Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Mei 2011

Bapa berang dengan sikap angkuh polis!

Masih ramai lagi yang taktahu pasal neh sebenarnya. Aku pun tak sure napa ramai yang tak alert isu neh. Takpe, korang baca bawah dulu nanti aku kasi video pula ;
 
Keluarga remaja Muhamad Arif Abu Semah yang ditahan bawah Ordinan Darurat sejak Mac 2008 berang tengan layanan polis yang hanya memberikan masa berjumpa hanya tiga minit kepada mereka.

Bukan itu sahaja, polis berpakaian biasa didakwa dengan kasar menarik rakan Arif, Fuqran, 17, daripada bilik apabila bertanyakan tahanan lain tentang keadaan rakannya, tempat ditahan dan sama ada akan dibawa ke mahkamah.

Bapa Arif, Abu Semah Ab Rahim kemudian bertanya kepada polis tentang insiden pada jam 11 pagi di balai polis Rawang.

"Mereka tidak menjawab, sebaliknya menarik kami selepas berjumapa Arif baru tiga minit. Perkara ini amat dikesali sedangkan biasanya saya boleh melawat selamat sejam setengah. Apa salahnya kawan anak saya bertanyakan soalan itu?"

"Adakah kita tidak mempunyai hak untuk tahu ke mana dibawa, dan bila dia akan dibawa ke mahakamah," katanya dalam linangan air mata apabila dihubungi Malaysiakini.

Abu Semah semalam ditemani peguam Edward Saw. Remaja itu didakwa didera menggunakan kayu, wayar dan batang besi yang disebat di kaki.

Arif juga mahukan rawatan perubatan tetapi mendakwa dinafikan pihak berkuasa.

Keluh-kesah Arif itu diketengahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty pada Khamis berkaitan remaja dan pemuda yang ditahan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969.

Dan tonton video ini. Korang mesti sebak bila tahu remaja ini sebenarnya teraniaya.  

Ameno : Itu bukan angkuh lagi.. berlagak habis.. 3 minit je? Jangan2 nak balas dendam sbb mengadu kat peguam kot.. tv3 langsung taknak masukkan citer neh dalam berita dorang enh..

Hot : Gambar anwar ibrahim gelak-gelak dengan eskay.

Kat bawah neh ialah gambar anwar ibrahim dengan eskay ketika mereka tak gaduh-gaduh macam sekarang. Lihat bawah ;

Arhh sudah. Dulu gelak-gelak. Sekarang gaduh-gaduh. Duit memang boleh beli ;

1. Perkahwinan
2. Persahabatan
3. Kesetiaan
4. Harga diri dan maruah
5. Pangkat dan kuasa.

Nota : Gambar ini diperolehi dari blogger umno. Keoriginalan gambar ini tidak dapat dipastikan. Harap maklum.

Ameno : Mesti dsai tak sangka akhirnya eskay berpaling tadah.. yer tak?


Hot : Hishamuddin saman anwar ibrahim!

Hishamuddin nak saman anwar ibrahim sebab anwar ibrahim mengaitkan nama hishammudin dalam isu video seks zina. Hahaha.. orang tue dah marah. Baca bawah dulu ;



1. Hishammudin cakap dakwaan anwar perlu dijawab di mahkamah. 

Habis tue dakwaan korang terhadap dsai macam mana pula? Nak suruh dsai saman korang? Ada berapa banyak tuduhan terhadap dsai? Perisik? agent? penjual negara? pengkhianat? peliwat? Perlu ke dsai filekan saman untuk menjawab semua pertuduhan2 itu? Hidup biar adil wey. Kalau umno dan pkr sama2 proceed rci kita boleh tahu sapa benar sapa salah.

2. Hishammudin cakap tindakan anwar mengaitkan dia dengan isu video seks adalah untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari masalah pkr.

Sapa alih sapa sebenarnya? Aku rasa isu video seks ini adalah sebagai taktik keji dan kotor kerajaan untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada korupsi kerajaan pula. So macam mana? Aku neh rakyat. Bukan pkr yer. Harap maklum. Ada nak saman ke?

3. Hishamuddin cakap pas perlu keluar dari pakatan sebab tindakan pas menguntungkan dap.

Aku cakap tindakan pas keluar dari pr pula akan menguntungkan umno. Jadi macam mana? Nak bagi keuntungan pada orang yang belum tentu selamanya kafir atau orang bercirikan munafiq? Biar pemimpin pas fikir masak2 dulu yer. Ko jangan sibuk hishamuddin.

4.Hishammudin bidas pr membelanjakan 600,000.00 ribu utk kempen iklan anti-isa.

Kali neh aku bersetuju kalau sungguh dakwaan hishammudin neh benar. PR janganlah buang duit rakyat untuk buat kempen peribadi pula. Masih ramai rakyat susah yang perlukan duit2 tersebut. Buat iklan gah2 macam iklan 1malaysia tapi keuntungan satusen pun tak dapat kat rakyat yang memerlukan pun tak guna gak. Dah ramai dah menyampah kat ISA neh. Kalau nak buat kempen pun, jimat2 sket duit tue. Agak2lah sampai rm600,000.00 pula. Pembaziran!

Ameno : Umno berdendam dengan pkr, tapi satu malaysia diseret untuk menyelesaikan dendam dan permusuhan peribadi dorang pula.. pasal apa?

Asri : Anwar patut bersumpah..

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

NONEJika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.

Pandangan asri neh elok anwar pertimbangkan dan jangan tolak bulat2. Ini semua soal persepsi. Penyokong pakatan rakyat memang dah terang faham bahawa ini fitnah jijik lagi kotor dari pihak umno untuk menjatuhkan dsai secara keji.

