Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 April 2011

Hot : DNA lelaki Y sah milik dsai.



Tak aku sangka rupanya pencacai umno ketagih nak baca post aku selama neh. Dulu dorang memang kemain hebat kutuk dan keji aku macam2 tapi rupanya dalam diam2 rindu dan sayangkan aku. Heheheh. Thanks. Walaupun korang pencacai umno aku tetap no hal. Aku terbuka dan tak kesah diminati oleh pencacai umno. Cuma satu je nasihat aku kat sini, jangan nak melenting tak tentu pasal kalau cinta korang aku tolak. 

Biasalah peminat macam korang, aku neh takan layan punyalah. Hehehe. Minat aku boleh tapi jangan paksa aku untuk minat korang balik ye. Jangan harakiri pula bila aku tak minat korang ataupun meroyan kat wall kbsb pula bila cinta korang tak berbalas. Hehehe. Buat memalukan diri sendiri je lah. Hehehe..

Special entry neh aku paksa diri aku buat untuk layan permintaan dari pencacai umno kat kbsb. Walaupun aku sebenarnya nak out nak layan tv jap tengok citer ncis dan kemas rumah. Biasalah i kan bapokk youu... auww..~~ tak kuasa mak. Heheheheh..

Tadi kat tv3 buletin utama ada di nyatakan bahawa dna lelaki Y disahkan sepadan dengan dna anwar yang ditemui pada 3 bahan bukti ketika anwar ditahan 1 hari dalam penjara. Tuala, botol air mineral dan satu lagi apa aku lupa. Sorry. Jadi sia2 je lah pencacai umno buat demo nak dna, nak dna beberapa minggu lepas ya. Hehehe.. takpe.

Dalam tv3 juga cakap hujah karpal singh bahawa saiful bukhari azlan pembohong adalah berdasarkan kepada spekulasi dan andaian semata2. Ya. ya. Sebenarnya kes ini dibicarakan di mahkamah pun atas andaian juga. Jadi tak pelik kalau sedikit sebanyak andaian karpal singh terselit pada hujah penggulungan nya tadi. Meh aku elobrate kan pada korang apa yang korang perlu tahu.  Tak banyak mana pun. Benda neh tercatit dalam perjalanan kes mahkamah. Kalau rajin baca macam2 sumber korang akan jumpa. Bukan baca utusan je. Aku pun baca utusan juga taw. Aku lebih terbuka dari pencacai umno. Aku baca semua sumber dan bandingkan ia.

1. Dalam satu kenyataan mahkamah oleh doktor dari hkl, doktor tue ada cakap macam neh [lebih kurang okey] dna yang ditemui di dubur saiful boleh jadi datang dari air mani. Maksudnya ada kemungkinan ia datang dari air mani dan ada kemungkinan ia bukan datang dari air mani. Dalam erti kata lain, doktor tak cakap pun ia air mani. Tetapi tv3 tadi cakap dna lelaki y terbukti air mani anwar. Nampak tak? Takpe. Setakat pendengaran aku apa ada hal ye tak? Allah swt maha mendengar. Biar Allah swt je hukum sang pemfitnah.

So bila kemungkinan dna itu bukan berasal dari sumber air mani, jadi apa? Jadi kalau aku amek rambut ko letak kat bontot si saiful then saiful tuduh ko liwat dia, jadilah kes liwat saiful diliwat pencacai umno pula. Heheh..

2. Doktor juga mengatakan kemungkinan berlaku perbuatan liwat berdasarkan kepada pengakuan saiful. Doktor tak boleh bagi bukti klinikal. Kenapa? Bukti klinikal kalau ada bolehlah kita analisis. Tapi takpe. Kenapa takde? Sebab liwat tak wujud. Ia dibicarakan di mahkamah dari awal sampai ke akhir berdasarkan hanya kepada satu kenyataan saiful iaitu "saya diliwat dsai". Bukti tak menyokong langsung statement saiful.

3. Ada pihak yang mempertikaikan kenapa mahkamah buat sidang tertutup apa yang berlaku di kondo tersebut. Sebenarnya ramai yang tak faham. Selain dari dsai, ada 9 lagi individu lain bersama dsai berada di kondo tersebut. Siapakah 9 nama ini? Hanya 2,3 nama sahaja yang terdedah. Yang lain lagi sapa? Dan kenapa tidak dipanggil sebagai saksi? Apa yang anwar meeting kat kondo tue bersama 9 yang lain? Itulah isu sebenarnya yang dsai nak tutup. Bukan isu liwat. Liwat tak wujud. Kenapa dsai nak tutup meeting kat kondo tue? Itu kena tanya dsai. Perkara itu berlaku sebelum 16 september 2009 hadir.

4. Yang neh korang kena rajin kaji sendiri. Ada 7 video kesemuanya. Tonton dan faham sendiri. KBSB selalu buat posting neh dan terangkan dari semasa ke semasa. Tapi posting2 tue hilang lah kena tenggelam ngan posting2 baru. So disini blog lah memainkan peranan untuk simpan balik hujah2 kbsb. Jadi check sini dan fahamkan betul2. Liwat tak memang tak wujud. Tanyalah saiful sendiri kenapa dia sanggup makan karipap selepas diliwat secara paksa? Dia gagal menghayati watak mangsa liwat dengan baik kerana hanya ada 1 kesimpulan sahaja, iaitu dia tidak pernah diliwat. Hanya orang diliwat je tahu perasan orang diliwat. 

Aku takan bodoh2 suruh korang pencacai umno sokong pr. Jangan mimpi. Aku cuma nak korang kaji dan buat penilaian sendiri. Haitt sendiri nak sokong parti apa pun takanlah nak orang lain tentukan pula ye tak? Heh.
Tapi jangan sampai tak reti beza antara yang batil dan haq pula. Sebelum aku out neh, aku nak minta maaf sbb panggil pencacai umno as pencacai kat atas tue. Aku fikir nak tulis penyokong je lebih baik. Nanti2lah esok lusa aku tukar. Heheheh. Jangan marah.

Ameno : Nak makan karipap okeyh.. tapi aku tak kena liwat.. heheheh..


Hot : 1Melayu 1Bumi : kini realiti !

Kalau nak tahu 2 minggu lepas utusan ada bagi idea untuk mewujudkan gagasan 1melayu 1bumi. Rancangan utusan tue bagi aku sendiri memang gila. Buat apa nak 1melayu?Kenapa tidak 1islam?Janganlah asobiyah padahal islam dah larang awal2. 

