Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Disember 2011

Luahan Pesilat neh pasal Ummi Hafilda terima anugerah ka?

Kah kah kah

Usah kata lue, wa pun confuse. Malah lagi confuse. Bersilat tidak, berlatih jauh sekali, tahu2 je dapat anugerah silat gayong bagai.. lawak apa mende neh weh?

kah kah kah

Baca bawah neh ;


Hari ini bising mengenai sandang yang diberikan kepada Ummi Hafilda dengan pelbagai persoalan apa sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu Islam terutama kepada Gayong sebelum dan selepas ini bagi melayakkan beliau kepadanya. Tetapi itu semua biarlah PSSGM memutuskannya. Mungkin ada kelayakan dan fakta yang bukan dalam pengetahuan kita.

Minggu lepas pun ramai bertanya mengenai sandang dan bengkung. Ada yang bertanya itu daripada rakan silat di Facebook mahupun pelatih KSSG sendiri. Secara personalnya, pihak kami tidak tahu mengenai tatacara dan kelayakan sandang. Malah kami semua tidak ada yang bersandang tetapi kami masih mampu berdiri dan menjalankan aktiviti silat sebagai jalan dakwah dan kebajikan kepada rakan semuslim kami.

Biarlah mereka dengan kebanggaan sandang mereka, tetapi kami yang tidak layak ini meneruskan amanah kami terima daripada guru-guru Gayong kami. Tanpa sandang tidak pernah menyekat kami untuk mengembangkan Seni Gayong dan dikenali oleh semuda pesilat dan semua guru tua atas faktor nama baik KSSG. Malah tanpa sandang, kami masih sibuk dalam menguruskan pelbagai latihan dan aktiviti lain sehingga banyak perkara lain terpaksa kami tolak dan lupakan. Sehingga ada rakan di luar sana terabai atas kesibukan kami. Tanpa sandang, kami masih boleh.

Yang lebih penting adalah amanah. Shams masih merah 3 dan anugerah kuning 5 biarpun lebih 20 tahun berGayong. Abu Hassan masih Hijau biarpun telah mengajar dan berGayong lebih 19 tahun. Begitu juga Hazil yang telah berGayong lebih 17 tahun dan mengajar. 

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada Gurulatih dan pelatih yang lain. Pendek kata, kami sering berpesan "kalau nak buat banding dengan bengkung dan sandang, KSSG memang kalah teruk. Tapi kalau nak cerita pasal amanah dalam mengembangkan Seni Gayong mahupun komitmen kami, kami sanggup menerima cabaran sebagai motivasi." Malah kami sentiasa memotivasikan diri kami dengan guru-guru yang masih lagi mengajar.

Banyak sandangnya, hebat warna bengkungnya tetapi kalau setakat sembang saja banyak dan bergelanggang tidak seberapa. Bermasyarakatnya tidak. Berapa kerat gelanggang dan nama baik Seni Gayong anda nak lihat dalam masa 10 tahun lagi? -sumber-

Hish.. hish..

Tak sabar aku nak tengok ummi bersilat. Siyes neh. Berkobar2 beb.

kah kah kah

Ameno : Wa pun nak anugerah beb.. kah3x

Fathul Bari : Yakin sembang rakyat bukan tajaan umno.


Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.
Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak. ''Kita menolak pelaksanaan hudud di Kelantan bukan disebabkan hukum hudud, tetapi disebabkan oleh hudud yang didatangkan dalam bentuk versi sedangkan ia merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
''Selain itu terdapat kesalahan yang perlu diperbetulkan sebelum hukum ini dilaksanakan. Kita juga tidak kata semua peruntukan dalam enakmen hudud ini salah. Oleh itu, saya minta mereka yang tidak ada ilmu tentang hukum ini supaya jangan bercakap. Akibatnya dari segi akidah amat buruk,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga penggerak utama ulama muda UMNO berkata demikian ketika mengulas rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Youtube yang jelas mencerca hukum ciptaan Allah itu.
Dalam rakaman tersebut terdapat beberapa pelakon termasuk bukan Islam yang membincangkan soal pelaksanaan hudud secara salah hingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam. Fathul Bari berkata, pelaksanaan hukum hudud juga bergantung kepada kesesuaian namun kewajipan untuk melaksanakannya pada satu masa paling sesuai tetap menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam terutama pemerintah.
Dalam perkembangan berkaitan, Fathul Bari yakin rakaman itu bukan tajaan UMNO sebaliknya oleh pihak tertentu yang sengaja mempermainkan hukum Allah. ''Cuba kita amati ucapan dasar dan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung sebelum ini bagaimana beliau menegaskan bahawa UMNO akan membela kesucian Islam, bangsa dan negara.

''Saya tidak fikir UMNO yang lakukan kerana UMNO mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara Islam. Saya percaya ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membuatkan umat Islam menjadi resah,'' katanya lagi.
Fathul Bari berkata, beliau terpaksa tampil membuat kenyataan kerana apa yang dipaparkan dalam Youtube itu dari segi hukumnya adalah haram dan wajib diperbetulkan. Apatah lagi, katanya, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghayati maksud satu hadis Rasulullah riwayat ibnu Majah; ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.'' -UM-

Dia betul bab hudud. Tiada keraguan langsung hujah dia dalam bab hudud. Andai enakmen hudud yang dibuat oleh pas terdapat kesilapan, mari sama2 membetulkan ia. Jangan menolak langsung. Ini baru betul.

Tapi pandangan dia pasal umno salah. Umno hanya berlakon sebagai pejuang islam padahal umno bukan begitu. Moga ustaz boleh buka mata luas2. Jangan sia2kan ilmu yang ada dengan duduk dalam umno. Umno takan berubah dulu, kini dan mungkin untuk selamanya.

Buang juga keyakinan jauh2 konon nya umno bukan penaja sembang rakyat. Jelas lagi terang, memang mereka lah orang disebalik sembang rakyat. Kalaupun ia bukan mewakili keseluruhan umno, at least unsur2 umnorism masih wujud di balik sembang rakyat. Terima lah hakikat.

Ameno : Najib jahil bab agama tapi bercakap macam expert.. kan ustaz?

Ummi Hafilda dapat anugerah.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tergolek-golek aku gelak beb.

Usus pun dah pecah dah. Dah larh selama neh usus aku asyik kena repair je pasal juak2 umno suka buat lawak sadis. Neh depa tambah lagi. Ada ke patut depa buat lawak baru. Gila betul. Boleh mampos akibat kegelakan melampau neh beb. Naya aku.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Ohoiii.. 

Sokong umno apa pun boleh dapat. Dan2 anugerah srikandi neh diberikan kepada ummi hafilda yang dijangka akan bertanding mewakili umno pada pru-13 [kalau nama dia dicalonkanlah].

Baca bawah neh beb ;
ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya. “Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara. Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai. “Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
“Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya -SK-

Arhh sudah. 

Ummi nak masuk IPT pula. Tah hapa2 lah dia nak meroyan dalam IPT lepas neh. Kalau sebelum ezam meroyan dalam IPT, lepas neh maybe ummi pula diberikan kelonggaran untuk mengarut dalam IPT. Umno apa pun boleh maaa.. taktau meh?

Tapi kan memang kelakar gile bila baca statement SS si ummi neh. Jasa apa tah? Jasa pada negara? Satu haram aku tak nampak pun selama neh. Dorang neh memang nak bagi aku mampos cepat. Tak habis2 buat lawak siot. 

Kah kah kah

Ameno : Macam2 anugerah wujud daa..

Apa yang fitnahnya dalam isu Ustaz BadrolAmin?

Bukan kah aku dah bagitau ko 2 hari lepas? Confirm der gua mesti kena maki punya. Caci maki neh aku dah biasa kena. Baik dari puak A mahupun B, kedua2 mereka sama sahaja. Itu pasal aku tukar slogan blog aku suatu ketika dulu. Ia berbaloi beb.