Tapi dsai dan pkr kena faham, di malaysia neh tak semua orang sokong pr. Tak semua orang faham dan boleh detect taktik kotor umno neh. Kebanyakkan dari mereka, golongan atas pagar dan penduduk2 kampung yang taktahu apa2 ditipu hidup2.  Sebab itu kalau dsai rasa dia mampu menjelajah satu malaysia untuk clearkan nama dia, abaikan lah cadangan asri neh.

Kalau agak2 sukar sebab asyik kena kacau ngan polis je, ada baiknya dsai buat bersumpah. Kita bukan nak suruh dsai bersumpah sangat. Benda neh pun cuma org2 bebal je buat. Kalau dsai buat memang reputasi dsai tercemar gak ngan sumpah2 neh. Orang akan mempersoalkan kenapa dsai tak faham ke dalam islam mana ada sumpah2, yang pergi layan rentak eskay tue buat apa. 

So itu antara side effect yang dsai kena tanggung kelak. Tapi fitnah jijik umno memang dah melampau sangat. Kalau agak2 dsai dan family leh sabar dengan semua makian, takpelah sabar je lah. Kalau agak2 tak tahan sangat, kena bersumpah lah untuk menghilangkan keraguan dan persepsi buruk. Masyarakat melayu mmg begitu. Mereka mempercayai sumpah lebih dari Alquran. Sebab kalau nak suruh umno bicarakan kes neh ikut hukum syariah untuk dapatkan keadilan, tunggu sampai mati lah jawabnya. Melainkan dsai bersumpah, mungkin baru dorang proceed untuk bawa kes neh ke mahkamah pula. Macam2 boleh jadi. 

Ameno : Bersumpah atau tidak bersumpah dua2 ada side effect yang sama besar pada dsai..berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. 

Masuk race untuk rebut hadiah blackberry dan ipod touch disini 

Hot : Mahathir : Sumpah laknat eskay betul!

WOww..! Mahathir.. apakah menuduh dsai bersalah..? baca bawah ;


Mahathir dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ;

1. Eskay ada hak untuk bersumpah laknat.

Kalau begitu, aku pun rasa aku ada hak untuk tampar mahathir dan najib. Soal nya bukan ada hak atau tiada hak. Soalnya adakah sumpah itu benar-benar menuruti kehendak pertuduhan zina. Tak kisahlah mengikuti cara islam ataupun sivil [ada ke zina dalam sivil? takde kan?] Yang penting, lalui dulu lah proses mahkamah. Bicarakan di dalam RCI. Kenapa tidak buat kes mahkamah? Liwat boleh takan zina tak boleh?

2. Mahathir secara tidak langsung telah mendedahkan kepada pandangan dia kepada umum bahawa dia rasa dsai bersalah. 

Mahathir.. mahathir.. ko patut desak tubuh rci. Tak sangka untuk orang macam ko pun rela mempercayai sumpah seperti ini?

3.Naib ketua pemuda pkr mengatakan sumpah itu satu bidaah yang amat sesat.

Untuk naib ketua pemuda pkr pula, lebih baik ko diam dari membebel dan merapu tak tentu hala. Aku mengaku aku tak berapa arif bab2 bidaah neh tapi tak payah buat statement melulu boleh tak? Korang gak yang bergaduh kat masjid tue sambil memekik2 kan? Cuba amek sket tanggungjawab. Cuba jangan asyik nak menang je sampai mampos. Ada baiknya kalau pkr minta maaf secara terbuka bagi menyejukkan beberapa pihak [atas pagar] yang melihat tindakan mereka itu.

Ameno : Saya bersummmmmmmmmm........ ooo .. hehehe
Join contest dan rebutlah Hadiah hari ibu untuk ibu anda!


Najib : PAS perlu keluar pakatan!


Hari neh aku beli paper mingguan malaysia. Tak silap aku mingguan malaysia neh ialah utusan harian betul tak? Sebenarnya aku pun dah lupa. Hahahah.. aku tengok kaler depan dia warna merah. Selalunya kaler merah neh berita harian punya. Baca punya baca aku sampai naik confused apsal pula ada artikel awang selamat terselit kat paper neh. Rupa2nya aku beli paper utusan. Kalau hari minggu nama dia ditukar kepada mingguan. Hahahaha.. sengal aku. Dah jangkit deman kpop versi malaysia iaitu mpop. Kah kah kah.. pecah perut aku lagi hari neh.

Tajuk akhbar atas isu neh memang cantik. Korang nak tahu apa? Baca bawah ;

PAS PERLU KELUAR PAKATAN.
Jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama islam - najib

Isi kandungan berita itu pula ;

- PAS perlu keluar pakatan kalau mereka benar2 memperjuangkan untuk kepentingan agama islam.

- PAS tidak akan memperolehi apa2 yang dicita2kan dan hanya akan memberikan keuntungan kepada dap.

- Najib : "Tak kesahlah samada pas bersendirian ataupun bergabung dengan umno [nak muntah aku] yang penting pas tidak boleh bergabung dengan dap kerana usaha pas dalam memperjuangkan islam akan dihalang" 

- Usaha gigih pas dalam kempen prn sarawak baru2 ini hanya memberikan kejayaan kepada dap.

- PAS perlu terima kenyataan bahawa idelogi politik mereka berlainan [pas dan dap]

- Dalam pakatan, PAS tak boleh buat apa2 sebab ada kekangan dari DAP.

- Najib berkata pas perlu memikirkan kepentingan untuk bangsa, agama dan negara.

- Najib juga mengajak hadi berusaha ke arah kerajaan perpaduan.

