Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 Mac 2011

Unisel bermasalah di bawah pakatan rakyat.

Aku nak korang baca berita kat bawah neh dulu ;

Kat atas neh berita yang mula-mula aku baca pasal pelantikkan canselor unisel yang baru. Baca yang paling bawah yang aku dah tandakan tue.

1. Unisel menghadapi masalah kewangan
2. Berlaku penyusutan pelajar
3. Unisel bakal bermasalah kalau dibiarkan berterusan.

Perlu ke salahkan canselor yang baru dilantik enh? Erkk apsal pula? dia kan baru je dilantik.. so mana tahu seme masalah-masalah neh.. pekata tanya ex-canselor unisel iaitu mem rosmah kita. Maybe mem rosmah kita ada jawapan yang pasti kot. 

Then kat bawah neh ialah berita terbaru mengenai perkara di atas ;


Cuba korang fahamkan betul betul apa yang sultan titahkan kat atas neh. Sultan bertitah kat kerajaan negeri selangor ataupun pembangkang negeri selangor? Tolonglah.. ianya sangat lawak dowh..

Kalau Sultan bantah.. takdelah sultan hadir ke majlis perasmian tersebut. Pelik betul aku. Yang macam ini pun sempat lagi men tipu.. lantaklah. Yang menipu korang. Yang menangung pun korang. Heh

Apa pun aku harap tuduhan bahawa unisel menghadapi masalah kewangan tue bolehlah dibawa ke depan oleh pembangkang kerajaan selangor. Dah berani bercakap kena berani bagi bukti. Nak gak tahu kenapa unisel menghadapi masalah kewangan..

Daftar churp-churp untuk jana pendapatan 
Ameno : Saiful belajar uniten ke unisel enh?

Isu kampung baru : Kerajaan kantoi!

Kalau aku maki memang teruk kena kaw-kaw kerajaan neh. Memang aku mao maki. Tapi maki dalam ahti. Cukuplah jiwa aku je dengar bahasa kesat aku. Kalau korang dengar mungkin korang sengsara plak nanti. Heh

Tengok bawah petikan berita dari metro online ;



Dah baca kan? Kesimpulan nya berita malam tadi hanyalah penipuan semata-mata. Kata kerajaan 90% rakyat dah bersetuju habis dengan usul yang dibentangkan oleh kerajaan. Kalau benar kenapa perlu tangguhkan lagi pelaksanaan nya? Jawapan nya mudah. Iaitu pemilik kampung baru tak setuju dengan pelan pembangunan oleh kerajaan. Kenapa mereka tak setuju? Aku taktahu. Media arus perdana tak beri ruang kepada mereka untuk meluahkan perasan. So aku taktahu. Korang yang duduk jauh dari kampung baru pun tak tahu. So ble taktahu kita akan mudah di tipu. Dan penipuan ini di buat oleh kerajaan kita. Kenapa?

Apa yang aku tahu pada minggu depan ada satu lagi perjumpaan. Perjumpaan dengan pemilik tanah kampung baru dengan kerajaan. Mereka nak berunding. Mereka sebenarnya nak membantah beberapa cadangan pembangunan kat kampung baru ataupun dalam ertikata lain minta kerajaan ubah beberapa klausa penting dalam usul pembangunan kampung baru kelak.

Tapi kerajaan tak siarkan bantahan rakyat kampung baru. Membantah cadangan [kertas kerja] pembangunan bukan bererti membantah kerajaan. So kenapa kerajaan perlu rasa cuak dan takut sampai nak menipu segala bagai guna medium media arus perdana?

Tidak kah mereka tahu apabila penduduk kampung baru melihat perlakuan seperti itu mereka akan rasa loya dan melabelkan kerajaan sebagai 'sakit'?

Hizh.. teruk sangat dah mereka neh. Kalau inilah sikap kerajaan no wonder lah kenapa pemilik kampung baru rasa was-was nak serahkan tanah mereka kepada kerajaan.. Siapa boleh jamin bahawa kerajaan akan tunaikan segala janji mereka selepas serahkan tanah? Tiada siapa boleh jamin. 

Ameno : Sapa suka berkawan dengan penipu?

Melayu : Betul ke nak jual tanah kampung baru???


