Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 April 2012

Video kejadian sebenar kampung kerinchi part 2 tersebar.

 

Okey, Inilah video yang memaparkan komen dari kesemua pihak yang terlibat tanpa bias. Dan ini lah juga format penyampaian yang aku suka. Tidak condong untuk berpihak dan memihak. Lebih baik diserahkan kepada penonton untuk mengadili. Macam yang aku dah ulas sebelum2 neh kat sini dan kat sini, nampaknya memang ada yang dapat rumah dan duit dan ada yang tidak dapat apa2. Inilah fakta der. Fakta. Kita cakap pasal fakta kat sini.

Of course lah yang tak setuju takkan lah nak amek rumah dan duit kan? Ada yang tidak percaya dengan perjanjian2 dan kata2 janji pemaju. Kat sini kita boleh melihat bagaimana makcik2 kepoh yang pongpang bagai mengutuk2 jiran dia.

kah kah kah

Pompuan. Kat mana2 pun sama jek. Agak2lah lue nak mengata jiran2 lue. Dia tak dapat duit apa seme. Lantaklah dia nak berjuang mempertahankan hak dia. Lue beria2 bagai nak mengutuk dia apahal? Lue dah dapat bahagian lue diam2 sudah arh makcik. Dah tue kutuk belakang2. 

Kiranya aku neh berani lah juga sebab kutuk depan2. Aku terus terang cakap memang bergaduh dengan seme jiran2 kat sini. Pasal kucing gaduh. Pasal sikat gaduh. Pasal selipar gaduh. Pasal seluar hilang pun gaduh. Berbeza sket dengan perangai sesetengah orang, kalau aku tak puas ahti aku tunjuk depan2 tanpa kompromi. Dan kalau aku tak suka, aku terang2 tak kawan dengan dia. Dah agak dah ramai yang tak suka aku tapi ada aku kesah?

kah kah kah

Sambung balik isu kes kampung kerinchi. Nampaknya memang ada sekumpulan jiran2 yang bahlol suka memperlekehkan perjuangan jiran2 dia. Aku paling benci jiran macam neh. Sesetengah orang dah setuju nak pindah amek rumah apa seme lantak lah. Apahal lak dorang sibuk2 nak tetapkan orang2 yang tak bersetuju tue untuk ikut pendirian dorang pula? Bodoh nak mampos. Tak effect apa pun kalau dia tak setuju toksah nak kecoh bagai lah ngok.

Dah lah bersikap bias. Tidak bercerita pun yang jiran2 dia tak dapat kunci apa seme. Dok kutuk2 orang jek tahu. Korang perhatikan muka orang2 dalam video di atas betul2. Hafal. Pastikan mereka bukan jiran korang untuk elakkan hidup dalam sengsara. Siyes.

kah kah kah

Ameno : Bersikap menyibuk sampai nak tetapkan pendirian orang lain ialah satu sikap yang bangang. 

PKR Ampang serang Azmin Ali.

Kat bawah neh bukan video pkr ampang tue. Kat bawah neh video ummi meroyan. Video pkr ampang kat bawah lepas video neh. Kita perhatikan dulu video ummi meroyan. Ummi dia dok meroyan cakap bahawa wan azizah pernah berkata bahawa samsidar tue sundal dan jalang. 

Aku ingat sebab orang dah sound2 mulut dia yang suka cakap lepas kot. Orang kutuk2 dia yang menjalangkan dan menyundalkan samsidar lepas tue dia dok blame wan azizah pula. Teruk gile perangai makcik neh.



Kalau inilah yang hari2 keluar masuk tv apa seme memang aku percaya orang akan semakin benci. Ya benci tapi bukan dengan pr sebaliknya dengan umno dan bien. Macam takde modal untuk berkempen. Cuba lah menentang guna fakta. Aku dengar mangsa2 banjir di hulu langat masih belum mendapat apa2 peruntukkan dari kerajaan negeri selangor lagi. Kalau itu korang nak bongkarkan logik juga. Ini tak habis2 nak serang peribadi orang. Tah hapa2 tah.

kah kah kah

Okey sekarang kita citer pasal pkr ampang yang attack azmin ali neh pula. Lihat video kat bawah neh ;


Aku cakap terus terang, aku memang pelik dengan kes neh. Siyes. Kenapa aku pelik?