- Najib "kenapa buat baik dengan dap? adakah dap boleh memperjuangkan islam? saya nak cakap sini kepada haji hadi cukup cukuplah berkerjasama dengan dap. Ini merugikan kita"

- BN menjanjikan realiti dalam aspek pembangunan manakala pembangkang pula tiada hasil dan manfaat buat rakyat.

- Najib "janganlah bermain politik jalanan, pkr lahir di jalanan sedangkan umno lahir di istana, dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan juga negara".

Satu yang najib dan ramai org islam taktahu. Kita bukan memperjuangkan utk kepentingan agama islam. Islam itu sendiri sebenarnya memperjuangkan kepentingan kita. Kita sendiri jika mahu berjuang untuk kepentingan kita, keadilan dan kesejahteraan dalam hidup ini perlu menerima islam. Jika ada yang menolak islam, itu adalah kerana mereka tidak mahu kan keadilan untuk semua manusia. Sedangkan islam itu adil untuk semua bangsa, semua agama, semua jantina apatah lagi untuk semua negara kerana islam itu bukan ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah swt. 

Apakah Allah swt hanya mencipta keadilan untuk orang islam? Tidak. Keadilan ada untuk semua manusia tanpa kira agama dan status mereka. Jadi kata2 najib bahawa kita [manusia] memperjuangkan islam untuk kepentingan agama islam adalah bebal. Islam bukan agama yang mementingkan diri sendiri ataupun mempunyai apa2 kepentingan. Kita memperjuangkan islam kerana mahukan hidup dengan adil dan saksama. Kalau ini org islam sendiri tak faham, maka usah bicara pasal islam.

Bila persepsi ini sudah hadir oleh org islam sendiri [najib] bagaimanakah pula reaksi bukan islam? Sudah tentu bukan islam akan merasa kecewa. Apa neh bhaii.. untuk kepentingan agama islam pula neh bhai.. kami yang tak islam neh lue nak campak mana bhaii? Pas sendiri juga gagal terangkan kepada bukan islam bahawa islam itu semua. Jangan ingat bila berkopiah lengkap, tak pernah buat jahat dan zalim, bersolat wajib dan sunat 24 jam boleh memahamkan manusia bahawa islam itu untuk semua. Langkah2 penerangan pas tidak meluas dan kelihatan kepentingan politik itu mendahului kepentingan islam. Sedangkan bila pas berdakwah islam sekaligus pas akan menaikkan imej politiknya juga. Ini berlaku kerana pas terheret dan terseret dengan permainan politik kotor dan jijik umno.

Bila dah tahu diseret dan diheret.. sudah sampai masanya untuk pas berhenti diperlakukan demikian. Kuatkan kerja2 dakwah kita, Kuatkan. Sapa juga halang kita cantas. Kalau mca bising, kita cantas. Kalau umno memekak, kita cantas. Kalau dap meroyan, kita cantas. Kalau pkr melenting, kita cantas. Sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kebaikan yang akan generasi akan datang kita raih atas perngorbanan kita kali neh.

Berkenaan kenyataan najib di atas pula, jelas najib angkuh dan riak. Angkuh dan riak itu bukan pakaian manusia. Tapi najib pakai. Heh. Dia fikir dia lebih baik dari dap. Tapi dia dan dap sama sahaja. Malahan dap lebih baik dari dia. Sebab dap mengaku terang2an mereka anti islam. Manakala umno berselindung. Mereka [umno] juga anti islam cuma takmo tunjuk macam dap. Tak berani cakap. Tapi perbuatan mereka tiada beza dengan dap pun.

Isu bergabung neh isu kecik. Samada bergabung atau tidak dap dan umno ttp akan gagalkan usaha pas. Malahan semua parti di malaysia neh akan halang kecuali pas. Inilah hakikatnya. Ini benda yang kita kena terima. Adakah jika hari neh pas keluar dap, maka esok dap akan cakap i support islamic country. No. Tidak. Telah tertulis dalam Alquran bahawa kafir akan mencari seribu satu jalan untuk gagalkan misi umat islam. Tetapi juga telah tertulis dalam Alquran manusia munafiq dan fasiq [umat islam] inilah musuh terbesar dan punca kegagalan umat islam. Ini umno. Mereka ada ciri2 ini. 

Mereka marah kita bilang begitu. Maka kita buktikan banyak kali. Sikap mereka menjurus kepada kemunafiqan. Umno tetap tidak peduli. Musuh depan2 yang kita nampak macam dap, kita boleh agak apakah pelan mereka. Musuh2 belakang yang gemar bermain wayang macam umno, adalah lebih bahaya kerana setiap langkah mereka penuh dengan muslihat dan tipu daya. Kerana itu munafiq tempatnya di neraka paling bawah, paling jahanam akibat sikap mereka yang memang jahanam.

Berhenti menyalahkan dap atas kegagalan umat islam hari neh di malaysia. Berhenti menyalahkan org bukan islam juga di atas kegagalan kita pada hari neh. Pergi duduk depan cermin. Cabut keluar semua keburukan. PAS bukanlah parti yang hebat. Islam menjadikan PAS dihormati. Umno bukanlah parti yang buruk. Tetapi mereka mencabut islam keluar dari dalam diri. Pkr bukanlah parti yang jahat. Tetapi mereka dilanda bencana fitnah. Umat islam kalau tidak berhenti menyalahkan orang lain, kita tidak akan kemana-mana. Mati dan hidup hanya sia2.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).- (Hadis riwayat Bukhari)

Ameno : Saya mencintai islam walaupun saya orang jahat.

Hot : Awie serang bob lokman!

