Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Jun 2014

Dah Kalah Tu Kalah La DAP Oi - Review Kekalahan DAP Di Teluk Intan.


Konklusi kekalahan DAP di Teluk Intan. 

Kelemahan DYANA.

1. Gagal berkomunikasi dengan baik dengan wartawan. Sampai satu tahap Dyana seolah2 tak dibenarkan bercakap dengan wartawan takut tersalah cakap.

2. Ini bermaksud Dyana takde didikan mengenai bagaimana ahli politik patut berkomunikasi.

3. Aku pun tak suka tetapi inilah hakikat yang berlaku di mana2 negara pun.

4. Antara ciri2 yang perlu ada pada ahli politik ialah perlu pandai manipulate isu, perlu pandai berkomunikasi untuk raih simpati, kepercayaan, sokongan bila ia babitkan isu2 yang sangat kontroversi.

5. Part neh Dyana boleh fikirkan dua perkara. Belajar untuk mengikuti apa yang telah diamalkan oleh kebanyakkan ahli politik. Ataupun lari dari kebiasaan. Buat identiti baru. Jadi ahli politik yang jujur walaupun kadang2 statement tue makan diri tetapi menjadi jujur pun ramai orang suka juga. Bahkan aku rasa Dyana boleh buat neh sebenarnya. Dia kena berkawan dengan aku la. Hahaha..

6. Penglibatan Dyana dan ibu Dyana dalam pendaftaran ahli baru PERKASA. Gambar Dyana bersama Ibrahim Ali. Dan kenyataan Dyana mengenai hudud. Ketiga2 isu neh mungkin mempengaruhi sedikit sebanyak mengenai perwatakan Dyana. Yang sebenarnya, tiada masalah pun bila Dyana pernah terlibat dengan PERKASA. Tiada masalah juga sekalipun dia ex Perkasa. Apa yang penting ialah masa hadapan kita, bukan masa silam. Anwar dulu BN. Sekarang dia PR. Namun yang ditekankan oleh sesetengah orang ialah pembohongan dan tindakan terburu2. Alih2 ibu Dyana keluar PERKASA. Alih2 baru nak mengaku terlibat dengan pendaftaran PERKASA. Walaupun kecil tapi orang beranggapan perwatakan DYANA mengelirukan. 

7. DYANA lebih banyak selfie daripada bangkitkan permasalah rakyat di Teluk Intan. Selfie okay. Aku rasa ramai yang suka. Tetapi selfish tak okay. Dyana mao selfie, okay. Tetapi bila selfie dengan tidak mengangkat isu2 rakyat, itu tak okay. Apa manifesto Dyana untuk Teluk Intan? Aku tak rasa orang tahu. Bahkan aku tak rasa wujud pun benda tue. Hahaha..

8. Ceramah mee segera Dyana lebih banyak daripada mendengar luahan rakyat. Pergi kat situ, kempen ceramah 15 minit then cabut pergi destinasi lain. Kang ceramah kat situ 15 minit, lari ke tempat lain. Hello. Setakat berceramah hahaha.. tak payahla. Ini kempen yang lapuk lagi melapukkan. Ini zaman apa? Zaman ceramah2 neh dah tak laku. Kita anak muda ada pendekatan baru nak mendekati pengundi. Instead of berceramah, kita buka meja bulat. Kita bagi mike dekat pakcik makcik. Hah pakcik, apa masalah lue disini? Hah, makcik, apa pula masalah lue kat sini? Kita orang nak catit dan kumpulkan. Kemudian baru kita boleh fikirkan manifesto yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat, okay tak makcik pakcik? Ini balik2 wakil rakyat bercakap. Si rakyat tadah telinga mendengar. Lue maki BN. Kita dengar. Lue luah perasan kita dengar. Lue bercakap pongpang2 kita dengar. Rakyat kena faham semua masalah dan kesusahan parti demi perjuangan kononnya. Tapi siapa pula yang nak dengar masalah2 rakyat apa semua? Sudah sampai masanya untuk parti2 neh cari butang remote STOP. Berhentila bercakap. Semua percakapan korang aku rasa rakyat dah hafal. Sekarang plan tindakan untuk counter attack penindasan yang dialami oleh rakyat pula orang nak tengok. Korang takan faham masalah rakyat kalau korang tak pernah nak catit apa masalah2 yang rakyat hadapi di Teluk Intan. Itu keypoint dia.

