Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Mei 2014

Angkara Kalah Debat Dgn Peguam Polis Padam Artikel Di FB? PDRM Cari RM570juta Saman.

Lokap selagi tak bayar saman - Ini polis atau samseng? First episode kat sini. Dan kemudiannya polis tampil menjawab perbahasan yang dikarang oleh Zulhazmi, peguam KASE yang juga berkaitan dengan PAS.

Lihat jawapan balas dia kat bawah neh jap ;

Supt.Zaba jawab:-

Org ni nak jd champion tp tak kena tempat..dia hanya mndpt berita hearsay mngenai press@media release tu, dia takde dlm mjlis sejam lbh tu, tp nak ulas panjangx..mcm dia ni ada niat jahat..

Dia tak dengar apa yg dcakap & soaljawab dlm press@media release tu...takde pun KTP ckp nak lokap org tak byr saman..org ni pun bljar tak habis stengah masak nak lecture mmesongkn fikirn orgramai...pd sy mesej utama yg pnting KTP nasihat cakap hr tu spaya rakyat brhatix di jlnrya, kndraan btmbah bjuta stahun, pmndu pmegang lesen baru btmbah lbhkrg 600ribu org sthn (lain lg bjuta bwh umor 16 thn yg tak blesen - ibubapa mcm pnulis ni yg mmbunuh anakxnya krn mmbenarkn anakxnya mmndu mnggng kndraannya mrempit/ke skolah tak blesen mmndu), bnyk saman bjuta sjk bbrpa thn ni tak dbyr jgnlah buat salah djlnrya lg..mmcam nasihat, tp biasalh media, mrk lbh minat mensensasikn berita yg asalnya brnilai baik tu..

Setiap hr lbh seribu kes kmlgn jlnrya di 155 daerah dlm Malaysia ni.. kmatian ssia kmlgn jlnrya di negara ni hmpir 7,000 org stahun. .org ni agaknya tak prnah baca Buku Laporan Perangkaan Kmlgn Jlnrya Mlysia stiap thn yg dkluarkn oleh kerajaan yg ada di library tu..kesian dia ni.. (spuluh thn sah 70,000 org mati ssia..rugi nyawa) apatah lg yg patah buta kudung cacat kekal mnmbah org cacat asli tu..tak kira lg yg cedera ringan, yg trauma, isteri jd balu, anakx jd yatimpiatu.. krugian RM bbilion prtukarn wang asing beli alatganti...bnyak lg jenis rugi yg tak dsiar oleh media... satu jam lbh punya cakap nasihat yg baikx oleh KTP...penulis ni rasanya mndpt silap mklumt..input salah output pun salah le..

Jlnrya bkn ibubapa kita punya, ianya orgramai punya (bkn jlnrya dlm kebun bapa penulis ni)..30 juta org punya..stiap hr average 18 org mati kmlgn jlnrya di Malaysia (bagus 7,000 org mati sthun ni gi mati bjuang di Israel)...

Org mcm pnulis ni tak reti mnilai..aqal otak fikirannya nak mmbangkang je tanpa mmberi cadangn balas yg lbh baik.. cntohnya mcm mn nak dapat sifar kmlgn kmatian djlnrya stiap hari? mcm mn nak ubah cara pmnduan pmndux pnggngx yg tak mmatuhi Kod Lbhraya? pmikirx dlm PDRM, JPJ, SPAD, LLM, MKJR, JKR, PBT, JAS, DBKL, PPJ, MIROS, Kmntrian Pelajaran, PUSPAKOM dll semua brgabung kepala aqalfikiran utk mndidik rakyat kita spaya brhemah di jlnrya (satu nyawa mati kmlgn dnilaikn negara krugian lbhkrg RM1.3 juta, bygkn 7,000 org mati sthn berapa krugian..lain lg kos mnggung mrk yg cacat tu)..

