Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Jun 2014

Kalau Non Muslim Masuk Islam Untuk Menipu JAIS Ambil Tindakan Tak?


Mungkin kena marah. Tapi rasanya kena cakap juga benda neh. Sebab ia berlaku la. Aku rasa ramai juga yang tahu kes neh. Tapi mungkin tak rasa ianya penting untuk diperkatakan. Tapi aku rasa penting. Disebabkan buat tatau la semakin banyak kes2 mengarut berlaku.

Situasi di Malaysia.

Terdapatnya sesetengah golongan dari pelbagai kaum di negara neh gemar memasuki Islam bukan sebab nak mendalami Islam itu sendiri. Tetapi sebab nakkan sesuatu manfaat dari Islam. Seperti duit bantuan untuk mualaf. Nak bertukar dari bangsa lain kepada menjadi bangsa melayu pun ada. Untuk dapatkan manfaat la. Contoh di atas. Bapa berbangsa india. Ibu pun berbangsa india. Alih2 tukar nama kepada muslim anak menjadi bangsa melayu? Kemon la.... 

BTW, aku harap orang2 india jangan marah pula dengan kenyataan aku. Aku bukan racist. Just nak bagitau dalam Islam, bangsa tak memainkan peranan langsung. Yang penting akidah dan amalan ko. Jika ko india beragama hindu dan selepas memeluk Islam ko masih lagi india cuma beragama Islam. Terima seadanya bangsa kita, jati diri kita sebab ia bukan sesuatu yang menghinakan pun untuk lahir dalam apa2 bangsa. Yang hina tue kalau ko buat benda jahat dan teruk. Kalau ko buat benda baik, maka baikla jadila. 

Dan bercakap pasal salahgunakan agama untuk capai sesuatu tujuan.
 
Ikhlas neh kerja tuhan. Aku taknak sentuh bab keikhlasan bila seseorang mahu memeluk agama Islam. Tetapi suka tak suka telah terdapatnya beberapa kes yang mana orang2 india telah memasuki Islam untuk tujuan mendapatkan manfaat tetapi dorang tak pula berminat dengan Islam.

Suka2 masuk Islam.
Suka2 paksa anak2 dorang masuk Islam bahkan tukar agama anak2 kepada Islam.
Anak tatau apa2. Tau2 aje tetiba jadi orang Islam sebab JPN tukar kan nama dan status agama semua. Mengucap dua kalimah syahadah pun tak pernah. Tahu2 aje dianggap Islam disebabkan nama dan agama dalam IC.

Logik ke kawan2?

Tak logik.

Sama seperti nya tak logik bila umat Islam nak sentap bagai apabila islam jadi isu kat sini. Tolong tengok la situasi. Bukan semua orang benar2 memasuki Islam kerana Islam itu sendiri. Yang amek kesempatan macam mana nak kira? Semua nak sumbat dalam Islam. Nak bagi ramai. Nak bangga dengan kuantiti. Tapi kualiti haprak. Yang mencuri pun mencuri. Yang merogol pun merogol. Yang tak solat tak terkira. Apa lagi nak dibanggakan pada kuantiti jika kualiti semua hancur?

Bagi aku. JAIS dari awal lagi patut meneliti undang2 bodoh dorang. Undang2 yang mana seseorang bapa berhak memaksa anak2 untuk masuk Islam walaupun anak2 neh tatau apa2 dan tak pernah mengucap dua kalimah syahadah. Apatah lagi diberi faham tentang Islam pun tak pernah.
Undang2 bodoh neh juga suka2 memaksa umat Islam berhak memaksa anak2 untuk peluk agama Islam hanya kerana bapanya sudah bertukar agama atas alasan nak menyelamatkan akidah anak2 neh. Ini ajaran Islam ke? Aku nak sangat tahu. Adakah ini Islam yang anjurkan untuk kita paksa orang masuk agama yang kita anuti?

Kita anjurkan didikan dulu. Dengan didikan mungkin, anak2 neh akan convert nicely to Islam. Namun tak semestinya mereka akan convert juga jika sudah diajar tentang Islam. Oleh kerana kepercayaan, keyakinan, iman adalah sesuatu yang hanya empunya punya badan aje boleh tentukan maka kita kena faham situasi la. Doa sentiasa ada. Pengakhiran yang baik sentiasa ada untuk orang2 yang baik. Tapi isunya disini, sampai bila kita nak bergaduh atas masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan berhemah kalau kita berani menghadapi masalah yang wujud dan ambil tindakan baikpulih bagi membendung masalah tersebut dari merebak?

Okay. Aku minta maaf. Kata2 seterusnya akan lebih menguris perasaan umat Islam aku rasa.

Dalam isu raid perkahwinan tersebut. Tengokla. Perkahwinan hindu. Boleh tengok cara hidup pun hindu. Bapa dah muslim? Ibunya masih hindu? Tapi bapanya menghilang lama tinggalkan anak2. Itu cara muslim ke? Meninggalkan anak2 tanpa nafkah? Tak jaga anak2. Tahu2 aje tetiba anak nak kahwin kena raid sebab nama dalam IC dikatakan seseorang yang beragama Islam? 