1. Dia cakap dia ketua pkr cawangan ampang. So kenapa dia tak call azmin dan bincang2 dulu? Kenapa dia buat press conference? Maksud aku kenapa nak desak dia bagi jawapan menerusi sidang akhbar? Bukan kah lebih manis jika korang berbincang dalam kain apa seme?

2. Aku sokong sangat bila ada tuduhan azmin kena jawab. Aku berpendirian sama ketika baca di utusan atas isu neh. Siap update kat wall lagi. Tapi aku dan pkr ampang berbeza situasi. Kalau aku yang dok pongpang2 kat blog kat fb apa bagai memang logik sebab aku takde no telefon azmin. Kalau ada pun, macam lah dia nak layan kalau aku call dia apa seme. 

Silap2 kena sound. Lue sapa? Apahal lue nak suruh gua jawab2 dalam phone neh? Betul tak? Tapi dia ketua pkr ampang beb. Dia mestilah ada no telefon apa seme. Mesti dia tahu cara mana nak mendesak azmin jawab. Kenapa dia guna media umno untuk desak pemimpin pkr? Itu pasal aku confuse.

3. Tindakan sidang media neh aku tengok ada pro dan contra. Yang pro nya kita seme leh sama2 tengok bagaimana azmin ali menghadapi tekanan neh. Yelah, time neh kot azmin akan jawab seme tuduhan2 yang dikemukakan oleh umno ke atas dia selama neh. Dari tilam mahal, dari saham berjuta, dari kereta ferrari, dari gaya hidup mewah, gua pun malas nak campur. 

Itu hal peribadi dia. Kalau sungguh dia ada wang dia punya pasal lah nak enjoy jadi tak curi duit orang. Tapi still benda2 macam neh menganggugat kepercayaan orang terhadap pr yang dilihat seolah2 membuat penilaian terpilih der. Contra nya, kita melihat pkr sedang dilanda perpecahan. Sesama ahli sesama pemimpin pun tak seia dan sekata, apa citer neh der? Nak pru tapi pimpinan pun berbalah2? Apa ke hel nya?

4. Yang lebih dasat, pkr ampang boleh suruh azmin ali amek ujian dna utk buktikan bahawa anak azmin tue memang anak azmin dan bukan anak dsai. Mak aiii. Perlu ke seme tue? Benda2 gini aku tak reti nak ulas. Sejujurnya pandangan aku, apalah dosa budak pompuan tue sehingga perlu diperlakukan seperti itu? Kalau pun betul dia bukan anak azmin so what? Neh masalah dalaman dan peribadi lah weh. 

Tapi lain orang lain pula pandangan nya. Ada sesetengah orang berfikir kalau dia anak dsai lagi lah kena dibongkarkan sebab dsai tue ketua pembangkang, kalau dia menang dia bakal jadi pm, sanggup ka berPM yang terlibat dalam skandal dengan bini kawan baik sendiri? Bab neh aku tengok dan anggap politik memang boleh membuatkan seseorang jadi begitu keji dan hina. Sebab tue aku berpendapat bahawa jika anda terlibat dalam politik, kedua2 kaki anda sebenar dah berada di alam neraka, sekarang neh kena cari jalan untuk keluar dari neraka. Ini memang betul2 gampang. 

