Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Disember 2011

Email burukkan Anwar Ibrahim dan PKR tersebar.

Sekarang neh tengah kecoh isu email yang burukkan dsai dan pkr [amk] di internet. Berikut di bawah ialah petikan penuh email terbabit yang dihantar oleh saudara ;

== > azhar.abdulllah@brother.com.my




Thursday, December 29, 2011 11:44 AM

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian. semoga sentiasa didalam perlindungan Allah semata tiada yang dua selain dari Nya.. InsyaAllah.
 
Tindakan pengikut tegar Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 yang di gerakkan oleh PKR jelas membuktikan Anwar itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara, 901 adalah mengambil sempenan tarikh keputusan perbicaraan Kes LIWAT Anwar 09 Januari 2012. [ini tindakan ahli parti pkr yang memberikan sokongan kepada anwar ibrahim, ia bukan sesuatu yang pelik pun. Masing2 ada hak masing2 untuk berdemo dan nyatakan sokongan beb. Janganlah kecoh sangat]
 
Sekarang ini hebat di persidangan maya mengatakan bahawa akan berlakunya suasana yang tidak tenteram di kalangan rakyat jelata bila mana waktu keputusan perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim dibacakan pada 09 Januari 2012 tahun hadapan nanti puak puak AMK akan memastikan Anwar Bebas dari hukuman, kira mereka mahu menjadi hakim, kebetulan mereka juga mengelarkan gerakan ini sebagai “Rakyat adalah Hakim”. [Korang sendiri lah yang semak sebarkan cakap benda neh akan huru harakan negara, walhal depa nak berhimpun sokong dsai je. Lawan tetap lawan andai dia dipenjarakan angkara fitnah of course orang marah. Normal. Berani tangkap orang tak bersalah berani tanggung kesan bagi kedua2 belah pihak. Habis citer]
 
Disaat tarikh yang bakal berkunjung tiba itu satu gerakan ‘Bebaskan Anwar 901′ telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan yang diketuai oleh Samsul Iskandar. Gerakan ini bertujuan untuk membebaskan Anwar, yang kononnya tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari adalah fitnah semata-mata. [Ya, bebaskan tapi bukan nak merusuh. Nak luahkan protes lah bhai. Ini nama nya demo. Ngok lah korang. Benda neh akan jadi huru hara kalau diprovoke]
 
Dengan keyakinan bahawa Selaku Ketua Umum PKR, lebih-lebih lagi selaku Ketua Pembangkang mereka tidak boleh berputih mata melihat bakal ‘PM’ mereka ini untuk merengkok di dalam penjara, Ini lah mereka yang kata kumpulan mereka memperjuangkan ‘keadilan’. Sanggup membelakangkan undang undang semata mahu menyelamatkan seorang Peliwat tegar, ini semua tahu kerana yang mengesahkannya adalah peguam tersohor mereka sendiri Kapral Singh. [Undang2 tak halang orang berprotes beb. Apa benda lah neh]
 
Ayat mereka juga menarik, mereka lebih marahkan Saiful (mangsa liwat) kerana tidak mencuci bontot selama dua hari tetapi tidak pula marahkan Kapral yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri in future mereka meliwat.

.
Strategi mereka mahu rakyat turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang sejak kebelakangan ini Makamah dapat bersidang dengan aman kerana “kurangnya” penyokong Anwar di sana . Tetapi mereka lupa bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan sikap kepimpinan PKR terutamanya AMK (angkatan muda)yang seringkali mempunyai agenda tersembunyi di dalam setiap geraknya.

 
Kempen kali ini di terajui oleh kepala AMK ( yang dengar kata dijanjikan jawatan Ketua Menteri Melaka jika Anwar menjadi PM) Samsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot, yang kerjaya utamanya ialah menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui politik jalanan dan keganasan. Dan inilah yang bakal berlaku jika gerakan “Bebaskan Anwar 901″ tidak dihalang sedari awal. Kerana ramai tahu apa yang bermain didalam kepala Samsul yang dijana oleh Anwar.
 
