Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Disember 2011

Adakah benar Anwar Ibrahim ialah Imam Mahdi?


"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir" 

"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa" 

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab" 

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??" 

"dimana agak agak??" 

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai." 

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak" 

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi" 

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??" 

"dari belah mana??timur.." 

"timur itu dimana, bukan di timor leste!" 

"timur itu our region, ini ini timur" 

"tapi banyak negara di timur ini" 

"apakah di indonesia??bukan" 

"singapore??oo jauh" 

"brunei??lambat sangat" 

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?" 

"sy kata dia ada di??di malaysia." 

"sudah adakah pemimpim itu saudara??" 

"tanya sy, sy kata dia sudah ada." 

"pemimpin itu sedang disiapkan" 

"dia sedang melalui series of trials ujian" 

"dia sedang di uji" 

"satu peringkat ke satu peringkat" 

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa" 

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!" 

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.." 

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara" 

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat" 

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin" 

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya" 

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur" 

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa" 

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya'' 

"dan org hormat prinsip agamanya" 

"tidak lain tidak bukan" 

"sedara anwar ibrahim"

Kisah asal.

Dua tiga bulan lepas, sahabat fb pernah bagitau benda di atas neh. Masa tue aku fikir adalah bagos jika dia boleh tampilkan bukti. Ini perlu supaya kita boleh dengar dan faham betul2 apa yang sedang dan cuba disampaikan oleh ustaz.

Aku tahu ustaz badrol amin dulu pernah kecoh dengan ceramah maki hamun. Tapi sekarang tidak lagi. Pendekatan dia sudah berubah. Ini perkara positive. Ceramah maki hamun pada dasarnya bukanlah ceramah. Lebih sesuai dipanggil ucapan maki hamun. Yang neh pun aku selalu gak buat time panas. Heh.

Dan semalam, sahabat fb mengeluh atas isu yang pernah dia bangkitkan dulu. Kali neh berserta bukti dan saksi. Ada rakaman penuh, tapi aku sunting. Suntingan aku tidak menjejaskan isi, gaya penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan.

Aku menerima faham dan sedar bahawa ucapan neh tidak mewakili ;

PKR

PR

ANWAR IBRAHIM

Sebaliknya ia hanya mewakili pandangan ustaz semata2. Namun, bagi pandangan aku, adalah lebih baik jika ustaz berhenti memberikan pandangan2 seperti neh di public. Walaupun kita faham niat dan ustaz boleh menyatakan pandangan peribadi tetapi dalam kes neh ia dah sangat2 ketaksuban. 

Ustaz tidak menyebut secara direct, tapi itulah yang aku rasa. Ustaz cuba menyatakan anwar ibrahim ialah imam mahdi dengan dua cara iaitu ujian2 yang diterima oleh dsai dan mengaitkan hubungan dia dengan syeikh yusoff al-qardhawi. [tiada dalam video suntingan].

Sudahlah sekarang neh pas terbabit dengan isu gerakan syiah dalam pas. Walaupun aku menghormati syiah tetapi menyebarkan ajaran syiah di kalangan ahli parti adalah salah. Menghormati hal lain, menyebarkan pula hal yang lain.

Aku sokong perpaduan sunni-syiah. Aku sokong sebarang usahasama yang berlandaskan islam sunni-syiah. Tetapi aku tidak sokong sebarang penyebaran syiah kepada penganut sunni. Kita kena jelas dan faham dengan akidah kita. Jangan main2. Bukan merendah2kan akidah syiah, jangan salah faham tetapi menyebarkan fahaman syiah kepada penganut sunni di malaysia salah tetap salah.

Pendirian dan pandangan ustaz neh sebenarnya lebih layak ditegur oleh orang2 yang lebih berilmu. Oleh itu aku serahkan kepada mereka2 yang arif untuk membuat penilaian.
 

Nota : negara arab terbesar arab saudi dan bukan nya mesir. Tak silap aku lah. Aku rasa ustaz neh silap cakap. Dan aku tak pasti pula anwar ibrahim ialah penasihat2 kepada negara2 arab. Bila ek?

Ameno : Sorry terpaksa rakam semula sebab dah try edit tapi gagal.. dah convert banyak kali tapi bila nak edit gagal.. last2 sekali aku rakam je semula. Habis citer.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...