Perlunya azmin, dsai dan pkr itu sendiri selesaikan isu neh guna kemahiran akal. Maksud aku kenalpasti masalah then atasi ia. Aku takmo komen cara mana azmin kena atasi masalah neh sebab aku taktau keseluruhan citer jadi tak adil pula kalau aku bersikap berpihak kepada mana2 pihak sekalipun. Cuma nya diharapkan isu neh diselesaikan guna cara berhemah. Dan kalau boleh jangan biarkan anak azmin = budak pompuan tue terus menjadi mangsa orang. Kesian dia. Yang melibatkan diri dalam politik tue bapa dia, apalah dosa anak dia sehingga menjadi mangsa. Tak pasal2.

Ameno : Tuduh orang berzina dengan bini orang kena ada bukti dulu. Sebelum nak tuduh orang tue bukan anak orang tue, buktikan dulu dsai berzina dengan bini orang..itupun guna saluran mahkamah dan undang2 jangan pongpang dalam paper tv apa seme.. ini pandangan aku larh kan.. 

20 ribu orang hadiri ceramah Hasan Ali.

15 ribu orang hadir ceramah hasan ali di batu gajah. Ceramah yb pas dan pkr hanya 150 orang je hadir. Ini ialah realiti der. Bukan aku yang cakap. Tapi hasan ali yang sembang kencang der. Wa tak tipu lue der. Siyes.

kah kah kah

Lihat bukti kat bawah neh beb ;


 

20 ribu orang pergi ceramah dia? 

15 ribu orang pergi ceramah dia?

Kelakar kelakar kelakar memang kelakar. Kalau part yang terang2 gini dia boleh buat kelakar toksah hadap lah part video murtad tue betul. Siyes aku rasa menyampah. Aku malas nak komen lebih2 time tue sebab nanti orang ingat aku anti perjuangan hasan ali yang cuba menyekat gerakan murtad bagai pula tapi bila tengok video kat atas neh memang siyes aku nak sound direct je kat umat2 melayu di malaysia neh.

Bagi aku umat2 melayu di malaysia neh kebanyakkan dari mereka tak sedar diri. Dah lah yang murtad tue satu hal, menyalahkan bangsa dan agama lain satu hal lagi. Tak reti nak cermin kesalahan diri sendiri tapi dok sibuk pongpang salahkan kristian bagai. Dalam agama neh, peranan mubaligh2 kristian dan pendakwah2 islam adalah normal jika mereka nak menarik masyarakat masuk ke dalam agama dan kepercayaan masing2.

Contohnya orang islam berdakwah kepada bukan islam. Seperti itu jugalah mubaligh kristian berdakwah kepada orang islam. Di malaysia neh, kita cakap ikut peruntukkan undang2 oke. Di malaysia, umat2 islam tidak boleh didorong memasuki agama lain. Masuknya disini ikut laws, kalau mubaligh2 kristian mendakyahkan umat islam malaysia agar convert kepada mana2 agama, itu salah.

Tapi, masalahnya di malaysia neh peranan mubaligh2 kristian yang mendakyahkan umat melayu malaysia adalah kecil. Peratusan mereka adalah sangat kecil. Berapa sangatlah ko tengok orang2 cina, india dan melayu boleh bergaul rapat sesama mereka di malaysia neh? Kalau datang dari bangsa campuran macam aku logik lah juga. Aku siap masuk gereja join jualan amal lagi tapi macam biasa lah pandangan2 orang confirm ar negatif bagai. Tapi ada aku kesah? Yang penting aku membantu orang tua yang memerlukan, bukan aku pergi convert tukar agama der.

Yang harus disalahkan kat sini, yang paling utama ialah persekitaran kita. Persekitaran ini dibentuk oleh kerajaan kita. Bukan aku buta2 nak tuduh kerajaan bien itu neh tapi itulah hakikatnya. Dengan tv rancangan2 mengarut dilepaskan. Korang tengok kartun2 di rtm dan tv3? Kepada kaki kartun, korang akan nampak kadang2 dalam kartun pun kristian menyerapkan fahaman mereka. Adakah kristian salah? Adakah kartun itu salah? Sudah tentu tidak. Yang buat kartun tue orang kristian. Dia punya pasal lah dia nak terapkan kepercayaan dia.