Tapi aku tak kesah masa tue sbb aku fikir takanlah cadangan bodoh neh ada orang nak amek port? Setakat MCA nak melenting2 pun takde lah aku heran. Pasal MCA tue parti racist. Kalau dah racist [mca] lawan racist [umno] aku dok tepi sudahlah. Tepuk tangan ke. Apa ke. Hehehe.. Tengok gambar kat bawah neh. Petikan utusan ;



Alih2 jangkaan aku tersilap. Cadangan utusan rupanya disambut baik oleh perkasa. Arhh sudah. Biar betul beb. Baca bawah ;


Kalau ini perjuangan perkasa maka aku awal2 lagi tarikdiri. Malas aku nak berpuak2 dengan semangat kebangsaan neh. Aku tahu cinta pada bangsa sendiri [menerima asal usul kita] tidak salah. Contohnya kalau ko orang melayu jawa ko terima diri ko melayu jawa. Janganlah sampai malu nak mengaku ko tue ada keturunan jawa. 

Tapi kalau dah sampai melebih2 bangsa sendiri sehingga melebihi kecintaan kepada islam. Itu baru salah. Aku tak boleh terima. Sudahlah begitu, sampai mengatakan bangsa dia lebih hebat dari mana2 bangsa didunia ini pula. Lagilah melampau macam tue. Contohnya macam perjuangan perkasa neh lah. Apa aim nak buat 1melayu 1bumi? Adakah melayu ini memiliki bumi ini atau apa? Buatlah kempen yang bermanfaat sket.

Cuba lah fikir masalah akidah umat islam ke apa ke pada zaman sekarang. Ada perkasa pernah peduli pasal akidah umat islam? Baca sini untuk baca kes orang islam yang murtad. Cari alternatif macam mana nak pujuk pemimpin2 islam kita untuk laksanakan islam dalam sistem pentadbiran ke apa ke. Biarlah bersatu atas nama akidah. Nak bersatu atas nama bangsa? Boleh. Memang boleh. Itu perbuatan orang kafir. Orang kafir mereka tak kenal islam. Oleh itu mereka tak kenal penyatuan atas nama akidah. Tapi orang islam kenal apa itu islam dan faham apa itu akidah. Kalau sikap yang mengaku islam pun lebih kurang sama macam sikap orang kafir yang tidak memahami hidayah maka apalah yang boleh kita harapkan? 

Haizhh.. malaysiaku semakin rosak dengan agenda racist untuk menjahanamkan perpaduan antara kaum.

Dan perkasa sanggup betul buat demo macam bawah neh. Demi melayu? Yeke demi melayu? Jawablah dengan Allah swt. Jangan esok lusa cakap orang tak ingatkan ye.
Berita penuh disini

Ameno : Psttt.. baca betul2 apa yang dorang tulis tue. Akhbar cina lebih racist? So maknanya dorang pun mengaku lah dorang racist kan? Cuma kurang racist dari mca je kan? Kah kah kah..

Hot : Pakar : E-mel 1MY mudah urusan rakyat, kerajaan

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT). 

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.


Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel 1MY," katanya.Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. 

Inisiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan. 

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel 1MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan. 

"Apabila menggunakan e-mel 1MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi. 
Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif. 

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata projek e-mel 1MY amat berguna dalam usaha memastikan rakyat tidak tercicir daripada mendapatkan maklumat yang mutakhir di sekeliling mereka. 

“E-mel 1MY memang sangat bagus, dalam masa yang sama mereka boleh memberi maklum balas terus kepada kerajaan mengenai sesuatu isu atau dasar. Ini namanya ‘engagement’ dan keterbukaan," katanya. 

Mohamed Maliki menyifatkan tindakan pembangkang yang membantah projek itu kerana mereka merasa terancam dan takut kerajaan dikuasai oleh golongan muda berikutan golongan itu yang selalu menggunakan khidmat e-mel dalam kehidupan seharian mereka. 

Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, berkata e-mel itu menjadi ‘pelengkap’ kepada usaha lain kerajaan dalam meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat di kalangan golongan muda termasuk pengagihan 'Notebook 1Malaysia'. 

Akhramsyah Muamar Ubaidah, yang juga Naib Presiden Bloghouse Malaysia, berkata pembangkang khususnya tidak berhak mempertikaikan inisiatif pihak tempatan yang mengeluarkan e-mel sendiri yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran dan promosi dalam memperkenalkan sesebuah syarikat. 

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib, berpandangan ia salah satu inisiatif swasta dalam memainkan peranannya membantu kerajaan demi kebaikan rakyat. – BERNAMA 

Aku nak bidas hujah2 pakar [konon-nya] mengenai email 1malaysia neh ;

1. Email neh bukan percuma. Ianya berbayar rm0.50. Baca dulu baru bagi komen kat akhbar. Lihat sini.

2. Komunikasi guna twitter, facebook dan blog tak cukup lagi ke? Itupun tak terbalas dan tak terlayan kerajaan dengan karenah rakyat, ye tak?

3.Benda berbayar beb. Aku tak rasa yang rakyat akan pilih perkhidmatan neh melainkan dipaksa untuk guna.

4. Cara yang ada neh pun aku dah cukup senang. Mana2 yang aktif email, bagi je lah through online. Mana2 yang tak aktif buat je lah cara biasa. Lagipun masih ramai rakyat malaysia tak pakai internet. Macam2 sebab. Perkhidmatan internet pun lembab selalunya.

5. Fikir senang ko nak kaut duit je ye tak? Kalau sungguh fikir nak senang, biar sama2 rasa adil dan senang. Baru betul.

6. Ko sorang je lah yang rasa bagus. Memang tak sia2 bh cakap ko pakar. Pakar membodek. Aku mesti respect.

7.Ada ke pengagihan notebook tue? Nak gak aku. Layak tak? Hehehe..

8. Bukan mempertikaikan. Kalau sungguh ini inisiatif kami suka juga. Tapi masalahnya sudahlah berbayar. Lepas tue flip flop. Kejap cakap dana kerajaan. Lepas tue dana kroni pula. Lepas tue lantik syarikat kroni sapa tak bengang macam tue. Lagipun lebih baik bagi inisiatif lain. Email free dah ada. Kami tak perlukan email free lagi walaupun ianya sebenarnya kena bayar 0.50sen. Hehheh. Baca sini untuk lanjut.

Artikel dipetik dari sini.

Ameno : Pakar neh betul ke pakar? Kata2 dia tak macam pakar pun


Hot : Saiful makan karipap dan minum kopi selepas diliwat!

Aku mesti puji saiful. Aku mesti puji dia kali neh. Kalau aku tak puji dia kali neh aku merana dan sengsara. Bagi aku saiful memang layak menjadi hero dan wira dalam kes liwat II neh. Dia memang hebat. Dia memamg teror. Bayangkan bagi individu seperti saiful yang telah diliwat secara paksa masih boleh makan karipap dan minum air kopi dalam bilik yang didakwa berlaku aktiviti liwat, sejurus dia diliwat secara paksa. Wow!!!