Mereka ini telah dapat menghidu bahawa kes liwat ini tidak akan memihak pada Anwar ,walaupun dua tahun dahulu Anwar telah menanam persepsi di luar negara yang Malaysia ini tidak mengamalkan sistem kehakiman yang adil dan menyatakan dirinya akan didapati bersalah kerena tuduhan meliwat bekas pembancuh kopi nya yang tersohor Saiful, mungkin bancuhan kopi saiful lebih enak dari bancuhan kopi Wan Azizah isterinya sendiri. [kes liwat neh fitnah, bukti dan hujah boleh cari di kami benci saiful bukhari. Inilah yang ingin aku bagitau. Bab lain2 pasal amk ka, jawatan dan etc, aku no komen. Masing2 ada penilaian masing2 so aku hormat je. Betul salah aku tatau. Allah swt je yang tahu dan mereka2 yang tertentu]
 
Sebenarnya Anwar tidak punya saksi dan bukti kukuh untuk menyangkal hujah dari pendakwaraya. Mereka juga lupa bahawa Karpal Singh yang dianggap sebagai peguam yang hebat sekalipun gagal untuk mempertahankan Anwar, putar belitnya juga akhirnya memakan diri sendiri. Penggulungan hujahnya mengatakan bahawa kejadian liwat itu adalah atas dasar suka sama suka. Dan ini membawa maksud bahawa peguambela Anwar itu bersetuju bahawa Anwar memang meliwat Saiful Bukhari!.
 
Ingat yang mengesahkan pertuduhan Liwat adalah Kapral Singh, Soal suka rela atau suka paksa tak ada isu, yang penting perkara Liwat itu benar berlaku dan ianya bukanlah satu fitnah baik dari seteru politik mahupun dari kerajaan sendiri, jadi apa motifnya mereka hendak buat himpunan 901 ini?.
 
Sahabat mungkin jelas kini mengapa kumpulan AMK hendak sangat buat protes di makamah pada 09 Januari 2012 nanti, ianya tidak lain hanya semata mahu lepas kan Anwar dari di Penjarakan sahaja, kerana jika Anwar di penjara mungkin peluang mereka saperti yang di janjikan oleh ‘invester’ dari luar akan terbantut.
 
Kesian!! rakyat.. Anwar sendiri pun tak pedulikan dirinya, peguamnya sendiri pun saperti mahu Anwar di malukan, tetapi rakyat pula yang mahu di susahkan, dia yang sedap menala kita pula yang nak tanggung bala. Sanggupkah sahabat pembaca sekelian dipergunakan oleh AMK yang diketuai oleh Samsul Iskandar ini atas sesuatu yang sudah jelas lagi bersuluh?. Aku harap sahabat dapat mengunakan akal untuk menilau sesuatu, jangan guna nafsu.
 
Hujung kata inilah wajah perjuangan Parti Keadilan, yang matlamatnya hanya untuk Anwar semata-mata, Biar lah rakyat menderita janji cita cita untuk ‘invester’ tertunai Tidak lah aku tahu sama ada kebetulan atau pun memang didalam perancangan bahawa BERSIH 3.0 juga sedang dirancang untuk dilancarkan pada tarikh yang sama, jadi jelaslah kini apa matlamat dan tujuan mereka sebenar, biar lah negara hancur dan rakyat menderita yang penting Anwar mesti di bebaskan demi janji janji dengan ‘Invester’.
 
Orait sahabat sampai disini dahulu.. Jumpa lagi lain masa dan ketika..InsyaAllah ..  [Bila masa bersih pada 901? Aduhaii takde dapat info pon. Aku neh pro bersih awat aku tak tahu? Janganlah cipta havoc lagi. Biar aje pkr nak berdemo. Kalau ko kawal jalan aku rasa lagi okey. Biar depa meluahkan apa yang mereka rasa. Then balik. Paling2 kuat pun yang dorang boleh buat ialah berdemo. Takan nak bunuh najib pula? So, biar je lah. Janganlah sibuk nak halang2 hak orang. Simple.]

Ada je bahan nak provoke. Tah pape lah weh.. tah pape.

Nota : Artikel neh telah di edit. 

Sumber : sahabat fb.

Ameno : Demo nyatakan sokongan neh tidak salah. Ia adalah hak. So biar je lah.

Duit takde, pesawat RM120 juta tersadai. - Kerajaan.


Ini alasan yang cukup cantik. Aku bercadang nak minta tolong panglima ludah gunakan kepakaran dia dalam isu neh. Kalau sudi lah. Aku harap dia sudi. Sebab dia cakap dia perjuangkan nasib rakyat. So mestilah dia sudi. Kalau dia tak sudi mungkin dia yang kena ludah balik. Bahaya tue woitt... panglima ludah diludah. Memang rekod beb.

kah kah kah

Baca dulu bawah neh. Selow2. Dan fahamkan betul2.

PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints.

Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year.


According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose. Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment.