Sama juga dengan kartun2 dari negara china dan korea. Dia punya pasal lah dia nak terapkan kepercayaan dan budaya dia. Yang orang malaysia neh bangang sangat pergi import dan jaja ke minda budak2 sapa suruh? Cuba lah belajar tapis. Rancangan2 itu disiarkan di tv3, di rtm di saluran kartun astro. Yang mana sasaran2 mereka ialah budak2 melayu islam. Sikit2 lama2, jadi bukit. Sikit2 dia cakap kristian, lama2 bila budak2 neh dah selalu dengar, dia akan anggap itu adalah kebenaran. 

Sebab tue selain dari keluarga, kerajaan juga kena main peranan. Pergi menguatkuasakan undang2 yang keras dan efisyen. Itu tak masuk lagi bab yang lebih dalam. Beria2 dok pongpang2 murtad sana sini tapi artis melayu islam yang seksi bagai tak pernah ditegur dan dipantau. Alasan mereka dah sah2 pakai seksi tue dosa habis tue adakah murtad itu takde ketetapan yang pasti pula? Sama je seme. Sama je. Itu seme hipokrit. 

Sebelum dok tunding jari pada orang2 kristian better semak lah diri sendiri. Diri sendiri pun tak serupa islam lepas tue nak salahkan orang lain je setiap kali orang islam murtad apa seme. Sedangkan peranan2 pendakwah2 di malaysia neh disekat dan dihalang daripada berdakwah secara terbuka. Sebab? 

Keterbukaan dan kelantangan pendakwah2 islam akan menikam balik pemimpin2 malaysia. Itulah hakikatnya bila kerajaan sudah terlalu jauh ke dalam dunia sekularisme. Kalau pun betul mubaligh2 kristian neh mendakyahkan umat islam, itupun seme salah kerajaan sebab menyekat kebebasan pendakwah2 islam dan tidak pernah mahu mengawal kebebasan2 tersebut. Lihat sahaja iklan2 di tv sebagai contoh. 

Oleh itu jangan salah sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri. Setiap orang islam yang lahir itu belum tentu matinya islam dan setiap orang bukan islam yang lahir itu belum tentu matinya kafir. Kesimpulan nya? Telitilah dulu kelemahan dan kesalahan kita daripada sibuk salahkan bangsa dan penganut lain. Bai

Ameno : Umat islam malaysia dianiaya oleh kerajaan yang mengaku islam.. itu taknak pula ko sibukkan hasan ali?

Rabu, 4 April 2012

Syor lengkap 22 usul PSC.

Kat bawah neh ialah 22 usul lengkap yang disediakan oleh psc yang diluluskan oleh parlimen tanpa dibahas. Hal neh berlaku sebab dewan rakyat pada semalam bertengkar pasal laporan minoriti. Pembangkang mencadangkan agar laporan minoriti dibentangkan sekali bersama2 usul psc supaya dibahaskan sekali namun speaker menolak usul tersebut dengan memberikan alasan karut marut.

Laporan minoriti tue sebenarnya adalah suara pembangkang yang tidak bersetuju 4 daripada 22 usul yang disediakan oleh psc sebelum itu. Sebab tue penting untuk dibentangkan sekali bagi melihat kenapa pembangkang tidak bersetuju 4 daripada 22 usul yang dicadangkan. Untuk rekod 3 ahli pakatan rakyat adalah ahli bersama PSC.

Kat bawah neh ialah usul yang telah diluluskan tanpa dibahas. Dan usul neh bukan bermaksud kalau lulus terus laksanakan.Jangan salah faham. Ia lulus sekadar mencatatkan rekod bahawa ia pernah dibincangkan tetapi bukan bermaksud bahawa ia lulus dan akan dilaksanakan sebab menurut psc mereka powerless = tiada kuasa. Demm. Baik toksah siasat bincang apa seme kalau last2 takde impak dan hasil.