Bukan calang2 orang boleh buat macam neh. Bukan beb. Bukan. Siyes aku cakap bukan. Sehebat mana pun pelakon itu contohnya fasha sandha, kalau dia kena rogol sekalipun takmao nya dia makan karipap dan minum air kopi selepas kejadian itu. Nak2 kejadian itu baru berlaku, dan2 ko lapar dan makan karipap beb. Mana emosi dan kesedihan ko pergi? Maksud aku, adakah ko masih ada selera untuk makan karipap dan minum air kopi selepas ko diliwat @ dirogol secara paksa? Mao kah ko? Mao?

Tapi punya hebat si saiful neh. Dia punya sedih bersatu dengan dia punya selera makan. Agaknya kalau dia sedih dia ingat karipap kot. Agaknya kalau dia trauma dia kena makan dan minum air kot. Aku tak dapat nafikan makanan boleh mengurangkan rasa stress dan rasa sedih. Tapi rasa malu dan rasa marah akibat diliwat secara paksa bagaimana? Boleh gak ke? Heheheh..

Jangan tanya aku. Tanya saiful. Dia ialah testimoni disini. Bukan aku. Dan aku pun tak berminat nak jadi testimoni macam dia. Aku takmo lah kena liwat. Peh tue makan karipap. Kalau aku kena liwat.. errk tak mungkin kot. Aku takan bagi kalau2. Aku bunuh pun sanggup. Dari diliwat. Aku tak setabah saiful. Sorry. Aku masih mahalan bukan murahan. Hehehe..

Baca bawah ;

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan 
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan 
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan 
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 
minit.





Link penuh disini

Ameno : Aku tiba2 nak makan karipap pula.. heheh apsal neh? Aku tak diliwat okeyh. Jangan salah faham. Hehehe..


Hot : [isu video seks] Harussani bersuara bagi anwar, tidak perlu sumpah.

Arrhh sudah. Datuk t dah terperangkap. Pemimpin dan penyokong umno dah kepanasan. Sanggup mereka [blogger umno] memusingkan kata2 para ulama. Kali neh yang ternaya ialah maza, bekas mufti perlis.

Baca bawah dulu, statement dari harussani mengenai isu video seks yang mirip dsai ;




Aku terangkan point penting kat sini ;

1. Harussani kata dsai tak perlu bersumpah di luar mahkamah sebab tiada guna. Lagipun itu bukan prosuder sumpah mubahalah.

2. Maza cakap trio t yang kena sumpah mubahalah, bukan dsai. Dan jika trio t buat maka dsai kena nafikan tuduhan trio t. 

3. Itupun dsai kena nafi dengan sumpah mubahalah.

4. Harussani juga ada sebut perkataan mahkamah disini. Adakah ini bermaksud isu video lucah neh akan dibicarakan di mahkamah korang rasa?

5. Bagi aku patut proceed dengan rci je. Dah kerajaan kata nak bincang kat kabinet pasal rci. So rci je lah. Janganlah main tarik tali umno. Buat rci cepat. Hehehe..

Adakah pandangan kedua2 tokoh agama neh akan di ambilkira oleh bloggers umno? Hehehe.. sama2 kita nantikan.

Btw isu sumpah menyumpah neh pada asalnya dibawa oleh trio t sendiri. Dorang yg beria2 nak sumpah depan kaabah per. Baca sini.

Ameno : 1malaysia kena sumpah kang. Hehehe..

Hot : Kenapa mahathir menipu?

Aku kadangkala respect juga dengan cara mahathir neh berfikir. Bagi aku mahathir neh memang bagus dan pandai mentadbir malaysia. Cuma beberapa kekurangan dia yang buat aku ada sedikit rasa kecik ahti ialah ;

1. Menyeleweng wang rakyat dan melaburkan ia untuk kepentingan syarikat sendiri dan kroni.

2. Memisahkan islam dari pentadbiran negara

3. Pandai menonjolkan imej baik untuk mengaburi mata rakyat.

Bagi aku yang paling pedih tue no 2. Memang pedih. Tak pernah pun aku nampak mahathir baca doa kat mana2 majlis agama. Even aku sendiri ragu2 mahathir ada ke pernah pergi majlis agama? Aku nak tengok mahathir solat bersama rakyat dengan dia jadi imam pun aku rasa tak mungkin. Mungkin dalam mimpi je kot. Hehehe..

Dulu boleh lah bagi alasan sibuk masa memimpin. Tapi sekarang dah bersara. Takan uzur je memanjang? Hehehe.. Malas lah pula cakap banyak2 semoga sebelum aku mati ataupun mahathir mati bolehlah aku saksikan sekali je pun jadilah yang mahathir jadi imam solat. Tak kisahlah solat apa pun. Heheheh. Harapan aku gak tue. Siyes.

Tadi aku sempat membelek utusan online. Almaklumlah aku tak berapa update blog hari neh. Nak kata busy, takdelah busy sangat. Cuma hari neh hari ahad so agak2lah kalau hari ahad pun nak melepak depan laptop dan mengadap blog 24 jam. Heh. Aku neh kan banyak skandal. So apa lagi. It's a skandal time lah. Hehehe..

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri. "Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka,” katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama

Kecik ahti aku baca kata2 mahathir kat atas. Mahathir cakap media arus perdana harus "SESEKALI menjadi pengkritik kerajaan". Bagi aku kata2 macam neh tak patut diluahkan oleh mahathir. Sepatutnya mahathir cakap, media arus perdana harus telus dan adil dalam menyediakan berita. Bagi aku tak kiralah sapa salah sapa benar, masing2 patut diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan wajar media siarkan tanpa putar belit dan suntingan tertentu.

Ini bukan soal sekali sekala. Ini soal keadilan. Biarlah media arus perdana adil. Kita bukan nak baca media pengampu. Aku pun sakit bhai kalau dok baca harakah dan keadilandaily hari2. Sebab tue aku suka baca berita dari pelbagai sumber. Pas tegar tetap pas tegar. Tetapi aku uphold konsep keadilan dulu. Yang penting adil. Aku memang tak suka media mengampu dari dulu lagi. Baik kerajaan ataupun pembangkang. Memang aku lemah baca media2 macam neh. Bagi aku media2 macam neh hanya akan melemahkan akal kita. 