The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010.


http://www.thesundaily.my/news/249344

Note penting ;

1. Pesawat yang tersadai ==> 2 unit.

2. Sebuah pesawat dah tersadai sejak setahun yang lepas, manakala lagi sebuah pula pada kira2 6 bulan yang lepas.

3. Alasan tersadai tiada mempunyai peruntukkan yang mencukupi untuk menyelenggara pesawat. Disebabkan itulah mereka tidak menandatangani apa2 perjanjian dengan mana2 syarikat yang berkelayakkan untuk menyelenggarakan pesawat2 neh. [Lain kali lue cari pakar, upah pakar dan selenggara sendiri bhai]

4. Tahu harga pesawat neh berapa? rm120 juta sebuah. Ia ada berapa buah? 2 buah je. So baru rm240 juta. Kira mahal lagi lembu shahrizat beb. 

kah kah kah

5. Salah meh harga yang mahal neh? Momantai. Asal sesuai dengan kualiti dan boleh buat kerja. Okey. Tapi sekarang bukan isu harga, tapi isu kekurangan dana maka ia tersadai sehingga tidak boleh digunakan. Maka ini salah. Salah kerana gagal urus benda neh dengan cekap. 

6. Apa salah ka kalau pesawat neh tersadai?  Salah. Sebab pesawat neh dibeli untuk buat kerja bukan dibiarkan untuk di sadai kan. Antara fungsi pesawat neh ialah memadamkan kebakaran, melakukan kerja2 mencari dan menyelamatkan dan memantau kawasan pantai. Ia juga adalah sejenis pesawat canggih yang dilengkapi dengan alat2 yang sesuai dengan fungsinya. 

Jadi, macam mana? Kerajaan kena atasi benda neh. Cari pakar yang boleh selenggara benda neh. Cari langkah yang paling less cost tapi sesuai dengan keadaan. Takde duit? Soh shahrizat bayar balik duit pinjaman juta2 tue. Ini apahal kerajaan sampai takde duit nak jalankan kerja sendiri tapi ada duit bagi shahrizat bina kekayaan untuk family laki bini? Boleh kah?

Selain itu pada tahun 2003, malaysia telah sign agreement untuk beli jet pejuang sukhoi [macam helipkopter tak silap aku] yang bernilai rm150 juta seunit. Berbaloi meh? Harga kontrak AS900 = RM3billion = rm150 each untuk 18 jet pejuang. 
Peh. 

Ini berbaloi kah? Ini berbaloi kah dengan kualiti yang ditawarkan? Aku tunggu jawapan bernas dari panglima ludah malaysia. Dia hebat.

Jangan lupa misi penting neh ==> baca + faham + sebar. Ingat, kena baca, lepas faham baru sebar. Jangan sebar tanpa kefahaman. Nanti orang tanya kelam kabut nak menjawab pula. Lihat point penting bawah neh juga.

APMM pertama di Asia guna pesawat amfibia

14/10/2008 6:06pm

PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal terbang jenis itu.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat amfibianya berikutan masalah kewangan. Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan. Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlutafsiranbaru/Article/index_html

Pesawat Pertama (M71-01) telah diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j.

http://www.mmea.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1570%3Aaset-apmm&catid=66
Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh melaksanakan misi penuh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM

Sumber oleh : MTD Kota Lama.

Ameno : rakyat cop duit.

Mahathir bukan cerdik sangat: Ku Li


Tengku Razaleigh Hamzah  meramalkan  dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini  United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,"  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. 

Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  

Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. 

Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. -HR-

Hahahaa... aku baca je. No komen. Just nak share je. Mahathir bukan bijak sangat but still dalam kategori bijak. Sebab tue  KuLi cakap Mahathir bukan bijak sangat, bukan nya tidak bijak langsung. Betul tak? 

Apa pun Mahathir, DSAI, KuLi dan TGNA, sama2 ada jasa di Malaysia neh. Yang betul kita angkat, yang salah kita tolak. Yang neh ramai orang politik tak faham. Betul salah main langgar je. Aduhai. 

Ameno : Bukan bijak sangat, bukan isu.. tapi tolak islam memang isu.

Beras akan naik harga ye?

 

Banjir di thailand tidak akan menjejaskan stok dan harga beras di malaysia. Itulah yang media bn pongpang ketika thailand banjir. Jangan termakan dakyah pembangkang. Ini propaganda nak burukkan kerajaan. Propaganda waklue.

Dah berapa lama kita jadi rakyat bn, sedikit sebanyak lakonan dan taktik depa of coz lah kita dah hafal beb. Ya.. sila tonton video di atas neh. Neh adalah hint untuk menaikkan harga beras.