Kenapa ada penyokong pr yang marahkan umno atas isu ustaz badrolamin mengatakan dsai = imam mahdi? Aku tak pasti samada korang faham ke tak faham isu sebenar disini tetapi ketahui lah korang telah marahkan orang yang salah. Korang sebenarnya telah menuding jari kepada orang yang salah.

Isu neh tiada kena mengena pun dengan umno. Ya, mereka memperbesarkan ia dan melarikan beberapa info penting dalam hal neh tetapi still korang marahkan orang yang salah. Aku lah individu yang korang cari. Dan kepada aku lah korang patut marahkan kalau sungguhpun menentang apa yang aku katakan mengenai ustaz badrolamin.

Aku tiada masalah andai korang bernekad mempertahankan ustaz. Ini ialah benda yang biasa aku hadapi. Dah memang selalu penyokong bn dan pr membalon aku secara berirama dalam blog neh. Kadang2 bn yang balon, kadang2 pr yang balon, ikut atas isu lah. Balon tetap balon. Memang ini trademark penyokong tegar memasing2. Betul salah belakang citer. Balon first, fact then.

Aku dah tulis dengan jelas dalam posting sini bahawa ;

Ustaz tidak menyebut secara direct, tapi itulah yang aku rasa. Ustaz cuba menyatakan anwar ibrahim ialah imam mahdi dengan dua cara iaitu ujian2 yang diterima oleh dsai dan mengaitkan hubungan dia dengan syeikh yusoff al-qardhawi. [tiada dalam video suntingan].
Ya, memang benar ustaz tidak menyebut secara direct, tetapi itulah yang aku rasa. <-- Adakah ini boleh dianggap sebagai menfitnah? Aku bagitau ustaz, bahawa inilah persepsi dan kefahaman yang masuk dalam minda aku setelah melihat ceramah tersebut. Inilah yang aku rasa melalui pengucapan2 ustaz di atas neh [lihat sini].

Jadi, ini fitnah kah? Fitnah ka ini bila aku tanya ustaz apakah benar dsai imam mahdi? Fitnah ka bila aku bagi bukti napa aku suspect macam tue? Fitnah ka bila aku minta agar biarlah orang2 yang lebih baik ilmu nya menilai ustaz? Fitnah kah?


Jangan bising dengan aku pasal video edit. Bercakap pasal tue, korang lebih mahir. Siapa yang edit ucapan2 sedikit dan pendek pro bn? Semata2 nak focus kepada hal yang penting je? Siapa? Time tue boleh pula korang percaya? 



Aku bukan begitu bangang nak mencari pasal dengan orang berilmu. Aku bukan begitu bahlol nak menilai dia sebagai itu dan neh.

Ada aku cakap ustaz murtad?
==> takde.

Ada aku cakap ustaz sesat? ==> takde.

Ada aku cakap pasal akidah ustaz? ==> takde.

Tapi sapa marah aku sesat, murtad, fitnah dan semua gelaran2 yang biasa umat islam yang tipikal buat? ==> korang. [merujuk kepada penulis komen di fb dan twitter]

Apa salah aku, bila aku bangkitkan benda yang meragukan? Pemimpin umat? Apa maksudnya? Membebaskan Al-aqsa? Di mana terletaknya Al-aqsa neh? Siapa sebenarnya yang dimaksudkan? Ujian2 hebat? Dipersiapkan? Apa itu? Ustaz malahan mengatakan hubungan dsai dan syeikh yusoff bagai adik beradik selepas itu [tiada dalam video suntingan]. 

Dan yang paling aku rasa kelakar, bila dia mengatakan dsai ialah penasihat kepada negara2 arab yang kaya raya? Yeka..? Bila masa? Aku siyes tak tahu pasal neh.

Ko dan bontot kuali adalah sama dari segi warna.