Tapi aku tak salahkan pembangkang bilamana mereka terbitkan akhbar yang menyebelahi mereka 24jam. Ini kerana mereka tiada pilihan. Suara2 mereka tak sampai ke rakyat. Mereka difitnah hebat dan tiada peluang untuk bela diri. Hanya dengan penerbitan akhbar yang pro-mereka je yang mampu mereka buat untuk betulkan apa2 yang salah. Tapi itupun tak bagus juga. Mula2 memanglah untuk membetulkan apa2 yang salah. Lama2 jadilah macam utusan. Dok mengampu je 24 jam. Mana tahan beb. 

Disebabkan pengamal media malaysia neh lah aku terpaksa baca satu berita ulang2. Satu hari baca berita dari malaysiakini, malaysiainsider, utusan, harakah, bernama, bhonline, metro arhh senang citer semua media lah. Tak kiralah pro pembangkang, bebas ataupun kerajaan. Sudahnya jadilah aku tukang expert bab2 isu semasa. Heh.

Bagi aku sudah sampai masanya untuk kerajaan bersikap terbuka dan membiarkan pengamal media bebas melaporkan apa2 berita yang melibatkan pembangkang. Aku tahu untuk mengharapkan tv3 telus dan bebas adalah seperti sebuah mimpi buat masa kini tetapi janganlah tekan dan halang awani untuk bebas dan telus.

Dan media arus perdana memang menapis berita mereka sebab mereka telah diberikan direct order dari editor2 mereka agar jangan over expose keburukan2 dan kelemahan2 kerajaan. Even kalau wartawan bagi yang fact pun jangan harap editor lepas kan ia keluar. Kalau tak kenapa wartawan ntv7 dipecat tahun lepas? Ini sebabnya. Mereka dedahkan isu penyelewengan projek bakun dan mereka ditekan untuk meletak jawatan. So ini yang kerajaan kata tidak menapis berita2 media arus perdana? Bila kerajaan bagi surat amaran kepada pemilik station tv atau newspaper dan pemilik station tv bagi amaran pada ketua editor dan ketua editor sound pula para2 editor dan editor2 plak marahkan wartawan2 mereka, itu maknanya kerajaanlah punca dan penyebab kenapa berita2 di media arus perdana ditapis. Takan ini pun susah nak faham?

Cukup2lah menipu. Semakin menipu semakin aku rasa hilang respect kat mahathir. Respect yang ada neh pun ialah respect yang dipaksa2 untuk wujud. Kalau dikenang2 sikap dia yang menarik semua peruntukan SAR dan menghancurkan banyak sekolah agama rakyat walaupun dia orang islam memang sakit ahti. Tapi setiap perbuatan jahat dia ada balasan di sisi Allah swt jadi biarlah Allah swt yang balas. Apa yang pasti di akhirat kelak mahathir akan berdepan dengan banyak pelajar2 SAR yang terciciri akibat perbuatan dia yang pentingkan diri pada ketika itu. 

Ameno : Sekolah agama dihancurkan. Sekolah sekular di agungkan.

Ahad, 24 April 2011

Panas : Aksi ganas kedah lawan harimau muda A

Tadi kan aku tengok tv3. Tengok berita lah. Then nak masuk babak sukan neh. Korang tahu apa yang pemberita tv3 cakap sebelum tue? Meh sini aku tulis balik ala-ala mereka. Tapi belum tentu mereka guna perkataan yang aku guna neh. Cuma maksudnya lebih kurang gitu juga lah.

Pemberita lelaki : Saya dengar ada insiden yang tercetus semalam di satu perlawanan bola sepak tempatan.

Pemberita wanita : Aha, ye saya pun dengar. Pergaduhan di padang bola malam semalam.

Pemberita lelaki : Agaknya pasukan dari negeri tue ya. Mari kita sama2 saksikan.

Pemberita sukan : Memang betul tue. Aksi panas di stadium alor setar [yeke alor setar? ingat2 lupa enh, betulkan kalau salah] membabitkan pasukan kedah yang menentang pasukan harimau malaya.. blablablablabla..

Sudahlah dipukul.. teruk berlatih.. penat bermain.. blablablabla.. lantaklah korang isikan sendirilah di tempat kosong ataupun pandai2 reka ayat yang sesuai bagi ganti perkataan blablablabla.. tue okeyh.

Aku faham sangat taktik tv3 tadi. Aku stalker mereka yang terhebat. Aku peminat mereka no1. Tak kira macam mana pemberita tv3 cuba cover ayat dan main mengelecek minda2 penonton, tv3 takan berjaya memanipulasikan minda aku. Pasal aku dah makan penawar. So racun2 tv3 takan berkesan buat aku. Heh

Aku faham sangat tv3 memang saja highlightkan perkataan "negeri mana tue agaknya". Tapi takpe. Kali neh aku memang tak salahkan tv3. Walaupun mereka mengambil kesempatan untuk mencipta persepsi buruk terhadap pasukan kedah [sama seperti persepsi kelantan haters], aku tak boleh salahkan tv3. Sebab kali neh memang pasukan kedah bermain sangat kasar dan ganas. Ini bukan cara nak bola beb. Ini nak main kungfu neh. Sampai terbang2 nak luku orang. Gila beb. Gila.

Aku yang tengok berita sukan tadi terus tak puas ahti. Panas beb panas. Bengkek siot tengok pergaduhan tanpa babak ulang tayang. So aku dengan segera nya mencari video terbabit di internet supaya boleh tengok banyak2 kali sambil gelak + kutuk mengutuk. Heh

Neh video nya. Agak amek masa untuk aku berjaya tonton disebabkan data broadband aku dah lebih limit akibat layan citer korea awal2 bulan hari tue, hah padan muka aku. Sendiri tanggung akibatnya. Nasib baik aku pandai2 ping google bagi mengurangkan masa terbuang aku semata2 nak tonton video neh. Tengok bawah ;


Bagi mereka yang mana tahap internetnya juga lemau macam aku, takpe. Meh aku kasi terangkan serba sedikit perkara2 penting kat sini.

1. Mula2 pemain kedah neh telah terlanggar skuad harimau muda A.

2. Yang dilanggar tengah sakit. Yang melanggar pun masih terduduk. Tapi pemain2 lain especially kedah cam panas je. Aik.. yang melanggar tue pemain kedah beb.

3. Yang peliknya tiba2 pemain kedah dari mana2 hala datang tolak pemain harimau muda. Fuyoooooo.. takutnya aku.

4. Then si botak neh, tah apa2 pasal tah tiba2 dia buat flying luku. Dia flying sambil meluku pemain harimau muda dua @ tiga kali aku rasa sebelum rakan dia tarik member dia jauh2. Itupun si botak neh masih kejar nak luku2 budak tue.  [gambar 4 dan 5]









Adoii.. ko nak main bola ko buatlah cara main bola. Neh ko dok bergaduh atas padang kenapa? Akal tak cerdik lah macam neh beb. Mana semangat kesukanan korang? Kat mana korang campak? Cuba lah jaga imej sendiri dan pasukan. Kesian pula aku tengok pemain harimau muda kena balon tak pasal2 akibat ketidak profesionalnya pasukan kedah pada perlawanan malam semalam. 

