Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Mei 2012

Ini ke akhlak pembenci DAP?


Umno jangan sebut. Umno jangan sebut ek. Kalau taknak kena tampo mulut umno jangan sebut. Ceh. Takutnya aku. Kalau tak boleh sebut umno nak sebut apa plak bila tengok gambar2 kat atas neh? Sebenarnya siapa pula yang akan benci dap kalau bukan ahli dan penyokong umno sendiri. Orang2 biasa yang tak minat politik ataupun yang tak sokong sapa2 memang tak minat nak melibatkan diri dengan aktiviti2 di atas neh. Siyes.

Pasal apa aku cakap macam neh? Bagi mereka2 yang tak minat politik mereka cenderung akan cakap politik itu memalukan. Mereka tak pedulilah sapa pun mereka tapi mereka fikir politik itu memalukan. Kalau dah mereka fikir politik itu memalukan korang fikir mereka nak ke join berdemo dalam banner yang terang2 menggunakan bahasa maki hamun?

Sama juga dengan orang2 atas pagar or non partisan. Non partisan pula menilai satu2 kejadian berdasarkan analisis hujah betul dan salah. Mereka cenderung mencari hujah sebelum memutuskan nak sokong ataupun tidak menyokong isu2 tertentu.

Jadi kalau bukan ahli umno dan penyokong umno maka siapa pula yang bongek2 akan melibatkan diri dalam demo memaki hamun macam dalam gambar di atas? Sebenarnya sudah tentulah aku dan ramai orang cenderung mempercayai ia perbuatan ahli dan penyokong umno sebab mereka neh dah terkenal sebagai tegar anti dap.

Dan sudah tentulah juga ahli dan penyokong umno akan menafikan mereka terlibat dalam gambar di atas. Penafian adalah perkara wajib yang mereka pasti buat setiap kali terkantoi dalam kes2 yang menjatuhkan maruah orang melayu. Confirm!

Ameno : Ini jihad ala apa pula neh piem dan tipiem weh? 

Anwar minta gambar bogel dari budak lelaki?

Dsai nak tengok gambar bogel. Gambar tue ialah gambar bogel seorang lelaki.  Korang tahu tak jalan citer dia neh macam mana? Mula2 korang kena baca sini dulu. Aku percaya apa yang disiarkan oleh utusan hari neh mengenai dakwaan terbaru TIBAI terhadap dsai memang berkaitan rapat dengan email tersebut.

Baca lah dakwaan mereka kat bawah neh jap ;



Benda neh mesti masuk tv punya. Samada malam semalam ataupun malam neh. Malam semalam aku tak tengok berita so tatau benda neh dah lepas ke belum. Sebelum ia disebarkan oleh TIBAI, blogger umno terlebih dahulu hebahkan isu neh. Tak pasti samada DSAI ada keluarkan kenyataan penafian ataupun tidak tapi kalau belum elok keluarkan kenyataan penafian bahawa email tersebut bukan email dia.

Dan lagi satu, mungkin korang anggap neh jawapan klise. Tapi percayalah zaman sekarang sesiapa pun boleh hack account kita dan berbuat macam2 ke atasnya. Kalau niat hack untuk kumpul bukti takde masalah tapi kalau niat hack untuk reka fitnah memang bermasalah der.

Secara logiknya aku fikir dsai tidak akan sebodoh itu untuk meminta gambar bogel seorang lelaki suka2 di kala dia sendiri teruk diasak dan diperhatikan 24jam kiri kanan atas bawah. Dan kalau dia teringin larh sangat nak tengok gambar bogel lelaki sekalipun baik dia google jek. 

Mesti ada larh punya. Aku percaya bersepah di google. Laki ada pompuan ada. Paling2 koman pun beli jek majalah mangga milik umno tue. Depa pun ada sediakan perkhidmatan tersebut apa. Betul kan?

kah kah kah

Ameno : Kes sba selesai buat kes baru pula..

Jumaat, 18 Mei 2012

Anggap PAS ISLAM boleh MURTAD.

Ini orang meroyan mana plak buat statement bingai neh. Alamak aii. Orang alim rupanya. Orang yang reti ilmu agama. Aku ingat budak2 sekolah rendah ke apa ke. Rupanya orang hebat. Kenapa orang sebegini hebat boleh buat kenyataan sebegini bodoh ek?

Lihat kat bawah der ;


Kalau dibaca betul2 kenyataan dalam paper neh jelas dia berangapan penyokong2 PAS sebagai BODOH BEBAL BAHLOL BANGANG dan seangkatan dengan nya. Aku tak faham dari mana dia dapat persepsi sebegitu tapi aku sangat2 percaya bahawa penyokong2 dan ahli2 pas sangat faham bahawa ;

1. PAS ialah parti.

2. ISLAM ialah agama.

3. Tiada sesiapa pun beranggapan bahawa PAS = ISLAM.

4. Sebaliknya ramai orang nampak bahawa PAS memperjuangkan ISLAM. 

Itulah yang ditunjukkan oleh pemimpin2 PAS selama neh sebab tue lah persepsi seperti itu wujud. Ia bukan kerja sehari dua. Dah makan tahun. Bila dah selalu nampak maka orang akan faham larh bahawa ooo pas neh parti politik yang berjuang ikut acuan islam. Itu jek.