Aku baru baca isu neh kat paper utusan online. Setelah baca 2,3 kali dan baca pula sampai habis aku dapati lebih elok melayu jangan jual lah hakmilik mereka kat kampung baru tue. Itulah pusaka orang melayu kat kampung melayu. Nak harapkan tanah kawasan bandar yang len memang takdelah. So, memandangkan itulah yang ada maka wajarlah itu yang dipertahankan.

Kalau kerajaan nak bangunkan sangat, soh bangunkan chowkit je. Dah semak je aku tengok jalan chowkit tue. Dah lah kegiatan maksiat berleluasa kat situ. So kenapa tak bangunkan chowkit tetapi mengusik pula kawasan kampung baru?

Dalam berita tengah malam rtm pula, aku tengok malam tadi [semalam] menteri umno cakap orang melayu 99% setuju tanah kampung melayu di bangunkan. Entah betul entah tidak. Baca memang sedap. Di bangunkan. Tetapi masalah sekarang bukan sekadar di 'bangunkan'. Sebaliknya dijual terus. Hak milik dah bukan milik si empunya tanah lagi. Aku rasa ini yang akan berlaku. Betulkan aku kalau aku salah faham. Neh petikan nota perbualan yang aku copy dari utusan ;




1. Dari apa yang aku faham pemilik tanah akan di bayar sejumlah wang tertentu mengikut nilai pasaran tanah komersil.

2. Kalau pemilik tanah terima wang, maka sudah tentulah pemaju berhasil mendapat sesuatu kan? Maksudnya kat sini mestilah tanah. Betul?

3. Maknanya berlakulah pertukaran hak milik tanah tersebut.

4. MAS = ialah akta yang melindungi kepentingan kaum melayu di kampung baru. Ia akan dihapuskan kalau bacaan parlimen meluluskan usul ini. Namun pembahas dari umno nampaknya senada dengan aku. Tak bersetuju MAS di hapuskan.

5. Kalau MAS dihapuskan maksudnya kat sini ialah tanah di kampung baru boleh dibeli oleh sesiapa sahaja tak kira kaum.

6. Salah ke? Tak salah. Siyes. Tapi ada ke orang melayu tanah lagi kat malaysia neh? Seme dah habis dijual dan digadai beb. Cukuplah tue amalkan sikap bangang macam tue. Tanah di kampung baru perlu dikekalkan kepada orang melayu. Bukan bersikap racist. Tetapi itulah satu-satunya penempatan melayu yang wujud di bandar. So, kekalkan ia. At least generasi akan datang kenal kampung dan tahu orang melayu pun ada tanah rupanya di malaysia neh.

7. Mungkin ada pelan bahawa pemilik tanah tak perlu jualkan tanah mereka sebaliknya menyerahkan hak/kuasa pembangunan kepada kerajaan. Dan setelah pembangunan siap kelak maka mereka boleh menjana keuntungan kat situ. Kalau ini aku rasa okey sket. Tapi siapa jamin bahawa mereka tidak akan tertipu dan tertindas melalui dokumen itu ini kelak?

8. Memandangkan kerajaan yang ada ialah kerajaan yang korup bila-bila masa akan menipu maka eloklah pemilik tanah kampung baru jangan mempercayai mereka.

9. Takpelah kampung baru tak membangun pun.

10. Aku suka kampung baru yang asal. At least ble nak makan aku tahu kat ceruk mana aku nak cari.

Sumber berita dari sini.

Ameno : Kampung baru ialah sejarah..

Selasa, 1 Mac 2011

Fitnah terbaru terhadap PAS.




Lagi fitnah berniat jahat terhadap PAS. Sapa yang wat kerja neh? Entah aku taktahu. Siyes. Nak tuduh memang senang tetapi masalahnya nak tuduh kena berserta bukti.. jom analisis benda alah neh sat ;

1. Banner di atas telah dipasang oleh pihak yang berniat untuk mencetuskan provokasi.

2. Ada beberapa kebaikan dan keburukan bagi tiap-tiap parti yang bertanding ble banner di atas dipasang oleh pihak tersebut [pihak provokasi]

3. PAS jelas tak buat kerja-kerja macam neh. Aku dah lama bersama pas. Kebanyakkannya ahli-ahli pas kat tempat aku neh bebal-bebal belaka nak fikirkan taktik kotor seperti neh sampai kena tipu berkali-kali dengan penyokong umno time pru. Siyes. Jelas dalam kepala hotak ahli/penyokong pas selain dari bahasa maki dorang memang tak reti guna bahasa kotor, menipu atau provokasi. kenapa? Dorang rasa takut lah apatah lagi parti pro islam mana kemas main kotor2 neh dah lari dari terma perjuangan parti itu sendiri.