Bagi sesiapa yang rajin, boleh baca dan hadam. Nanti senang lah nak lawan anti2 bersih guna fakta. Oke.

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos

1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.

1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.

1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:

(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan

(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.

1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.

1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media

2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.

2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.

2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. Pengundi luar kawasan

3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.

3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.

3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.

3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.

4. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun

4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. Tarikh pembubaran Parlimen

5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. Kerajaan sementara

6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran

7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:

i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan

ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.

7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.

7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.

(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

8. Memanjangkan tempoh berkempen

8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.

8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.

8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.

8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.

9. Akses media yang bebas dan saksama

9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.

9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

10. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan

10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.

10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh Mimos mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.

10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi manamana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).

10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.

10.7. Jawatankuasa mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih yang dicadangkan di perenggan 10.6 di atas dan melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujukkan kepada Jawatankuasa tersebut.

11. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh Mimos mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;

ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;

iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan

iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya

12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.

12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti yang sah.

13. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik

13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.

13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya

14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.

14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:

i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;

ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan

iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.

14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR

15. Memperkasakan kedudukan SPR

15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.

15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.

15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. Penstrukturan dan pengukuhan SPR

16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.

16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.

16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.

16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya

17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.

17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18. Pengasingan fungsi utama SPR

18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF

19. Pengahihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak

19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang

20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’.

20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’ dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).

20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. Peruntukan dana kepada parti politik

21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.

21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.

21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. Sistem pilihan raya baru

22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yangdiamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).

22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).

22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

Ameno : Syor neh selangkah ke arah kebaikan tapi sayang cadangan hanya cadangan tanpa pelaksanaan, ia tetap sia2 gak der.. 

Pak Samad: 'Ini adalah Bersih Tiga Kosong!'

Lagi terbaru mengenai bersih 3.

1. Selepas venue bersih 3 di umumkan, nazri aziz berikan respon segera bahawa kawasan yang dipersetujui untuk mengadakan bersih 3 duduk bantah tidak diwartakan sebagai tempat untuk berhimpun. Kawasan yang dipersetujui bersih 3 ialah dataran merdeka.

2. Kalau nak tahu sebelum2 neh dataran merdeka sering digunakan untuk mengadakan pelbagai perhimpunan dan konsert. Time tue tatau dah warta ke belum. Jangan korang confuse sangat dengan sikap pemimpin di malaysia oke. Ini perkara yang sangat biasa. Korang akan faham lama kelamaan oke.

3. KJ juga berikan respon balas berhubung bersih 3. Katanya jawatankuasa bersih tidak bersungguh dan tidak bersikap jujur dalam membersihkan proses sistem pilihanraya di malaysia. Menurutnya, tujuh dari lapan tuntutan bersih telah dipenuhi dan diambilkira oleh jawatankuasa PSC kecuali masa berkempen 21 hari. Ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membersihkan sistem pilihanraya di malaysia.

4  Kalau bersungguh patut biarkan sahaja laporan minoriti dibentangkan bersama laporan psc. Kenapa nak halang laporan minoriti kalau sungguh2 nak bersihkan proses pilihanraya? Maknanya di mulut saja bersungguh tetapi bukan melalui tindakan. Nak tahu apa itu kandungan laporan minoriti? Rujuk sini.

5. Menurut bersih, mereka telah menemui lebih kurang 560 kes di dalam daftar pemilih spr yang mana mempunyai no ic yang sama tetapi berbeza lokasi pengundian. Bersih tidak menolak ini mungkin kesalahan perkeranian tapi fikirkanlah dengan sistem perkeranian yang tidak teratur dan tersusun walaupun ia kerja mudah apatah lagi nak diharapkan pada intergriti spr?


6. Yang dipersoalkan kali neh bukan semata2 reform proses pilihanraya malahan intergriti spr itu sendiri. Bagaimana sesebuah badan gagal menguruskan daftar pemilih yang bebas dari unsur2 manipulasi walaupun mempunyai pengalaman menguruskan pru sebanyak 12 kali? Logik kah?