Aku rasa individu yang bernama zainal abidin neh kan, better ko muhasabah diri ko sebelum pongpang2 pasal islam. Alasan untuk melarang pas menggunakan nama ISLAM juga tidak relevant langsung. Ko sapa yang suka2 nak kata orang tue layak guna nama islam dan orang neh tak layak guna nama islam? Malaysia yang penuh dengan maksiat pun bangga2 mengakui diri ia sebagai negara islam lagi. 

Bukanlah malaysia yang mengaku tapi pemimpin2 malaysia yang mengaku. Padahal maksiat bersepah kiri kanan. Dengan kasino, hub hiburan malam, pusat disko, hiburan tanpa had macam2 adoo woo tapi tak pernah pula ko larang pemimpin2 ko supaya jangan suka2 nak mengatakan malaysia tue negara islam. Ada ka negara islam yang menghalalkan riba ke atas rakyatnya sendiri melalui PTPTN? 

Pelik aku.

Benda yang dah terang2 melanggar ciri2 islam tue takde sapa2 pun nak bangkit komplain marah dan sebagainya. Benda yang orang kata alah sekadar sokong bersih 3 dan kebetulannya pada hari itu timbul provokasi yang mana PAS sendiri pun tak sokong kepada keganasan tersebut dan2 nak cakap ini bukan cara islam dan wajar pas dilucutkan keahlian "ISLAM" nya pada nama nya. Adil ka? Adil ka berbuat demikian? Payahlah bercakap dengan orang sewel macam neh. Memang payah.

SONY INTERNET TV? Apa tue? 

Gambar : Sumbangan rakan fb

Ameno : Anggap ahli2 pas itu orang islam boleh murtad juga ka der?

Kami Gembira Di Malaysia - Warga Bangladesh.

OOoOoOoOOoooo

Gembira ek? Seronok ek? Best ek? Suka ek?

Tahniah warga2 bangladesh di malaysia. Tahniah. Tahniah sebab ko hepi2 jek kat malaysia. Aku pun hepi2 kalau korang happy2 kat malaysia. Aku sebenarnya takde masalah pun pasal warga bangladesh bekerja kat malaysia pada awalnya. 

Pasal aku faham bahawa sesetengah industri memerlukan tenaga kerja dari warga bangladesh disebabkan tenaga tempatan tidak berminat dalam sektor tertentu. Mungkin faktor gaji. Mungkin faktor jenis pekerjaan. Mungkin juga ada sebab2 yang lain. Bab tue aku tak berapa tahu sangat.

Lagipun selain warga bangladesh datang ke malaysia untuk bekerja, warga malaysia pun ada juga yang keluar negara untuk bekerja dan mencari rezeki kan. So benda neh sebenarnya normal jek kat mana2 negara pun. Takde isu. Memang takde isu langsung kalau terkawal. Tapi masalahnya di malaysia sekarang benda neh dah tak terkawal. Luar kawalan. Sebab tue jadi isu.

Mula2 aku hepi. Tapi lama2 aku rasa tak hepi pula dengan warga bangladesh di malaysia. Mula2 kemasukan mereka kat sini terkawal. Hanya terlibat dalam beberapa sektor tertentu. Tapi lama kelamaan mereka mula membanjiri di mana2. Sektor yang mereka tak boleh masuk pun mereka ada. 

Contohnya kan sekarang di lumut. Korang percaya tak kalau aku cakap pekerja2 resort kat situ sekarang ramai warga bangladesh? Itu industri pelancongan kan? Nak tanya sejak bila bangladesh boleh melibatkan diri dalam semua jenis sektor pekerjaan di malaysia neh? Mereka ada di kfc, di station minyak, di hotel dan resort, di pasaraya sebagai cleaner, di restoran, di mana2 sahaja2. Sampaikan kalau tak jumpa warga bangladesh satu hari tak sah rasanya hidup kat malaysia neh. Oke. Itu satu hal. 

Bayangkan ek semakin ramai warga bangladesh masuk ke malaysia bukan kah itu bererti warga tempatan terpaksa berdaya saing dengan warga bangladesh dalam bidang pekerjaan? Sekarang neh kat mana2 ko pergi kalau ko tak nampak warga bangladesh memang tak sah. Percaya kah korang di KLINIK pun ada warga bangladesh? Siyes neh der.

Orang kata, rezeki ada di mana2. Asalkan ada usaha mesti boleh berjaya. Aku setuju sangat dengan perkara tersebut. Tapi kan perumpamaan tue tak sesuai langsung dengan isu persaingan antara warga tempatan dengan warga bangladesh di malaysia neh oke.

Kita bayangkan sahaja sebiji kek. Sekarang neh separuh kek untuk warga bangladesh, separuh kek lagi untuk warga tempatan. Kenapa pula kita kena berkongsi segala2nya dengan warga bangladesh neh ek? Kenapa pula warga bangladesh dibolehkan bekerja di mana2 industri di malaysia neh ek?

Aku bukan ada apa2 dendam kat warga bangladesh. Aku mengaku aku takde gak kenalan dari warga bangladesh. Kalau sekadar bercakap2 gitu2 ade lah beberapa kali. Tapi aku selalu dengar runggutan dari member2 aku mengenai mereka. 