Weh.. ko tahu dia cakap aku hitam legam.

Bila masa? Aku cakap ko dan bontot kuali lebih kurang serupa.

Nah.

Seseorang tidak perlu direct cakap bahawa seseorang itu hitam legam. Hanya perlu guna bahasa kiasan seperti bontot kuali. Sama macam gemuk. Guna sahaja istilah gajah, badak dan sebagainya untuk menyakitkan ahti orang lain. Simple.

Maka, walaupun ustaz tidak menyebut secara langsung tentang hal neh, tapi itulah mesej yang aku tafsir. Memandangkan ustaz dah nafi, aku sudi terima penjelasan. Tapi aku mohon lainkali agar percakapan2 seperti neh jangan di ulangi lagi.


Kenapa? Mudah. Ia mengelirukan. Benda2 begini, bukanlah awak arif sangat tapi tolonglah ia benar2 mengelirukan. Aku pun faham keseksaan dsai difitnah. Tapi memahami ialah hal yang lain. Menaksub pula ialah hal yang lain. Ustaz memang bebas memandang dan menganggap dsai sebagai apa pun. Ini hak mutlak dia. Aku sokong 100%. Tapi jangan dibawa ke pentas ceramah. Tolonglah.

Bagi aku matlamat betul, niat betul mesti disusuli dengan kaedah dan cara yang betul. Maksudnya disini mudah. Perjuangan menentang bn mestilah menggunakan cara yang paling betul mengikuti situasi dan keadaan ketika itu. 

Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pandangan yang lebih betul ketika aku melawan bn, suka atau tidak aku kena akur dan redha.  Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pemimpin pr yang terkhilaf dan rasuah aku mesti kena bongkar dan bersikap adil. Ini aim aku. Ini yang aku mahu buat. 


Tapi sayang, puak2 yang tidak rasional neh tidak nampak benda yang sebegini simple. Puak2 neh ada di mana2 sahaja tak kira parti apa. Bila dia maki ok, time ko maki, dia keluar hadis. Bila dia rasuah okey, time ko rasuah dia keluar fatwa. Bila dia hukum mahasiswa okey, time ko hukum mahasiswa ia kejam. Semua neh hujah2 yang tidak rasional.

Politik di malaysia arusnya ialah bersikap tidak rasional. Dan aku memilih untuk melawan arus dengan menjadi rasional.

Kenapa?
 

Hujah rasional = di balas hujah rasional pihak lawan = menghasilkan keputusan rasional untuk rakyat.



Tapi apa yang berlaku di malaysia ialah ;


A, B dan C saling bersikap tidak rasional. Masing2 cari salah masing2. Gadoh2. Penat2. Dah PRU balik. Lepas tue ulang balik babak sama. Begitulah dari tahun ke tahun. Apa yang rakyat macam aku dan ko dapat? Apa pun takde melainkan penat sebab bergadoh.

Orang2 yang tidak rasional neh boleh sahaja korang jumpa di dalam pelbagai blogs aku.


Wahh bestnya ameno bongkar lagi
<-- time balon bn.



Babi ko ameno, sial dah kena beli dengan umno, fack!!! <-- time balon pr.


Terer ko ameno.. jom ramai2 sebarkan doc neh <-- time dedah doc penyelewengan bn.


Check dulu.. ini bukti tipu rasanya. <-- time dedah doc penyelewengan pr.

Sial shahrizat makan harta rakyat..celaka!!! <-- time shahrizat balon projek kerajaan.


Benda neh seme fitnah.. jgn percaya ameno, bn dah beli dia.
<-- time nga kor ming balon projek kerajaan.



Najib sesattt.. najib dah murtad.. dia hina hudud <-- time najib perlekehkan hudud.


Ameno fackk, fitnah, murtad dan sial. <-- time tanya ustaz badrolamin, betul kah dsai = imam mahdi?


Rosmah gemuk, badak, gajah, zambry metalik <-- time pr hina rupa bentuk pemimpin bn.


