Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Julai 2011

Lagi bukti bergambar keganasan polis terhadap orang awam.


Lokasi kejadian : jalan tun perak

waktu : jam 5 petang.

tarikh : bersih = 9 julai.

Gambar dirakam oleh orang yang memerhatikan aksi tersebut pada hari tersebut.

Menurut maklumat yang tersebar di beberapa blog dikatakan bahawa pakcik neh hanya melalui jalan tersebut sebelum tiba2 dihalang dan dihadang daripada meneruskan perjalanan. Dalam mempertahankan diri yang tiba2 kena serang, pakcik tersebut jatuh tersungkur dan akhirnya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan bersih.

Polis yang kat belakang tue marah semacam je. Tah pape. Orang nak lalu je pun [andai citer neh benar lah kan] takan itupun nak marah2. Lagipun aku peliklah dengan cara polis handle isu neh. Menipu tak sudah2. Kita antara saksi yang berada di lokasi kejadian cukup tahu apa yang polis buat kepada kita dan kita sikitpun tidak menggunakan kekerasan kepada mana2 pihak tetapi malangnya pihak polis dan kerajaan tak henti2 mengatakan bahawa apa yang mereka buat ialah wajar. Tang mana wajar nya kalau dah ko cakap ko MELAYU nak tolong orang MELAYU.. tapi rupanya bantai ORANG MELAYU..

Cukuplah. Isu perkauman dah takde tempat di malaysia. Kini bukan nak isu pasal 1melayu segala bagai. Pergi lah mampos. Kini motif untuk 1malaysia bersatu jatuhkan rejim zalim dan membina semula negara neh setelah apa yang bn dan umno hancurkan. Cincin aje 75juta. Heh.

Ameno : Aku keliru dengan tugas polis yang sebenarnya.

Nilai gelang itu rm1.65juta.

WOW..

Lihat bawah ;
The pair of bangles with 3,424 diamond stones, allegedly owned by Rosmah Mansor, is worth RM1.65 million, according to fine jewellers Jacob & Co.

In an e-mail communique to FMT, the New-York based jewellers said the price for the pair of bangles is US$540,000 (RM1.65 million).
Jacob & Co said each 18k white gold bangle is fitted with 1,712 diamond stones and weighed 137.31 gra

Sekarang neh kita perlu siasat samada rosmah ada atau tiada beli [memiliki] gelang mahal neh. Tapi pelik plak aku apasal gelang neh lagi murah dari cincin hah? Gelang rm1.65 juta = sepasang = 2 tangan pakai. Cincin = kecik = satu jari = 73juta? Perghh mahal nak mampos. Tak faham aku tang mana mahalnya kat cincin tue. 

Takde ke sapa2 pegawai rosmah yang boleh sharing maklumat kat sini. Alah.. bos korang tue dipercayai... baca betul2 ya dipercayai telan duit rakyat untuk beli benda2 mahal neh. Kot kaya sangat pun mana dia mampu nak beli seme2 neh. Pasal dia bukan ada apa2 bisnes. Orang politik mana boleh involved bisnes ini salah. So bersangka baik lah yang mereka laki bini bukan orang bisnes. Jadi kalau dah bukan kaki bisnes mana datang pula duit beli cincin tue? Dan mungkin gelang jugaaa...? Heh.

Jahanam dowh malaysia di bawah dorang. Aku dah bengang neh. Nak demo lagi tak weh?

kah kah kah

Ameno : salam satu malaysia ke salam sapu malaysia pak najib weh?

Punca sebenar anwar cedera ialah punca AIDC menipu.

Kalau nak membalon pun biarlah membalon benda betul. Cuba lah jangan ko pandai2 buat citer untuk fitnah segala bagai. Korang neh bloggers umno memang spesis tak ingat mati dan tak ingat Allah swt gamaknya. Asal boleh seluk untuk fitnah, korang seluk. Bak pepatah baru aku cipta khusus untuk korang ;

Alang-alang nak menfitnah, fitnah lah ikut cara bloggers umno.

Amacam? Best tak?

Kah kah kah

Kalau ya ada hujah nak balon anwar  aku pun suka nak terima. Pasal aku pun sebetulnya tak puas ahti gak dengan beberapa cara wakil rakyat daripada pkr terutamanya lah pada hari tersebut. Kalau mat sabu boleh menyamar dan memikirkan idea untuk tiba ke lokasi kejadian apa pasal anwar, nurul izzah dan tian chua tak boleh pula?

Dah tahu ada restraint order dari polis untuk halang dorang jadi jejak kl, ehhh lagi bangga2 menayangkan diri sendiri di hadapan orang di kl sentral. Yang perempuan bukan tak boleh berpurdah. Yang lelaki pun sama. Bukan tak boleh berpurdah. Bukan tak boleh makeup dan tacap muka tue agar nampak lain. Supaya polis tak kenal. Orang awam tak perasan. Dan boleh tiba di lokasi kejadian.

Yang bila taknak buat [takde idea macam tue] pasal memang taknak sampai di kl. Pasal memang nak biar polis aim dorang. Pasal nak main politik. Ini strategi untuk raih simpati. Aku pun pandai. Cuma, perlu ke? Perlu ke pemimpin pembangkang macam anwar untuk meraih simpati lagi di saat dia sebenarnya sudah mendapat pelbagai sokongan rakyat tak kira pelbagai kaum?

Bersih 2.0 membuktikan yang rakyat rupanya tak termakan hasutan dan fitnah kerajaan.Walaupun media telah memomokkan pelbagai versi bersih tetapi nampaknya rakyat memilih untuk tidak mempercayai kerajaan. Jadi apa point nya pula anwar ibrahim nak meraihkan sokongan moral dan simpati rakyat? Takde point pun. Andai dia sampai ke lokasi dalam keadaan yang menyamar aku fikir itu baru dramatik.