Mereka neh oke, kita faham semakin lama bekerja sudah semestinya gaji semakin naik kan? Oke adil larh tue. Tapi kan kenapa ek contohnya setahun majikan boleh naikkan gaji bangladesh rm100 tapi kenapa bila libatkan orang melayu dia jadi rm30 jek? Ini pengalaman member aku. Boleh nampak tak wujudnya dikriminasi terhadap orang tempatan especially terhadap orang2 melayu. Kenapa ek?

Lepas tue kan, wujudnya warga bangladesh yang biadap dan kurang ajar bila dorang naik bas atau lrt. Mula2 aku fikir kes neh terpencil. Tapi rupanya ramai rakan2 aku ada pengalaman yang sama sehinggalah aku sendiri pun mengalaminya minggu lepas pada hari ahad. 

Aku naik bas. Lepas tue tiba di destinasi. Kami ramai2 turun. Ketika nak turun aku hampir dihalang oleh seorang warga bangladesh. Tah apa benda yang dia nak cepatkan pun aku tatau. Tapi aku tak bagi peluang dibuli. Aku terus pintas dan tolak dia ke kerusi sambil menjeling. Apa aku peduli. Ko jangan cari pasal dengan aku faham?

Bukanlah setiap hari pun aku naik bas tetapi biasanya kalau aku turun dari bas, rakyat malaysia tak kiralah apa2 bangsa pun memang akan turun dengan sopan. Takde masa pun depa nak pintas2 orang. Itu ikut pengalaman aku larh kan.

Tapi tah apa kejadahnya perangai sesetengah warga bangladesh aku pun tak faham. Lepas tue kalau naik bas cop tempat duduk tak hengat donia. Kalau ada orang2 tua haram depa nak bangun. Pengalaman member aku tue. Memang aku percaya bukan seme warga bangladesh berperangai buruk. Tapi kenapa ek yang selalu terserempak neh mereka2 yang berperangai buruk jek?

Itulah serba sedikit luahan ahti aku kenapa aku tak hepi dengan warga bangladesh di malaysia. Aku takmo ulas bab undi dan pati. Walaupun aku tahu memang ada. Tetapi aku fikir masalah neh lebih banyak melibatkan PATI dari Indonesia berbanding Bangladesh.

Kalau boleh larh kan, kalau boleh aku berharap sangat satu hari nanti kalau aku keluar pergi mana2 aku takan terserempak dengan warga bangladesh. Kadang2 aku sendiri pun dah naik confuse. Ini negara malaysia atau negara bangladesh sebenarnya hah?



Kaki gajet? Minat nak menang IPAD? Jom layan ekspo terbaru PIKOM

Ameno : Warga malaysia tak hepi dengan warga bangladesh di malaysia.

Senaman Punggung Bakal Serang Khairy Jamaludin.

Sah. Memang sah. Memang terbukti mereka berfikir menggunakan punggung. Orang bagi nasihat elok2 pun takmo dengar. Betul larh apa yang KJ cakap tue. Benda neh memalukan. Jadi bahan ketawa orang lain. Lepas tue ko memperlecehkan orang islam dan melayu sebab buat kerja2 tak beradap macam neh. 

Dulu beria2 serang ambiga sebab nak mempertahankan bien. Kan ke si kj tue sebahagian dari bien? Napa dia pun korang nak serang weh? Menganggu keharmonian rumah orang ke apa? Memang dah bersara takde kerja nak buat so mungkin inilah aktiviti di kala kesunyian, betul tak?

kah kah kah

Sengal dowh dorang neh.

Lihat berita kat bawah yang dipetik dari malaysiakini ;



Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.

"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.


Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.

"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...

"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

kah kah kah

Tarian ala gempur? Tak sangka punggung korang ada macam2 fungsi rupanya. Kelakar dowh dorang neh. Gunakan punggung untuk protes. Di mana2 sahaja plak tue.

kah kah kah 

Ameno : Kumpulan neh sedang menyaingi perkasa untuk rebut gelaran NGO paling lawak..

Khamis, 17 Mei 2012

Tarian Punggung Untuk Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.


Oke. Ini dah sangat memalukan. Aku ingatkan selepas dikritik teruk pakcik2 neh maybe akan berfikir sejenak dan owhh tak sepatutnya aku melakukan hal tersebut. Lihat betapa teruk aku dikritik. Malahan beberapa ahli parlimen bien juga mengkritik tindakan aku termasuklah khairy jamaluddin.

Tapi.. 

Nampaknya sangkaan aku jauh meleset. Tersasar. Tersilap. Demm.

Pakcik tolong lah pakcik, tolonglah. Pakcik tue dah larh berbangsa melayu beragama islam pula tue. Tolonglah tunjukkan contoh yang baik kepada kami seme pakcik tolong larh weh pakcikk... 

Tolong jangan menjatuhkan maruah bangsa melayu dan muslim dengan melakukan kerja2 tak senonoh macam neh. Tolong larh pakcik fikirkan maruah keluarga dan anak bini pakcik. Jangan pula kerana pakcik mereka sampai tak boleh nak keluar rumah akibat malooooo..