Hait.. apsal awie marah sangat kat bob lokman neh? Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


Aku taktahu apa yang bob lokman serang dunia hiburan so agak bias lah kalau aku cuma dengar pandangan sebelah pihak je. Niat di ahti aku memang nak balon je awie pasal aku anti dia dari dulu lagi. Dalam banyak2 artis kat malaysia neh.. dia neh artis yang aku benci sejak kecik. Aku memang tak faham macam mana ada orang boleh minat awie. Ketika erra bercinta dengan awie pun aku rasa erra fazira tue bangang. Ada ke dia pilih awie. Tapi nasib baik dah putus. Alhamdullilah. Heh.

Tapi apa pun aku rasa awie ko janganlah melatah. Bob mungkin citer pasal pengalaman [cara kehidupan] dia ketika dia dalam dunia hiburan. Yang ko terasa lebih2 pun kenapa. Errr awie bukan ke ko sempat peluk2 fasha sandha dulu? Kah kah kah..

Ameno : Awie makan cili.
Psttt... ada blackberry free lah! 

Hot : Perak batal nadir bumi!

Rasanya ramai kot tahu baru-baru neh perak ada sign MOU dengan syarikat dari china untuk proses nadir bumi macam kat pahang tue. Alah isu lynas tue. Tapi baru dua hari perjanjian itu ditanda-tangan, MB perak umumkan bahawa kerajaan negeri tak bersetuju dengan Mou tersebut dan berharap ia akan dibatalkan. Dan ia memang dah dibatalkan. Syabas. Baca bawah ;


Baca betul2 apa yang zambry cakap. Zambry cakap mereka mengutamakan rakyat dan kepentingan mereka. Hehehehe tak kesahlah tue. Apa yang penting zambry akui bahawa nadir bumi memang berbahaya kepada rakyat. So kalau perak sendiri dah akui kenapa pahang masih nak nafi? Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : Tak jadi aku nak pindah keluar dari perak. Hehehe..

Sabtu, 30 April 2011

Entry super lawak : Banner iklan sumpah laknat eskay!

Tadi aku dah nak out, tapi sempat gak jengah utusan nak printscreen dua tiga artikel kat dalam tue untuk dibahaskan di dalam belog neh kelak. Tengah sibuk-sibuk nak printscreen tue aku terjumpa iklan neh. Tak sangka aku utusan sanggup buat banner macam neh untuk mempromosikan sumpah laknat eskay. Mereka [najib dan umno] kata isu sumpah laknat tiada kaitan dengan umno. Tapi kenapa utusan beria-ria promote pula sedangkan utusan hak milik kekal abadi sampai mampos utusan punya? Why? Lihat bawah ;


Then diri ini paksa tangan ini untuk memaksa jari ini mengelik iklan tersebut. Hasilnya seperti dibawah ;


Hehehe..lawaknya.. patut aku nyanyi satu lagi lagu k-pop [bukan mpop harap maklum] untuk ditujukan kepada mereka neh ;

tajuk : lawak bangat [sanduran dream high kpop]

Jangan buat lawak.. 
wahai beer end.. kerana aku cuma ada satu perut..
aku takmo kesakitan di perut..akibat asyik gelak..bila melihat lawak-lawak ko..

Aku hairan dan pelik..
melihat bn yang beria-ria 
promote sumpah eskay.... di ruangan iklan....
tetapi mereka bilang... dalam masa yang sama..
sumpah eskay... 
tiada kaitan dengan mereka....
kalau tiada kaitan..
apsal buat banner dan promosikan ...
di website utusan......
lawak apakah ini...

ulang rangkap pertama  

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

Aku semakin hairan..
dan menjadi semakin pelik..
bila najib cakap di berita tadi..
isu video seks tiada kaitan dengan umno..
dan dia minta rakyat nilai sendiri..
tetapi betul ke takde kaitan..
sedangkan blog umno yang edarkan rakaman..
kini muncul dalam bentuk vcd pula..
untuk edaran kepada penduduk kampung... 
diedarkan pula oleh orang umno... 
lawak apakah ini... 

ulang rangkap pertama..

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..
[Bahagian RAP]

Whooii umnoo dan najib.
jangan engko buat lawak lagi.
kalau ko suka buat lawak..
cepat masuk maharaja lawak..
aku takan undi ko.. jangan bimbang tapi ko pasti menang..
kerana lawak ko lebih hebat dari jozan..
tapi jangan lupa undang eskay dan saiful sekali..
semoga kami boleh terhibur di depan tv..
jangan sia2 kan bakat yang diberi..
kurniaan Allah swt haruslah dihargai.. yooo..

ulang rangkap pertama

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : kah kah kah..

Entry lawak : Najib ajak pas masuk bn!

Tadi aku tak tahan tergelak tengok m-pop [k-pop versi malaysia] buat lawak, kini aku sambung balik gelak aku kat sini pula. Kali neh najib pula yang buat lawak. Baca bawah ;


Berita terkini yer? Apa nama neh tv3? Hehehe.. berita neh dekat sejam lebih lepas aku captured...Terima kasih ya tv3 dan najib sebab buat lawak.. meh sini aku nak nyanyikan satu lagu khas buat mereka. Ini lagu mpop [kpop versi malaysia] harap najib dan tv3 leh enjoy larh lagu neh..

Tajuk : Tiada siapa-siapa.

Saya(pas) takmahu sesiapa sesiapa pun termasuk awak(umno)[bck. singer :  jelir lidah]
Saya(pas) takmahu sesiapa sesiapa pun termasuk awak(umno)[b.singer : boo sama dia]
Saya(pas) takmahu sesiapa sesiapa pun termasuk awak(umno)[b.singer : boleh blah]
Saya(pas) takmahu sesiapa sesiapa pun termasuk awak(umno)[b.singer : pergi mampos]

Hehehe.. semoga enjoy lah yer lagu tadi tue. Bayangkan lagu tue ber-iramakan kpop yang bertajuk nobody dari wonder girl tue yer pak najib. 