Aku boleh faham kenapa tuk guru hadi awang tak menyamar. Bagi aku pelik juga kalau tuk guru menyamar. Orang bertaraf tukguru neh, dia memang bukan jenis menyamar2. Tapi bagi aku orang macam anwar dan geng2 pkr sepatutnya boleh menyamar untuk tiba di lokasi kejadian. Tetapi bila keazaman tiada maka mana datang idea nak menyamar semata2 nak sampai di lokasi, betul tak? Ini pandangan aku. Aku merasakan kebanyakkan mereka yang ditahan tue tiada keazaman nak tiba di lokasi kejadian.

Walaupun hadi awang ditahan pada hari anwar ditahan, hadi awang turut ditolak pada hari anwar ditolak tetapi hadi awang tetap cool. Walaupun khalid samad ditahan pada hari anwar ditahan. Dan turut ditolak pada hari anwar ditolak, khalid samad juga cool. Walaupun aku kecewa kenapa khalid samad tak menyamar untuk berusaha tiba di lokasi kejadian. Anwar ibrahim? Dia? Anwar ibrahim memang agak kecoh semacam. 

Ini pun pandangan ikhlas aku. Aku tak berapa gemar pemimpin yang suka sangat cari simpatatik politik neh. Banyak orang dalam pkr macam neh. Walaupun dia jenis buat kerja tapi tolong lah kurangkan sedikit simpatatik politik. Perlu simpatatik politik supaya dia boleh tahu sejauh mana rakyat sayang dan mempercayai dia tetapi kalau terlalu kerap orang jemu dan dia kena ingat disebabkan simpatatik politik lah orang umno benci dia. Takan dia taktahu?

Namun hujah AIDC mengenai kecederaan anwar ibrahim tak boleh pakai disebabkan ;

Lihat video di bawah neh ;




1. Video versi cut. Tak kesah lah dari mana ko dapat video neh tetapi video neh bukan kronologi penuh pada hari kejadian. Ianya di sunting bhai. Di ambil sedikit demi sedikit dan macam mana nak justifikasikan kejadian pada hari tersebut kalau ianya disunting? Contoh mudah ;

- aku dari dapur berjalan menuju ke ruang tamu lalu masuk ke bilik, tapi ko sunting ruang tamu lalu nampak lah adegan aku dari dapur terus masuk ke bilik. Lepas tue ko pun pandai2 jaja cerita di balik video.

Adoiiyaiii. Tak boleh macam tue. Kan ada banyak video2 yang rakaman yang di upload ke youtube. Dalam facebook aku pun ada. Cuba ko tengok semua dan baru buat kesimpulan. Tindakan neh membuktikan ko neh bebal tak sudah. Sesiapa yang tak pandai teknologi pun tahu ia nya disunting bagi pendek.


Di bahagian description tue dia ada tulis rough cut. Ditulis dalam kurungan. Yang neh aku rasa bukan nama orang. Yang neh nak maklum kan bahawa wujudnya suntingan tertentu. Ko lihatlah video neh terlebih dahulu. Aku sebenarnya tak berapa ada minat nak amek tahu kecederaan anwar. Penting ke sebenarnya?


Video neh di upload oleh member facebook aku. Nampak tak? Apa yang berlaku lebih dari seminit tiga saat. Maka jangan lah ko buat2 citer dalam seminit tiga saat itu ini dan segala bagai. Apa yang ditekan oleh AIDC ialah isu polis tak serang anwar. Tapi aku tak nampak itu isu besar pun. Pasal sapa pula yang ada tear gas kalau bukan polis je pun? Dan siapa pula cakap bahawa polis wajib berpakaian seragam polis? Ada akal tolong kasi tajamkan ia.

Bagi aku lah kan, peduli hapa aku sapa serang sapa. Sekarang aku cuma nampak kenapa anwar sihat dalam video neh dan apsal dalam malaysiakini menulis, dsai kena pakai pendakap leher seperti arahan doktor dan kenapa dia terbaring terlantar sakit? Apa yang aku tertinggal neh? Ada sapa2 tahu untuk clearkan pemikiran aku?

Ameno : doktor pun berlakon ka?

Rabu, 13 Julai 2011

Blogger pakatan tidak terlibat dalam sebarang konspirasi kematian ataupun cincin rosmah.

Entry neh entry sekaligus. Mudah bagi aku. Tak payah susah2 nak jawab dalam banyak2 entry sedangkan aku boleh je menjawab sekaligus. Isu pertama aku nak ulas ialah isu konspirasi terancang yang dituduh oleh papagomo mengenai isu kematian pendemo bersih iaitu arwah baharuddin ahmad. Sebenarnya apa yang ditulis oleh papa gomo tidak salah sepenuhnya tetapi dalam masa yang sama tidak pula mewakili situasi yang sebenar.

Tidak salah apabila papa gomo mendedahkan bahawa orang yang meninggal ialah orang lain. Itu memang betul. Terdapat ralat bahawa berlaku salah faham sehingga gambar dan video suhardi mohd ditafsirkan sebagai arwah baharuddin ahmad. Berlaku situasi tersebut adalah disebabkan begini ;

1. Mereka tidak tahu nama sebenar dan wajah sebenar arwah yang terkorban. TPU telah menulis dengan jelas di description video bahawa lelaki dalam video ialah suhardi mohd. Namun ramai yang anggap suhardi mohd = insan yang meninggal dunia sehingga di mainkan di pelbagai blog samada blog pembangkang ataupun blog peribadi. Ini terjadi kerana selain dari TPU, ada orang lain yang terlebih dahulu upload video terbabit dan salah anggap. Namun papa gomo cuma nampak TPU je yang upload video terbabit, kenapa?

2. Selepas itu, beberapa individu yang tahu hal sebenar telah menerangkan beberapa kali di beberapa tempat samada di fb, di blog, di forum bahawa individu yang meninggal ialah sekian2 nama ini, dan sekian2 ini gambar nya. Malahan sebelum papa gomo menulis tentang entry konspirasi sekalipun.