Steps yang anda perlu faham.

1. TV3 akan buat2 poyo mendedahkan masalah bernas dan blalabla.. <-- dah lepas

2. TV3 akan siarkan isu kenaikan beras global dan balbalbal.. <-- dah lepas

3. TV3 akan undang pakar buat ulasan <-- merujuk di atas neh.

4. Kerajaan akan tunggu respon orang ramai. 

5. Kalau agak2 rakyat macam malas membantai.. kerajaan umumkan harga beras yang dirasionalkan [naikkan harga].

6. Kalau agak2 rakyat membantai, kerajaan hold dulu niat tamak mereka.

7. Caranya? Kerajaan hari2 akan serap persepsi bahawa harga beras di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran, rakyat malaysia banyak yang gemuk2, rakyat malaysia suka membazir, rakyat malaysia berpenyakit, kerajaan terbeban dengan harga yang sedia ada, masalah subsidi, subsidi dikurangkan untuk salur kepada yang memerlukan... dan blablabla..

Hasilnya? Pemikiran rakyat akan berpecah2. Ada yang dah termakan dengan dakyah propa kerajaan tamak. Ada yang tidak. Ada yang was2. Ada yang ragu2. Ada yang keliru. Hasilnya? Bertelagah sebab peranan media busuk ahti yang menyalurkan info penipu dan terpilih menurut perintah tuan besar mereka.

Kenaikan harga beras harus ditentang. Apa dia ingat kita boleh tahan ka setiap satu bulan berlaku beberapa kenaikan? Apa dia ingat kita tatau dia tengah cari dana untuk pru ? Harga minyak dunia turun pun dia buat derk je.. so ini yang korang sanjung bagai kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat? Waklue.

Jangan bagi hujah alah.. benda lain boleh beli mahal2.. takan beras tak boleh? Hellooowww... aku punya suka sebab aku punya duit. Aku nak beli barang mahal2 pun bukan guna duit kerajaan. Tapi kerajaan sebat aku lagi ada dengan rembat wang dari aku melalui cukai. 

Contohnya aku nak makan kfc ada cukai. Aku nak tgk filem, ada cukai. Aku nak guna jalanraya yang dibina guna wang aku pun kena bayar cukai. So aku punya pasal nak komplen pasal harga beras neh sebab memang dari awal lagi ia dibangunkan dengan menggunakan duit generasi aku yang lepas2 sampailah terbaru. Ini hak aku dan aku punya suka. 

Ingat, rakyat bos, kerajaan hamba. Dorang kena buat ikut arahan kita. 100%. Kuasa mutlak di tangan kita. Dorang memang kuli. Kita bukan. Gunakan kuasa neh. Jangan tunduk dengan kerajaan. Biar kerajaan yang tunduk dengan kita. Bai.

Ameno : Protes harga barang naik..  sapa nak lead?

Roboh surau muat beberapa orang neh dan ganti dengan yang lebih baik pun nak kecoh ka?

Kah kah kah

Bangang is bangang.

Bila bangang maka apa sahaja yang di buat akan jadi bangang + bahlol + mengarot.

Itulah yang puak2 bangang neh buat. Apa yang depa sibuk marah sangat bila MB kedah ganti surau lama dengan surau baru? Sebenarnya takde isu satu sen pun atas benda yang depa dok melalak bagai neh.

Lihat bawah neh beb ;


Inilah surau yang bakal dirobohkan. Babai surau. Anda akan lebih berseri dengan wajah yang lebih baik selepas beberapa bulan. Lalu, apahal juak2 umno marah? Marah sebab bisnes takaful ka? Tatau aku. Itu korang kena tanya tokey takaful itu sendiri. Taknak aku tuduh2. 

Isunya mudah. Di bangunan neh, dalam nya ada surau. Kecik je. Boleh muat 3,4 orang lebih kurang begitulah. So, benda neh jadi isu pasal surau tersebut surau wakaf. Itulah yang depa marahkan. Konon nya lah kan. Walhal merujuk kepada jawapan majlis fatwa isu neh dianggap selesai. Baca sini.

Jadi takde isu. Sebab ia akan diganti dengan DUA surau yang lebih baik. Dan yang pasti lebih banyak orang yang dapat menerima faedahnya. So, adakah yang marah isu perpindahan neh disebabkan bisnes takaful? Sekali lagi aku takde jawapan. So takmo tuduh2.