Biarlh pnulis ini dgn imaginasi negatifnya, biarlh dia dgn group minoriti kecilnya mnentang pndapat ramai dlm usaha mncegah kmlgn jlnrya ni (dia mcm antah dlm seguni beras)...kasihanilh dia krn dia jahil, tugas kita utk mndidiknya..teruskn amal baik kita walaupun dtentang oleh orgx yg mcm ni..kita ingat pahala je..perkara baik mmg bnyk ujian...dia akan trsentak bila diri dia atau kluarganya sndiri trlibat mati kmlgn jlnrya dsebabkn psalahx yg bila dsemak rekodnya ddapati mmpunyai rekod bpuluh saman trafik yg blm selesai...

Biarlah, llama dia akan sedar usaha murni kita bkempen brusaha mguatkuasakn undangx demi mncegah kmlgn jlnrya ni adalah benar..sy percaya pnulis ni mmg salah seorg yg klu dsemak rekod pmnduannya mmg mmpunyai rekod pesalah saman yg bnyak (pasti lepas ni dia akan ccepat jelaskn samannya..) .Setakat ni mmg kkempen dan usaha kita sudah nmpak hasilnya, bacalh buku lporn tahunn tu..

--------------------------------------------------

Jawapan peguam tersebut kepada polis pula ; 

RESPOND KEPADA SUPRITENDAN ZAABA, BAHAGIAN PERUNDANGAN POLIS TRAFIK.

Supritendan Zaaba tulis perenggan pertama :

"Org ni nak jd champion tp tak kena tempat..dia hanya mndpt berita hearsay mngenai press@media release tu, dia takde dlm mjlis sejam lbh tu, tp nak ulas panjangx..mcm dia ni ada niat jahat.. Dia tak dengar apa yg dcakap & soaljawab dlm press@media release tu...takde pun KTP ckp nak lokap org tak byr saman..org ni pun bljar tak habis stengah masak nak lecture mmesongkn fikirn orgramai...pd sy mesej utama yg pnting KTP nasihat cakap hr tu spaya rakyat brhatix di jlnrya, kndraan btmbah bjuta stahun, pmndu pmegang lesen baru btmbah lbhkrg 600ribu org sthn (lain lg bjuta bwh umor 16 thn yg tak blesen - ibubapa mcm pnulis ni yg mmbunuh anakxnya krn mmbenarkn anakxnya mmndu mnggng kndraannya mrempit/ke skolah tak blesen mmndu), bnyk saman bjuta sjk bbrpa thn ni tak dbyr jgnlah buat salah djlnrya lg..mmcam nasihat, tp biasalh media, mrk lbh minat mensensasikn berita yg asalnya brnilai baik tu.."

Respond Zulhazmi (penulis) :

Supt Zaaba kata penulis dapat berita hearsay kerana penulis hanya rujuk berita dari media & tidak berada dlm majlis tersebut... tak de pun KTP ckp nak lokap org tak bayar saman....

Untuk makluman Supritendan Zaaba, tulisan Zulhazmi bertajuk "LOKAP SELAGI TAK BAYAR - Ini Polis atau samseng" kemudian dicilok oleh fb Orenji Oren Oren itu merujuk kepada siaran di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). 

Saya siap sebutkan spt berikut : 

"Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pada 17 May 2014"

Jika apa yang saya rujuk itu hearsay dan tidak tepat maka berita yg disiarkan oleh facebook rasmi PDRM adalah salah, tidak tepat malah mengelirukan serta memalukan Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit Aman. Patut ambil tindakan kpd admin facebook PDRM tu sebab siarkan berita tidak betul.

Sepatutnya juga KTP SAC Mohd Fuad keluar membuat penjelasan bhw beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Tidak timbul isu saya memesongkan fikiran kerana tulisan saya berkisar tentang prosedur waran tangkap ekoran kenyataan KTP hendak menahan pesalah di lokap sehingga bayar. Jika tulisan saya berkaitan prosedur waran tangkap itu tidak betul, kemukakan prosedur yang betul untuk betulkan saya.

Supritendan juga dengan mudah menuduh saya berniat jahat tetapi jika dilihat kpd respond supritendan lebih berniat jahat. Mengibaratkan saya sbg ibubapa yang membunuh anak sendiri dgn membenarkan anak2 memandu tanpa lesen sebagainya bukan suatu tindakan berniat suci. 