3. Apa yang berlaku ialah salah faham. Itu sahaja. Sebab itu mereka yang terlibat [walaupun bukan kesemua tetapi pihak pas personally telah memohon maaf. ] telah memohon maaf. Simple. Tiada apa2 konspirasi. Soal samada suhardi sakit [gila], di ugut bunuh, berlakon dan segala bagai sepertimana yang dituduh oleh papa gomo biarlah dia mengemukakan bukti. Aku pun taktahu benda neh betul ke tak betul. Kalau korang tanya aku, aku cenderung untuk tidak mempercayai penulisan papa gomo. Itu je.

4. Sebenarnya ramai yang taktahu yang TPU upload video nya di youtube 2 hari selepas bersih iaitu pada hari isnin [tak silap aku] di mana pada ketika itu ramai dah tahu bahawa lelaki dalam video terbabit bukan lah individu yang telah meninggal dunia.

5. Salah faham sudah berlaku. Tetapi yang penting berani kah kita menghadapi salah faham, bertanggungjawab dan meminta maaf? Kalau salah, elok mengaku salah je. Ini nasihat aku kepada blogger pembangkang yang dah salah faham bahawa suhardi mohd ialah individu yang di sangka telah meninggal dunia. Dan banyak kali gak aku nampak berlaku salah faham dalam blogger umno. Cenderung untuk mengaku salah tue belum pernah aku lihat. Heh.

6. Dalam masa yang sama papagomo tak sepatutnya melebih2. Dia boleh je membenci pakatan tetapi mesti benci atas perkara yang benar. Dia pun boleh je menulis pasal suhardi tetapi biarlah menulis berdasarkan hal yang benar. Kenapa pula gila + 2 isteri + Alarqam + menjadi imam + berdoa = menjadi punca untuk memperlekehkan dia? 

Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu bahawa orang lain anggap dia sudah meninggal dunia sehingga memainkan video dan gambar2 nya. [Nota : gila + 2 isteri dan lain2 yang papa gomo tulis, aku tulis di sini semula berdasarkan persepsi papa gomo bukan berdasarkan kepada fakta dan kejadian sebenar kerana aku sendiri tidak tahu bahawa ia adalah perkara yang benar ataupun tidak kerana aku tidak mengenali pakcik suhardi mohd. Harap maklum]

7. Point paling penting ialah pendemo bersih tidak dibayar rm200 ke apa ke. Aku lupa siapa yang cakap benda tue tapi tak silap aku yang bercakap tue lelaki dari kalangan pemuda umno kan? Dan dia cakap perempuan [peserta demo] dalam penjara yang bagitau dia kan?Adakah penjara lelaki + perempuan = satu sel yang sama? Kat sini aku siyes tak faham. By the way kalau sungguh dibayar boleh aku tahu aku nak claim kat mana sebab aku pun pergi demo bersih dan aku mahukan rm200 neh. Bolehlah buat lepas aku yang sesak tengah2 bulan neh.

Isu kedua pula isu pasal cincin rosmah. The unspinner memang kaki spin walaupun nama blog dia sebaliknya. Dia mengulas isu cincin yang dipakai rosmah tetapi sikit pun dia tak sangkal bahawa rosmah ada atau tiada cincin tersebut. Soal harga cincin konon nya tidak relevan + penghantaran pula yang dia kupas, sedangkan isu pokok ialah ;

1. Ada atau tiada rosmah mansur memiliki cincin jacob dari yahudi yang orang umno sepatutnya benci? Untuk makluman aku tidak benci yahudi. Sebab itu aku guna facebook dan beli laptop yahudi.

2. Ada atau tiada rosmah mansur tidak membayar cukai ke atas barangan tersebut?

RPK telah membidas the unspinner dalam blog nya sebentar tadi. Sememangnya the unspinner salah faham bahawa dia fikir RPK yang mendedahkan isu cincin tue tetapi sebaliknya RPK hanya memberikan link dari forum lowyat. Seterusnya boleh baca blog RPK sendiri mengenai hujahbalas kepada the unspinner yang telah menuduh dia bukan2. Yang sebenarnya blog chegu bard lah yang mendedahkan isu neh. Siap dengan bukti lagi. Kenapa yang ini dia tidak mahu kupas?

Persepsi serong sudah tentu timbul apabila melihat angka nilai sebenar cincin terbabit. Ya atau tidak, cincin tersebut milik rosmah dan akan di hantar kepada rosmah? Ya atau tidak paparan printscreen tersebut? Mainkan soal harga yang mungkin dimanipulasikan? Boleh. Tiada masalah. Sebelum itu buktikan dulu bahawa paparan printscreen itu palsu. Kalau paparan printscreen itu adalah benar adakah ada individu lain bernama datin paduka rosmah mansur di malaysia yang juga kaya raya dan mengemari jacob dan co.???

Dan berapa banyak pula orang2 kaya yang mahu mendedahkan kekayaan dan aset sebenarnya mereka kepada umum? Ada sesetengah dari mereka mahu lari dari cukai, ada sesetengah dari mereka tidak mahu diketahui pencuri. Ada yang berani dedahkan tapi belum tentu apa yang didedahkan ialah pendedahan menyeluruh. Oleh itu link2 yang diberikan oleh the unspinner hampir tiada nilai. Contohnya ;

Ada 26 orang kaya. 10 memilih mendedahkan apa yang mereka milik. 16 memilih menyorok apa yang mereka ada. Maka wartawan dan penulis hanya tahu tentang 10 info yang didedahkan, manakala info tentang 16 orang kaya yang lain pula mereka tak tahu. Sapa pula yang nak pergi selongkar akaun bank, rumah orang, mengekori orang2 kaya semata2 nak tahu aset termahal peribadi milik mereka pula? Lainlah kalau mereka merasuah dan segala bagai sudah tentu lah aset mereka jadi pertikaian. 