Yakni. Bapa masuk agama Islam. Paksa anak2 convert. Lepas tue blah macam tue aje. Dan JAIS pula atas alasan nak selamatkan akidah (akidah apa bila dia tak hidup pun macam orang islam sejak lahir?) pergi raid perkahwinan tersebut sehingga malukan diri sendiri. Ada dua situasi. Orang Islam akan kutuk JAIS. Orang bukan Islam pun akan kutuk JAIS. Namun ada orang akan faham JAIS. Yakni kutuk ataupun faham tak selesaikan masalah.  Yang penting sejauh mana JAIS nak tarik keluar masalah2 seperti neh bagi tujuan penambahbaikkan undang2 sedia ada.

Aku rasa.

1. Undang2 mengarut yang beri hak kepada mana2 bapa untuk paksa anak2 convert tanpa kerelaan anak2 perlu diteliti semula.

2 Anak2 yang bawah 18 tahun, jika ibu dan bapa sama2 masuk Islam, maka mereka diberikan hak untuk menukar kepercayaan anak2 sebab sekurang2nya ibu dan bapa akan sama2 berperanan untuk mendidik anak2 tersebut.

3. Tapi itupun perlu dibuat dengan syarat agensi agama memantau pihak2 yang masuk Islam. Jangan sampai dorang amek kesempatan salah gunakan status islam untuk mencapai hasrat tersembunyik dorang. Contohnya. 5 tahun mereka perlu dipantau untuk memastikan boleh mengaji, boleh bersolat dan sebagainya. Untuk mualaf yang tinggalkan kursus boleh beri dorang warning dan surat tunjuk sebab. Kebanyakkan dorang masuk Islam pandai, tapi bab belajar Islam memang malas. Yang neh aku ada jumpa. Tapi tak semua negatif la. Aku pernah kenal seorang uncle neh. Dia mualaf juga. Dia masuk Islam 4 tahun yang lepas. Korang tahu, dia tak pergi pun kursus2 untuk belajar agama tapi dia baca sendiri Alquran dalam masjid. Ini la contoh orang yang betul2 mahu kenal agama kerana agama itu sendiri. Dia tak pergi kursus sebab jauh dan susah tapi dia iktikad dekat masjid untuk faham agama. Kalau yang macam neh takpela. Tapi kalau yang jenis menipu macam mana? Takan korang nak biarkan? Lepas tue bila depa buat hal, umat islam dan non muslim bergaduh bertekak2 demi penipu2 tue. Namun dalam waktu yang sama korang tatau dorang tue menipu. Dorang bukan nak kan Islam pun. Just propa untuk ambil kesempatan aje.

4. Untuk anak2 yang mana salah seorang ibu ataupun bapa yang peluk agama Islam, ibu dan bapa diberikan hak untuk berunding secara damai. Agensi agama jadi pihak ketiga. Bantu dorang untuk pastikan apa sahaja konflik yang wujud diantara mereka, mereka perlu berikan keutamaan kepada hak anak2. Senang cakap, jadi jawatankuasa penasihat, pendamai, kaunseling la.

5. Ibu dan bapa pun jangan berdegil tak tentu hala. Jika hari neh ko lahir sebagai non muslim dan besar boleh jadi muslim, perkara yang sama boleh berlaku pada anak2 ko. Ko hanya perlu pastikan ko bentuk laluan yang betul untuk anak2 ko sebab pengakhiran yang baik memang ada untuk orang2 yang baik. Ini janji Allah yang aku pegang. Dengan syarat ko sentiasa berusaha ke arah kebaikan la. Ini buat kerja2 jahat tapi harapkan benda2 baik. Memang bangang la macam tue. Sudahla tak bagi nafkah, lari pula dari tanggungjawab tau2 aje anak jadi mangsa keadaan. Patut ke?

Aku sentiasa pegang benda neh. Akidah ialah sesuatu yang tiada orang lain boleh tentukan bagi pihak ko. Ia adalah sesuatu yang hanya ko aje yang boleh tentukan apa yang ko mahu percaya dan apa yang ko tidak mahu percaya.

Kita boleh bantu, dorong, didik dan buka ruang untuk dorang memahami Islam. Seterusnya anak2 neh akan pilih bahawa adakah Islam neh agama yang benar? Patutkah aku duduk dalam Islam? Patutkah aku memahami agama neh?

Insya-Allah. Orang akan tertarik dengan Islam disebabkan keindahan Islam. Paksaan tidak pernah jadi cara yang betul.

Dalam waktu yang sama, orang2 yang dah sedia muslim pula perlu juga membantu mualaf untuk mendalami agama. Dan tolongla jangan tunjukkan keindahan islam dengan masuk islam nanti dapat  macam2 bantuan itu neh. Sebaliknya tunjukkan la nilai2 kebaikan yang terdapat dalam Islam itu sendiri. Disebabkan tunjuk mualaf boleh dapat bantuan itu neh pun boleh mendorong dorang peluk Islam kerana nakkan bantuan2 tersebut. Sebab dari awal lagi sistem kita dah salah. Sepatutnya manusia2 yang susah, kita bantu semua tanpa kira agama dan bangsa. Tapi sistem kita, kita bantu bila kita rasa nak bantu. Orang yang benar2 susah pula terpinggir. Ada yang rasa jika aku masuk Islam neh mao senang aku dapat bantuan. Ada yang fikir jika aku masuk UMNO neh mao senang aku jadi kaya. Nampak tak bagaimana ketidakadilan melahirkan manusia yang terpesong pemikiran nya demi nak survive dalam kehidupan neh? Macam mana kita nak ubah? Kita rosak dari mula tau. Bukan buah, bukan daun, bahkan bukan akar. Sebaliknya tanah tempat kita bertapak tue dah rosak. Macam mana?

Lue fikirlah sendiri.  

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...