Baca bawah neh beb ;

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.


Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.


Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.


“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.


“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.


Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
-FMT-


Gimik? Dasat? Tajam? Itu cuma ayat yang klise. Padahal sebenarnya ia lebih MEMALUKAN dari sebelum2 neh kot. Adoii apalah nak jadi dengan bangsa melayu yang berperangai macam pakcik neh. 

Bukan sahaja takde rasa malu selepas dikritik hebat malahan berdegil nak melakukan sesuatu yang lebih dasat dari tarian punggung. Hey pakcik, tidak kah ko faham maksud MALU? Sesiapa tolong explain kat pakcik neh apa maksud MALU sebenarnya.. aihhzz..

Ameno : Gile nak tunjuk punggung kat orang kot. 

Syarikat Raja Nong Chik Pun dapat tender kerajaan yek?

Takde masalah. Memang takde masalah kalau dia neh kontraktor bebas yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan. Usah kata satu tender, bertender2 pun dia layak dapat kalau benar2 mengikut prosuder dan amalan yang betul. Kita tak pernah nak cemburu kejayaan orang lain yang berjaya dapat tender kerajaan. Itu rezeki dia. So lantaklah disitu.

Tapi, segala2nya menjadi masalah bila dia neh melibatkan diri dengan kerajaan. Samada sebagai menteri, wakil rakyat atau apa sahaja, asalkan sesiapa bekerja dengan kerajaan dan dianugerahkan apa2 tender dan project orang akan mula berkata2.

Kenapa ek?

Sebab, dia kan bekerja dengan kerajaan. Jadi orang automatik akan fikir dia guna kuasa bagi meraih project sekaligus untuk membina kekayaan peribadi. Perkara yang first itulah salah. Wujudnya persepsi dan prasangka awam bahawa ;

1. Syarikat Nong chik mendapat tender sebab nong chik itu menteri bukan sebagai wakil yang memang layak.

2. Menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk membina kekayaan family sendiri.

Boleh nampak tak kenapa masyarakat mempersoalkan ia? Kalau benar2 layak, baguslah. Tapi memandangkan wujud conflict of interest kita tetap juga merasa kecewa atas perbuatan tersebut.

Dalam isu neh ;

1. Syarikat raja nong chik dapat tender bernilai 30juta.

2. Syarikat itu dimiliki oleh anak perempuan yang berusia 26 tahun. Mungkin ditukar milik pada tahun2 sebelumnya.

3. Syarikat neh dah wujud selama 20 tahun. Ketika itu farhana neh baru berumur 6 tahun. Syarikat neh dibangunkan oleh nong chik sebenarnya.

4. Raja nong chik neh memang seseorang yang kaya dan berjaya sebelum melibatkan diri dalam dunia politik.

5. Nong chik dah pernah beberapa kali mendapat tender2 dari kerajaan sebelum2 neh. Sebab dia tue ialah kontraktor.

Lihat dokumen SSM kat bawah neh ;




Oke, sekarang mari kita menganalisis isu neh lebih mendalam lagi. Sebelum tue lihat dokumen2 kat bawah neh juga ;







Kat atas neh sebahagian surat terima project. Nak tengok version penuh klik sini oke. Macam korang dah lihat menerusi dokumen pertama tadi, boleh nampak kaitan nong chik berkenaan isu tender neh dimana anak dia memiliki syarikat istijuara sdn bhd yang juga mendapat tender dari kementerian belia dan sukan yang dinaungi oleh sabery chik. Alamak aiii.. ada dua chik lah kat sini der. Best friend ka?

Nampak? Kan aku belum pape dah sangka dorang neh best friend. Macam itu juga lah sangkaan rakyat marhaen. Ia mengundang persepsi. Walaupun ko mungkin layak tetapi seboleh2nya jangan. Tapi kalau betul2 layak kita pun takde nak marah sangat. Tapi masalahnya betul ke dapat tender sebab layak bukan sebab kroni dan kuasa?

Dan jika tradisi neh diwarisi maka selepas neh ismail sabri, sabery chik, awang adek dan seme menteri2 umno akan pakat2 suruh family depa buat syarikat dan apply tender kerajaan. Mereka akan bagi alasan syarikat mereka terpilih sebab layak bukan sebab kroni. Dan akhirnya kekayaan negara hanya akan berlegar2 di sekitar mereka. Sekarang pun memang macam neh.

Sebab tue kita tolak bien. Tolong faham. Kita bukan nak dengki dan cemburu buta. Kita juga faham bahawa anak2 menteri neh perlu mencari rezeki untuk hidup. Bukan kita sahaja yang perlu rezeki untuk hidup, mereka juga perlukan ia. 

Tapi masalahnya kenapa kita boleh bersusah payah mencari rezeki tanpa menggunakan kabel dan mereka pula tidak? Bersikap adil lah. Pilih antara dua. Jika nak berbisnes, maka bisnes betul2. Jika nak berpolitik, maka tinggalkan bisnes. 

Anda tak boleh dapat kedua2nya sekali. Itu sebenar telah menekan hak rakyat macam kami. Sebab tue aku cakap tadi, ia memang salah sejak awal. Kalau yang neh pun raja nong chik tak boleh faham jangan salahkan rakyat kalau anda ditujahi dengan pelbagai persepsi. Itu adalah salah diri sendiri.