Banyak saman berjuta yang tidak dibayar bukan suatu faktor kemalangan meningkat. Saman tidak perlu dibayar. Jika saman tertunggak berjuta2 nilainya maka itu kelemahan pihak Polis menguatkuasakan saman. Saman WAJIB diselesaikan di Mahkamah bukan dibayar di balai polis. Yang dibayar di balai polis itu kompaun yang bukan suatu kewajipan tetapi hanya penyelesaian awal utk mengelak hadir Mahkamah. Jika saman masih berlambak di balai polis maka itu kelemahan polis yang tidak membawa saman utk dituduh di mahkamah. Kelemahan Polis jangan diletakkan beban kpd org ramai.

Supritendan Zaaba tulis perenggan kedua :

"Setiap hr lbh seribu kes kmlgn jlnrya di 155 daerah dlm Malaysia ni.. kmatian ssia kmlgn jlnrya di negara ni hmpir 7,000 org stahun. .org ni agaknya tak prnah baca Buku Laporan Perangkaan Kmlgn Jlnrya Mlysia stiap thn yg dkluarkn oleh kerajaan yg ada di library tu..kesian dia ni.. (spuluh thn sah 70,000 org mati ssia..rugi nyawa) apatah lg yg patah buta kudung cacat kekal mnmbah org cacat asli tu..tak kira lg yg cedera ringan, yg trauma, isteri jd balu, anakx jd yatimpiatu.. krugian RM bbilion prtukarn wang asing beli alatganti...bnyak lg jenis rugi yg tak dsiar oleh media... satu jam lbh punya cakap nasihat yg baikx oleh KTP...penulis ni rasanya mndpt silap mklumt..input salah output pun salah le.. Jlnrya bkn ibubapa kita punya, ianya orgramai punya (bkn jlnrya dlm kebun bapa penulis ni)..30 juta org punya..stiap hr average 18 org mati kmlgn jlnrya di Malaysia (bagus 7,000 org mati sthun ni gi mati bjuang di Israel)..."

Zulhazmi jawab :

Saya akui saya tak baca Buku Laporan Perangakaan kemalangan Jalanraya kerana bukan tugas saya untuk baca buku laporan tersebut walaupun ianya baik untuk bacaan tetapi Supritendan juga perlu tahu saya bekerja sebagai Peguam yang mengendalikan kes tuntutan insurans berkaitan kemalangan jalanraya. Saya tau, maklum & faham berkaitan kemalangan. Saya tak pernah galakkan sesiapa memandu melanggar peraturan malah saya juga hendak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menguatkuasakan peraturan mengikut undang-undang.

Kerugian berbiliion ringgit bukan sahaja kerana kemalangan tetapi kerana pembelian peralatan yang melampau nilai harganya. Contoh saya nak sebutkan di sini SAC Mohd Fuad KTP Bukit Aman dlm sidang media semasa memperkenalkan kamera perangkap laju versi terbaru Laser True Cam menyatakan bhw kamera tersebut dibeli dgn nilai $USD6000 seunit bersamaan RM18000 tetapi Menteri Dalam Negeri semasa menjawap pertanyaan Ahli Parlimen menyebut bahawa pembelian seunit kamera tersebut bernilai RM223, 500 seunit. Ini juga kerugian walaupun tidak dinafikan kemalangan juga suatu kerugian.

Jalan raya memang bukan mak bapak sesiapa yang punya. Tidak pernah pada bila-bila masa saya galakkan pengguna melanggar undang-undang dan menganggap jalanraya hak mak bapak sesiapa termasuk mak bapak saya.

Paling saya suka respond Supt Zaaba bahawa setiap hari purata 18 org mati & bagus 7000 org mati setahun tu pegi mati berjuang di Israel. Respond yang terbaik bagi saya ialah lebih baik mati berjuang di Israel. Tapi saya juga nak maklumkan kpd Supt Zaaba bhw bercakap memang mudah. Ada org2 Malaysia yang tak mau mati di jalanraya tapi nak syahid berjuang di Syria tapi bila balik Malaysia Polis tangkap di bwh SOSMA kerana katanya pengganas. Apa cerita plk tu??