Macam tue juga dengan rosmah mansur. Disebabkan najib ada beberapa kontroversi yang membabitkan skandal itu ini lah yang membuatkan orang akan alert dengan nama rosmah waima di mana2 sekalipun. Siapa tahu harta sebenar taib? Boleh jadi taib ialah lelaki terkaya di dunia tetapi kerana dia "low profile" orang tidak tahu. Bukan semua orang kaya suka menunjuk2an apa yang mereka miliki. Apatah lagi kalau apa yang mereka miliki itu "benda haram".

Tak mungkin rosmah akan mendedahkan di dunia bahawa dia memiliki cincin termahal di dunia. Melainkan dia bodoh sangat sampai nak pancung kepala sendiri depan2, memanglah dia akan mengaku dengan bangga. Apa pun setelah perkara neh didedahkan chegu bard telah membuat report sprm sepertimana yang didesak oleh ramai orang. Kini terserah kepada sprm, samada nak siasat ke taknak siasat.  

Jangan kita lupa, Rosmah mansur dan najib telah pergi ke luar negara pada bulan april yang mana pada bulan itu juga lah kos lawatan luar [urusan kerja] najib adalah yang paling mahal.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini. Ada atau tiada rosmah mansur masuk kedai jacob dan menempah cincin khas? Ya atau tidak cincin neh milik rosmah? Ini lah yang mahu ditahu. Ini ialah pertanyaan. Tiada sesiapa pun yang menuduh sesiapa. Apa yang sesiapa buat ialah, sesiapa itu nampak sesuatu dan sesiapa itu mahu tahu apakah yang ada di dalam otak nya adalah perkara yang mewakili hal yang benar?

Dalam erti kata lain, adakah rosmah beli cincin USD24.4 = 75juta dari jacob dan bawa masuk tanpa cukai dengan menggunakan duit rakyat?

1. Rosmah : ko ada cincin 75 juta tak?

2. Rosmah : ko bawa masuk cincin dan tak bawa cukai ke?

3. Rosmah : ko beli guna duit rakyat ke?


Ini lah 3 persoalan yang harus dijawab. Bila soalan ditafsirkan sebagai tuduhan maka apakah ayat yang patut kita gunakan untuk membuktikan bahawa kita sekarang sedang bertanya dan mencari jawapan kepada apa yang kita fikirkan tentang rosmah mansur? "Darling rosmah, you ada beli cincin mahal 75juta guna duit rakyat dan tak bayar cukai yer.. nakal lah you neh.. boleh jawab depan rakyat tak samada benda neh benar ke tidak? Hikhikhik... okey." Macam neh, boleh tak?





Ameno : darling rosmah.. pls calling me and give your answer k.. straigth and clear.

Rosmah Mansur tidak memiliki gelang dari jacob.

Sesuatu telah berlaku tadi. Petang tadi aku buka laman web FMT dan terbaca petikan komen pembaca laman tersebut bahawa website jacob boleh dimanipulasikan. Menurut komen pembaca sesiapa sahaja boleh meletakkan gambar rosmah mansur di dalam website tersebut bagi memanipulasikan info. Andai ini benar, ini sesuatu yang sudah lebih.

Aku mahu mengkaji kebenaran nya oleh itu aku buka lah website dia. Link yang diberikan oleh pengkomen tersebut ialah ini ==> http://www.jacobandco.com/celebrities/

Kata nya sesiapa boleh menggunakan link tersebut untuk masukkan gambar. So aku pun survey lah. Nak pastikan betul ataupun tidak. Aku cenderung tidak mempercayai bahawa wan, pengirim email yang printscreen gambar tersebut dan email kan kepada aku, menipu aku. Aku mahu mempercayai dia, insya-Allah sehingga ke saat neh aku memilih untuk mempercayai dia sehinggalah terbukti dia sebaliknya.

Okey disini aku share result survey aku ;

Mula2 aku buka laman official dia. Ini ialah paparan dia dan aku type sesuatu untuk memasukkan gambar sebab apa aku dah godek habis link untuk upload gambar tetapi tak jumpa [aku godek habis bahagian who's wearing jacob and co. je].



Selepas itu aku godek link yang diberikan oleh pengkomen dalam FMT tersebut. Apabila ko buka link dia maka ini lah bentuk paparan dia. Dia takde visual ke apa ke. Hairan gak aku. Apsal dia macam neh. Adakah ini dikira kita sedang mengodam laman dia bagi tujuan memasukkan maklumat palsu? Dan aku pun cuba2 test. Harap2 dia tak saman aku. Pasal aku bukan nak godam laman dia. Aku cuma nak test je. Bagi mengelak sebarang masalah elok aku minta maaf terlebih dahulu. Lihat bawah ;




Dan aku berbalik pula kepada laman asal dia [masuk rumah ikut pintu depan] dan lakukan sedikit kajian disitu. Apa yang aku buat ialah aku mula2 masuk kat gambar2 yang ada geng2 celebrity dan cuba klik salah satu gambar tersebut untuk check url website tersebut ;





Perhatikan pula url yang diberikan kepada aku ==> http://www.jacobandco.com/celebrities/55 

Ianya tidak sama dengan url di atas. Sesuatu sedang berlaku. Siapakah yang mengomen di dalam FMT tersebut? Dan boleh kah aku mempercayai individu yang email dan berikan gambar printscreen tersebut? Biar dia jawab sendiri disini. Aku tidak mahu menuduh2. 

Dan macam aku katakan tadi di atas, aku memilih untuk mempercayai dia sehingga ke saat neh sehingga terbukti sebaliknya. Tetapi aku suka nak pesan kat sini bahawa kita boleh benci rosmah kerana dia membazir tetapi itu bukan alasan kita nak fitnah dia membabi buta. 

Benci dia ialah perkara yang lain. Fitnah dia? Ialah perkara yang lain pula. Aku tiba2 teringat blog papagomo memecahkan konspirasi [konon nya lah kan] lakonan blogger pembangkang berhubung isu kematian pendemo bersih. Aku akan perjelaskan isu nanti . Semua individu yang mempercayai bahawa rosmah mansur ialah individu yang memiliki gelang dari jacob diminta agar jangan mempercayai nya lagi.