Andai benar ada dalang dibalik propaganda neh, aku cadangkan terus terang aje pada MB kedah. Kita sesama orang islam neh boleh je bertolak ansur. Jangan risau lah. Daripada dok balon benda yang remeh temeh sebab nak selamatkan bisnes, baik terus terang dengan MB kedah apa kesulitan yang dihadapi. 

Insya-Allah boleh dapat hasil win2 situation. Yang pergi ikut propaganda umno buat apa? Kata bisnes sendiri, sendiri mao pandai cari jalan dekati MB kedah untuk bincang2 yang mana patutlah.. betui ka? Itu kalau pasal bisnes lah. Kalau bukan, takpelah.  

Apa pun umno dah tertonggeng dalam isu neh. Lihat bawah neh ;


Laporan polis sebab dorang neh provokasi bagai. Dah tue spin isu pula. Bab surau kecik, bab digantikan dengan yang lebih baik, bab takde jemaah, bab tidak aktif yang neh langsung tidak diketengahkan di tv dan pelbagai media mereka. Yang bab roboh2 je depa kecoh.

Roboh pasal apa? Roboh ganti baru? Roboh dengan izin fatwa ? Yang itu depa senyapkan. Itu pasal aku dah cakap tadi. Bangang is bangang. Whatlah can we expect from bangang except bangang merely?

kah kah kah

Link wajib baca == > sini

Ameno : Dia roboh surau yang banyakkk jemaaaahhh slumber pulaaa.. 

Rabu, 28 Disember 2011

Luahan Pesilat neh pasal Ummi Hafilda terima anugerah ka?

Kah kah kah

Usah kata lue, wa pun confuse. Malah lagi confuse. Bersilat tidak, berlatih jauh sekali, tahu2 je dapat anugerah silat gayong bagai.. lawak apa mende neh weh?

kah kah kah

Baca bawah neh ;


Hari ini bising mengenai sandang yang diberikan kepada Ummi Hafilda dengan pelbagai persoalan apa sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu Islam terutama kepada Gayong sebelum dan selepas ini bagi melayakkan beliau kepadanya. Tetapi itu semua biarlah PSSGM memutuskannya. Mungkin ada kelayakan dan fakta yang bukan dalam pengetahuan kita.

Minggu lepas pun ramai bertanya mengenai sandang dan bengkung. Ada yang bertanya itu daripada rakan silat di Facebook mahupun pelatih KSSG sendiri. Secara personalnya, pihak kami tidak tahu mengenai tatacara dan kelayakan sandang. Malah kami semua tidak ada yang bersandang tetapi kami masih mampu berdiri dan menjalankan aktiviti silat sebagai jalan dakwah dan kebajikan kepada rakan semuslim kami.

Biarlah mereka dengan kebanggaan sandang mereka, tetapi kami yang tidak layak ini meneruskan amanah kami terima daripada guru-guru Gayong kami. Tanpa sandang tidak pernah menyekat kami untuk mengembangkan Seni Gayong dan dikenali oleh semuda pesilat dan semua guru tua atas faktor nama baik KSSG. Malah tanpa sandang, kami masih sibuk dalam menguruskan pelbagai latihan dan aktiviti lain sehingga banyak perkara lain terpaksa kami tolak dan lupakan. Sehingga ada rakan di luar sana terabai atas kesibukan kami. Tanpa sandang, kami masih boleh.

Yang lebih penting adalah amanah. Shams masih merah 3 dan anugerah kuning 5 biarpun lebih 20 tahun berGayong. Abu Hassan masih Hijau biarpun telah mengajar dan berGayong lebih 19 tahun. Begitu juga Hazil yang telah berGayong lebih 17 tahun dan mengajar. 

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada Gurulatih dan pelatih yang lain. Pendek kata, kami sering berpesan "kalau nak buat banding dengan bengkung dan sandang, KSSG memang kalah teruk. Tapi kalau nak cerita pasal amanah dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun komitmen kami, kami sanggup menerima cabaran sebagai motivasi." Malah kami sentiasa memotivasikan diri kami dengan guru-guru yang masih lagi mengajar.

Banyak sandangnya, hebat warna bengkungnya tetapi kalau setakat sembang saja banyak dan bergelanggang tidak seberapa. Bermasyarakatnya tidak. Berapa kerat gelanggang dan nama baik Seni Gayong anda nak lihat dalam masa 10 tahun lagi? -sumber-

Hish.. hish..

Tak sabar aku nak tengok ummi bersilat. Siyes neh. Berkobar2 beb.

kah kah kah

Ameno : Wa pun nak anugerah beb.. kah3x

Fathul Bari : Yakin sembang rakyat bukan tajaan umno.


Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.
Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak. ''Kita menolak pelaksanaan hudud di Kelantan bukan disebabkan hukum hudud, tetapi disebabkan oleh hudud yang didatangkan dalam bentuk versi sedangkan ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
''Selain itu terdapat kesalahan yang perlu diperbetulkan sebelum hukum ini dilaksanakan. Kita juga tidak kata semua peruntukan dalam enakmen hudud ini salah. Oleh itu, saya minta mereka yang tidak ada ilmu tentang hukum ini supaya jangan bercakap. Akibatnya dari segi akidah amat buruk,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga penggerak utama ulama muda UMNO berkata demikian ketika mengulas rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Youtube yang jelas mencerca hukum ciptaan Allah itu.
Dalam rakaman tersebut terdapat beberapa pelakon termasuk bukan Islam yang membincangkan soal pelaksanaan hudud secara salah hingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam. Fathul Bari berkata, pelaksanaan hukum hudud juga bergantung kepada kesesuaian namun kewajipan untuk melaksanakannya pada satu masa paling sesuai tetap menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam terutama pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari yakin rakaman itu bukan tajaan UMNO sebaliknya oleh pihak tertentu yang sengaja mempermainkan hukum Allah. ''Cuba kita amati ucapan dasar dan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung sebelum ini bagaimana beliau menegaskan bahawa UMNO akan membela kesucian Islam, bangsa dan negara.

''Saya tidak fikir UMNO yang lakukan kerana UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara Islam. Saya percaya ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan umat Islam menjadi resah,'' katanya lagi.
Fathul Bari berkata, beliau terpaksa tampil membuat kenyataan kerana apa yang dipaparkan dalam Youtube itu dari segi hukumnya adalah haram dan wajib diperbetulkan. Apatah lagi, katanya, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghayati maksud satu hadis Rasulullah riwayat ibnu Majah; ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.'' -UM-

Dia betul bab hudud. Tiada keraguan langsung hujah dia dalam bab hudud. Andai enakmen hudud yang dibuat oleh pas terdapat kesilapan, mari sama2 membetulkan ia. Jangan menolak langsung. Ini baru betul.

Tapi pandangan dia pasal umno salah. Umno hanya berlakon sebagai pejuang islam padahal umno bukan begitu. Moga ustaz boleh buka mata luas2. Jangan sia2kan ilmu yang ada dengan duduk dalam umno. Umno takan berubah dulu, kini dan mungkin untuk selamanya.

Buang juga keyakinan jauh2 konon nya umno bukan penaja sembang rakyat. Jelas lagi terang, memang mereka lah orang disebalik sembang rakyat. Kalaupun ia bukan mewakili keseluruhan umno, at least unsur2 umnorism masih wujud di balik sembang rakyat. Terima lah hakikat.

Ameno : Najib jahil bab agama tapi bercakap macam expert.. kan ustaz?

Ummi Hafilda dapat anugerah.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tergolek-golek aku gelak beb.

Usus pun dah pecah dah. Dah larh selama neh usus aku asyik kena repair je pasal juak2 umno suka buat lawak sadis. Neh depa tambah lagi. Ada ke patut depa buat lawak baru. Gila betul. Boleh mampos akibat kegelakan melampau neh beb. Naya aku.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Ohoiii.. 

Sokong umno apa pun boleh dapat. Dan2 anugerah srikandi neh diberikan kepada ummi hafilda yang dijangka akan bertanding mewakili umno pada pru-13 [kalau nama dia dicalonkanlah].

Baca bawah neh beb ;
ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya. “Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara. Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai. “Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
“Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya -SK-

Arhh sudah. 

Ummi nak masuk IPT pula. Tah hapa2 lah dia nak meroyan dalam IPT lepas neh. Kalau sebelum ezam meroyan dalam IPT, lepas neh maybe ummi pula diberikan kelonggaran untuk mengarut dalam IPT. Umno apa pun boleh maaa.. taktau meh?

Tapi kan memang kelakar gile bila baca statement SS si ummi neh. Jasa apa tah? Jasa pada negara? Satu haram aku tak nampak pun selama neh. Dorang neh memang nak bagi aku mampos cepat. Tak habis2 buat lawak siot. 

Kah kah kah

Ameno : Macam2 anugerah wujud daa..

Apa yang fitnahnya dalam isu Ustaz BadrolAmin?

Bukan kah aku dah bagitau ko 2 hari lepas? Confirm der gua mesti kena maki punya. Caci maki neh aku dah biasa kena. Baik dari puak A mahupun B, kedua2 mereka sama sahaja. Itu pasal aku tukar slogan blog aku suatu ketika dulu. Ia berbaloi beb.