3. UMNO buat ke? Entah. aku taktahu. Siyes. Katakanlah umno buat sah-sah umno bodoh. Mana tak bodoh, fikirlah sket taktik kotor neh bukan menaikkan imej UMNO sebaliknya imej PAS.

4. Sudah tentulah intergriti umno akan tercalar habis. Tetapi bukanlah perkara baru umno bermain dengan taktik kotor. Aku dah sedia maklum. So nak kata umno 100% buat banner kat atas aku tak boleh. Tetapi 50-50 lhar. Sebab UMNO memang expert bab-bab provokasi menggunakan taktik kotor dan memanipulasikan minda rakyat. Terbukti beb. Dah banyak kali. Nak lari dari imej tue pun dah tak mampu melainkan umno benar-benar berubah. 

5. Meskipun PAS terlihat sebagai mangsa melalui banner kat atas.. tetapi kemungkinan besar juga ada yang berfikir bahawa ada individu [bukan ahli/penyokong pas] yang mahu pas menang sengaja wat taktik neh untuk tarik simpati pengundi. Kononnya niat dia baiklah tue.. mungkin lebih kurang beginilah niat dia

"sahaja aku cipta banner kontroversi / provokasi agar pas menang di merlimau"

 6.Cuba analisis rega banner tue.. warna banner ada 3. Merah, hijau dan hitam. Jenis material yang digunakan untuk bina banner. Siap buat dua banner. Duit tengah takde.. tapi individu tersebut berduit plak nak buat banner ke ada syarikat banner sendiri? Heh

7. Fikir pasal syarikat yang terlibat dalam pembuatan banner tersebut. Biasanya mereka akan letak nama syarikat kat tepi-tepi banner bagi tujuan promosi tetapi dalam banner tersebut takde plak syarikat tersebut iklankan syarikat kat banner tersebut.

8. Nak lebih terperinci check seme kedai-kedai yang wat banner kat merlimau. Sang pencetus provokasi neh harus di tangkap tak kira siapa pun dia. Supaya kita leh tahu siapa dalang disebalik kerja banner membanner neh. Baru senang nak review dibalik kerasionalan tindakan tersebut. Heh

9. So polis nak amek kes tak? Kes diam kaluu.. macam [macam je taw] umno buat.. kes bising kalu.. macam [macam je tahu] bukan umno yang buat. Heh



Nak baca komen orang umno pasal banner di atas? Klik sini. dan sini


Ameno : provokater yang provokasi. heh

WOW! Bayaran letak kereta TBS RM4 sejam!


Kepada bapak-bapak orang, kepada emak-emak orang, kepada adik, kakak, abang, sedara, sepupu kawan-kawan, orang, korang kena ahti-ahti sket ble nak hantar sedara mara, kekawan atau sesiapa saja kat tbs neh. Lepas hantar korang kena chiaww.. tak pun kena parking luar kawasan [kalau kena saman nasib lher.. ha ha ha] Nak tahu kenapa?

Tengok gambar kat atas [kalau nak tengok gambar clear klik sini] Charge parking rm4 sejam. Nasi ayam dah dapat sepinggan. Ngam-ngam rm4 standard rega kl larh. Kalau kat kampung rm3.50 ada lagi. Heh

Memang mahal. Mahal nak mampos. Tadi aku sempat call astro. Tanya pasal tax yang ada dalam bil aku. Kakitangan astro cakap macam neh ;

" cik, government tax tue bukan kami yang buat tetapi kerajaan yang tetapkan cukai tersebut. Pihak astro tidak mengambil apa-apa keuntungan dari government tax sebaliknya semua tax tersebut akan pergi kepada government. Government tax bukan cukai keuntungan yang astro bayar kepada government. Cukai syarikat adalah perkara yang lain"

Ha Ha Ha..