Ini kerana, artikel sebelum neh aku cuma meletakkan pertanyaan ya ataupun tidak gelang neh koleksi dari jacob. Bukan meletakkan tuduhan ataupun pengesahan. Aku tidak mahu bersubahat dalam sebarang bentuk penipuan. Aku bukan blogger pembangkang yang sebegitu. Ya aku kata ya, kalau salah aku kena mengaku salah. Sesiapa pun tidak memaksa aku menulis artikel tersebut. 

Maklumat tersebut walaupun diberikan oleh orang lain, tetapi menjadi tanggungjawab aku untuk mengesahkan maklumat tersebut benar ataupun tidak. Dengan ini aku memohon maaf di atas segala kesilapan langsung ataupun tidak langsung kesan daripada penyebaran artikel neh. ==> http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/sah-rosmah-mansur-guna-gelang-jacob.html

Aku juga memohon maaf kepada rosmah mansur kerana secara tidak langsung membuatkan dia difitnah. Aku tahu orang2 dia memantau segala2nya di internet. 

Nota : Penipuan url laman web tidak patut digunakan untuk menfitnah individu yang kita tidak suka. Jatuhkan dia dengan kebenaran dan bukan penipuan. Hanya penipu je yang akan melawan menggunakan cara penipuan. Maaf, rosmah kali neh saya silap! Belum lagi terbukti dia memiliki gelang dari jacob, dah terbukti kelak, aku update lah entry tersebut lainkali. Okeyh.

Ameno : Nasib baik aku perasan pengkomen di fmt tue...

Panas!!! Sah ROSMAH MANSUR guna GELANG JACOB!!!! Updated!

Fulamakkkk.. mek mahhhh.. ko beli gelang neh guna duit sapa wehhhh? Adoiiiyayaiiiii.. jangan2 ko guna duit rakyat kot!!! Lihat bawah neh ;


Link asal ialah dari sini ====> http://www.jacobandco.com/celebrities/55

Masih ingat isu pengundi hantu yang didedahkan oleh kami pakatan bloggers pembangkang baru2 neh? Walaupun kami dah dedahkan fakta dan bagi link2 secara detail pun mereka tak mahu terima dan mengatakan kami mencipta website mirror bagi memburukkan SPR. Sampai sekarang tunggu juga SPR datang saman tapi takde pun. 

kah kah kah

Kali neh atas jasa seorang pengkaji dan penyiasat pembaca blog amenoworld, dia telah memberikan sumber kajian nya kepada amenoworld. Bagi membiarkan anda mengkaji kebenaran nya sendiri, aku tak crop sumber printscreen neh. Lihat sendiri link nya. Anda boleh siasat sendiri kalau mahu. 

Mek mahhhhhh........ berapa harga gelang neh wehh??? Ko... ada guna duit rakyat ke takde? Owhhh sakitnya ahti aku... sadis dowhhh.. ada isteri pemimpin cam neh.

Kurang dari sejam selepas entry neh di publish, link yang diberikan di atas HILANG! Aik? HILANG? Bagi yang bernasib baik dapatlah tengok kebenaran nya. Neh cam motto biskut chipsmore je bhai. Kejap u ada. Kejap u takde. Owhh biskut jacob napa ko ciplak stail biskut chipsmore neh?
kah kah kah

Lihatlah kebenaran nya di bawah neh ;


Woittt takan takut plak woittt? 

kah kah kah

sadis dowhh.. sadisss.... orang baru nak tanya harga je. Belum pape dah sorokkan diri. Tak rock arh cam neh mek mah oiii..

kah kah kah

Ameno : Jom siasat harga gelang neh beb. Kasi dedah sama dia.. 

Panas!!! Fakta POST MORTEM BERSIH yang membuatkan Zulfikar rasa bodoh...

Pernah jumpa orang bodoh? Ya korang mesti pernah jumpa banyak kali samada secara langsung ataupun secara tak langsung. Kali neh aku nak membidas hujah bodoh dari zulfikar yang mungkin rasa bodoh selepas membaca fakta neh. Apa yang dihujahkan oleh zulfikar, bukan fakta tetapi auta. Auta tidak boleh menjadi fakta hanya semata2 kerana dia beranggapan bahawa ianya fakta. 

Seseorang harus membuka minda dan membaca pelbagai sumber sebelum membuat analisa. Tak pernah tidak aku taksub kepada sesiapa pun cuma kali neh ada seseorang yang emailkan aku minta tolong balas hujah zulfikar. Bukan kepentingan sangat pun untuk dibalas kerana kata2 nya penuh auta. Aku percaya hanya totok umno je akan percaya tetapi mungkin aku boleh jawab dan sesiapa boleh paste di nota facebook sebagai counter attack kepada auta yang disampaikan oleh zulfikar neh.

Ini ialah pendapat aku berdasarkan kepada pembacaan aku dalam pelbagai sumber TEKS sejarah <-- bila aku cakap PELBAGAI itu bermaksud aku membaca PELBAGAI sumber samada daripada kerajaan hingga lah kepada orang yang bebas politik.

Hujah Zulfikar.