BN racist dan kurang ajar... dok perlekeh rupa orang cina yang bermata sepet di sekolah. Cikgu bodohh <-- time bn hina rupa bentuk orang lain.

CSL SIAL. Dia hina hudud lagi <-- time csl hina perundangan islam.

Karpal lepak lah..kita kasi tarbiah maaa.. lagi pun dia lawyer.. so dia hurai dari kefahaman perundangan [walhal csl pun hurai dari sudut yang sama] <-- time karpal hina perundangan islam. 


CSL main pompuan.. pemimpin lucah woitt <-- time skandal seks csl di ungkit jadi modal.


Elizabeth wong dianiyaa.. gambar dia dirakam dalam keadaan curi. [CSL dirakam dalam keadaan dia sedar kah?] <-- time skandal seks elizabeth kecoh.


Jadi jangan bising bila ada orang2 muda dan orang2 tertentu benci politik. Ia hasil dari mentaliti orang2 yang bersikap tidak rasional. Orang2 tidak rasional neh ada cop mohor yang boleh mengkafirkan, menyesatkan dan menentusahkan akidah seseorang. Ia ada di mana2. Tak kira apa pandangan politik malaysia.  Bai.


Ameno : Apa pun tak boleh.

Penafian Ustaz BadrolAmin isu IMAM MAHDI.


Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa -UBA-


Ustaz lebih jelas dengan apa yang dia cakap. Dia lebih faham dengan apa yang dia sampaikan. Aku boleh je menghuraikan lanjut tetapi aku fikir kekhilafan neh tidak lagi harus di ulangi oleh ustaz di lain kali pada mana2 ceramah. TOLONG!

Jangan lagi mengatakan mesir negara arab terbesar.

Jangan lagi mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penasihat negara2 arab.

Jangan lagi mengatakan bahawa Anwar Ibrahim bagai adik beradik dengan Syeikh Yusoff Al-Qardhawi.

Dan yang paling penting..

Jangan lagi mengatakan seperti ayat di bawah neh ;

"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir" 
"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa" 
"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab" 
"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??" 
"dimana agak agak??" 
"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai." 
"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak" 
"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi" 
"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??" 
"dari belah mana??timur.." 
"timur itu dimana, bukan di timor leste!" 
"timur itu our region, ini ini timur" 
"tapi banyak negara di timur ini" 
"apakah di indonesia??bukan" 
"singapore??oo jauh"
"brunei??lambat sangat" 
"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?" 
"sy kata dia ada di??di malaysia."
"sudah adakah pemimpim itu saudara??" 
"tanya sy, sy kata dia sudah ada."
"pemimpin itu sedang disiapkan" 
"dia sedang melalui series of trials ujian" 
"dia sedang di uji" 
"satu peringkat ke satu peringkat" 
"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa" 
"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"
"dan sekarang ujianya peringkat akhir.." 
"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara" 
"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat" 
"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 
"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin" 
"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya" 
"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 
"dia juga dihormati dibarat dan ditimur" 
"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa" 
"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya'' 
"dan org hormat prinsip agamanya" 
"tidak lain tidak bukan" 

"sedara anwar ibrahim"

TOLONG! 


Ameno : Asal sahaja jangan ulangi.

Selasa, 27 Disember 2011

Adakah benar Anwar Ibrahim ialah Imam Mahdi?


"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir" 

"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa" 

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab" 

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??" 

"dimana agak agak??" 

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai." 

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak" 

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi" 

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??" 

"dari belah mana??timur.." 

"timur itu dimana, bukan di timor leste!" 

"timur itu our region, ini ini timur" 

"tapi banyak negara di timur ini" 

"apakah di indonesia??bukan" 

"singapore??oo jauh" 

"brunei??lambat sangat" 

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?" 

"sy kata dia ada di??di malaysia." 

"sudah adakah pemimpim itu saudara??" 