Kenapa ada penyokong pr yang marahkan umno atas isu ustaz badrolamin mengatakan dsai = imam mahdi? Aku tak pasti samada korang faham ke tak faham isu sebenar disini tetapi ketahui lah korang telah marahkan orang yang salah. Korang sebenarnya telah menuding jari kepada orang yang salah.

Isu neh tiada kena mengena pun dengan umno. Ya, mereka memperbesarkan ia dan melarikan beberapa info penting dalam hal neh tetapi still korang marahkan orang yang salah. Aku lah individu yang korang cari. Dan kepada aku lah korang patut marahkan kalau sungguhpun menentang apa yang aku katakan mengenai ustaz badrolamin.

Aku tiada masalah andai korang bernekad mempertahankan ustaz. Ini ialah benda yang biasa aku hadapi. Dah memang selalu penyokong bn dan pr membalon aku secara berirama dalam blog neh. Kadang2 bn yang balon, kadang2 pr yang balon, ikut atas isu lah. Balon tetap balon. Memang ini trademark penyokong tegar memasing2. Betul salah belakang citer. Balon first, fact then.

Aku dah tulis dengan jelas dalam posting sini bahawa ;

Ustaz tidak menyebut secara direct, tapi itulah yang aku rasa. Ustaz cuba menyatakan anwar ibrahim ialah imam mahdi dengan dua cara iaitu ujian2 yang diterima oleh dsai dan mengaitkan hubungan dia dengan syeikh yusoff al-qardhawi. [tiada dalam video suntingan].
Ya, memang benar ustaz tidak menyebut secara direct, tetapi itulah yang aku rasa. <-- Adakah ini boleh dianggap sebagai menfitnah? Aku bagitau ustaz, bahawa inilah persepsi dan kefahaman yang masuk dalam minda aku setelah melihat ceramah tersebut. Inilah yang aku rasa melalui pengucapan2 ustaz di atas neh [lihat sini].

Jadi, ini fitnah kah? Fitnah ka ini bila aku tanya ustaz apakah benar dsai imam mahdi? Fitnah ka bila aku bagi bukti napa aku suspect macam tue? Fitnah ka bila aku minta agar biarlah orang2 yang lebih baik ilmu nya menilai ustaz? Fitnah kah?


Jangan bising dengan aku pasal video edit. Bercakap pasal tue, korang lebih mahir. Siapa yang edit ucapan2 sedikit dan pendek pro bn? Semata2 nak focus kepada hal yang penting je? Siapa? Time tue boleh pula korang percaya? 



Aku bukan begitu bangang nak mencari pasal dengan orang berilmu. Aku bukan begitu bahlol nak menilai dia sebagai itu dan neh.

Ada aku cakap ustaz murtad?
==> takde.

Ada aku cakap ustaz sesat? ==> takde.

Ada aku cakap pasal akidah ustaz? ==> takde.

Tapi sapa marah aku sesat, murtad, fitnah dan semua gelaran2 yang biasa umat islam yang tipikal buat? ==> korang. [merujuk kepada penulis komen di fb dan twitter]

Apa salah aku, bila aku bangkitkan benda yang meragukan? Pemimpin umat? Apa maksudnya? Membebaskan Al-aqsa? Di mana terletaknya Al-aqsa neh? Siapa sebenarnya yang dimaksudkan? Ujian2 hebat? Dipersiapkan? Apa itu? Ustaz malahan mengatakan hubungan dsai dan syeikh yusoff bagai adik beradik selepas itu [tiada dalam video suntingan]. 

Dan yang paling aku rasa kelakar, bila dia mengatakan dsai ialah penasihat kepada negara2 arab yang kaya raya? Yeka..? Bila masa? Aku siyes tak tahu pasal neh.

Ko dan bontot kuali adalah sama dari segi warna.

Weh.. ko tahu dia cakap aku hitam legam.

Bila masa? Aku cakap ko dan bontot kuali lebih kurang serupa.

Nah.

Seseorang tidak perlu direct cakap bahawa seseorang itu hitam legam. Hanya perlu guna bahasa kiasan seperti bontot kuali. Sama macam gemuk. Guna sahaja istilah gajah, badak dan sebagainya untuk menyakitkan ahti orang lain. Simple.

Maka, walaupun ustaz tidak menyebut secara langsung tentang hal neh, tapi itulah mesej yang aku tafsir. Memandangkan ustaz dah nafi, aku sudi terima penjelasan. Tapi aku mohon lainkali agar percakapan2 seperti neh jangan di ulangi lagi.