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL. Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan. Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat. <-- Sejarah mana yang tulis macam neh? Ya betul sejarah umno yang tulis, ikut kepala hotak umno yang melakukan pendoktrinan minda bagi menyematkan rasa benci orang melayu kepada kaum cina. Ayat ini tidak tepat. 
Yang menang besar di PP ialah GERAKAN bersama DAP dan  bukan nya DAP semata2. GERAKAN akhirnya masuk menjadi salah satu parti komponen BN. Cerita sebenar peristiwa 13 mei daripada orang yang tiada kuasa, pangkat, harta dan kepentingan sebaliknya semata2 mahu menjaga nilai sejarah ialah berbeza. 
Punca rusuhan itu sendiri ialah daripada maklumat palsu yang disebarkan oleh umno yang memainkan sentimen perkauman. Apabila orang2 melayu dengar sudah tentu lah mereka menjadi panas, disebabkan mendapat maklumat palsu, akibatnya ramai orang cina telah dibunuh. Konon nya sebelum itu orang cina telah membunuh seorang melayu di jalan [maaf lupa nama tempat tersebut]  dan ianya disebarkan secara meluas pada ketika itu. Kesan nya orang cina dan melayu bermusuhan. 
Sehingga satu tahap orang cina nak keluar rumah pun takut. Peristiwa 13 mei ialah peristiwa berdarah orang cina dan rakyat malaysia kerana orang cina ramai terkorban pada hari itu. Peristiwa 13 mei juga membuktikan kepada kita dan Allah swt bahawa umno akan berbuat apa sahaja demi kuasa. Kita manusia mungkin mereka [umno] boleh tipu, tetapi ingatlah Allah swt mereka tak boleh tipu. Tak kira sekuat mana dan selama mana pun mereka melakukan pendoktrinan dan penipuan melalui teks "sejarah" yang bukan mengisahkan "Sejarah" mereka tetap tak mampu lawan kuasa Allah swt. 
Bagi mereka yang mencintai kebenaran, mereka akan dapat. Hidayah datang kerana kita mencari. Allah swt tak suruh ko duduk bergolek dan tunggu hidayah datang. Pergi berjalan cari maklumat, rapati pakcik, makcik, atuk, opah, kenali mereka, salam, sayang, berkawan dan amek cerita lama dari mereka. 
Dengar sendiri pandangan orang2 tua neh macam mana peristiwa 13 mei berlaku. Ko mungkin akan dapat pelbagai pandangan. Ada yang cakap cina penyebab, ada yang akan cakap umno penyebab, tak kesah semua tue yang penting ko akan dapat tahu rupanya 13 mei ada memiliki version yang lain. Yang berbeza dan yang tidak diceritakan oleh buku teks umno. 

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman <-- Ia berjalan dengan aman. Mudah. Jika zulfikar berpendapat bahawa ia berjalan dengan tidak aman, maka aku hanya perlu menyangkal dakwaan dia dan cakap ia berjalan dengan aman. 
Ia tidak akan menjadi tidak aman berdasarkan pandangan zulfikar semata2 dan tidak akan menjadi aman berdasarkan pandangan aku semata2, ia hanyalah pandangan yang mewakili suara individu. Sesiapa boleh bercakap tetapi faktanya orang yang mengikuti perhimpunan itu lebih tahu. Untuk rekod, bersih 1.0 tidak disertai oleh aku.

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?  "alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu." <-- Kita mahu lakukan penyerahan memo secara beramai2 pada hari tersebut bagi membuktikan kehendak rakyat malaysia adalah mahu membersihkan SPR. Ambiga boleh memilih untuk menyerahkan sendiri tetapi mereka akan cakap bahawa ini ialah kemahuan ambiga semata2 dan bukan mewakili pandangan rakyat. 
Jika kita menghadiri pada hari penyerahan memo dan spr melihat keazaman rakyat,  maka mereka akan faham bahawa majoriti rakyat memang mahu ops-bersih spr. Ibarat lidi. Satu lidi akan mudah dipatah. Satu orang akan mudah di abaikan oleh spr. Kalau seberkas lidi? Kalau sejumlah besar majoriti rakyat malaysia? Adakah SPR mampu duduk berdiam diri goyang kaki? Nampaknya tidak, kerana iklan demi iklan kini mula dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa SPR bersih. Sadis bukan?