7. BERSIH juga menjelaskan bahawa PSC tidak berkesan dalam mereformasikan sistem pilihanraya. Mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka terhadap tuntutan rakyat sebaliknya hanya memenuhi tuntutan kerajaan. Sedangkan matlamat penubuhan jawatankuasa PSC adalah untuk mengangkat tuntutan rakyat agar dipenuhi oleh mereka2 yang berkaitan bukan menyesuaikan tuntutan rakyat dengan kehendak kerajaan.


8. Oleh kerana itu jawatankuasa PSC harus meletak jawatan.

9. Dalam pada itu himpunan hijau 3 juga dijadualkan akan bersama2 berhimpun pada tarikh tersebut.

10. Lihat video bawah neh ;

 

Menurut pengerusi dan penganjur bersama bersih, Dato A.Samad Said menuntut bahawa ; 

1. Ahli2 suruhanjaya diminta meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tuntutan yang disuarakan oleh bersih 2.

2. PRU -13 dijangka akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah pilihanraya malaysia.

3. PSC dan kerajaan tidak mengambil serius terhadap tuduhan2 yang telah dikemukakan. Untuk rekod, kita kemukakan dengan bukti. Malahan ada saksi. 

4. Hak warganegara malaysia di luar negara untuk mengundi juga dinafikan. Itu tak masuk hak banduan lagi. Bagi aku, setiap warganegara malaysia wajar diberikan hak untuk mengundi tanpa mengira dia baik ataupun jahat.

5. Disebabkan itu, bersih 3 akan diadakan untuk mendesak mereka2 yang terlibat membersihkan proses pilihanraya sebelum berlangsungnya pru - 13.

6. Ahli2 politik dijemput bersama2 bersih 3 sebagai warganegara. [Bukan sebagai ahli politik ye, harap maklum. Ini terpakai untuk bien dan pr.].

Ameno : Dah ada orang start provoke dah..

Apa itu DUDUK dan BANTAH BERSIH 3?

Bersih 3 telah dilancarkan serentak seluruh negara dan dunia pada 28 april 2012 neh. Rakyat malaysia yang berada dalam negara atau luar negara dijemput bersama2 84 NGO untuk bersama2 dalam himpunan BERSIH 3.

Kenapa perlu lancarkan bersih 3? Ini yang ramai orang nak sangat tahu.


Takpe, nanti aku terangkan detail kenapa perlu bersih 3. Sekarang neh cuma nak bagitau korang bahawa ;

1. Bersih 3 dilancarkan serentak di seluruh negara.

2. Lokasi utama bersih 3 ialah di dataran merdeka pada pukul 2 petang,

3. Parti politik tak kira bn atau pr dijemput bersama2 dengan bersih 3 pada hari tersebut.

4. Para penganjur bersama juga boleh menganjurkan bersih 3 di negeri masing2. Contohnya di perak, tetapkan satu lokasi dan hebahkan lokasi2 tersebut supaya orang alert.

5. Begitu juga dengan mereka2 yang tinggal di luar negara. Anda bebas untuk bersama2 bersih 3 dengan memikirkan lokasi2 yang bersesuaian pada hari tersebut.

6. Tujuan bersih bukan untuk menumbangkan kerajaan bn atau apa. Mungkin korang akan nampak pengkomen2 pr cakap jom kita balon bien, jom kita tumbangkan kerajaan dan etc2, tapi sebenarnya bersih 3 ialah = reformasikan SPR. Tiada tujuan yang tersembunyi. Tapi tak dapat dinafikan ada ramai juga yang berdemo sebab bengang dengan kerajaan atas isu2 tertentu seperti kenaikan harga barang, rasuah berleluasa, penyelewengan dana rakyat dan projek2 mengarut yang tiada keuntungan. Yang tue kalau nak turut berdemo pun dialu2kan. Tiada masalah.

