Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 April 2011

Hot : [video inside] Anak diseret polis sebagai saksi tapi berakhir sebagai pesalah!

Asalnya aku nak keluar dulu, lepas tue baru sambung update tapi terbaca pula satu kisah neh kat malaysiakini. Fuhh kejam. Polis ko jangan tanya kenapa masyarakat tak boleh respect ko. Ko tengok perangai ko sendiri macam mana. Baca bawah ;

Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka diheret dan ditangkap ketika keheningan suboh tanpa peluang membela diri di mahkamah. Pengalaman seumpama itu parti meretakkan seluruh keluarga yang terbabit.
Lebih-lebih lagi apabila mendapati mereka yang dipertanggungjawab menegakkan undang-undang membelasah anak-anak mereka semasa dalam tahanan bagi memaksa mereka mengaku jenayah yang tidak dilakukan mereka. 
Keperitan ini yang didakwa dilalui oleh tiga pasangan ibu bapa apabila polis mengetuk pintu rumah mereka dan mencekup anak-anak mereka yang berusia 19 dan 21 tahun mengikut Ordinans Darurat (Ketenteraman Awam dan Pembasmian Jenayah) 1969, yang membenarkan tahan tanpa dibicarakan.
Malah pelajar terbaik Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang yang mencatatkan keputusan CGPA 3.53 tidak terkecuali. Mohd Faiz Sarparim, 21, dicekup di depan ibunya, Hamizai Ismail, pada hari pertama bulan Ramadan tahun lalu dari rumah mereka di Kemaman. 
Seorang lagi pasangan ibu bapa, Tuan Wok Badariah Tuan Mat (kanan) juga dari Kemaman, menyaksikan anak lelakinya yang berusia 20 tahun diheret dari rumah mereka pada awal pagi pada Ramadan yang lalu. Alasan yang diberikan adalah beliau merupakan saksi dalam ke mencuri motosikal tetapi kemudiannya ditahan mengikut EO. 
Pasangan ketiga, pemandu lori Abu Samah Ab Rahim (bawah, kiri), 49, dan Maznah Yusof, 41, dari Selayang juga mengalami nasib yang sama apabila anak kedua mereka Muhamad Arif Abu Samah ditahan dari rumah mereka pada 8 Mac tahun ini dalam keadaan yang hampir sama.
Ketiga-tiga pasangan ibu bapa itu menceritakan pengalaman mereka kepada pertubuhan Lawyers for Liberty dan Suaram pada sidang media yang diaturkan hari ini. 
Menurut mereka pihak berkuasa tidak sewajarnya menggunakan taktik seumpama itu untuk menahan anak-anak mereka tanpa dibicarakan dan mendakwa semua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
Semua ketiga-tiga pasangan sepakat, bahawa jika anak mereka bersalah, mereka sepatutnya didakwa didakwa di mahkamah dan bukannya direman oleh polis dan apabila gagal mendapatkan bukti menggunakan EO untuk melanjutkan tahanan mereka.



Isi kandungan video di atas ialah ;
1. Remaja ditahan dirumah, tetapi dalam laporan polis menyatakan remaja ditahan di tepi jalan.

2. Remaja ditahan dibawah ordinan darurat sedangkan remaja cuma dituduh sebagai pencuri motor.

3. Ketika ditahan, polis memberitahu remaja ini dipanggil untuk membantu siasatan sebagai saksi kemudiannya berakhir sebagai penjenayah.

4. Remaja tidak diberikan peluang untuk membela diri tetapi dipaksa mengaku bersalah sedangkan dia tidak terlibat dalam kes kecurian motor.

5. Keluarga mangsa diminta sediakan wang berjumlah rm15k untuk disogok kepada polis bagi melepaskan remaja ini.

6. Remaja dipukul berkali2 dengan pelbagai cara dan alat.

Ameno : Takpayah saksi, takpayah bicara terus ko cop dorang bersalah. Negara islam ke macam neh?

Share this

6 Responses to " Hot : [video inside] Anak diseret polis sebagai saksi tapi berakhir sebagai pesalah! "

  1. Gunakan Ordinans Darurat untuk penuduhan mencuri?

    Boleh jadi reformasi jalanan ke sampai guna Ordinan Darurat untuk buat penahanan.

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!


    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

    .

    BalasPadam
  2. anjing belaan umno

    BalasPadam
  3. ala..polis nk ditakutkan..
    polis den koncingkan..

    BalasPadam
  4. aku pun kena jugak macam tu.dengan ipd pj,memang cilaka betul diorang ni.sampai sekarang pun tak selesai lagi.diorang aniaya aku semata mata nak cover anggota diorg yang macam sial sampai nak hancur rumahtangga aku.kurang ajar betul.aku bersumpah sorang pun aku takkan lepaskan even kalau diorang dah mati pun aku kencing je atas kubur diorang.seribu kali ganda aku balas balik.aku dah bagitau suaram,jpa etc tapi at the end diorang pun mcm tak boleh nak buat apa.alasan-takkan nak burukkan nama polis.ceh,kerja bomba or tukang kutip sampah lagi mulia dari buat kerja tak betul mcm tu.mintak mintak diorg mati accident tak pun kena tembak.

    BalasPadam
  5. ni macam kes tangkap arnab kemudian belasah arnab tu sampai dia mengaku yg dia sebenarnya beruang..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...