Dan yang paling aku rasa entah hapa2 lah, ada lah penyokong kedah [aku suspect] dok api2 pemain kedah. Ada ka patut dorang soh pemain kedah taboh dia.. taboh dia lagi.. taboh tue bukan ke perkataan kedah beb? Hehehe.. Jangan2 admin apc dari kedah kot yang hasut2 tue? Dorang kan mmg expert bab2 neh. APC jangan marah naaa.. heheheh..

Nasib bek aku tak sokong kedah. Aku cuma sokong ;

1. johor 

2. kelantan

3. sabah

Yang aku anti sekarang cuma perak je. Sebelum neh selangor. Aku anti selangor walaupun aku orang selangor sebab selangor asyik menang bola masa aku kecik2. Aku bengkek beb. Hehehe. Sebenarnya saja je teman anti pasukan perak. Kat rumah teman sekarang 3 lawan 1. 3 orang sokong perak dan teman sorang anti perak. Pasal 3 orang tue orang perak. Teman bukan orang perak. Hari tue teman kena kutuk kaw2 pasal booo perak menang kat perak pula tue. Hehehe.. Padan muka aku. Sapa soh cari pasal ngan orang perak.

Tapi aku tak tengok pun perlawanan kedah vs harimau muda. So malas lah aku nak buat apa2 kesimpulan yang negatif walaupun sikap pemain kedah bagi aku memang negatif malam semalam. Dalam pada itu tv3 juga paparkan berita yang johor fc bergaduh dengan pasukan t-team semalam. Tapi dia tunjuk sikit je. Takde pula aku tengok perlawanan tue. Kalau ada ulangan nak juga aku tengok. Mungkin tersiar kat arena dan aku tak perasan kot. Almaklumlah aku mana ada astro sport.

Tv3 macam tak highlightkan sangat pergaduhan johor fc dengan pasukan  t-team. Taktahu napa. Tapi paparan yang tv3 tunjuk walaupun sikit tak silap aku lah ada main maki2 bhai. Aku cadangkan kepada mana2 pemain bola sepak yang nak jadi jaguh lawan2 join je sukan kungfu dengan sukan maki [akan datang punya sport okeyh]. Then korang lawan lah puas2 sampai mati. Hehehe. Amacam? Marah? Ada aku kesah? Heheheh..

Ameno : Nak gaduh buat cara gaduh, nak main bola sepak buat cara main bola sepak beb.

Betul ke ada orang boleh view profile kita?

Perasan tak semenjak dua menjak profile facebook kita ditagged dengan event macam kat bawah neh ;


Kononnya kita boleh tahu sapa yang jenguk profile kita. Malahan kita juga boleh kesan sapa yang paling yang blocked kita dari profile mereka. Betul ke benda alah neh? Sebenarnya tak betul. Ini adalah SPAM. Facebook menjelaskan bahawa ;

1. tiada aplikasi yang boleh buat kita tahu sapa yang view profile kita

2. tiada aplikasi yang boleh buat kita tahu sapa yang blocked kita.

Kat bawah neh kenyataan dari facebook faq yang aku petik ;


Kalau nak tahu benda neh asyik gangu kita berkali2 kalau kita tak layan @ ingore untuk buat benda neh. So apa yang perlu korang buat ialah report aplikasi neh. Selagi korang tak remove, report dan block sekali itulah benda neh akan SPAM facebook korang tanpa henti. Kalau korang tak join @ ingore pun dia masih gangu. Kalau korang fikir, arhh takpelah aku klik yes je lah benda neh akan berhenti maka korang silap. 

Korang pula akan menjadi SPAMMER dan mengangu kehidupan orang lain tak pasal2 dan mungkin jadi bahan orang untuk maki korang. So cara  terbaik remove, report dan BLOCK. Kalau tak ia akan mengangu. Satu hari dekat berpuluh2 benda neh muncul kat notification aku. Nasib baik notifation dah tak macam dulu. Kalau tak lagi pening nak layan.



Ameno : Aku baru lepas remove event. Tapi aplikasi yang nak direport tue baru nak dicari, untuk diblocked terus dari fb aku. Semak je weh.

Entry segera : Page kutuk cina babi di facebook pula!

Kalau hari tue ada page yang kutuk orang melayu di sini dan sini.. Kini muncul pula page yang kutuk orang cina. Tujuan mereka buat page tue sampai sekarang aku tak faham. Dan aku memang malas nak faham. Apa yang aku tahu page neh hanya akan memupuk semangat kebencian sesama kita. Lihat bawah ;


Arhh sudah. Ko nak bawa semangat kebencian ko kepada orang cina dihadapan public pula. Tapi yang heran tue dia dok kaitkan dengan page bawah neh ;


Untuk rekod page kbsb = kami benci saiful bukhari takde kena mengena dengan orang yang create page di atas neh. Apa aim dia dok heret jenama kbsb aku pun taktahu tapi aku takan lepaskan dia kerana membabitkan aku dan seluruh admins kbsb tak pasal2.

Aku takut orang ingat aku yang create page tue. Aku cuma benci perlakuan fitnah saiful dan bukan saiful apatah lagi orang cina. Mangkok pecah manalah yang buat page bodoh neh. Woitt jom kita kasi report ramai2. 

Untuk report klik sini

Cari pendapatan online perlu tahu caranya. Baca sini.

Ameno : Aku rasa neh antara entry ekpress aku neh.. heheheh

Sabtu, 23 April 2011

Tutorial : Selamatkan entry blog anda!

Benda neh aku dapat tahu lebih kurang minggu lepas. Yelah kot. Aku dapat tahu dari blog munzirshafie. Yeke neh nama dia? Arhh pandai2 lah search sendiri. Aku dah malas neh sebab bengang. Aku bengang pasal ada perempuan2 yang tak senonoh pergi citer kat public [facebook] yang dorang pakai tuala wanita jenis apa dan mengaku terang2an yang dorang pakai benda tue pada hari itu dan sebagainya.

Agak2 lah nak brcerita pasal tue pun tengoklah kiri kanan dulu. Tapi agak payahlah nak tegur dorang neh setelah aku melihat mentaliti org yg buka topic tue. Mungkin hari neh dia kurang faham, esok lusa insya-Allah dia ustazah tersohor, siapa tahu.

Lupakanlah perbuatan yang membengangkan aku dan membangangkan maruah wanita2 neh, kita sambung balik topic di atas.