7. Duduk dan bantah bermaksud kita akan duduk ber-ramai2 dan membantah secara aman. Bukan memprotes, melawan, memprovokasi dan mengejek2 atau apa. Ini ialah himpunan aman. Dan himpunan neh bebas dari yahudi dan segala bagai propaganda mengarut. Tolong jangan fitnah hanya kerana anda tidak support bersih 3. Tak sokong takpe, taknak suka pun takde masalah tapi jangan fitnah dan mengada2kan benda yang tiada.

8. Pengerusi bersama BERSIH 3 ialah A.Samad Said. Walaupun Ambiga wujud, tetapi kali neh kita akan angkat ikon A.SAMAD SAID untuk bersih 3. Dan tolong jangan fitnah sasterawan negara neh jika sekalipun anda benci bersih 3. 

9. Dan tolong ingat, bersih 3 bukan hak milik pakatan rakyat = pembangkang. Bersih 3 ialah gabungan ngo yang menuntut pilihanraya yang adil. BN juga dialu2kan untuk bersama2 bersih. Ini kerana aku yakin setiap orang di malaysia sudah pasti mahukan sistem pilihanraya yang adil, telus dan BERSIH. 

10. Last, bersih 3 dilancarkan disebabkan kegagalan SPR memahami tuntutan bersih 2. Inilah sebab yang paling utama. Kegagalan SPR berbuat demikian memaksa rakyat perlu turun ke jalanraya bagi memahamkan SPR sekali lagi apa itu tuntutan 8 perkara dalam bersih.

Dengan ini, kepada mereka2 yang sokong bersih 3, berharap sangat kita boleh sama2 mempromosikan bersih 3 di media online dengan ;

- pakai badge bersih 3

- jadikan poster bersih 3 sebagai timeline cover ataupun pic profile

- mempromosikan bersih 3 di blog dan media sosial masing2.

Kalau berminat nak beli baju ke apa ke, terai g page bawah neh. Tak silap aku dia memang produce baju2 bersih dan macam2 lagi.

TheYellowBoutique



Ameno :SPR.. janganlah bersikap memihak..

Gambar penyerang Adam Adli tersebar dan kejadian sebenar di kampung kerinchi.


Kat atas neh gambar individu yang tumbuk adam adli. Sepatutnya isu neh selesai cara baik. Tak perlu pun nak bertumbuk apa seme. Individu dan kumpulan yang terbabit dengan pergaduhan tue sebenarnya dikatakan dari NGO Pekida.

Herm.. patutlah pun. Bahasa badan dulu bukan bahasa akal. Orang yang suka main bahasa badan tak kira lah sapa dan apa sebab nya pun memang wajar dikondem. Aku pun sebenarnya kurang jelas apa tujuan adam kat sana. Tapi aku rasa maybe dia ada kat sana sebab nak bersama2 sokong penduduk yang menghadapi masalah perpindahan kot.

Lihat video kat bawah neh ;


 

Kalau korang tengok video kat atas neh maka korang akan dapati bahawa ; 

1. Nurul Izzah berunding cara baik dengan polis.

2. Penduduk menjelaskan bahawa mereka tidak tolak pembangunan.

3. Penduduk sebenarnya tidak mendapat kunci untuk meneruskan perpindahan.

4. Ko nak halau orang keluar dari rumah lama, at least ko sediakan rumah baru dulu. Oleh kerana rumah baru tak wujud macam mana lah depa nak keluar dari rumah lama? 

5. Nurul izzah dan penduduk yang bermasalah tue minta tempoh. Mereka dah pergi ke pejabat perumahan untuk meneruskan perpindahan dan siap nak bayar sewa bulanan lagi tapi masalahnya usah kata nak bayar sewa je tak boleh, kunci pun takde. Macam mana dorang tak rasa cuak? 

6. Jika diperhatikan rundingan neh sangat damai. Semua penguatkuasa memberikan sepenuh kerjasama kepada nurul izzah dan penduduk2 yang bermasalah.