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : Demam aku tak kebah lagi neh. Tertengok kpop versi malaysia ===> mpop? kah3x
Telek berry2? ada ke?

Chua soi lek : [video] Undi pkr, jika hapuskan hak keistimewaan org melayu!

Jika PKR hapuskan hak keistimewaan orang melayu di malaysia, maka chua soi lek akan menjadi orang pertama yang undi pkr! Lihat video di bawah ini ;







Dalam video ini juga terdapat pengakuan chua soi lek bahawa ;


1. Hanya PAS yang mahu melaksanakan agenda islam. [dia tak sebut umno pun]


2. Dia ada niat dan cita2 untuk menghapuskan hak2 org melayu di malaysia jika diberikan peluang itu.


Adakah orang umno dan perkasa akan membidas kenyataan chua soi lek ini? 


Hehehe.. sama2 kita tunggu dan nantikan yer. Btw nak ingatkan kepada pembaca seme yang chua soi lek ini datang dari parti mca bukan nya dap okeyh..


kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


Ameno  : Ini lah dia rupa dan sikap sebenar CSL. 
Free desert tapi kena jadi pengkomen 100 yang terbaik!

Jumaat, 29 April 2011

Hot : [video inside] Eskay buat sumpah laknat guna baju kalis peluru! updated!

Laa aku fikir tak jadi terus. Rupanya di tangguhkan aje. Bersumpah juga eskay neh yer. Tunggu aku akan cari rakaman sumpah dia. Tapi baca dulu berita kat bawah neh ;







Rahim dan shuib tak silap aku mewakilkan sumpah mereka kepada eskay. Isi kandungan sumpah laknat eskay ;


A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Dan ini pula video sumpah tersebut ;




atau tonton terus disini 


Updated ;


1. Rahim dan shuib lazim tidak bersumpah.


2. Eskay di iringi polis ketika masuk dan keluar masjid.


3. malam ini ada ceramah anwar. Sila hadir. Rujuk banner utk maklumat lanjut.




Ameno : Bila masjid dijadikan tempat untuk bersumpah.

Hot : [video inside] Sumpah laknat eskay lewat, masjid jadi medan tempur! [updated]

Updated :  Sumpah laknat eskay terhadap dsai yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan.  Eskay jadi bersumpah baca sini


Kat sini aku nak dengan korang tiga video orang-orang islam yang bergaduh kat dalam masjid;




Sebab2 kelewatan tue aku percaya disebabkan kekecohan yang berlaku di dalam masjid. Punca kepada kekecohan tue aku tak pasti tapi apa yang aku pasti umat islam di malaysia berada di tahap yang kronik apabila ;


1. Fitnah berleluasa.


2. Di sebelah pihak yang mempertahankan fitnah taknak dengar rintihan dan penjelasan dari pihak yang dipihak.


3. Di sebelah pihak yang difitnah sudah tidak mampu bersabar lagi dan merasakan bahawa harapan dorang nak mengubah malaysia kini pudar. Sebab itu mereka bertindak emosi.


4. Di pihak rakyat pula dah muak, jelak, bosan, menyampah dan tunggu masa nak meletup kalau drama-drama politik ini berterusan. Bagi mereka, pihak politik seharusnya menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat. Inilah yang dsai lakukan sehingga difitnah sebegini hebat sebagai balasan. 


Bagi aku sendiri setelah melihat video di atas aku merasa geram dan rasa nak tampo sekor2 yang bergaduh dalam masjid tadi tue. Tapi nak menyalahkan pihak pembangkang pun tak adil sebab mereka dah takde jalan lain untuk clearkan nama manakala di pihak penyokong kerajaan pula mereka dibayar untuk berbuat demikian. Kadangkala ada juga tersemat kebencian di ahti mereka terhadap PR, itu adalah disebabkan mereka tak mampu nak menilai masa satu baik dan mana satu jahat akibat dimomokkan berita palsu.


Antara gambar-gambar sekitar perkarangan masjid tadi ;
















Ameno : politik kotor dan fitnah harus dihentikan segera.
Ini blackberry free, takpayah bersumpah untuk memiliki ia!

Hot : Video seks full edition dah disebarkan!!



Video seks dsai full edition aku dah download semalam. Aku download dari blog pro umno. Aku mula-mula dapati papagomo upload video lucah neh kat blog dia. Dia mula-mula rakam guna handphone dan dia upload kat blog dia lebih kurang pukul 1.30 am . Kebetulan sebelum tue aku memang tengah melepak kat blog dia cari video neh pasal aku dapat info dari admin kbsb yang video lucah full edition tanpa sensor [bahagian lucah] dah ada di internet pada pukul 12.08 malam [makna-nya sebelum pukul 12 malam video2 itu dah didelete] dan dia sempat download tapi selepas itu dah takde. Hilang. Samada org yang upload tue delete ataupun admin youtube delete sebab langgar syarat2 youtube. Sebab tue aku mencari kat blog papagomo tue. Kalau tak, malam sket lah aku nak masuk website lucah tue. Cis.


Pembacaan aku di malaysiakini menyatakan video ini telah di upload ke utube petang semalam oleh seorang pemegang akaun youtube yang baru bernama rabiaab11. Dan macam biasa bloggers umno adalah orang pertama yang akan dapat info neh. Korang tak rasa pelik ke apsal dorang dapat info neh dulu berbanding orang lain?