9. Dyana layan isu2 sampah dari menteri2 dan ex-menteri2 yang bangang. Itupun satu hal juga. Sepatutnya kenyataan2 sampah dari Zahid Hamidi, Shahrizat dan lain2 tue masuk bakul sampah sudah. Jangan layan. Dorang attention seekers. Kalau nak selar tue perli balik kaw2. Amek kesempatan. Dalam pada menjawab Zahid, ko bawa isu tempatan sekali. Masa nak bidas Shahrizat, ko selit isu tempatan sekali. Dari situ terasa juga masalah2 pengundi di Teluk Intan dibicarakan sekali. Haha.

Kelemahan PAKATAN RAKYAT.

1. Tak sekufu dalam pemilihan calon. DAP negeri ada calon lain yang difikirkan lebih tempatan dan lebih mampu perform dari Dyana yang tiba2 aje muncul.

2. DAP juga gagal membentuk persepsi yang DYANA mampu buat kerja. Balik2 citer pasal selfie dan rupa orang tue. Helloooooooooooooooooooo.. Nurul Izzah juga cantik. Tetapi adakah kerjanya bercakap pasal kecantikan? Nurul Izzah bawa isu2 rakyat. Walaupun Nurul Izzah cantik tetapi dia lebih banyak diperkatakan atas isu2 yang dia timbulkan berbanding rupa paras dia.

3. DAP pusat gagal koordinasi perpaduan dengan geng2 yang secara diam menolak pencalonan Dyana di Teluk Intan. Orang kata protes dalam diam. Dan PAS pula? Muslimat paling menonjol. Salah Dyana dan DAP secara tidak langsung kerana tidak pandai menjaga ahti geng2 PAS di Teluk Intan. Sejak dari awal lagi isu HUDUD tue jangan disentuh kalau tak pandai berbicara dengan berhemah. HUDUD dengan PAS sangat akrab. Sedikit sebanyak kenyataan tersebut menyebabkan geng2 PAS rasa malas nak melayan Dyana. Yang teruknya DAP ingat isu tersebut isu picisan. Itulah ego tak bertempat. Walaupun PAS minoriti di Perak tapi kalau ahli2 PAS tak undi DAP tak menang juga ko pun. So perlu ke berlagak tak tentu pasal? Sepatutnya selesaikan konflik dalaman secara profesional. Walaupun ini politik dan perang berebut kuasa (oleh geng2 partisan) perlu juga menjaga ahti kawan2. Konflik dengan PAS gagal diselesaikan dengan berhemah. Konflik dengan DAP negeri juga gagal diselesaikan secara berhemah. Bila kalah, BN dan UMNO pula kena jawab macam2 dengan DAP. BODOH NAK MAMPOS.

4. Ikut analisis pengundian semalam. Pengundi cina dan india jatuh. Yang confirm pengundi cina jatuh sehingga 15%.  Pengundi melayu naik 3%. Di Teluk Intan bukan lagi rahsia yang india selalu jadi penentu kepada kemenangan satu2 parti politik disitu. Kenapa cina jatuh sehingga 15%?

- Tak balik mengundi?

Jika tak balik mengundi boleh jadi kerana dorang beranggapan DAP akan menang mudah? Ataupun kerana nak penat nak spend duit sebab baru sangat mengundi?

- Boikot sebab Dyana calon?

Jika boikot sebab Dyana menjadi calon atas faktor apa pula?

- Sebab Dyana melayu?

- Atau disebabkan bukan anak tempatan?