Supritendan Zaaba tulis perenggan ketiga :

"Org mcm pnulis ni tak reti mnilai..aqal otak fikirannya nak mmbangkang je tanpa mmberi cadangn balas yg lbh baik.. cntohnya mcm mn nak dapat sifar kmlgn kmatian djlnrya stiap hari? mcm mn nak ubah cara pmnduan pmndux pnggngx yg tak mmatuhi Kod Lbhraya? pmikirx dlm PDRM, JPJ, SPAD, LLM, MKJR, JKR, PBT, JAS, DBKL, PPJ, MIROS, Kmntrian Pelajaran, PUSPAKOM dll semua brgabung kepala aqalfikiran utk mndidik rakyat kita spaya brhemah di jlnrya (satu nyawa mati kmlgn dnilaikn negara krugian lbhkrg RM1.3 juta, bygkn 7,000 org mati sthn berapa krugian..lain lg kos mnggung mrk yg cacat tu).. Biarlh pnulis ini dgn imaginasi negatifnya, biarlh dia dgn group minoriti kecilnya mnentang pndapat ramai dlm usaha mncegah kmlgn jlnrya ni (dia mcm antah dlm seguni beras)...kasihanilh dia krn dia jahil, tugas kita utk mndidiknya..teruskn amal baik kita walaupun dtentang oleh orgx yg mcm ni..kita ingat pahala je..perkara baik mmg bnyk ujian...dia akan trsentak bila diri dia atau kluarganya sndiri trlibat mati kmlgn jlnrya dsebabkn psalahx yg bila dsemak rekodnya ddapati mmpunyai rekod bpuluh saman trafik yg blm selesai...

Zulhazmi jawab :

Tulisan saya bertajuk "LOKAP SELAGI TAK BAYAR" tu hanya merujuk kepada prosedur waran tangkap. Tidak lebih dari itu. Saya menilai dan terus menilai menggunakan akal & otak bukan membangkang sesuka hati. Mungkin Supt Zaaba tak kenal saya. Selama ini saya kerap kali juga memberikan cadangan bagaimana mengurangkan kemalangan. Saya bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] juga ada membuat kempen kesedaran memandu berhemah. Kami mengedarkan risalah pemanduan berhemah di Plaza Tol Sg Besi. Kami juga memberikan penerangan dan penjelasan berkaitan perundangan malah saya juga turut terlibat membuat kajian dan cadangan kepada Ahli Parlimen untuk membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan yang dipinda beberapa kali di Parlimen. Saya faham benar berkaitan Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan tujuan penggubalan dan pindaan yang dibuat. 

Saya beberapa kali sebutkan bahawa korikulum pelajar sekolah memandu perlu diubahsuai mengikut masa. Cara ujian, praktikal dan sebagainya perlu diubahsuai bagi memastikan setiap pemegang lesen faham kewajipan mereka menggunakan jalanraya dengan selamat. Pengguna jalanraya perlu dididik supaya menggunakan jalanraya dgn selamat. Itu perlu sama seperti penguatkuasa spt Polis Trafik juga perlu menguatkuasakan undang2 mengikut undang-undang. Jangan kuatkuasa undang-undang tidak mengikut undang-undang. Itu samseng namanya.

Kemalangan bukan kerana mempunyai rekod saman. Ada org ada saman parking berpuluh tapi salah parking tak mengakibatkan kemalangan. Jangan bergantung kepada banyaknya saman menjadi punca kemalangan. Punca kemalangan bukan saman tetapi kecuaian dan faktor2 lain spt keadaan jalan, cuaca dan sebagainya.


Supritendan Zaaba menulis perenggan keempat terakhir :

"Biarlah, llama dia akan sedar usaha murni kita bkempen brusaha mguatkuasakn undangx demi mncegah kmlgn jlnrya ni adalah benar..sy percaya pnulis ni mmg salah seorg yg klu dsemak rekod pmnduannya mmg mmpunyai rekod pesalah saman yg bnyak (pasti lepas ni dia akan ccepat jelaskn samannya..) .Setakat ni mmg kempen dan usaha kita sudah nmpak hasilnya, bacalh buku lporn tahunn tu."