Aku memang rasa pelik. Aku suspect orang yang mengupload video itu ada menghubungi bloggers umno menerusi email. Dia [ataupun mereka] memberitahu kepada bloggers umno bahawa rakaman aksi seks lelaki mirip dsai full edition sudah ada di internet. Cepat download dan sebarkan. Itulah yang bloggers umno dapat informasi dengan cepat.


Sebab tue kalau pdrm ko nak siasat, ko kena panggil papa gomo. Memang tiada bloggers lain yang secepat papa gomo dalam menguploadkan video lucah neh. Melainkan dia yang paling cepat dapat berita. Tapi ada satu lagi bloggers umno yang ada full edition video seks ini dan upload tanpa rasa takut2 di blognya. Papa gomo tue selucah-lucah dia pun tahu juga rasa takut bila pdrm dah keluarkan amaran untuk siasat dan tahan penyebar video lucah. Sebab tue dia rakam guna handphone dan baru upload. Mungkin nak buktikan yang dia dapat benda tue pun dari youtube. Setelah aku siasat aku dapati papa gomo upload video neh kat blog dia pukul 1.30 am dan blogger panglima harimau pula tiada catitan masa tetapi pengkomen pertama kat blog dia adalah pada pukul 1.40 am. 


Lebih kurang sama je. Jarak waktu tak jauh. Hanya mereka berdua je tahu awal. Kalau pdrm sungguh nak siasat, pdrm kena mulakan dari dua individu ini. Itupun kalau sungguh nak siasat. Bila dapat tahu dari mana papa gomo perolehi video itu, barulah boleh buka siasatan lain. Ini kalau asyik cakap nak siasat2, tapi tak siasat2, baik takpayah. Benda remeh macam neh pun lembab nak proses. Tak pandai buat kerja.


Bagi yang dah tengok video tue mesti perasan beberapa perkara ;


1. Serangga yang berterbangan. Setelah aku tengok berkali2, aku sukar nak kata ianya tisu. Aku suspect benda yang terbang ke sana kemari itu adalah serangga. Serangga apa aku tak pasti. 


2. Cahaya lampu yang difocuskan betul2 kat area tilam.


3. Lelaki mirip dsai tak pakai tali pinggang dan keluar dari bilik tanpa tutup pintu bilik. Kalau dihotel agak tak munasabah keluar bilik tanpa tutup pintu bilik. Dan kata eskay rakaman itu tamat sampai disitu sahaja. Kenapa ya agaknya? Bateri kamera dah habis ke? 


Rakaman yang lain adalah rakaman lucah sungguh. Betul2 menunjukkan aksi sedang beromen tanpa ada apa2 sensor sekalipun. So babak tue tak penting pun untuk kita tengok. Apa yang aku nampak pada kedua-dua rakaman part 3 dan part 4 neh ialah ;


1. Masa dan waktu sekali lagi ditutup. Dan dicover dengan subtitle thailand.


2. Kenapa nak sembunyikan masa dan waktu itu aku agak confuse lah. Jangan2 ada sesuatu pada masa dan tarikh tue kot?


3. Maksud aku mungkin rakaman potong2. Contohnya rakaman itu adalah sepanjang 15 minit tapi diringkaskan menjadi 4-5 minit je. Sebab tue mereka tutup benda tue. Sebab nanti terpapar masa pukul 10.45 pm tiba2 lepas beberapa minit jadi 11.45 pm pula. 


4. Kalau ini benar, maka ini antara bukti penting untuk membuktikan dsai tidak berada di lokasi kejadian.


Tapi aku agak kecewa lah dengan sikap penyebar video lucah neh. Perlu ke dia sebarkan video lucah macam neh tanpa sensor apa2 langsung termasuk aksi beromen? Memang video ini sangat lucah dan tak beretika sampai dengan aku2 sekali jadi manusia tak beretika 2,3 hari neh. Kenapa perlu disebarkan ketika eskay nak bersumpah laknat? Ini semua ada kaitan, bukan kebetulan. 


nota : Terdapat rumour rabaaib 11 yang upload neh dipercayai orang dari SKMM. Betul ke? 


Ameno : Bloggers umno slumber je sebarkan tanpa rasa takut yerk..  macam dah ada full access. granted dari siapa lah agaknya. 

Hot : Video seks part 3 dan 4 dah keluar!




Aku dah punggah seme belog umno. Aku dapati ;


1. Hanya bloggers umno je ada rakaman video seks


2. hanya bloggers umno je yang dedahkan benda neh.


Aku nak tgk kalau2 polis amek tindakan pada bloggers umno. Aku dah printscreen bukti yg benda neh di ambil dari blog papa gomo. Video ini akan dipadam esok.


Ameno : Lepas wartawan tv3 kena sound ngan dsai terus keluar video lucah?

Khamis, 28 April 2011

Hot : [video inside] Anak diseret polis sebagai saksi tapi berakhir sebagai pesalah!