Saja aku call nak tahu lanjut pasal neh. Apsal tv3 tak siar pasal government tax neh? Banyak atau sedikit jumlah tax bukan isu. Isunya ialah kenapa kerajaan tak war-warkan dalam media massa. Itu aje. 

Tapi harga parking kereta tue memang mahal. Memang cantik terminal tue melalui gambar2 yang aku tengok.. tapi kalau charge mahal2 untuk cepat dapatkan pulangan modal..[itu tak masuk kos tersembunyi dek angkara markup price time kontraktor wat kerja] perghh.. nampak sangat fikir untung dulu then baru rakyat.. harap2 lepas 2,3 tahun masih cantik dan tiadalah apa2 yang retak or roboh.. ha ha ha


Sumber gambar ehsan rakan facebook dari sini.

Ameno : Apa setahun lepas dah bagitau? Ceh.. itu citer tahun lepas.. sebelum nak laksanakan.. sekarang citer tahun neh.. kenalah announce juga.. apatah lagi dah dilaksanakan.. ha ha ha.

Zambry : PAS parti celaru.

Statement neh aku petik dari sinar harian. Pergh macam tak percayalah zambry yang memberikan statement macam neh. Perhatikan statement yang dia cakap mengenai pas kat bawah neh ;

1. DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan UMNO. 

Ameno : Tak faham apa yang zambry maksudkan melalui kenyataan di atas. Adakah dia cakap DAP akan jadi parti islam yang lebih baik berbanding PAS? Maksudnya ahli-ahli DAP seme akan convert masuk islam ke? Ataupun dimaksudkan DAP akan ambilalih seme kerusi dan kedudukan PAS kat seme negeri-negeri di malaysia? Jika ya, kenapa umno cakap macam tue? Untuk menakut-nakutkan rakyat ke? Kenapa nak takut-takutkan rakyat pula? Untuk kekalkan kuasa UMNO ke? Habis tue yang menggantikan kuasa melayu kat pulau pinang tue sapa? DAP atau GERAKAN? [baca UMNO]. Heh.

Relevan ke menakut-nakutkan melayu dengan bangsa cina? Wa tak takut dengan bangsa cina. Wa cuma tak suka kalau islam dipermainkan je. Heh

2. Perjuangan UMNO berpaksikan bangsa melayu dan semangat  nasionalisme yang cukup menebal di kalangan ahlinya.

Ameno : Terima kasih kerana mengakui berjuang demi bangsa melayu. Nasionalisme tak salah. Yang salah ble memperalatkan nasionalisme untuk kepentingan sendiri. Errkk zambry melayu cap apa? Kah Kah Kah..

3. Ahli UMNO tak pernah malu mengakui sebagai bangsa melayu tetapi ada parti yang malu mengaku mereka adalah bangsa melayu.
Ameno : Setuju. Dalam UMNO tak melayu seme mengaku melayu dan mereka memang tak malu. Heh

4. Saya rasa parti itu menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan tidak sanggup mengakui bangsa sendiri.

Ameno : Harap sangat zambry pada masa itu tengok cermin ketika berucap. Kah kah kah

5. Pakatan mereka seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan.

Ameno  : Salah. PR tidur guna bantal lain-lain. Apa kes tidur kongsi-kongsi bantal neh? Mimpi sudah tentulah lain-lain. Namun cara untuk mencapai mimpi itu yang sama lhor. Iaitu kena tidur. Ada faham ka? Kah Kah Kah..

Zambry.. zambry.. tak salah bangsa mamak mengaku mamak.. mamak pun manusia. Mamak pun ciptaan Allah swt juga.. mamak pun ramai yang berjayaa.. yang salah ble mamak mengaku melayu dan ia buat orang meloya.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
Ameno : Umno = parti untuk orang melayu. Tetapi melihat ke dalam ahli umno.. mana satu rupa melayu pun aku taktahu.. azeez? naina merican? kj? kah kah kah..

Abu kassim tersenarai tokoh paling berpengaruh..

Berita paling mengantuk..memandangkan aku dah mengantuk.. aku nak share rasa mengantuk dengan korang.. sama-sama kita sebarkan virus mengantuk neh..