Kalau hari tue aku ada buat totorial nak pindah wordpress ke blogspot kan? Kali neh aku buat tutorial macam mana nak selamatkan entry2 korang dari dibaham / hilang angkara individu2 yang report blog korang @ dipadam google akibat report dari pihak kerajaan terhadap korang. Heheheh nasiblah kan. Dah anti kerajaan kena berani berdepan dengan risiko tersebut.

Perkara pertama yang korang kena buat untuk selamatkan blog korang ialah ;

1. Hapuskan dulu peluang2 untuk orang lain report blog korang. Contohnya macam neh ;



Caranya korang kena hide dulu lah benda2 tue. Macam mana nak hide? Mudah je. Klik sini.

Then settle satu masalah. Dan bagi mencegah ataupun mengurangkan risiko sakit ahti yang amat sepertimana yang terjadi kat albanjari online dan kedahlanie korang kena buat persediaan awal. Caranya? Lagi mudah.

Mula-mula pergi kat ;

1. dashboard

2. setting

3. eksport blog

4. save dalam pc / laptop korang.

5. Buat seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali. Tetapi aku pilih seminggu sekali. Kalau blog aku kena hack, at least aku dah siap sedia dari awal2. Aku boleh bina balik blog baru dan upload balik content2 lama dalam blog aku yang dah kena hack. 1 hari je dah siap setting. Tapi memanglah sayang kalau blog kena hack. Tapi nak buat macam ini risiko yang perlu dihadapi bila menulis pasal politik.

Lagi satu tutorial neh terpakai gak untuk wordpress sebenarnya. Korang pergi kat dashboard wordpress dan cari eksport. Then save. Sama je. Senang sangat. 


Ameno : Baru buat 2 kali. Minggu lepas  dan minggu neh.

Hot : Fakta LYNAS yang anda mesti peduli.



Ini ialah isu rakyat kuantan. Walaupun aku bukan rakyat kuantan tetapi aku terpanggil nak membawa isu neh dari satu entry ke satu entry atas tanggungjawab memberikan kesedaran dan mencungkil kebenaran di balik pembinaan kilang lynas. Bagi yang belum baca dari mula, elok baca sini, sini dan sini terlebih dahulu. 

Walaupun mungkin di antara korang bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk. 



Fakta yang anda mesti tahu ialah ;

1. Kilang neh sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.

2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.

3. Kilang neh bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.

4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].

5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.

6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.

7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang neh boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir. Baca baca ;




Berita neh dipetik dari sini.

Lihat yang aku highlight kan tue. Semua neh ialah kesan2 operasi kilang rare earth dalam jangkamasa yang panjang. Antara penyakit yang mereka alami  ialah ;

1. kanser

2. mati tapi taktau punca sebenar

3. selalu sakit2.

4. hilang gigi

5. pencemaran air dan kualiti udara yang teruk.

Penduduk di sana macam dah takde harapan. Bagi mereka, suara2 mereka hopeless. Kerajaan china takan dengar dan takan bantu sebab duit lebih penting dari nyawa. Sampaikan ada tasik radioaktif lagi. Berita neh berita antarabangsa. Bukan berita tempatan. Jika masih was2 lagi, aku takboleh nak kata apa. Pergi sana sendiri, siasat, lihat depan mata.

Jika korang bersama aku, sebarkan maklumat ini dalam blog dan promote group bawah neh ;


Isu rakyat kuantan, bukan masalah org pahang je. Kita kena bersama2 mereka untuk bebaskan diri daripada permasalahan neh. Inilah yang kita kata 1malaysia. 

Ameno : Mereka boleh kata media tempatan menipu, tp bagaimana pula dengan media antarabangsa?

Jumaat, 22 April 2011

PAS : Bersedia kah pas menerima kritikan?

Setelah menganalisis punca kekalahan besar pas di sarawak dan di beberapa siri prk jelaslah yang pas semakin jatuh dengan teruk.  Ini ialah pandangan ikhlas aku terhadap beberapa perubahan yang pas kena buat ;

1. Ubah persepsi masyarakat.

Perkara pertama yang pas perlu buat ialah ubah persepsi masyarakat. Apa persepsi masyarakat kpd pas? Mereka memandang pas sebagai parti pro-agama. Adakah islam itu agama semata2? Islam bukan agama. Islam ialah cara kehidupan yang di anjurkan oleh Allah swt kpd umatNya. Pas perlu keluar dari kelompok agama dan masuk ke dalam islam. Islam lebih luas dari agama. Oleh itu kegiatan dakwah pas tidak harus tertumpu kepada kpd cabang politik dan dakwah semata2.

2. Ganti alim kepada baik.

Pas seringkali tunjukkan kpd masyarakat bahawa mereka lebih alim dari orang lain [umno]. Sikap alim tidak salah. Tetapi org takut nak dekat dengan orang alim. Bagi mereka, orang alim hanya tahu ceramah sahaja. Orang alim tak suka hiburan. Orang alim hanya beribadat 24 jam. Orang alim tak pandai hal2 duniawi [pentadbiran / pembangunan] . Jika ini persepsi mereka kepada pas jadi macam mana mereka nak dekati [undi] pas? 

3. Berhenti gunakan surau / masjid tempat untuk kepentingan parti.

Pas patut berhenti gunakan surau dan masjid tempat untuk kepentingan parti. Contohnya berhenti berceramah mengenai keburukan kerajaan secara langsung. Sebaliknya kenalkan islam kepada jemaah. Dengan membantu para jemaah mendalami islam secara tidak langsung mereka sedar akan kelemahan [keburukkan] kerajaan. Jangan gunakan surau/masjid untuk mengherdik kerajaan dengan kasar dan meraih sokongan jemaah kpd pas [niat peribadi dan tersembunyi].

Sebaliknya tunjukkan mereka kehidupan islam yang sebenar dan yg harus di amalkan. Lama kelamaan mereka akan sedar dan berpihak kpd pas secara tidak langsung. Nabi saw berpolitik dalam masjid ttp tidak mengherdik dan bercerita keburukan orang yang tidak suka kpd Nabi saw dalam masjid. Tetapi pas berpolitik dalam masjid dan bercerita keburukan orang yang PAS tidak SUKA dalam masjid. Kan ada beza orang yang tak suka kita dan orang yang kita tak suka.

Sentimen benci kepada individu dan parti tidak boleh dibawa semasa berceramah. Bencilah prbuatan mereka. Bukan nya parti dan individu tersebut. Kalau pas nak ganti umno, pasti kena ganti sikap buruk pas terlebih dahulu. Dalam pas tgna antara contoh terbaik menggunakan pendekatan ini. Sama juga dengan ustaz azizan. Setiap kali ceramah agama mereka takde sebut pun kerajaan itu ini. Sebaliknya mereka sampaikan apa yang tertera dalam Alquran.