- Kerana isu hudud? Cina beranggapan kemasukkan Dyana mungkin faktor permulaan untuk DAP terima hudud by PAS?

5. Jika perkauman adalah alasan utama untuk Dyana ditolak oleh orang2 india dan cina maka terbuktilah DAP masih lagi gagal bebaskan diri dari elemen perkauman. Sebenarnya tiada masalah pun untuk DAP mengakui parti mereka masih dipengaruhi unsur2 perkauman yang jelas especially bila ia babitkan agama. More to agama bukan bangsa sebenarnya. DAP perlu terima la yang parti dorang memang agak racist agama dan dalam waktu yang sama perbaiki la macam mana nak kurangkan ciri2 racist tue. Aku tak nampak perjalanan DAP salah dalam nak membebaskan diri dari elemen2 racist. Namun, perlu diakui bahasa melayu pemimpin2 DAP HANCUR CACA MARBA BURUK GILA BABI.

Dalam BN juga ada menteri2 cina. Tapi tengokla bahasa melayu dorang dengan bahasa melayu pemimpin2 DAP. MCA juga cina. GERAKAN juga cina. Tetapi kenapa mereka boleh bertutur dengan bahasa melayu yang agak baik berbanding pemimpin2 DAP? Sedikit sebanyak bahasa juga memainkan peranan dalam mendatangkan sokongan. Sebab tue lebih ramai melayu terbuka menerima Lim Guan Eng berbanding Lim Kit Siang.

6. Krik krik krikk.. maaf nak tanya, PKR ada bantu ke dalam kempen di Teluk Intan. Nampak macam ada bantu tetapi apsal masalah2 parti dorang lagi terserlah daripada kempen2 dorang di Teluk Intan? Hancur beb PKR, hancur!

7. Sentimen pengundi muslim. Parti peduli tapi gagal kempen habis2an. Sentimen sudah ada. Kempen sudah buat. Kita sebarkan sana sini di dunia internet tapi tak sebarkan secara meluas di ceruk2 kampung dan DAP juga taknak masuk ke dalam kampung2 yang ramai orang melayu sebab takut. Dah tahu takut patut buatlah taktik sikit. Kalau datang ramai2 orang akan serang, maka biarlah Dyana datang berdua aje. Dua2 tue pula melayu dan perempuan. Seorang jurukamera yang ada pass. Melayu takan serang perempuan sebarangan. Apatah lagi cantik pula tue. Kalau kena serang boleh buat isu. Sikit2 nak playsafe apa benda tah. Selain edarkan risalah kempen2 berkempen, Dyana boleh mengambil kesempatan buat tinjauan dengan mencatit masalah2 penduduk2 melayu di sekitar. Kalau kena serang taktik dia senang aje. Diam. Biar orang yang tengah marah tue pongpang2 marah. Lepas tue senyum dan cakap terima kasih atas nasihat. Dia mesti penat punya la sebab perbodohkan diri. Inila sebenarnya tindakan2 yang boleh naikkan imej Dyana. Sanggup masuk ceruk2 kampung untuk catit masalah rakyat untuk diteliti satu persatu supaya wakil rakyat boleh analise macam mana nak selesaikan masalah penduduk. Selfie tak boleh kawan2. Selfie untuk bergembira boleh la.

Propaganda BN.

1. Mainkan isu perkauman dan keagamaan dengan begitu baik sekali. Sekalipun GERAKAN tolak hudud GERAKAN memang tolak hudud dari dulu lagi. Apa pula rahsianya? Takde rahsia semua orang tahu ma. GERAKAN tak pernah guna hudud untuk tipu orang macam DAP. DAP tolak hudud berpada2 sebab nak jaga sentimen pengundi untuk mendapatkan sokongan dari orang melayu. Undi GERAKAN tolak hudud. Undi DAP pun tolak hudud. Tapi UMNO big boss gerakan. DAP pula big boss PR. UMNO kuasa lagi banyak dari GERAKAN. DAP kuasa lagi banyak dari PAS. Makanya walaupun undi GERAKAN TOLAK HUDUD tetapi GERAKAN tetap tertakluk di bawah perintah UMNO. Kalau UMNO mahupun hudud, siapa GERAKAN nak lebih2? Ini sentimen yang dimainkan oleh BN. Dan nampaknya sentimen neh tak salah pun pada aku sebab memang fakta. Lagi satu, hudud bukan isu tolak atau terima dah sekarang neh. Lebih kepada pelaksanaan dan kemampuan untuk terjemahkan keadilan ikut kaca mata Islam.

