Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mei 2014

Respon Menteri Demo Anti GST - Kerajaan Tetap Laksana GST, Sudah Kaji Selama 30 Tahun.


30 tahun lamanya.

30 tahun lamanya kerajaan telah melakukan kajian demi kajian untuk mempersiapkan negara ke arah pelaksanaan GST.

Pergh.

30 tahun tue.

Berapa lama masa yang telah kerajaan gunakan pula untuk ;

1. Memastikan harga rumah di negara ini stabil agar semua rakyat mampu membelinya?

2. Harga kenderaan di negara ini berbaloi dengan harga dan kualiti yang ditawarkan supaya pembeli tidak rasa tertindas?

3. Pengangkutan awam yang effisen supaya bandar dan luar bandar sama2 dapat merasai kemajuan?

4. Penyediaan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh dan mampu milik supaya semua golongan rakyat dapat berubat dengan selesa?

5. Sistem pendidikan yang berdaya saing agar generasi muda dapat menumpukan kepada bakat dan kecekapan masing2 dan tidak la sampai ada yang tercicir disebabkan tak mampu pergi ke level yang dipaksakan ke atasnya?

Nampaknya kerajaan tak gunakan begitu banyak masa untuk memastikan rakyat di negara ini dilayan dengan saksama dan adil. 

Kerajaan sanggup habiskan 30 tahun lamanya untuk fikir dan fikir, kaji dan kaji macam mana nak membolehkan kerajaan mengutip cukai dari rakyat agar mereka dapat dana tambahan untuk memajukan negara (alasan semata2) namun dalam masa yang sama kerajaan tak pula sanggup habiskan masa untuk memastikan macam mana rakyat di negara ini boleh dibantu dengan seadilnya dan sewajarnya.

Hebat.

Ahmad Maslan juga menyebut. GST akan dilaksanakan walaupun ada golongan2 yang membantah pelaksanaan nya di Malaysia. Suka tak suka GST akan dilaksanakan pada tahun depan. Melalak la ko kat demo tue. GST tetap GST. 

Macam tue la lebih kurangnya.

Itu sebab demo yang berlaku semalam adalah aman.

Aman sebab kerajaan tidak mahu tunduk kepada sebarang tekanan kepada pembantahan pelaksanaan GST.

Aman sangat sampai FRU pun tak bertugas.

Bertambah2 aman bila unit amal berada disitu untuk gantikan tugas polis.

Tahniah.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...