Pas perlu faham dan fahamkan pengikut pas bahawa ada beza pentas ceramah politik dan pentas ceramah agama. Bukan semua ceramah pas, ialah ceramah agama. Ttp ada yang salah faham. Asal pas berceramah, mesti bab agama. Bila pas sebut nama umno, mereka dah marah kata pas sesat sbb campur adukkan ceramah agama dan politik. Padahal bukan semua ceramah pas ialah ceramah agama. Ada ceramah politik dan ramai yang tak faham ini.

4. Buka keahlian pas kepada bukan islam.

Pas ialah parti yang memperjuangkan islam. Bukan memperjuangkan orang islam. Allah swt tak cipta orang islam sahaja. Ada orang bukan islam wujud di dunia ini. Macam mana nak berdakwah kpd bukan islam kalau parti pun hanya menerima org islam sahaja? Orang bukan islam patut dibuka peluang duduk dalam pas dan bertanding di dalam kawasan2 yg memiliki majoriti undi org bukan islam. Meskipun mereka tak boleh menjadi pemimpin tertinggi pas [adalah tak logik org bkn islam pimpin org islam utk berdakwah islam] ttp mereka blh membantu mendekatkan org2 bkn islam kpd org islam. Sekaligus memahami bahawa islam untuk semua.

5. Tukar slogan pas.

slogan pas for all bukan tak bagus. Bagus. tp tak sebagus slogan islam for all. Islam for all lagi bagus. Idea neh datang dari org umno dan saya lihat ia idea yang bernas. Islam mmg untuk semua. Anda selamat di bawah islam samada org islam ataupun org bukan islam.

6. Tubuhkan skuad siasat pas.

Skuad siasat pas ialah skuad yang digunakan untuk menyiasat masalah2 org kampung/penduduk di sekitarnya. Dia siasat dan dia laporkan pada adun di tempatnya. Adun pula bawa kes neh kepada ahli parlimen untuk dibentang. Idea neh boleh membantu menaikkan imej pas. Nak harapkan ahli parlimen turun padang hari2 adalah mustahil. Begitu juga dengan adun. Lebih baik buat kerja gotong royong. Dari bawah sampai ke atas berkerjasama. Dan kalau boleh jadikan markas pas tempat terbuka utk org adu masalah juga. Kalau ada sesiapa nak buat aduan, mereka singgah ke markas pas. Tetapkan hari sekian2. So adun2/wakil rakyat ada kat situ pd hari2 tertentu. 

Tapi bukan semua org susah dan yg memerlukan bantuan blh datang ke markas. Sbb itu skuad siasat pas kena ada. Mereka ini siasat masalah penduduk di sekitar. Buat masa sekarang mmg sukar nak cari dana untuk biayai skuad siasat neh, tp takpelah buatlah secara sukarela dulu. Kata org part-time. Ada 1 org wakil di satu daerah, 1ketua di peringkat bandar dan 1 ketua di satu negeri jadilah. Buat permulaan.


7. Terima pendapat anak muda.

Pas perlu banyak mendengar dan menerima pandangan org muda. Kalau boleh ganti juga calon2 pas kpd anak2 muda. Agak2 kalau calon tue dah 2x kalah di pentas pilihanraya, tukar calon yg lebih muda pula. Berilah peluang dan harapan pada anak2 muda dalam pas.

8. Tubuhkan skuad blogger pas.

kalau diperhatikan blogger2 pas tak konsisten mcm bloggers dap dan pkr. Mereka tersusun dan terima maklumat terus dari org atas. Tapi pas? Setakat neh yg terbaik adalah dari perak. Itupun tak konsisten. Saya harap ada lah mana2 wakil  adun perak pas yg nak berkerjasama dengan saya. Saya boleh dihubungi di sini orderonline2010@gmail.com . Tapi ada syaratnya. Saya taknak membodek utk duit. Tenkiu.

Lagi satu janganlah main ambil sebarangan blogger jadi blogger mewakili pas. Pas patut buat ujian kelayakan. Maksudnya di sini adakah seseorang blogger itu menyokong pas kerana mereka benar2 faham perjuangan pas ataupun terikut2 sentimen kebencian kpd kerajaan? Kalau terikut2 sentimen kebencian kepada kerajaan, sampai bila2 pun mereka tak berani suarakn keburukan pas secara terbuka.

9. Dekati selebriti dan pujuk mereka masuk pas.

Nampak macam biasa2 tp tahu kah pengaruh selebriti2 neh kepada golongan anak muda ataupun org2 yg tak minat politik? Besar. Ianya fenomena. Kalau agak2 nampak ada selebriti2 yg dekat kpd perjuangan pas, dekati mereka dan pujuk mereka masuk pas. Kalau ada komposer2 yg pro-pas, suruh mereka cipta lagu untuk pas. Lagu2 neh penting utk naikkan semangat juang kita. Especially lagu2 yg sedap2 didengar. Sekaligus akan menaikkan nama pas. Tak payah sebut pas secara langsung dalam lirik2 lagu. Cukuplah ia mengambarkan situasi pas sebagai parti islam dan perjuangan pas dalam mendaulatkan islam di malaysia.

10. Ubah persepsi dap terhadap pas.

Umum tahu selain dari umno, dap juga penyumbang terbesar kenapa org bukan islam benci pas. Lim kit siang dan karpal singh adalah dua individu yg menyebabkan pas dicaci dan dikeji oleh org2 bukan islam. Aku sendiri pernah benci pas bila terbaca statement melulu dari lim kit siang dulu2. Fuck you. Menyebabkan aku salah sangka pada pas.  Tapi takpe. Siapalah lim kit siang yg aku sibuk nak salah2kan sangat. Dia bkn islam mmg lah dia begitu racist. Nasib baik akhlak racist lim kit siang tidak ditiru oleh lim guan eng. Aku blh memahami perjuangan dap, hanya kerana lim guan eng ada kat sana. Kalau takde lim guan eng, mati2 aku nak terima dap. 

Dap ialah parti racist sama sebijik macamlah umno. Sebab itulah pas kena fahamkan dap apa itu perjuangan pas yang sebenarnya. Agak2 kalau dap taknak faham dan terima juga, angkat kaki je lah. Kita tak rugi besar pun. Yang rugi dap. Orang melayu dan islam tentu2 takan undi dap lagi. Orang2 bukan islam pula berpecah belah. Ada dap, ada gerakan, ada pkr ada mca dan mic. Sukar bagi dap nak kekalkan momentun dia kalau org islam tak percaya kat dap dah.