2. Punyala BN merendah diri, dorang sanggup buat meeting dengan penduduk2 tanpa kira idelogi politik. Kali neh penduduk diberi peluang untuk kutuk dan marah BN kaw2. Senang cakap. Jadi jujurla. Kita sampaikan secara berhemah la. Bukan nya dengan maki hamun. Tetapi bila penduduk diberi ruang untuk mengadu masalah, menceritakan apa yang dia kena, memberitahu bagaimana dia terabai, terasing dari bantuan2 selama neh, orang tak suka ka? Orang mesti suka punya. Tak semestinya kita kena percaya BN akan bantu selesaikan masalah penduduk tetapi bila BN selangkah mencatit dan meninjau masalah2 yang dihadapi penduduk, dan yang mana dia mampu selesaikan terus, dia selesaikan terus, tak tertarik ka orang rasa nak sokong BN? Haha. Aku mesti cakap. Ini taktik baru yang BN buat. Dia bercakap juga. Berselfie juga. Dalam waktu yang sama dia catitkan masalah2 rakyat dan yang mana2 boleh dia selesaikan terus. Tak dapat dinafikan, ada bantuan2 yang ikut ko pengundi ataupun tidak, ada bantuan2 yang dia tak peduli pun ko pengundi ataupun tidak.

3. BN focus jaga ahti pengundi melayu dan india. Suka tak suka BN nampak akhirnya inila kekuatan yang dorang ada dan dorang tumpu disitu. Kegagalan PR menumpukan kepada kekuatan dorang pun satu hal juga. Berlagak gila babi dengan ceramah 10,000. Ini politik 5 tahun yang lepas boleh la bangga der. Dok banding ceramah sapa lagi ramai dari siapa. Tapi baby pun lepas 5 tahun dah boleh berjalan, bercakap dan berlari. Korang pula masih ditakuk lama apehal.

Kekalahan DAP di Teluk Intan adalah patut untuk mendidik DAP dan PKR untuk lebih peka dengan masalah2 yang timbul. Takde masalah akui kesilapan yang penting perbaiki dan jangan ulangi lagi.

Walaupun kemenangan dengan majoriti yang sedikit still menang kan? Still BN yang wakili Teluk Intan kan? Still Mah yang jadi wakil rakyat kan? Ia tak mengubah apa2 pun. Jangan sedapkan diri dengan kata eley majoriti sikit. Itu semua ayat2 propa nak perasan bagus. Dulu dia kalah. Sekarang dia menang. Itu je yang perlu PR focus. Sekarang dengan taktik yang sama, PR perlu tiru yang mana2 bagus dalam BN. Jangan takut jadi peniru asalkan benda yang ditiru tue memberikan manfaat. Berlumba2 buat kebaikan apa salah. Lainla berlumba2 buat kejahatan. Memang haram la kan.

Last but not least, not least okay.

Kalah satu hal.

Tapi kalah2 Dyana pun, jumlah undian yang dia terima boleh tahan.

Jadi buat masa sekarang berbaik2 la dengan geng2 DAP Teluk Intan supaya di masa akan datang diberikan peluang untuk jadi calon di kawasan situ.

Bila dah selesaikan semua isu2 dalaman parti, maka boleh focus macam mana nak tawan pengundi di Teluk Intan. PRU ke 14 masih ada lagi ma.

Dalam pala otak aku banyak idea. Call me untuk kerjasama.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...