Zulhazmi menjawab :

Saya tak pernah kondem atau bantah sebarang usaha murni sesiapa yang berkempen menguatkuasakan undang-undang dan berkempen mencegah kemalangan. Saya tidak pernah kata sebarang kempen mengurangkan kemalangan tidak benar atau salah. Selama ini apa yang saya kata atau pertikai ialah cara yang dilakukan untuk tujuan tersebut.

Contohnya Kerajaan kata untuk kurangkan kemalangan maka diperkenalkan AES. Ini saya bantah dan akan terus bantah kerana AES tidak akan mengurangkan kemalangan malah lebih teruk AES menjerat pengguna dan mengkayakan syarikat swasta. Jika benar AES mengurangkan kemalangan, kenapa AES tidak dilaksanakan serentak seluruh negara? kenapa AES hanya dilaksanakan di 14 lokasi yang mana sehingga hari ini masih tidak tahu apa pencapaiannya?? Yang menjadi mangsa ialah pengguna jalanraya tetapi yang mengaut untung ialah syarikat pembekal kamera. Ini salah & saya akan terus tentang.

Supritendan Zaaba boleh semak rekod saya dan kalau tak mau semak pun tak apa, saya boleh maklumkan sendiri. Saya ada 23 rekod. 3 rekod untuk traffic obstruction dan 20 utk speeding.

Saya tak pernah bayar dan tidak akan bayar kerana bagi saya mudah, kesemua 23 rekod tersebut hanya notis dan bukan saman. Saya tidak pernah pada bila-bila masa menerima saman yang mengarahkan saya ke mana-mana Mahkamah. Jika ada saman mengarahkan saya ke Mahkamah, saya akan ke Mahkamah. Kita jumpa di Mahkamah. Untuk membuatkan saya bayar saman tersebut, sila buktikan di Mahkamah & biar Mahkamah tentukan samada saya perlu bayar atau sebaliknya.

Akhir sekali, tahniah kerana berjaya berusaha mengurangkan kemalangan.


ZULHAZMI SHARIFF

*Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Pengguna, Pekerja & Alam Sekitar DPPM.

Untuk rekod, jumlah saman tertunggak yang polis nak cari sekarang bernilai RM570juta. Banyak tue.

Lihat ;


Jika polis berhasil mendapatkan RM570juta macam2 depa boleh buat wooo. Itu yang beria2 keluarkan waran tangkap apa bagai semua. Dan untuk rekod, sudah pun ada individu yang ditahan akibat notis saman.

Sila baca ;


Polis buat operasi = masa check pemandu = didapati ada waran tangkap ke atas pemandu tersebut sebab memiliki lebih dari satu saman = waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mana2 pemandu yang mempunyai lebih dari satu jenis saman = dibawa ke lokap sehingga kes saman diselesaikan.

Habislah 11 orang tue. Kalau kaya raya mungkin boleh rileks2 aje kan.

Kalau tak berduit? Memang pening kepala la nak fikir untuk settlekan masalah. Haru wei.

Dan, POLIS dikatakan telah memadamkan posting berkaitan waran tangkap. Yang bertajuk lokap selagi tak bayar saman.

Lihat ;

Posting di atas telah hilang dari laman rasmi fb polis dan perkara ini pula dikesan oleh peguam yang mula2 sekali membidas polis isu berkenaan.

Rujuk ;


Kenapa polis padamkan hah? Kenapa? Apa sudah berlaku sehingga polis memadamkan posting berkenaan? Bagaimana pula dengan laporan akhbar? Boleh revert ke? Jangan harap! 1Malaysia dah baca kot.

KAH KAH KAH

Peguam PAS memperolehi kemenangan yang pertama. Oleh kerana peguam tersebut mewakili rakyat maka rakyat juga telah memperolehi kemenangan yang pertama. Ting ting tingg...

RAKYAT = 1
POLIS = 0

KAH KAH KAH

Rujukan : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...