"tanya sy, sy kata dia sudah ada." 

"pemimpin itu sedang disiapkan" 

"dia sedang melalui series of trials ujian" 

"dia sedang di uji" 

"satu peringkat ke satu peringkat" 

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa" 

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!" 

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.." 

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara" 

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat" 

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin" 

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya" 

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur" 

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa" 

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya'' 

"dan org hormat prinsip agamanya" 

"tidak lain tidak bukan" 

"sedara anwar ibrahim"

Kisah asal.

Dua tiga bulan lepas, sahabat fb pernah bagitau benda di atas neh. Masa tue aku fikir adalah bagos jika dia boleh tampilkan bukti. Ini perlu supaya kita boleh dengar dan faham betul2 apa yang sedang dan cuba disampaikan oleh ustaz.

Aku tahu ustaz badrol amin dulu pernah kecoh dengan ceramah maki hamun. Tapi sekarang tidak lagi. Pendekatan dia sudah berubah. Ini perkara positive. Ceramah maki hamun pada dasarnya bukanlah ceramah. Lebih sesuai dipanggil ucapan maki hamun. Yang neh pun aku selalu gak buat time panas. Heh.

Dan semalam, sahabat fb mengeluh atas isu yang pernah dia bangkitkan dulu. Kali neh berserta bukti dan saksi. Ada rakaman penuh, tapi aku sunting. Suntingan aku tidak menjejaskan isi, gaya penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan.

Aku menerima faham dan sedar bahawa ucapan neh tidak mewakili ;

PKR

PR

ANWAR IBRAHIM

Sebaliknya ia hanya mewakili pandangan ustaz semata2. Namun, bagi pandangan aku, adalah lebih baik jika ustaz berhenti memberikan pandangan2 seperti neh di public. Walaupun kita faham niat dan ustaz boleh menyatakan pandangan peribadi tetapi dalam kes neh ia dah sangat2 ketaksuban. 

Ustaz tidak menyebut secara direct, tapi itulah yang aku rasa. Ustaz cuba menyatakan anwar ibrahim ialah imam mahdi dengan dua cara iaitu ujian2 yang diterima oleh dsai dan mengaitkan hubungan dia dengan syeikh yusoff al-qardhawi. [tiada dalam video suntingan].

Sudahlah sekarang neh pas terbabit dengan isu gerakan syiah dalam pas. Walaupun aku menghormati syiah tetapi menyebarkan ajaran syiah di kalangan ahli parti adalah salah. Menghormati hal lain, menyebarkan pula hal yang lain.

Aku sokong perpaduan sunni-syiah. Aku sokong sebarang usahasama yang berlandaskan islam sunni-syiah. Tetapi aku tidak sokong sebarang penyebaran syiah kepada penganut sunni. Kita kena jelas dan faham dengan akidah kita. Jangan main2. Bukan merendah2kan akidah syiah, jangan salah faham tetapi menyebarkan fahaman syiah kepada penganut sunni di malaysia salah tetap salah.

Pendirian dan pandangan ustaz neh sebenarnya lebih layak ditegur oleh orang2 yang lebih berilmu. Oleh itu aku serahkan kepada mereka2 yang arif untuk membuat penilaian.
 

Nota : negara arab terbesar arab saudi dan bukan nya mesir. Tak silap aku lah. Aku rasa ustaz neh silap cakap. Dan aku tak pasti pula anwar ibrahim ialah penasihat2 kepada negara2 arab. Bila ek?

Ameno : Sorry terpaksa rakam semula sebab dah try edit tapi gagal.. dah convert banyak kali tapi bila nak edit gagal.. last2 sekali aku rakam je semula. Habis citer.

Isnin, 26 Disember 2011

Masalah penduduk ijok selesai.