Kenapa? Mudah. Ia mengelirukan. Benda2 begini, bukanlah awak arif sangat tapi tolonglah ia benar2 mengelirukan. Aku pun faham keseksaan dsai difitnah. Tapi memahami ialah hal yang lain. Menaksub pula ialah hal yang lain. Ustaz memang bebas memandang dan menganggap dsai sebagai apa pun. Ini hak mutlak dia. Aku sokong 100%. Tapi jangan dibawa ke pentas ceramah. Tolonglah.

Bagi aku matlamat betul, niat betul mesti disusuli dengan kaedah dan cara yang betul. Maksudnya disini mudah. Perjuangan menentang bn mestilah menggunakan cara yang paling betul mengikuti situasi dan keadaan ketika itu. 

Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pandangan yang lebih betul ketika aku melawan bn, suka atau tidak aku kena akur dan redha.  Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pemimpin pr yang terkhilaf dan rasuah aku mesti kena bongkar dan bersikap adil. Ini aim aku. Ini yang aku mahu buat. 


Tapi sayang, puak2 yang tidak rasional neh tidak nampak benda yang sebegini simple. Puak2 neh ada di mana2 sahaja tak kira parti apa. Bila dia maki ok, time ko maki, dia keluar hadis. Bila dia rasuah okey, time ko rasuah dia keluar fatwa. Bila dia hukum mahasiswa okey, time ko hukum mahasiswa ia kejam. Semua neh hujah2 yang tidak rasional.

Politik di malaysia arusnya ialah bersikap tidak rasional. Dan aku memilih untuk melawan arus dengan menjadi rasional.

Kenapa?
 

Hujah rasional = di balas hujah rasional pihak lawan = menghasilkan keputusan rasional untuk rakyat.



Tapi apa yang berlaku di malaysia ialah ;


A, B dan C saling bersikap tidak rasional. Masing2 cari salah masing2. Gadoh2. Penat2. Dah PRU balik. Lepas tue ulang balik babak sama. Begitulah dari tahun ke tahun. Apa yang rakyat macam aku dan ko dapat? Apa pun takde melainkan penat sebab bergadoh.

Orang2 yang tidak rasional neh boleh sahaja korang jumpa di dalam pelbagai blogs aku.


Wahh bestnya ameno bongkar lagi
<-- time balon bn.



Babi ko ameno, sial dah kena beli dengan umno, fack!!! <-- time balon pr.


Terer ko ameno.. jom ramai2 sebarkan doc neh <-- time dedah doc penyelewengan bn.


Check dulu.. ini bukti tipu rasanya. <-- time dedah doc penyelewengan pr.

Sial shahrizat makan harta rakyat..celaka!!! <-- time shahrizat balon projek kerajaan.


Benda neh seme fitnah.. jgn percaya ameno, bn dah beli dia.
<-- time nga kor ming balon projek kerajaan.



Najib sesattt.. najib dah murtad.. dia hina hudud <-- time najib perlekehkan hudud.


Ameno fackk, fitnah, murtad dan sial. <-- time tanya ustaz badrolamin, betul kah dsai = imam mahdi?


Rosmah gemuk, badak, gajah, zambry metalik <-- time pr hina rupa bentuk pemimpin bn.


BN racist dan kurang ajar... dok perlekeh rupa orang cina yang bermata sepet di sekolah. Cikgu bodohh <-- time bn hina rupa bentuk orang lain.

CSL SIAL. Dia hina hudud lagi <-- time csl hina perundangan islam.

Karpal lepak lah..kita kasi tarbiah maaa.. lagi pun dia lawyer.. so dia hurai dari kefahaman perundangan [walhal csl pun hurai dari sudut yang sama] <-- time karpal hina perundangan islam. 


CSL main pompuan.. pemimpin lucah woitt <-- time skandal seks csl di ungkit jadi modal.


Elizabeth wong dianiyaa.. gambar dia dirakam dalam keadaan curi. [CSL dirakam dalam keadaan dia sedar kah?] <-- time skandal seks elizabeth kecoh.


Jadi jangan bising bila ada orang2 muda dan orang2 tertentu benci politik. Ia hasil dari mentaliti orang2 yang bersikap tidak rasional. Orang2 tidak rasional neh ada cop mohor yang boleh mengkafirkan, menyesatkan dan menentusahkan akidah seseorang. Ia ada di mana2. Tak kira apa pandangan politik malaysia.  Bai.


Ameno : Apa pun tak boleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...