Asalnya aku nak keluar dulu, lepas tue baru sambung update tapi terbaca pula satu kisah neh kat malaysiakini. Fuhh kejam. Polis ko jangan tanya kenapa masyarakat tak boleh respect ko. Ko tengok perangai ko sendiri macam mana. Baca bawah ;

Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka diheret dan ditangkap ketika keheningan suboh tanpa peluang membela diri di mahkamah. Pengalaman seumpama itu parti meretakkan seluruh keluarga yang terbabit.
Lebih-lebih lagi apabila mendapati mereka yang dipertanggungjawab menegakkan undang-undang membelasah anak-anak mereka semasa dalam tahanan bagi memaksa mereka mengaku jenayah yang tidak dilakukan mereka. 
Keperitan ini yang didakwa dilalui oleh tiga pasangan ibu bapa apabila polis mengetuk pintu rumah mereka dan mencekup anak-anak mereka yang berusia 19 dan 21 tahun mengikut Ordinans Darurat (Ketenteraman Awam dan Pembasmian Jenayah) 1969, yang membenarkan tahan tanpa dibicarakan.
Malah pelajar terbaik Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang yang mencatatkan keputusan CGPA 3.53 tidak terkecuali. Mohd Faiz Sarparim, 21, dicekup di depan ibunya, Hamizai Ismail, pada hari pertama bulan Ramadan tahun lalu dari rumah mereka di Kemaman. 
Seorang lagi pasangan ibu bapa, Tuan Wok Badariah Tuan Mat (kanan) juga dari Kemaman, menyaksikan anak lelakinya yang berusia 20 tahun diheret dari rumah mereka pada awal pagi pada Ramadan yang lalu. Alasan yang diberikan adalah beliau merupakan saksi dalam ke mencuri motosikal tetapi kemudiannya ditahan mengikut EO. 
Pasangan ketiga, pemandu lori Abu Samah Ab Rahim (bawah, kiri), 49, dan Maznah Yusof, 41, dari Selayang juga mengalami nasib yang sama apabila anak kedua mereka Muhamad Arif Abu Samah ditahan dari rumah mereka pada 8 Mac tahun ini dalam keadaan yang hampir sama.
Ketiga-tiga pasangan ibu bapa itu menceritakan pengalaman mereka kepada pertubuhan Lawyers for Liberty dan Suaram pada sidang media yang diaturkan hari ini. 
Menurut mereka pihak berkuasa tidak sewajarnya menggunakan taktik seumpama itu untuk menahan anak-anak mereka tanpa dibicarakan dan mendakwa semua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
Semua ketiga-tiga pasangan sepakat, bahawa jika anak mereka bersalah, mereka sepatutnya didakwa didakwa di mahkamah dan bukannya direman oleh polis dan apabila gagal mendapatkan bukti menggunakan EO untuk melanjutkan tahanan mereka.



Isi kandungan video di atas ialah ;
1. Remaja ditahan dirumah, tetapi dalam laporan polis menyatakan remaja ditahan di tepi jalan.

2. Remaja ditahan dibawah ordinan darurat sedangkan remaja cuma dituduh sebagai pencuri motor.

3. Ketika ditahan, polis memberitahu remaja ini dipanggil untuk membantu siasatan sebagai saksi kemudiannya berakhir sebagai penjenayah.

4. Remaja tidak diberikan peluang untuk membela diri tetapi dipaksa mengaku bersalah sedangkan dia tidak terlibat dalam kes kecurian motor.

5. Keluarga mangsa diminta sediakan wang berjumlah rm15k untuk disogok kepada polis bagi melepaskan remaja ini.

6. Remaja dipukul berkali2 dengan pelbagai cara dan alat.

Ameno : Takpayah saksi, takpayah bicara terus ko cop dorang bersalah. Negara islam ke macam neh?

TV3 tanam fitnah terhadap anwar ibrahim dan eskay yang nekad bersumpah.





Baru habis tengok berita tv3 pasal isu eskay dan dsai tadi. Tv3 neh memang barua sungguh. Sendiri bertanya, dan sendiri buat kesimpulan. Pasal eskay kat tv3 tadi aku tengok ;


1. Eskay akan angkat sumpah esok, macam yang aku dah tulis kat sini. Tapi bukan kat masjid wilayah sebaliknya di masjid sentul. Tak silap aku dia sebut bandar baru sentul.


2. Dia minta orang yang tak percayakan pendedahan dia datang tengok 'upacara sumpah' dia.


3. Dia akan angkat sumpah dengan rahim chik dan shuib lazim.


4. Ketika dia buat pc untuk jelaskan tujuan dia aku nampak dia baca skrip.


5. Ketika dsai nafi dia terlibat dalam video itu, aku tak nampak dsai baca skrip.


6. So aku agak heran kat sini. Kalau eskay di pihak benar apsal dia nak baca skrip pula? Ini kes dia dan dsai. Dia kan ada dalam video tersebut? Kalau tuduhan dia benar, kenapa pula dia tak didakwa sebagai menjadi bapa ayam? Ataupun paling2 koman dia tahu macam mana nak contact bapak ayam. So kenapa pdrm tak banteras kegiatan pelacuran pula?


7. Sebab tue lah aku susah nak percaya cakap eskay. Masa ko pergi haji, lepas balik ko masih bekalkan anak ayam kat orang. Ko sendiri tak malu dengan Allah swt. Tapi ko suruh org lain malu dengan Allah swt. Kononnya ko nak dedahkan perbuatan dsai tapi perbuatan ko macam mana? Ko dah bertaubat habis? Ko pernah terfikir tak nak rujuk mana2 ulama sebelum buat apa2 keputusan. Ko pernah baca Alquran dan mengenangkan kejahatan ko ketika ko bekal anak ayam? Ko penyaport industri pelacuran dan ko takde sedikit pun rasa malu atas hal itu tapi ko suruh org lain malu dengan perbuatan mereka? Aku tak nampak ko menangis. Aku tak rasa ko pun macam dah insaf tapi ko suruh dsai insaf?


8. Eskay juga cakap dia sanggup bersumpah apa yang dia cakap itu benar demi Allah swt, demi rasul dan anak cucu kita.. aik eskay? Kalau dah sungguh benar ko proceed je lah RCI. Sepatutnya dari awal lagi eskay patut call jabatan pencegahan maksiat. Kenapa sebelum jumpa video seks dia tak insaf ttp selepas tengok video seks tiba2 dia insaf pula?