Baca bawah ;

Citer neh memang aku akan kondem. Aku tak kisah kalau korang nak kondem aku balik. Tapi sebelum tue baca dulu apa yang aku nak kondem ;

1. Berpengkalan kat new york plak tue. Ceh. Sikit pun aku tak percaya ketelusan dia mendapat no 4. Aku takmo kaitkan ia dengan amerika ataupun apco apatah lagi obama. Trtapi malaysia memang mesra dengan usa sejak akhir-akhir neh. Heh

2. Tak faham kelogikkan dia mendapatkan no 4 tue. Apakah jasa-jasa dia? Stastistik rasuah semakin menaik. Kes rasuah yang melibatkan orang atasan pun tak settle-settle lagi. So dari segi apa dia dinilai neh? Korang tahu?

3. Untuk bina imej dan umpan rakyat agar memberikan gambaran yang baik kepada SPRM? Mungkin.. Jauh sangat sampai ke newyork. Tak yah susah-susah.. settlekan kes rasuah yang tertangguh. Kami rakyat tak kesah ko nak tangkap sapa. pkr ke, umno ke, dap ke, mic ke, mca ke, pas ke asalkan mereka terbukti rasuah kasi tangkap dan hukum. Yang kami peduli ble ko tak wat kerja. Sebab tue sprm di pandang buruk dan teruk. Heh

Tak faham kerelevanan tokoh ini kepada abu kassim.


Ameno : Berapa kena bayar untuk dapat no 4 tue? Heh.

Mohsen Namjoo kecewa konsert batal di malaysia..


Bagi yang tidak tahu cerita neh dari awal, elok baca sini dulu. Kat atas ini ialah kenyataan mohsen sebab kecewa tak dapat datang ke malaysia dan membuat konsert sulungnya di sini angkara bantahan orang islam di malaysia.

Siap kata kita 'sakit seni' lagi.. tak boleh tahan.

Rakyat malaysia bukan anti budaya ke anti seni ke anti apa2 sekalipun sebaliknya kita anti orang hina islam. Kalau benda simple macam tue tak faham bek takyah buat konsert kat malaysia. Pulak tue dia neh artis islam [mungkin dah murtad kot.. tapi tak sahih check kat internet bukan pengakuan langsung dari dia.. sekadar bacaan belog je] yang hina kandungan Alquran.. so memanglah kita kena sensitif. 

Orang bermuzik. Ko bermuzik. Orang bermuzik tak hina islam. Ko bermuzik siap hina islam dan ejek islam dalam konsert sapa tak marah macam tue.



Ameno : Nak provoke fb dia larh.. ha ha ha

Isnin, 28 Februari 2011

Rosmah mengakui dia isteri soleh!

Rosmah cakap dia soleh. Heh. Aku fikir solehah. Tapi rupanya dia soleh. Heh.  Lawak siot! Bacalah petikan lawak rosmah kat bawah neh.. ;


Akhirnya terungkai sudah misteri di dalam kepala hotak kita. 

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Datang naik helipkopter tue wa cakap lue..
guna duit sapa tah..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

yang bertanding orang len
yang turun berkempen orang len
poster pun gambar orang len..
apa kes neh?

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

sian rosmah kita sampai berpeluh-peluh
dibuat dek najib..
isteri soleh lah katakan..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Wawasan giler najib dan rosmah berkempen kat kerdau.. 

Family reunion bersama iklan petronas 

Ameno : Rosmah, taknak masuk raja lawak ke?

Nik Aziz berkata Rasullulah Penganas?



Berikut kat bawah inilah petikan respon balas Tuan Guru Nik Aziz terhadap tuduhan Najib kepada Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi baru-baru ini menerusi media antarabangsa yang kemudian nya najib menyalahkan laporan media tersebut. Ingat media tue macam buletin utama kot nak twist cerita sana sini. Mereka ada garis panduan dan kena jaga jenama product [paper] tersebut.

Kalau betul media tue twist citer, soh je media tersebut minta maaf secara terbuka .. amacam ada bran? Heh. Korang perhatikan perkataan yang aku dah boldkan kat bawah neh. Kita tengok samada media bn akan twistkan atau tidak kenyataan nik aziz neh kat media milik mereka. Sama-sama kita nanti. 


Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.


“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.



Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. 

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. 

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.



“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

Aku petik sekali lagi perkataan kat atas neh. Aku nak tengok samada media bn akan TWIST atau tidak perkataan neh. Kalau mereka TWIST statement neh sure dia akan jadi lebih kurang begini 

"Nik Aziz kata Rasullulah SAW pengganas"

Lebih kurang begitulah.. Heh Dah banyak statement nik aziz diputarbelitkan sampai kita dah boleh detect apakah langkah mereka seterusnya.. ha ha ha


Ameno : Tak sabar menanti.. ataupun mereka dah termalu untuk twist sebab asyik kantoi jer? Ha Ha Ha

Breaking News : Keluarga Gaddafi dah cabut keluar dari libya!

Berita terbaru dari libya. Baca kat bawah neh. Sedikit petikan yang aku amek ;

Beberapa point penting ;

1. Isteri gaddafi, anak perempuan nya dan menantu nya telah keluar dari libya 
menuju ke vieena melalui jalan udara [penerbangan]

2. Mereka ke sana pada hari sabtu [hari neh sabtu bagi mereka, ahad bagi kita] 
sebelum terlambat untuk berbuat demikian pada masa akan datang.

3. Di anggarkan lebih kurang 14 ahli keluarga gaddafi menyertai rombongan 
melarikan diri tersebut.

4. Protes di libya telah merebak sehingga ke pusat bandar di tripoli yang juga kubu 
kuat gaddafi.

5. Empat anak gaddafi iaitu Saif al-Islam, Al-Saadi, al-Mutassim dan Khamis 
menyertai pasukan keselamatan di barat tripoli untuk memerangi kemaraan 
pejuang revolusi anak muda.

6. Anak kelima gaddafi iaitu saif-al-arab pula berpaling tadah daripada bapanya 
dengan menyertai revolusi anak muda di gaddafi. Dalam erti kata lain, anak dia 
berada di posisi rakyat. 

7. Di anggarkan sudah 2,000 rakyat libya terkorban dalam perjalanan untuk 
menuntut sebuah keadilan.

8. Gaddafi juga telah mengupah 500 ratus ribu tentera upahan untuk memerangi 
revolusi di libya. 

9. Penganalisis politik mengatakan tidak mudah untuk mendesak gaddafi 
berundur dari libya. Gaddafi sanggup menggunakan kekerasan dan membunuh 
rakyat sendiri demi kuasa. Revolusi di libya akan melalui jalan yang getir. Apatah 
lagi rakyat libya dibunuh dengan sesuka ahti oleh tentera upahan di libya.

10. Penganalisis politik juga mengatakan bahawa gaddafi mungkin akan turun taktha pemerintahan setelah dibunuh oleh individu yang terdekat dengannya.

Untuk baca lanjut mengenai petikan printscreen di atas, sila klik sini.


Ameno : Pemimpin apa sampai bunuh rakyat sendiri demi kuasa?

Rosmah tanya : Adakah muka saya muka penipu? Takde kan?




Baca petikan printscreen atas neh. Kalau nak lebih selesa klik sini. Kat bawah neh aku copy paste statement lawak dari mem kita sapa lagi kalau bukan datin seri rosmah mansur.. heh

1 . "Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah. "Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja,"
Ameno : Time perkara len serah kat sapa pulak? Heh


2. "Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.

Ameno : Erkk saya nak jawab .. memang ada muka penipu pun..

3. "Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Ameno : Worr.. jawatan f.l.o.m tue najib gamaknya yang bagi siap ada website ye sebelum dihilangkan secara tiba2.. ha ha ha

4. "Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak 'happy happy' (bergembira)," katanya lagi.

Ameno :Naik kapalterbang peribadi.. duduk hotel mewah.. siap bershopping.. takdelah hepi mana pun buat mem kita neh.. ha ha ha

5. Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh.

Ameno : Kerdau je ke? YB BN tempat len cam ane? Ha Ha Ha..

Siyes lawak gile mem kita neh.. takmo masuk raja lawak ke?

Updated pada 1 mac 2011;


Berserta video.. mengenai perkara di atas.








Tawaran menarik menanti anda 
Ada apa dengan conneto? 

Ameno : Mem.. muka mem nampak cam pakai sesuatu je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...