Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 April 2014

Penjelasan Kristian Kenapa Mereka Guna Bahasa Melayu Promosi Muzikal EASTER.

Kesian orang2 kristian kat negara neh. Serba tak kena jadinya melayan ragam NGO Islam. Baru2 neh ISMA sound Kristian. Isu nya berkisar tentang satu banting yang mempromosikan teater sempena sambutan hari easter bagi penganut kristian.

Lihat ;


Dan ini pula respon mereka ;

Gereja Pentecostal di Seremban berkata mereka mengikut undang-undang untuk meletakkan banting dalam bahasa Melayu bagi mempromosikan muzikal Easter, bahasa yang dipercayai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak seharusnya digunakan oleh bukan Islam di Malaysia.
Pembantu Paderi Gereja Komuniti Agape, Tan Szet Anne, berkata bahasa Melayu digunakan dalam promosi muzikal Easter kerana mengikut arahan Majlis Perbandaran Seremban yang mengarahkan semua sepanduk dan banting yang digantung menggunakan bahasa kebangsaan.
“Kami menganjurkan muzikal sempena Easter setiap dua tahun sepanjang 20 tahun lalu dan tidak pernah ia menjadi isu."Ia adalah undang-undang yang boleh dilihat di laman web majlis tempatan, kami meletakkan banting dan sepanduk dalam bahasa Melayu," katanya kepada The Malaysian Insider -TMI-

Rupanya depa ikut arahan undang2. ISMA pula punyala fikir negatif anggap depa nak hasut muslim masuk kristian beramai2. Itulah korang. Bermain dengan kata2, tuduhan, fitnah, kebencian, persepsi last2 perangkap diri sendiri disebabkan tatau nak bezakan mana satu kebenaran dan kebatilan. Selalu tuduh2 non muslim jahat sangat alih2 dah bentuk diri bahawa kita perlu mencipta permusuhan dengan non muslim.  

Apa pun tak boleh.

Pada ISMA, penggunaan bahasa melayu bermaksud hasut orang2 islam masuk ke ajaran kristian. Ada dua benda yang ISMA neh cuba paparkan. Dua benda itula yang buat aku angin satu badan dengan ISMA. Siyes aku cakap neh.

Pertama.

Bab bahasa. Apa yang aku nampak ISMA cuba tunjukkan kepada masyarakat kristian bahawa umat Islam memeluk agama Islam bukan kerana keindahan agama itu sendiri. Sebaliknya kerana bahasa. Disebabkan bahasa melayu digunakan dalam dakwah Islamiah di negara ini maka sebab itulah melayu masih kekal dengan Islam. Bukan disebabkan Islam tetapi disebabkan bahasa. Melayu di negara ini tertarik dengan Islam kerana bahasa. Melayu tak sayang Allah kerana dia kenal Allah. Melayu jadi sayang pada Allah kerana bahasa. Melayu tak sayang Nabi kerana Nabi melayu sayang Nabi kerana bahasa. Itu yang ISMA cuba tunjukkan bila dia bangga2 ucap depan press kondem kristian guna bahasa melayu promote muzikal easter.

Kedua.

Melayu neh bodoh gamaknya. Semua melayu2 di negara ini BODOH nak MAMPOS. Mereka tak pandai membaca bahasa english. Mereka pandai baca bahasa melayu aje. Kalau ada apa2 penulisan dalam bahasa english melayu memang tak amek port. Kalau ia dalam bahasa melayu baru melayu2 neh amek port. Begitulah sedikit sebanyak maksud disebalik penyampaian ISMA.

Orang kalau nak murtad, dia murtad. Peduli apa bahasa apa sekalipun yang lue guna.

Takanla umat Islam Malaysia neh benak sangat. Tengok promosi hari easter dalam bahasa melayu tetiba rasa nak murtad? Iman dah goyang? Arhhhhh nak p murtad ah. Pasal apa? Pasal tadi baca promosi banner kristian dalam bahasa melayu.

Ada logik ka?

Dari kecil sampai besar. Mak ayah ajar solat. Dari kecil sampai ke besar pergi sekolah agama. Dari kecil sampai ke besar asyik dengar ceramah. Dari kecik sampai ke besar tak henti2 baca Alquran. Alih2 jumpa banting kristian dalam bahasa melayu terus rasa nak murtad? Macam tue ke?