11. Berhenti menyibuk hal rumahtangga dap dan pkr.

Pas 3 tahun neh kerja dia hanyalah menaikkan imej dap dan pkr. Pkr dah naikkan imej dia. Dap pun macam tue. Tapi pas tak naikkan imej dia. Tahu dia buat apa? dia sibuk naikkan parti org lain. Sbb tue parti org lain menang tp parti dia kalah. Padan muka. Aku dan pas. Sbb aku penyokong pas.

Sama gak baru2 neh bila utusan dan umno attack dap. Yang kena attack dap, yang melenting pas. Bila utusan attack pas, takde dengar pula telinga yg dap bela pas. Cinta sebelah tangan ka neh? Oleh itu janganlah menyibuk sangat hal kain dalam dap.  Racist sama racist bergaduh apa nak diherankan sangat. Dap mmg racist. parti pro anti- islam. Tak racist ka tue? Ada ka org kafir yg tak anti islam? Ada ka org kafir yg blh terima islam? Ada. Tapi bukan dap. Cuma lim guan eng. Ada beza kat situ. Ye. Ada beza. 

Selagi dalam dap ada lim kit siang, ada karpal  singh, ada gobind deo, ada tony pua, elok jangan beria2 sangat bela dap. Lagipun dap tak heran pun dengan kita. Ingat dia pandang ka pas? G mampuslah ko lah pas. Ko nak islam, ko syok sendiri ja. Heh

Kalau individu2 racist dalam dap kurang ataupun minor, insya-Allah dap akan terima pas. Tapi jangan hadap sangat selagi lim kit siang hidup. Dia anti org islam no 1. 

Dan org2 umno dan atas pagar mula hilang respect pada pas.  Pas suka menyibuk pada perkara2 yg tak perlu dan tak tentu hala yang melibatkan dap. Kalau dap pun tak masuk campur urusan parti kita, usahlah kita masuk campur dalam urusan parti dap. Isu judi di kelantan berjaya menaikkan imej pas dan reputasi pas ttp yelah cuma di kelantan dan kedah je lah. Di perak pas masih lagi sibuk mengikut kehendak dap yang entah hapa2 tue. Tak faham aku. Aku dok perak dan aku rasa pas perak neh makin lama makin meroyan ikut perangai dap buat apa?

12. Buat website tersusun.

Cubalah buat website pas yg tersusun dan teratur lengkap dengan segala informasi. Dari maklumat, alamat, no,email wakil2 pas di parlimen, adun, aktiviti2 terbaru, berita2 terbaru, sekolah2 agama agama bawah pas, pasti dan sentiasa kemaskini kan ia.  Apa peruntukan? Tengok bawah pula.

13. Buat jenama pas.

Yang neh aku bagi special kat pas. Tahu tak tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima. So sampai bila pas nak pungut derma dan minta sedekah? Sampai bila? Elok terokai satu bisnes. Buatlah topi ka, baju ka, sticker ka, peh tue jual online. Buat banyak2 pun takpe. Jadi pemborong. So kami ahli2 pas blh amek borong dan jual pula kat sini. Bukan seme ada internet ye tak? 

Peh tue buatlah bisnes makanan. Bisnes apa2 pun jadilah janji halal. Buka cybercafe islamiah pun bagus. Buat cybercafe besar2 dan buat banyak2 cawangan. Bila bisnes maju takde lah pas ke sana ke mari nak minta bantuan. At least duit keuntungan blh digunakan utk tampung operasi parti. Apa dia kroni? Alamak, asing2kan lah bisnes2 mcm neh daripada masuk ke dalam agensi kerajaan ya kalau2 pas dah berjaya pegang kuasa pusat kelak.

14. Buat aktiviti sukan.
Yang neh lagi best. Anjurkan pertandingan sukan antara pas negeri2. Bola sepak ke bola jaring ke lantaklah. Janji ada aktiviti utk sesama jemaah pas saling kenal mengenal. Bila ada aktiviti2 mcm neh org2 muda suka dekat. Biasalah sukan kan, sapa tak suka. Dari situ leh tarik anak2 muda join pas.  Nak buat tiap2 bulan mmg pengsan. Buatlah acara ttp 3 tahun sekali ke. Amacam?

Pas perlu berubah dan sedia menerima perubahan. Anak2 muda bukan mcm dulu. Jika pas dilihat agak old-fashion sampai bila2 pun org takmo dekat. Asyik pakai kopiah dan baju putih je. Sekali sekala cubalah bersukan dan dekatkn diri dengan jemaah dan ahli2 biasa pas. Bukan rugi apa pun. Seronok lagi ada. Silap2 boleh tambah bini baru. Hehehehe..

15. Ganti hadi dan nasha.

Yang neh saja aku boh last. Aku takde sentimen ikut-ikutan kebencian tulangbesi kpd mereka berdua neh. Aku kaji dan nilai sendiri prestasi pemimpin aku berdasarkan maklumat yang aku ada. Mereka berdua ialah pemimpin yg berada di tahap yang paling lemah dan tidak mampu mengangkat pas ke satu arah yg lebih baik. Bila dap kecam isu valentine, suara hadi aku tak dengar. Nasha? Lagi lah haru. Inikan pula isu judi. Haramm.. Bukanlah aku nak kan pemimpin2 yg kuat maki hamun cam deris tue, tp biarlah suara mereka ada di saat2 yg diperlukan. Tidur ka apa? Jangan marah yerk, aku tanya je. Bagi ustaz azizan lah pimpin pas. Aku suka dia. Heheheh..

Arhh sudah aku lupa satu benda lagi. Aku sambung bawah balik.

16. Berhenti tuding jari.

Sedar tak sedar kerja pas asyik tuding jari kat umno je. Mmg betul umno salah. Aku setuju sangat2. Tapi daripada kita tunding jari dan membuatkan org2 umno benci kat kita, apa kata kita ubah pendekatan sket. Kita kenalkan alternatif kepada permasalahan yang umno cipta. Tak kira lah apa masalahnya pun, kita bagi penyelesaian. Lama kelamaan rakyat akan sedar sendiri. Apa kerja umno neh dok bagi masalah tp pas pula dok bagi idea utk settle masalah. Kan dari situ pas akan meraih sokongan dan kepercayaan masyarakat. Pas bukan parti rasuah dan rakyat sedar itu. Ttp mereka fikir pas tak reti buat kerja dan tadbir negara. Kalau pas selalu hadir dengan idea2 bernas dan kreatif insya-Allah persepsi lama akan mati.

Nota : Ketika aku benci pas ialah ketika aku di bangku sekolah menengah. Keluar sekolah, kenal dunia baru aku kenal mana 1 jahat. 

Ameno : Idea aku mmg banyak je nak bagi khusus pada pas, sbb aku sayang pas. Tapi entah pas sayang aku ke tidak neh. Heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...