Samsung Galaxy 3 percuma disini geng..  


Ameno : Lepas neh menteri pakat2 buat syarikat letak nama anak then dapat projek.. masyukkk der.. masyukkk

Gambar Rosmah Mansur Yang Pelik.


Aku macam tak percaya neh rosmah mansur. Apa nak jadi dengan fashion dia sekarang neh? Dulu dia tak macam neh oke. Bukan kira badan dia besar atau kecik tapi rosmah neh kategori pandai berfashion sebenarnya. Sebab tue aku suka.

Kah kah kah

Ini bukan fashion kebiasaan rosmah mansur. Reject. Failed. Aku tolak fashion neh rosmah mansur. Ko kena amek teguran aku neh dengan pemikiran yang positive. Aku stalker ko yang setia. Aku benar2 benci melihat ko pakai macam neh. Ketat satu hal. Bangle satu hal lagi. Tolong larh mem.. tak sesuai dengan imej rosmah sebagai ikon fashion oke.

kah kah kah

Beberapa penambahbaikkan perlu dibuat terhadap baju neh rosmah. Dengan nasihat ikhlas aku.

1. Pertama benda kat leher tue. Tak perlu sebenarnya. Orang2 yang ada leher boleh larh pakai benda2 gitu. Orang2 yang leher tak berapa nampak tak sesuai. Nampak serabut dan menyemakkan. Siyes. Lenkali kalau nak pakai pun, pakai yang halus dan panjang. 

2. Bangle. Langsung tak kena gaya. Siyes.

Aku sebenarnya taktau rosmah hadiri program apa di london tue. Cuma yang aku tahu ia related dengan kerajaan larh sebab ada lambang kementerian melalui gambar di atas. And once again, rosmah neh sapa dalam kabinet malaysia hah?

kah kah kah

Adoii

Gambar : sumbangan pembaca tukartiub.


Ameno : Mem, bagi lah saya bajet untuk berfashion pula.. saya takde bajet neh mem kalau ada confirm saya pun tiptop macam mem dalam dunia kefashionan.. ekekek..

Rabu, 16 Mei 2012

Video Rosmah Menyanyi Lagu KPOP tersebar.

Alalalalalala..... here i come my "biggie piem". I am your dedicated stalker so must be compulsory for me to be alert this video oke.

kah kah kah

Comel dowh rosmah nyanyi lagu nobody neh. Aku pun nak ikut arh. Automatik lagu neh akan jadi lagu febret aku. Confirm.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh oke ;


Tapiiii aku tak jamin kalau ada orang yang bakal koma lepas tengok video neh oke. Aku oke jek dengan video neh. Almaklumlah aku big fan of rosmah aka stalker sejati dia tapi korang lain pula.. so aku tak jamin oke.. segala akibat yang mendatang selepas menonton video neh adalah tanggungan sendiri jangan babitkan aku plak der..

kah kah kah

Ameno : Rosmah reti joget siott.. ekekeke..

Skandal Zahida Rafik : Saya lihat dia masukkan 1juta - Saksi. [VIDEO INSIDE]

Meletup.

Kebabommmm..

Mari kita lihat satu video. Video neh pengakuan dari saksi yang bernama nor azman. Siapa nor azman neh? Nor azman ialah individu yang membongkarkan satu skandal yang dipercayai melibatkan zahida rafik dan shafie afdal. Nor azman neh ialah bekas pekerja shafie afdal yang bertugas sebagai pemandu peribadi kepada zahida rafik.

Kalau begitu kat sini rasanya boleh kita assume bahawa nor azman neh bekas pekerja shafie afdal bukan bekas pekerja zahida rafik walaupun dia tugaskan untuk menjaga zahida rafik. Benda neh kecoh bila zahida rafik keluar satu kenyataan di media yang mana zahida bagitau bahawa duit dia kena curi sebanyak rm200ribu.

Mula2 dia senyap selepas sebulan baru dia dedahkan hal sebenar. Aku rasa dia senyap sebab benda neh melibatkan menteri umno. So sepanjang masa tue maybe dia telah mengambil pelbagai pendekatan, nasihat, pandangan, berfikir dalam2 sebelum berani tampil ke depan untuk mengatakan semua hal di atas.

Menurut kenyataan nor azman neh juga, dia telah ditahan reman selama 3 hari, rumah digeledah dan diselongkar tetapi polis tidak menemui duit dan apa2 bukti bagi membuktikan tuduhan zahida terhadap nor azman. Sepatutnya tuduhan tue kena lah ditarik balik kan sebab takde bukti? Betul tak?

Dan aku juga berpendapat sama macam zuraidah dalam kes neh. Aku tak berminat nak tahu skandal shafie dengan siapa dan apa. Itu urusan peribadi dia. Aku cuma nak heran bab duitt jee.. mana si shafie tue dapat duit banyak2 dan kenapa si zahida diberikan hak untuk bank in kan duit tersebut? Cash lak tue der.. cash wa cakap lue. 