Isu neh selesai semalam [sebenarnya kelmarin] sebab 25hb cuti dan 24hb pula depa kerja separuh hari so ia kurang sebaran ataupun lebih tepat tiada sapa pun yang nak sebarkan isu neh bagi membidas hujah umno. Biasalah beb, kerja free memanglah ikut kfree-an time yang ada.

kah kah kah

Lihat video di bawah neh terlebih dahulu ;







Isu yang dibangkitkan oleh tv3 neh memang ada asasnya. Beza, mereka hanya salur maklumat terpilih. Mereka tak salur seme info. Memang benar penduduk ijok marah dengan pr dan marah dengan adun khalid ibrahim. Memang benar penduduk ijok mengamuk2 dengan pr atas sebab isu neh, bukan tajaan umno bagai dan etc blablabla.

Yang tertinggal disini ialah ;
1. Punca isu lambat diselesaikan ==> pr menunggu kes mahkamah selesai.

2. Punca penduduk ijok marah ==> keputusan berubah2 oleh kerajaan bn sebelum neh. Dan kerajaan pr pula bentangkan pelan yang penduduk ijok tak boleh terima. 

Ini asasnya. Pada yang pongpang kutuk penduduk ijok sebab depa marah khalid ibrahim fikir balik. Ketaksuban pada parti menjadikan korang bodoh sampai tatau beza salah dan betul satu2 perkara.

Dalam isu neh, tv3 telah mengambil tindakan bijak dengan memperbesarkan ia. Disebabkan itulah pr menyelesaikan isu neh dengan sepantas kilat. Well done tv3. Anda ada jasanya disini walaupun anda masih sempat lagi menipu dalam laporan pemberitaan tersebut. Heh.

Apa pun jadi rakyat, pastikan paksi kita ialah banteras penyelewengan. Ingat. Bukan pro pr dan bn sampai sesama sendiri bergaduh. Buang masa seme tue beb. Buang masa. 

Untuk rekod : Walaupun penduduk ijok marahkan khalid ibrahim time tue, depa sayangkan dan percayakan yb zul time tue juga..  sila tonton video amukan depa terlebih dahulu.

Ameno : Selesai isu..

Nga Kor Ming rembat projek kerajaan negeri untuk bini sendiri ka?

Lambat. 

Itu yang aku boleh respon terhadap kes isu NGM [shortform for Nga Kor Ming]. Dah beberapa hari aku tunggu dia update sesuatu yang lebih relevant berbanding cakap2 penafian berhubung isu neh but still nothing new come in his blog. Nothing expect penafian demi penafian. Setakat penafian aku pun boleh. Bukan susah. Guna air liur je beb. Mudah ma. 

Oleh kerana NKM tidak menafi dengan hujah konkrit maka wajarlah ko dan aku mengesyaki ketelusan dia sekarang neh.

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;




Okey lihat dua dokumen di atas neh terlebih dahulu. Dengan mengambil kira dokumen di atas neh ialah dokumen yang original bukan nya rekaan maka aku dan ko dapat melihat dua perkara di atas neh iaitu ;

1. Syarikat yang dah dapat tender ditukar kepada syarikat lain pada tahun 2008.

2. Syarikat itu ialah syarikat bini NKM. Ini disahkan sendiri oleh NKM menerusi twitter dia beberapa hari lepas. Lebih tepat korang boleh lihat bawah neh sendiri ;


Lihat bawah neh pula ;


Peh.

Syarikat neh didaftarkan pada tahun 2008. Ini satu syarikat yang baru pada ketika itu. PR tawan perak pada bulan march. Dan syarikat baru pada bulan april. Cantik !. Ini makin menarik. Lihat bawah neh pula ;


Perghhhh...

Ini lebih panas berapi. Syarikat paling mahal menangi tender kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bawah pr time itu tidak pandai mengenal angka? Wa donno. Dont ask wa. Lihat lagi bawah neh ;





Baucer pembayaran. Atas bil ia jadi rm600.00 seunit but still termahal sebab kerajaan negeri boleh dapat rm400 / rm350 seunit.  Sebelum neh NKM desak blogger's umno buat report police dan SPRM, yes dia telah berbuat demikian.