Lokasi tidak pernah menjadi masalah, di mana pun kita nak berhimpun ialah hak kita termasuklah stadium merdeka kerana kl ialah kawasan pembangkang. Adakah hujah neh masih tidak difahami mereka? Kita boleh berkumpul di melaka dan terengganu sekalipun asal kita mahu kerana rakyat malaysia tidak pernah tidak ada halangan untuk memasuki mana2 kawasan bagi tujuan perhimpunan. 
Jadi orang fikiran kena matang. Ada hujah kena selari dengan relevan. Relevan nya stadium merdeka ialah kerana perarakan jalanan mengikut cadangan asal ialah di kl. Pembatalan demo jalanan kl dan mengantikan nya di stadium merdeka relevan kerana asalnya ia di kl tetapi di jalan, dan ia masih di kl tetapi di dalam stadium. Yang mana akhirnya kerajaan tetap halang samada di jalan ataupun di stadium sambil melangkaui titah Agong.
A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak. <--  Benda neh takde hujah langsung. 1. Ada atau tiada bom petrol yang ditemui? Owhh polis dah jumpa awal2? Habis tue mereka tak boleh siapkan yang baru ka? Heh. Takde. Citer tue pun dah berhenti. 
Perkahwinan ka apa ka itu memang bukan salah bersih. Yang membatalkan ia adalah polis, bukan kami. Event = tempat lain. Demo = tempat lain. Berbeza tempat = boleh dilakukan secara serentak dengan kerjasama dan pemantauan pihak polis. Polis boleh bagi arahan apakah jalan yang peserta demo patut ikut kerana kita sudi berkerjasama. 
Kita sudah banyak kali berjumpa polis dan meminta polis menetapkan laluan buat peserta demo agar kami tidak mengangu orang awam dan kelancaran lalulintas. Hah apa? Taktahu? Laaa.. lainkali BACA. Ya betul BACA semua sumber. Jangan ingat aku tak beli utusan dan berita harian walaupun aku pro pembangkang. Kalau orang lain boikot, aku tak pernah boikot. Aku mempunyai sudut pandangan yang berbeza. 
Yang mana utusan ialah suratkhabar dan buletin utama ialah paper dan rancangan yang aku mesti tonton dan baca. Kenapa? Hanya dengan membaca fitnah sahaja baru aku boleh menyangkal fitnah dan menjelaskan kebenaran. Mengelak daripada melihat apa yang disampaikan utusan dan BU sia2 kerana aku mahu membaca dan menilai bagaimanakah otak orang umno neh berfikir dan bertindak selepas itu aku akan atasi ia.
A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia? B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL. <-- Kalau anda duduk di depan tv dan mendengar apa yang orang katakan, maka lebih baik anda pergi bunuh diri sebab lepas neh anda akan masuk syurga. Ya, benar percaya cakap saya. Hah, apa? Tak percaya.
Bab bunuh diri ko taknak percaya plak? Bab lain ko nak percaya pula? Adakah ko melihat demo itu sendiri? Adakah ko menyertai demo itu? Adakah ko berada di kelompok pendemo? Ko tidak menyertai ia sekalipun. Ko malahan tidak tahu apa yang dilalui oleh kami tetapi ko menceritakan testimoni ko untuk dijadikan panduan? Apakah itu? 
Seseorang yang belum pernah memandu kereta tetapi pongpangpongpang citer pasal bahaya memandu kereta? Apakah itu? Ko boleh je pergi demo tetapi tidak perlu bersama bersih. Menjadi penganalisa dan memerhati. Apa sahaja pandangan ko selepas itu akan di anggap relevan kerana ko berada di lokasi kejadian. 
Apa sahaja ulasan "jujur" ko adalah benar berdasarkan sudut pandangan ko kerana ko ialah testimoni'ear. Selagi ko bukan testimoni'ear maka apa2 sahaja pandangan ko memang tak boleh pakai. Pergi dulu, tengok, perhatikan, rakam, berbual, siasat, tak boleh ka? Pandangan blogger itu relevan kerana mereka ada di sana. 
Pandangan ko tak relevan kerana ko tiada di sana. Andai papa gomo ada kat sana pun, pandangan dia masih relevan kerana apa? Kerana dia ada di sana. Dia tengok dan dia tahu. Samada dia nak tulis kebenaran ataupun penipuan segala bagai adalah hak dia. Tetapi seseorang yang TIDAK berada di LOKASI kejadian tidak boleh berhujah tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada pandangan yang berpihak. 
Ko memetik pandangan yang berpihak kepada kerajaan dan ko hujah kan bahawa ia adalah pandangan rakyat. Ko patut cakap rakyat yang pro kerajaan baru tepat. Bukan ko tak mampu menyiasat apa yang berlaku pada hari itu tetapi ko memilih mengharapkan kepada orang lain untuk menghujahkan suasana dan kemudian ko pula akan jadikan ia sebagai fakta sedangkan ko pemalas nak melakukan research sendiri. Itu ialah SADIS.
Aku dah pergi demo. Demi bersih 2.0 ialah demo pertama. Walaupun aku sedut gas dan dibantai polis, ironi nya aku masih nak pergi lagi. Ini sudut pandangan aku. Ia relevan. Kerana apa? Kerana aku ialah subjek = testimoni'ear bersih dan ko pula?Langsung tak berani nak mengkaji. Heh.Itu sadis bhai.
4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini. <-- Ini dusta. Baca sini dan sini. Aku dah cakap dengan jelas dan ikhlas. Walaupun peguam itu ialah peguam dsai aku tetap bagitau dengan ikhlas. Pandangan aku memang berpihak tetapi apabila ia berlawan dengan kebenaran, maka aku akan paksa diri aku menuliskan kebenaran. 
Aku tidak cenderung untuk membodek sesiapa pun samada PR ataupun BN. Baca dan faham betul2 Zulfikar. Point seterus zulfikar tidak perlu dihujahkan kerana keseluruhan artikel mengenai ifc, ambiga dan lina joy ada dalam kedua2 link yang aku bagi kat atas tadi.

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat. Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga. <-- hujah neh tidak relevan kerana pada hari itu kita nak hantar memo dan bukan nak tumbangkan kerajaan. Dia memberikan pandangan salah kerana mempunyai persepsi yang salah. Tanggungjawab aku selesai disini kerana aku sudah memaklumkan bahawa demo hari tue cuma nak hantar memo secara beramai2 kepada Agong dan bukan untuk tumbangkan kerajaan.
Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim? <-- Di sini, disini, disini, disini, disini dan disini. 
iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook! <-- Sudah. Sudah digunapakai cara itu. Ketika PRU-11. Penipuan hanya akan berlangsung selepas BN kalah di satu2 negeri.

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan. <-- 8 tuntutan ialah untuk memperbaiki SPR. Ya benar memperbaiki kelemahan SPR. Di manakah pada 8 tuntutan itu yang membuatkan mata bn dan mata spr memandang ia dengan sudut yang berbeza pula? 8 tuntutan itu memang jelas ialah untuk memperbaiki kelemahan SPR.
iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.  <-- Kenapa kelantan BN belum berjaya [akan datang taktau] pegang? Pernah suatu ketika hanya berbeza 1 kerusi di antara pas dan bn di kelantan ttp pas masih memerintah, kenapa? Tanyalah orang kelantan sendiri untuk testimoni jujur. Aku dah tanya banyak kali. Jawapan yang aku dapat seringkali sama. 
Iaitu orang kelantan tidak mahu umno perintah negeri mereka walaupun mereka ialah ahli umno. Atas sebab itu mereka, orang kelantan tidak tegar dengan sebarang penipuan spr. Maksudnya disini, spr boleh menipu tetapi tanpa kerjasama rakyat kelantan [mostly orang bn] ianya tidak akan berlangsung dengan jaya nya. Punyalah orang kelantan umno, takmo umno pegang kelantan, walaupun pernah berbeza 1 kerusi pun mereka masih tidak main kotor. Situasi berbeza di perak yang beza lebih 3 kerusi dan akhirnya kuasa tamak dari kedua2 belah pihak menjadikan perak kucar kacir pada hari neh.
Nota : Aku merungkai hujah neh di atas permintaan pembaca, untuk rekod aku tidak mengenali zulfikar dan apa kah blog nya. Nota neh disebarkan menerusi fb. Dan hujah balas boleh digunakan oleh pembaca untuk menyangkal pihak yang anti-bersih. Harap maklum.
Ameno : Zulfikar, kasi buka minda dan baca lah pelbagai pandangan sebelum buat analisa.