Ingat senang meh nak keluarkan duit cash then pergi bank in? Sepatutnya transfer je lah dari bank ke bank tapi kenapa guna jalan macam neh? Sama2 fikirkan dan semoga pihak yang berkaitan boleh ulas.


Kenyataan kat bawah neh plak dipetik dari malaysiakini ; 

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.


"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Dan ini pula pandangan peribadi aku. Aku rasa tuduhan yang zahida campak ke atas nor azman neh sebenarnya merupakan satu ugutan. Kan dia dah kerja dengan shafie afdal tiga tahun lebih then dia berhenti kerja. Sepanjang tempoh tue macam2 benda dan rahsia dia dah tahu. 

So maybe tuduhan mencuri tue adalah cara nak mengikat mulut nor azman. Apa pun neh adalah andaian aku. Ia sama sekali tidak terbukti. Boleh pilih nak percaya ataupun sebaliknya. Bai.

Ameno : Sato jutaaa.. banyak tue der..

Najib, ini ke cara orang Malaysia?



Hai, najib.

Bertemu kita lagi dalam blog aku. Melalui utusan cetak hari neh najib kan ada bagitau yang penyokong2 bersih di UK yang melaung2kan perkataan BERSIH, BERSIH, BERSIH bukan cara orang malaysia. Adakah encik najib cakap begitu sebab orang tue laung BERSIH, BERSIH, BERSIH? Bagaimana pula jika dia laung UMNO, UMNO, UMNO ataupun HIDUP BN ataupun 1 MALAYSIA apakah najib ada pendapat yang lain?

Kita bagi dua contoh jek kat piem najib. Jawab dengan ikhlas taw. Yang kat bawah neh serang2 orang dalam ceramah tue cara orang malaysia ka? Yang serang umno, yang diserang dap. Cuba ulas sikit wahai piem yang konon nya berbudi pekerti neh. Jangan bias please.



Nampak tak betapa kasar dan gangsternya mereka2 neh kacau ceramah orang? At least member2 yang laung2 BERSIH tue takde gunakan bahasa kasar dan rosakkan apa2. Dia cuma laung bersih2 then diam selepas najib suruh dia diam dan berkata mahu berjumpa dia. Tapi akhirnya dia dipimpin keluar oleh bodyguard najib = dihalau cara terhormat. 

Ini ke yang ko cakap nak jumpa? Yang sebenarnya ko cakap nak jumpa tue cuma formaliti jek kan? Ko bukan nak jumpa pun. Depan2 gini pun main wayang. Belakang2 apa lagi. 

Dan video yang paling sensasi sekarang neh. Video 1punggung. Yang neh pun adat orang malaysia gak ke najib? Jangan nafikan kaitan dia dengan ko ek. Dia pakai baju yang ada cop logo 1malaysia lagi tue. 

So, kalau ada maruah jawab. Kalau takde maruah cari plastik sampah. Itu selayaknya untuk orang yang double standard dan penipu macam ko. Apa pun tak boleh larh korang neh. Hapa pun tak boleh!

 

Ameno : Najib, kalau nak meludah tolong jangan sambil mendongak.. boleh tak?

Bekas tentera gelek punggung dah insaf takmo pakai gelaran datuk dah.


Eley.

Berlagak. Tak minum 100plus. Bagi alasan sebagai melayu dan islam tak minum 100plus konon. Habis tue hisap rokok kat sebelah tue apa citer? Dah tanya majlis fatwa ka apa hukum dia? Bab bersih neh demo haram pandai pula korang melalut ikut keputusan muzakarah majlis fatwa. 

Bab rokok ada sapa2 nak ikut? Ikut time ko suka tak ikut time ko tak suka? Sama je lah ko dan kita orang. Takde beza. Aku pun ikut keputusan majlis fatwa time aku suka gak. Bab rokok aku ikut, bab demo aku tinggal. 

Tapi keputusan aku cerdik lah walaupun aku membuat 'ikutan terpilih'. Sebab apa, majlis fatwa neh cenderung buat keputusan disebabkan campurtangan politik. Yang mana betul2 sahih aku ikut, bab yang tak sahih, cincai boncai aku takan ikut. Majlis fatwa bukan tuhan der. Keputusan2 bias macam neh tak ikut pun bukan rugi apa. 

kah kah kah

Korang lihat kat bawah neh jap ;


Sumber dari member blogger semut.

Bukanlah apa sangat pun kes neh. Benda dah berlalu so makna nya tuduhan tue dah clear. Bukan juga nak ungkit mengungkit kesilapan lepas bekas tentera yang juga ketua gelek punggung. Cuma nak bagitau bahawa dia masih lagi mengamalkan sikap membuta tuli dalam membuat keputusan.

Jika pada beberapa tahun lepas dia telah membeli gelaran datuk dengan sejumlah wang untuk memperolehi projek. Semua itu dia lakukan atas nama nak memudahkan dapat projek. Tapi dia dah tinggalkan kerja2 tersebut semenjak terlibat aktif dalam kerja2 kebajikan. 

Oke lah tue. Satu usaha yang bagus dan baik sebenarnya. Sesiapa yang berusaha ke arah kebaikan kita akan puji. Ini satu usaha yang baik dari encik gelek punggung kita. Kita puji.