Dan selepas itu NKM menafikan isu neh dengan mengatakan ia adalah fitnah semata2. Apa yang fitnah? Tang keoriginal dokumen kah? Tang bini dia terlibat dalam syarikat neh kah [padahal dia mengaku di twitter bini dia ada kaitan dengan syarikat tue]? Tang dia campur tangan dalam menentukan syarikat yang layak dapat tender kah? Apa yang fitnah? Apa? Jawab dengan maklumat terperinci sikit. Pasal aku nak kenalpasti apa yang blogger umno neh fitnah. 

Bila dah kenalpasti baru boleh fikir macam mana nak anggap kes neh. Kalau dok pongpang cakap macam bn selalu cakap.. ini fitnah.. itu fitnah.. apa pun fitnah.. macam mana? Orang kasi dokumen, balas balik dengan bukti. Bukan dengan hujah air liur. Air liur ko satu sen pun tak berharga. Baik ko jawab. Pasal apa.. nanti aku print dokumen2 di atas neh dan aku sebarkan di tempat aku.

Aku paling benci dengan wakil rakyat yang tidak amanah. Aku takan bagi muka walau siapa pun ia. Baik bn or pr bila dah pengsonglap tue kekal lah pengsonglap dan jangan harap dan hadap aku akan defend pr mati-matian sebagaimana bloggers umno yang sering defend mati-matian apa juga kesalahan pemimpin mereka. Aku ada garisan yang tepat tentang salah dan benar. Ia hanya perlukan Alquran. Tak caya ko cuba sendiri. Bai.

Ameno : 50% NGM neh boleh direject.. jangan undi perompak baik yang kecil mahupun yang besar wahai rakyat.

Bukti pakatan rakyat taja video sembang rakyat.

 

Lambat siot.. 

Lambat aku tengok video neh. Asyik terlupa jek nak tengok. Last2 tadi sempat gak tertengok video pembongkaran siapa sebenarnya yang taja sembang rakyat. Betul2 punya kelakar dan pelawak punya video. Bagi aku ;

1. Sembang rakyat = buat video kutuk2 pr.

2. Orang akan fikir bahawa bn yang buat video neh.

3. Then sembang rakyat buat video kutuk2 pr dengan mengatakan bahawa pr lah yang taja sembang rakyat, bukan nya bn. Padan Muka. !

4. Hasilnya semakin ramai orang kutuk2 bn. Bukan nya kutuk2 pr. Semakin lama semakin banyak kutukan dibuat terhadap bn. Padan muka !.

5. Pelakon sembang rakyat neh pun ada yang berlakon dalam drama tentang dhia.

6. Ada bagosnya kalau kita tanya dia sendiri, macam mana dorang boleh involved dengan sembang rakyat. Kalau dapat siasat krew produksi sembang rakyat dan lokasi pengambaraan pun bagus juga. Macam ia dibuat oleh seseorang yang ada pengalaman dalam pengarahan drama dan perfileman. 

7. Dari visual, editing, lighting seme nampak pro. Hebat kan?

Apa yang cuba ditonjolkan oleh sembang rakyat ialah dia faham bahawa rakyat tidak mungkin akan berfikir bahawa pr yang buat video neh tapi dia nak bagi rakyat was2 dan syak wasangka. Ini amalan biasa dalam strategi perang. Kita bagi lawan kita was2 so senanglah kita nak predict langkah seterusnya. Tak hairan.
So, aku cadangkan kita kejar, kita cari dan kita selongkar pelakon2 sembang rakyat neh. Aku tak percaya takde orang kenal depa. Mesti ada punya. Jangan risau, kita bukan nak belasah depa ke apa ke.. just nak kan kesahihan yang lebih tepat bahawa memang umno di balik tabir of sembang rakyat, baru sedap sket nak membalon kaw2.

KAH KAH KAH

Ameno : sendiri yang bahlol, kata orang. kah3x.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...