9. Eskay juga mencabar dsai untuk bersumpah bagi membuktikan dsai di pihak yang benar. Dia mengaku dia kenal dsai dah lama. Dia kenal sagat perangai dsai dan dia cakap dsai takan berubah dan insaf. Dsai takan mengaku semua tuduhan2 yang membabitkan dia. Hait, kalau dah tahu pasal apa ko dedahkan video tue? Patut ko atur satu lagi pertemuan pelacur dan dsai, kemudian biarkan jabatan pencegahan maksiat tangkap basah dsai. Apa susah sangat?


10.  Eskay juga cakap yang hanya trio t je yang bertanggungjawab dalam isu video seks. Maksudnya kat sini nak cakap umno dan kerajaan takde kaitan langsung lah. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Tapi aku heran pasal puak2 umno gak yang upload video neh kat utube pada asalnya. So susah nak cakap dorang tak terlibat melainkan bukti menunjukkan sebaliknya.


11. Namun eskay menafikan bahawa dia terlibat dalam penyebaran video seks di utube. Kalau dah eskay nafi, sah2 polis lah yang edar. Sebab video itu ada pada polis bukan pada eskay.


Dah habis babak eskay tv3 buka babak dsai. Lagi kurang ajar dan bacul. Kalau untuk eskay pengacara buletin utama cakap satu kesimpulan then biarkan eskay jelaskan, tapi berbeza untuk dsai. Sendiri cakap dan sendiri buat persepsi. Bodoh!


1. Pengacara tv3 cakap dsai tak mahu menyahut cabaran sumpah eskay. Aku tak dengar pun wartawan tv3 tanyakan soalan macam tue kat dsai. Cuma yang aku dengar dia suruh dsai ulas isu sumpah eskay dan adakah dsai akan bersumpah?


Korang faham tak? Kalau ko ditanya adakah ko akan bersumpah, ko nak jawab apa? Aku tolak cabaran bersumpah!! Aik dari mana kesimpulan itu boleh timbul sedangkan soalan itu lain? So adil lah kalau dsai jawab u orang apa? U orang islam... okey  ikut hukum mana sumpah2 neh?


2. Then tv3 main api lagi. Wahh tv3 cantek ko. Jadi egen gitu. Jaga2 lah jangan esok lusa bangunan ko tue runtuh tv3. Pasal panas sangat dalam tanah. Allah swt melihat. Orang miskin dizalimi. Jangan ingat 10% kebaikan ko boleh menutup 90% kejahatan ko. Aku bukan menghukum ko tv3. Jangan salah sangka. Aku bagi peringatan ikhlas atas tali persaudaraan sesama islam. Menyesal esok takde gunanya. Ingatlah doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah swt. Cepat atau lambat je. Tv3 tak henti2 buat kesimpulan, siar interview dsai tapi suara ko tutup. Bagi kesimpulan 2 minit, jawapan dsai satu saat pun tv3 tak lepaskan ke udara kat tv3. Aku sampai hairan. Kalau macam tue baik ko tak payah rakam interview dia dah korang tv3 hebat sangat buat kesimpulan dan persepsi sendiri. Buat apa menyemak kat majlis orang pula? Bahghal.


3.Dan kat tv3 tadi sempatlah aku tengok sekali lagi dsai menafikan dia pelaku dalam video seks itu dan dia juga cakap dia tak tonton video terbabit. Apa yang dia tahu adalah berdasarkan sumber2 yang dihebahkan menerusi media awam. Kemudian tv3 ungkit isu jam omega. Aku sikit pun tak dengar apa soklan wartawan tv3 pada dsai tapi tak payahlah tv3 buat kesimpulan yang dsai mengelak dari menjawab isu jam omega. 


4. Macam biasa isu dna dimainkan lagi. Memang padan muka wartawan tv3 tue. Kalau aku kat situ, memang dah lama ludah dah. Kiranya dsai tue tahap bersabar lagi. Memanglah tugas wartawan tue bertanya. Korang fikir dsai neh bodoh sombong ke taknak layan wartawan? Dia layan cuma dia bohlayan tv3 sebab tak guna pun cakap elok2 ngan tv3 neh. Cakap baik macam mana pun bila masuk buletin utama kena spin juga. So dah alang2 gitu baik gaduh je terus. Lagi pueh ahti.


Tapi yang aku tak boleh blah tue wartawan tv3 tadi mengaku dah naik pangkat beb. Heh. Dsai cakap nak naik pangkat lah tue..pehtue wartawan tv3 balas dah promote dah pun.. hehehe ko ngaku depan2 dalam tv ko dah dipromote hasil membuat kerja2 fitnah. Sapa lah wartawan tue. Kalau aku jumpa aku tampar puas2. Pehtue aku pijak mulut dia sampai pecah. Geram aku.


Korang fikir rakyat malaysia ada mood nak fikir masalah peribadi dsai dan isu fitnah menfitnah neh? Aku harap tv3 dan kerajaan boleh tumpu isu untuk selesaikan masalah rakyat yang dah menimbun2 neh. Bukan sibuk dok menfitnah pasal nak mempertahankan kuasa. Macam neh punya sikap pemimpin nak suruh kita respect? Masalah rakyat ko taknak focus. Kebajikan rakyat ko taknak jaga tapi suruh undi ko sampai mampos? Boleh mmg boleh, korang umno dan bn boleh pergi mampos.


Nota : Kalau korang perasan tv3 tadi dok guna gambar dsai yang bengis. Apa niat dorang guna gambar tue? Nak serap persepsi kononnya dsai neh org jahat + kejam + zalim + bengis.


Ameno : Cefour.. hehehe

Free ipod nano disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...