Tapi, kenapa pula encik gelek punggung kita yang sepatutnya menjadi semakin baik perangai neh tiba2 bertukar jadi buruk perangai pula ? Encik gelek punggung tak boleh buat macam neh. Mungkin encik2 sokong bn sokong 1malaysia sokong apa2 yang encik nak sokong tapi encik tak boleh buat macam perangai kat bawah neh ;

 

** Video kat atas neh versi pendek yang dah disunting. 

Nampak tak bagaimana encik dah memalukan diri encik dan kumpulan encik tak pasal2? Selain itu juga nada berlagak encik bab 100plus tue benar2 memalukan sebenarnya. Kalau taknak minum cakap je lah taknak minum. Toksahlah heret melayu dan islam sekali dalam percakapan encik tue.

Sejak bila pula orang melayu dan islam tak minum 100plus dan minum air suam jek ? Bersepah jek orang melayu dan islam minum 100plus. Ketua gelek punggung, takpayah nak berlagak sangat larh. Tahu larh lue orang kaya tapi takpayah nak berlagak sangat.

Jadi dulu orang2 macam kami. Fahami dulu apa itu tuntutan asas bersih 8 perkara lepas tue baru sembang kencang pongpang2. Kalau taktau citer dari awal, main menyelit2 jek nak benci sana sini meroyan sesuka ahti tak layak arh der nak sembang kencang. Siyes, tak layak.

Ameno : Encik ali boleh pakai gelaran ketua gelek punggung and guess what? Ianya percuma oke, no need to pay rm250k der..

Selasa, 15 Mei 2012

Video RTM kutuk BERSIH disebarkan.

Owhh neh larh rancangan kutuk BERSIH di RTM yang admin kbsb bagitau ari tue. Lihat video kat bawah neh. Rancangan neh disiarkan di tv ari tue menerusi saluran tv1. Aku terlepas tengok tapi RTM telah memberikan video tersebut kepada papagomo untuk diedarkan. 

Nah video yang dimaksudkan ;

 

Hahaha aku bengang plak tengok video neh der. Sengal punya RTM. Bukan apa, aku berharap kalau RTM boleh undang aku masuk tv. Kita berhujah cara baik. Takyah larh nak kutuk2 kami dengan modal2 basi kome tue. Datang secara HARAM hotak kaw.. 

Aku CABAR RTM agar bagi kami semua PELUANG untuk BERDEBAT isu neh dalam TV. Amacam? Setakat dok kutuk2 orang itupun berdasarkan cerita rekaan baik toksah. Walaupun tak dinafikan antara kami ada yang melakukan provokasi tapi adilkah keseluruhan perjuangan kami dilabel dan difitnah seolah2 seperti kami neh mempromosikan keganasan?

Yang salah tue je larh ko balon. Toksahlah dok buat drama2 fitnah macam neh untuk mempertahankan apa yang jelas salah. Polis tak salah seme tapi polis juga tak betul seme der. Pendemo bersih pada hari tue tak betul seme tapi pada hari tue kami juga bukan salah seme der. 

Bersikap lah adil. Buatlah penilaian berdasarkan kepada situasi. Jangan generalisekan seme. Alamak aaii.. gua betul2 panas larh tengok video neh. Ehh nak mencarut larh pula. Sesiapa tolong sabarkan aku. Kang ada yang kena maki neh. Sie.

Ameno : RTM, gua cabar lue jemput gua masuk tvvvvv oi

Video demo tunjuk punggung tersebar.

Ceh.

Tak minum hundred plus konon? Aku minum jek 100plus. Owhh lupa aku kan separuh melayu mana sama dengan dorang.

kah kah kah

Lepas tue pongpang2 pasal nak jaga punggung. Hak ek ney. Nak jaga punggung pun sampai berarak jejauh pergi rumah ambiga ? Suruh orang sedar diri satu hal lepas tue suruh orang saman satu hal. Bengong ke apa pakcik neh?

Bapak sapa lah neh. Aku rasa serba salah nak kutuk lebih2. Kang terkutuk punya terkutuk sekali member2 pro pr. Arhh sudah. Redha je lah dengan perbuatan mereka disamping mendoakan agar mereka jangan terus melakukan perkara2 yang memalukan seperti neh lagi. Tolong larh weh.. tolong !

Nah tengok video kat bawah neh sendiri dan nilaikan sendiri. 


Bukan nak bekap ambiga sangat tapi biar cerdik sket pun kalau nak balon ambiga der. Jangan buat lawak sarkis. Orang bukan sahaja tak support lue malahan lue sebenarnya semakin memalukan diri sendiri dan perjuangan parti lue jek. Ka, piem ada suruh korang memalukan diri sendiri demi parti?

kah kah kah

Sengal.

Ameno : Nak jaga punggung konon....

Konspirasi penipuan UMNO dalam VIDEO NIZAR terbongkar.

Terima kasih mata. Tapi sebelum tue aku terpaksa cakap aku memang terpedaya habis dengan video neh. Ini kerana ;

1. Tengok sekali imbas.

2. Tengok nak cepat2 sampai forward2

3. Boring ketika tengok, cuma spot babak2 penting yang melibatkan nizar.

4. Rasa mengantuk ketika tengok membuatkan aku tak berapa tengok video neh GUNA MATA AKU sampai habis. Apa yang aku buat ialah aku tengok kejap2 then aku buka windows lain walaupun TELINGA aku dengar ISI video tersebut sampai habis.

