dari warga bangladesh disebabkan tenaga tempatan tidak berminat dalam sektor tertentu. Mungkin faktor gaji. Mungkin faktor jenis pekerjaan. Mungkin juga ada sebab2 yang lain. Bab tue aku tak berapa tahu sangat.

Lagipun selain warga bangladesh datang ke malaysia untuk bekerja, warga malaysia pun ada juga yang keluar negara untuk bekerja dan mencari rezeki kan. So benda neh sebenarnya normal jek kat mana2 negara pun. Takde isu. Memang takde isu langsung kalau terkawal. Tapi masalahnya di malaysia sekarang benda neh dah tak terkawal. Luar kawalan. Sebab tue jadi isu.

Mula2 aku hepi. Tapi lama2 aku rasa tak hepi pula dengan warga bangladesh di malaysia. Mula2 kemasukan mereka kat sini terkawal. Hanya terlibat dalam beberapa sektor tertentu. Tapi lama kelamaan mereka mula membanjiri di mana2. Sektor yang mereka tak boleh masuk pun mereka ada. 

Contohnya kan sekarang di lumut. Korang percaya tak kalau aku cakap pekerja2 resort kat situ sekarang ramai warga bangladesh? Itu industri pelancongan kan? Nak tanya sejak bila bangladesh boleh melibatkan diri dalam semua jenis sektor pekerjaan di malaysia neh? Mereka ada di kfc, di station minyak, di hotel dan resort, di pasaraya sebagai cleaner, di restoran, di mana2 sahaja2. Sampaikan kalau tak jumpa warga bangladesh satu hari tak sah rasanya hidup kat malaysia neh. Oke. Itu satu hal. 

Bayangkan ek semakin ramai warga bangladesh masuk ke malaysia bukan kah itu bererti warga tempatan terpaksa berdaya saing dengan warga bangladesh dalam bidang pekerjaan? Sekarang neh kat mana2 ko pergi kalau ko tak nampak warga bangladesh memang tak sah. Percaya kah korang di KLINIK pun ada warga bangladesh? Siyes neh der.

Orang kata, rezeki ada di mana2. Asalkan ada usaha mesti boleh berjaya. Aku setuju sangat dengan perkara tersebut. Tapi kan perumpamaan tue tak sesuai langsung dengan isu persaingan antara warga tempatan dengan warga bangladesh di malaysia neh oke.

Kita bayangkan sahaja sebiji kek. Sekarang neh separuh kek untuk warga bangladesh, separuh kek lagi untuk warga tempatan. Kenapa pula kita kena berkongsi segala2nya dengan warga bangladesh neh ek? Kenapa pula warga bangladesh dibolehkan bekerja di mana2 industri di malaysia neh ek?

Aku bukan ada apa2 dendam kat warga bangladesh. Aku mengaku aku takde gak kenalan dari warga bangladesh. Kalau sekadar bercakap2 gitu2 ade lah beberapa kali. Tapi aku selalu dengar runggutan dari member2 aku mengenai mereka. 

Mereka neh oke, kita faham semakin lama bekerja sudah semestinya gaji semakin naik kan? Oke adil larh tue. Tapi kan kenapa ek contohnya setahun majikan boleh naikkan gaji bangladesh rm100 tapi kenapa bila libatkan orang melayu dia jadi rm30 jek? Ini pengalaman member aku. Boleh nampak tak wujudnya dikriminasi terhadap orang tempatan especially terhadap orang2 melayu. Kenapa ek?

Lepas tue kan, wujudnya warga bangladesh yang biadap dan kurang ajar bila dorang naik bas atau lrt. Mula2 aku fikir kes neh terpencil. Tapi rupanya ramai rakan2 aku ada pengalaman yang sama sehinggalah aku sendiri pun mengalaminya minggu lepas pada hari ahad. 

Aku naik bas. Lepas tue tiba di destinasi. Kami ramai2 turun. Ketika nak turun aku hampir dihalang oleh seorang warga bangladesh. Tah apa benda yang dia nak cepatkan pun aku tatau. Tapi aku tak bagi peluang dibuli. Aku terus pintas dan tolak dia ke kerusi sambil menjeling. Apa aku peduli. Ko jangan cari pasal dengan aku faham?

Bukanlah setiap hari pun aku naik bas tetapi biasanya kalau aku turun dari bas, rakyat malaysia tak kiralah apa2 bangsa pun memang akan turun dengan sopan. Takde masa pun depa nak pintas2 orang. Itu ikut pengalaman aku larh kan.

Tapi tah apa kejadahnya perangai sesetengah warga bangladesh aku pun tak faham. Lepas tue kalau naik bas cop tempat duduk tak hengat donia. Kalau ada orang2 tua haram depa nak bangun. Pengalaman member aku tue. Memang aku percaya bukan seme warga bangladesh berperangai buruk. Tapi kenapa ek yang selalu terserempak neh mereka2 yang berperangai buruk jek?

Itulah serba sedikit luahan ahti aku kenapa aku tak hepi dengan warga bangladesh di malaysia. Aku takmo ulas bab undi dan pati. Walaupun aku tahu memang ada. Tetapi aku fikir masalah neh lebih banyak melibatkan PATI dari Indonesia berbanding Bangladesh.

Kalau boleh larh kan, kalau boleh aku berharap sangat satu hari nanti kalau aku keluar pergi mana2 aku takan terserempak dengan warga bangladesh. Kadang2 aku sendiri pun dah naik confuse. Ini negara malaysia atau negara bangladesh sebenarnya hah?



Kaki gajet? Minat nak menang IPAD? Jom layan ekspo terbaru PIKOM

Ameno : Warga malaysia tak hepi dengan warga bangladesh di malaysia.

Senaman Punggung Bakal Serang Khairy Jamaludin.

Sah. Memang sah. Memang terbukti mereka berfikir menggunakan punggung. Orang bagi nasihat elok2 pun takmo dengar. Betul larh apa yang KJ cakap tue. Benda neh memalukan. Jadi bahan ketawa orang lain. Lepas tue ko memperlecehkan orang islam dan melayu sebab buat kerja2 tak beradap macam neh. 

Dulu beria2 serang ambiga sebab nak mempertahankan bien. Kan ke si kj tue sebahagian dari bien? Napa dia pun korang nak serang weh? Menganggu keharmonian rumah orang ke apa? Memang dah bersara takde kerja nak buat so mungkin inilah aktiviti di kala kesunyian, betul tak?

kah kah kah

Sengal dowh dorang neh.

Lihat berita kat bawah yang dipetik dari malaysiakini ;



Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.

"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.


Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.

"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...

"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

kah kah kah

Tarian ala gempur? Tak sangka punggung korang ada macam2 fungsi rupanya. Kelakar dowh dorang neh. Gunakan punggung untuk protes. Di mana2 sahaja plak tue.

kah kah kah 

Ameno : Kumpulan neh sedang menyaingi perkasa untuk rebut gelaran NGO paling lawak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...