Gelang rosmah mansur neh berapa juta pula weh?

Wahhh rosmah mansur.. ko memang lah wanita hebat dan mewah. Sangka aku cuma cincin je yang ko sambar, rupanya awal2 lagi ko dah sambar gelang ye mek mah.. Lihat gambar di bawah neh ;


Nampak tak gelang tue? Okey tengok bawah lagi, screen shot dari blogger semut ;


Yang neh pulak dipetik dari website jacob ;


Dan neh pula perbandingan antara gelang rosmah dengan gelang si jacob neh ;


Andai lah benar bahawa gelang jacob = gelang yang rosmah pakai, maka ;

Adoiii berapa juta agaknya gelang neh? Dapat pelepasan cukai gak ke? Ada guna duit rakyat ke tak neh? Aduyaiii kepala aku makin pening bhai melihat kemewahan rosmah neh.. betul lah kata orang rm = ringgit malaysia, bukan nya rosmah mansur. 

Tapi kan betul ke jacob = yahudi? Aik.. bukan kah umno dan najib selalu kata anwar ibrahim pro yahudi seolah2 najib dan umno benci gegila kat yahudi. Kalau benci yahudi pasai pa bagi duit kat yahudi plak? Beli barangan mahal2 plak tue.. beli barangan kemas buatan malaysia tak boleh ka? Kata kempen belilah barangan buatan malaysia tapi apa barang kalau isteri piem pun beli barangan import. Ceh. Nasihat pandai, amal tak tahu ka?

kah kah kah

Betul2 orang kaya yang suka buang duit. Kalau aku tahu dia guna duit rakyat.. fuhh besok gak aku organise demo untuk singkirkan dia dari pemerintahan negara. Tak tahan sudey!!!

Nota : info dan kaji selidik neh dilakukan oleh blogger semut. Klik sini.

Ameno : Sakit ahti wooo tengok keborosan rosmah mansur..

Selasa, 12 Julai 2011

Rosmah Mansur dengan gambar cincin rm60juta..


Pada bulan april. najib dan rosmah ada pergi ke luar negeri. Sila semak sini. Dan kebetulan nya tarikh yang tertera kat dalam gambar bawah neh ialah pada bulan april. Sila lihat bawah ;





Sehingga sekarang belum ada bukti lagi bahawa rosmah telah menggunakan wang rakyat untuk membeli cincin tersebut. Ini kerana najib memang terbukti kaya raya. So tak mustahil dia guna duit sendiri untuk beli kan cincin untuk isteri kesayangan dia. Isu yang di mainkan ialah cukai. Di mana cincin neh di bawa masuk tanpa perlu membayar sebarang cukai. Kira nya macam pelepasan cukai lah kan. Tak pasti samada memang isteri2 perdana menteri memiliki keistimewaan tersebut. Mungkin kah dia boleh membawa masuk barang2 dan tidak akan dikenakan cukai kerana dia ialah isteri perdana menteri? Dan ia tertakluk dalam undang2 negara? Tak siapa tahu. 

Nilai cincin itu juga boleh diragui. Menurut laman web penjual cincin tersebut, harga cincin yang paling murah ialah usd 10million = yakni rm30juta wang malaysia. Jadi tak mungkin cincin rosmah neh bernilai rm24.4 juta. Paling murah mesti lah rm30 juta. Dan apa yang paling penting, kita benar2 harap dia bayar guna duit sendiri. Dan bukan guna duit rakyat. Nak cakap lebih2 pun susah sebab belum terbukti dia guna duit rakyat dalam isu pembelian cincin neh tetapi memang tak dapat dinafikan persepsi rakyat akan berfikir yang sebaliknya.

Aku teringat sangat2 beberapa kempen iklan dan nasihat rosmah yang pernah meminta rakyat agar berjimat cermat.. mungkin dia tak tujukan untuk diri dia sebab dia banyak duit tapi bila memikirkan nasihat tersebut dan isu cincin juta2 dia, aku rasa tah pape. Sapa sebenarnya yang membazir neh? Dia walaupun banyak duit, rasa nya tak perlu kot nak membazir sampai beberapa juta semata2 cincin. Banyak lagi orang susah yang dia boleh bantu. Untung2 berkat dunia akhirat.

Benda neh sebenarnya membuatkan aku makin menyampah dengan najib dan rosmah sendiri. Tak hairanlah kenapa najib nak kurangkan cukai baju dalam import. Rupanya dia bawa isu peribadi dan kisah cinta nya dalam pentadbiran negara. Orang lain pun bercinta juga dan ada bini juga tetapi takde lah sampai menjejaskan rakyat. Teringat cara siti hasmah ketika mahathir menjadi perdana menteri. Nak dengar kisah dia pergi luar2 negara dalam tiap2 bulan pun di anggap mustahil apatah lagi nak tengok dia jadi paparan utama dan muncul tiap2 hari dalam berita di tv3. 

Tetapi rosmah mansur? Memang berbeza habis. Buat pertama kali nya dalam sejarah kita sebagai rakyat malaysia memikirkan bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri dan najib ialah bayangan. Fikirlah bagi mereka yang masih tak faham2 lagi. Bukan kita tolak najib dan rosmah kerana mereka umno tetapi kita tolak mereka, kerana mereka tak pernah fikirkan cara untuk bantu kita. Sekian.

Nota : Baca sini, lebih banyak maklumat yang anda akan dapat isu cincin.

[ADS] Roadshow toyota memperkenalkan yang baru dari toyota disini

[ADS] Perempuan boleh klik, lelaki jangan sibuk. Promosi untuk wanita sahaja, klik sini

Ameno : Aku nya persepsi rosmah beli cincin guna duit rakyat. <-- Jangan ikut aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...