Aku terpaksa cakap kali neh. Lainkali kalau nak tengok video yang dijaja oleh UMNO, korang kena tengok GUNA MATA dan TELINGA supaya kita boleh SPOT tang mana MEREKA MENIPU. Jangan ikut perangai aku. Jelas itu satu kebodohan diri sendiri. Demm. 

Aku tak sepatutnya rasa mengantuk mendengar ceramah2 umno. Kesilapan diri sendiri insya-Allah akan diperbaiki. Tapi tue lah setiap kali aku dengar ceramah2 umno memang automatic aku rasa boring nak mampos der. Tapi takpe, aku akan ubah lain kali. Nizar, sorry der. I tak tersengaja menyalahkan U. Ekekek.. mampos den.

Sekarang mari kita beralih semula ke atas tajuk entry di atas. Kita citer dari mula. Mula2 korang tengok video kat bawah neh terlebih dahulu. Video yang buat aku mengantuk neh. 


Sekarang tengok sampai habis. Jangan nak mengantuk2 sangat larh der macam aku semalam. Ekekeke... Dah ke? Okey benda penting yang perlu kita fahami dalam video di atas neh ;

1. Video neh sebenarnya telah dimanipulasi. Bukanlah tidak wujud seme adegan2 di atas. Wujud cuma mereka telah masukkan sesuatu dalam video di atas dan membuang sesuatu. Maksudnya ia telah diedit dengan urutan yang tidak betul.

2. Video neh sebenarnya telah ditukar suara nya. Ketika nizar nak balik, penceramah tue sebenarnya tengah sembang isu lain. Bukan isu nizar jamaluddin pun. Dan ini juga keypoint kita. Bukan kita nak kata penceramah umno berhenti berceramah terus pun. Cuma kita diberitahu bahawa depa tukar topic.  So lain2 bab takde kaitan pun. Kalau ikut twitter nizar dia cuma sembang bab tukar topic so stick to the point sudah.

3. Video asal penceramah tengah sembang bab lain. Lihat bawah neh ;

 

Tang mana UMNO edit?

1. Tang isi ceramah. Time tue penceramah umno sembang pasal lain. Tapi depa tukar / tambahkan suara latar yang lain.

2. Rakaman. Bermula dari minit ke 4 dan ke atas. Rakaman tue sebenarnya di awal ketika nizar mula2 mai. Bukan semasa nizar nak balik. Tapi depa edit sikit2 lepas tue depa masukkan suara latar ==> saya berani kata depan2. Memang betul dia ada cakap macam tue tapi dia cakap macam tue pasal isu debat. Bukan ada kaitan dengan ancak ataupun topic yang dia sedang kutuk2 nizar tue.

Yang sebenarnya nizar disuruh balik oleh pemimpin umno sendiri sebab nak mengelakkan kejadian yang tidak diingini. So nizar pun akur. Bukan dihalau juga sebagaimana yang disangka oleh penyokong2 umno.

Memang betul penceramah umno ada kutuk pas depan2 nizar tapi tue bukan isu langsung sebab yang menjadi isu ialah bab depa tukar topic kepada topic dsai dan lina joy. Itu jek pun yang nizar persoalkan dan sebarkan dalam twitter pun. Bab lain dia tak usik dan sentuh pun. Sepatutnya depa sembang pasal nizar kan? Kenapa tukar topic ? Sebab tuan punya badan ada kat depan2 kan ?

Lagipun nizar datang situ bukan nak berdebat. Kang kalau dia berdebat korang meroyan lak tuduh2 dia kacau ceramah orang lain. Bab video neh pula aku nak nasihat sket la kat penyokong2 umno. Korang tengoklah kejahatan bloggers umno macam mana? Dorang sanggup ubahsuai video demi nak menang. 

Dulu aku tak pernah faham kenapa orang2 pr neh suka sangat cakap neh video edit. Confirm edit. Mesti edit punyalah. Tengok pun belum, dan2 cakap edit. Tapi rasanya aku dah tahu sebabnya. Ini seme salah bloggers umno sendiri. Korang memang pakar edit2 video apa seme. Salah satu bukti ialah video di atas neh.

Korang edit suara dalam video tersebut. Korang memasukkan suara yang salah walaupun rakaman tue betul. Sudahnya korang yang akan rugi sebab mencemarkan kredibliti diri sendiri. 

Lepas tue nak ejek2 penyokong2 pr takley terima kebenaran larh, taksub apa seme tapi lue sendiri yang edit apa seme sehingga menghakis kepercayaan orang lain lue tak fikir pula? Masa tue lue tak kaji pula diri lue yang suka menyebarkan penipuan sehingga orang dah serik nak percayakan lue?

Jangan salahkan orang lain kenapa orang tolak perjuangan umno salahkan jek diri sendiri yang suka sangat berbohong. Orang kalau dah kena bohong berkali2 pun reti gak nak serik der. Kaki kencing betul larh depa neh. Merata pula tue. Sie. 

Ameno : Umno kakiedit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...