7. Tapi, apahal rundingan tue tiba2 menjadi ganas? Mudah. Disebabkan orang yang tiada otak wujud disitu. Orang yang tiada otak, kalau wujud di mana2 memang akan menghasilkan situasi yang sebegitu.

8. Kalau diperhatikan dari minit ke 3.09minit kita lihat insiden kekecohan bermula disebabkan lelaki berbaju biru tue.

9. Lelaki berbaju biru tue sakit otak. Kadang2 kita kena faham. Sesetengah orang tue bukan takmo berpindah disebabkan apa2, tetapi disebabkan dah lama tinggal disitu. Mereka rasa sayang nak tinggalkan rumah dan persekitaran tersebut. Orang kata dah lama tinggal disitu dan last2 kena pindah, jadi dia rasa sukar. Ini sebenarnya boleh diselesaikan cara baik dengan memujuk dia. Bagi dia faham. Penguatkuasa okey je tak main kasar tapi jiran2 kat situ main kasar dengan jiran2 sendiri. Bodoh ke tak? Bagi lah mereka tue masa untuk mengenangkan dan menenangkan diri. Tak perlu provoke bagai seme. Sebab tue aku cakap dia sakit otak.

10. Lepas tue aku taktau kenapa adam naik, aku siyes tak tahu. Tapi selepas adam naik, geng2 biru menjadi semakin panas. Ya, aku agak bersetuju bahawa adam adli tak sepatutnya masuk campur urusan disitu. Sebab apa? Sebab dia orang luar. Adalah lebih baik jika jiran2 dia, orang2 yang rapat dengan dia, memujuk individu tersebut agar menerima hakikat bahawa rumah tersebut bakal dirobohkan. Bagi dia faham. Aku tak nampak kenapa ia rumit untuk dilakukan sehingga perlu bergaduh sakan.

11. Apa yang dilakukan oleh adam memang kurang tepat, tetapi tindakan baju biru juga adalah salah. Bahasa mulut harus digunapakai. Bukan bahasa badan. Kalau ko marah sebab dia masuk campur oke ko cakap lah jangan masuk campur. Slowtalk bebaik dengan adam adli. Apa perlu ko berkasar2 dengan dia semata2 dia pro mahasiswa yang condong kepada pr? Perbuatan itu adalah salah.

12. Nurul Izzah dah selesaikan isu tersebut cara baik. Bersama2 nurul izzah, wakil penduduk yang terjejas dan penguatkuasa. Kita tengok tiada masalah.

13. Tapi time nak roboh mungkin ada penduduk yang liat takmo terima perpindahan, ini normal lah. Berlaku di mana2 perpindahan sekalipun sebab mereka dah sayang rumah tue. Dah lama duduk kat situ. Jadi tindakan memujuk harus dilakukan, bukan main kasar or bercakap kasar macam budak2 biru. Itu salah.

14. Selepas itu difahamkan rakan adam adli dibawa ke balai polis. Aku taktau kenapa. Adakah kerana nak disoalsiasat atau apa? Aku harap polis tahan individu yang tumbuk adam adli tue. Jangan tahan orang yang salah. Tak boleh lah bersikap macam tue. 

Dalam isu neh aku tak bela sapa2 pun. Aku tengok penyelesaian bersama dah wujud. Kiranya isu neh isu kecik je. Aku melihat nurul izzah dah melakukan usaha untuk membantu dan memberikan kerjasama kepada penguatkuasa. Penduduk pun sama. Jadi sebagai orang luar, janganlah kita masuk campur jika itu bukan urusan kita. Dan sebagai orang yang terlibat, kalaupun ko marah dan sebagainya, selesaikan guna bahasa mulut dan bukan bahasa badan.


Apa2 penyelesaian tidak boleh dicapai jika guna bahasa badan. Kalau bahasa mulut insya-Allah rundingan boleh dicapai. Simple. 

Ameno : Apa pun tak boleh lah puak2 taksub neh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...