Jangan tatau.

Kebanyakkan yang jadi atheis ini bukan orang2 yang bebal nak mampos. Tapi ramai yang bijak pandai. Maksudnya ko letak la banner dalam bahasa apa pun kalau orang tue nak murtad dia tetap murtad. Walaupun bahasa menjadi pemudah cara untuk mengenal agama. Untuk memahami agama. Namun ia adalah dirinya sendiri untuk tentukan apa yang dia mahu fikirkan mengenai persoalan2 agama dan berkaitan akidah. Maksudnya, tak kira la ko hidup dalam bahasa apa pun, kalau la ko mendapat didikan yang betul dan memandu hidup ko ke arah yang betul insya-Allah pengakhiran ko juga akan betul.

Dalam erti kata lain, ada banyak buku2 agama Islam dalam bahasa melayu. Ada juga buku2 kristian dalam bahasa english. Tetapi Lina Joy yang dilahirkan melayu, yang dibesarkan dalam suasana didikan agama Islam, walaupun beratus2 ribu buku bahasa melayu berkaitan agama terjual meluas kat negara neh yang dia boleh beli, baca dan fahamkan buka tv boleh dengar ceramah, berjalan2 keluar boleh nampak banner2 berkaitan agama dia tetap konsisten mahu murtad dan masuk kristian.

Kenapa? 

Lina Joy tak pandai baca bahasa melayu?

Lina Joy pandai. Tetapi ahti dia, keinginan dia, kemahuan dia mahu memandu dia keluar dari Islam.

Punyalah banyak orang2 melayu mahir berbahasa english kat negara neh. Apakah mereka2 ini tidak boleh membaca buku2 kristian versi english dan memilih untuk murtad disebabkan mahir dalam bahasa english?

Mereka tidak mahu.

Bukan kerana tak boleh cari bahan2 bacaan kristian dalam bahasa english tetapi ahti mereka, keinginan mereka dan kemahuan mereka mahu mengekalkan mereka dalam agama Islam sebab itulah yang mereka percaya dan yakin.

Apakah peranan bahasa itu penting dalam tentukan akidah kita?

Sama sekali tidak. Bahasa boleh membantu kita untuk perkuatkan akidah dan menambahkan ilmu dengan pembacaan tetapi dia bukan penentu utama kenapa kita mahu murtad ataupun tidak.

Kalau ada agama baru datang dalam bahasa melayu macam ajaran ayah pin. Huha2 ajar benda2 mengarut. Tapi dalam bahasa melayu tue. Ada ke semua umat islam murtad beramai2 dan peluk ajaran ayah pin kerajaan langit? Tidak juga. Kenapa?

Sebab manusia inila yang bestnya tentang dorang. Dorang ada akal untuk pandu dorang buat keputusan. Content agama dalam bahasa apa sekalipun adalah sama. Jangan la rendahkan pemikiran dan intelektual orang2 melayu dan umat Islam bila buat bantahan yang sia2 atas nama NGO ISLAM.

Siyes. Itu memalukan. Aku tak boleh terima langsung.

Akidah kita ditentukan dengan apa yang kita mahu percaya. Bila kita dah start percaya benda2 tue maka kita akan pandu diri kita ke arah yang kita percaya dan yakin tadinya tue. Bagi peluang dan ruang, bagi kepercayaan dan yakinla bahawa umat Islam di negara ini tidakla sebodoh yang disangka.

Kalau bodoh sangat dah lama melayu2 semua sokong BN dan UMNO. Pasal tak semua melayu bebal nak mampos la terdapatnya melayu2 di luar sana tak sokong UMNO dan BN pun. Itu sebab pemikiran dorang dipandu akal dan iman yang waras. 

Bila dipandu akal yang tak waras dan iman yang juga separuh masak sudah tentu mereka sokong UMNO walaupun terbukti sudah banyak kali UMNO itu bukan saja menyeleweng mengenai hal2 pentadbiran keduniaan bahkan ia melibatkan agama dan kepercayaan juga. Itu sampai keluar khutbah jumaat pelaksanaan GST berpandukan syarak dan syariat Islam. Syariat ISLAM kepala hotak korang. 

Apa pun aku tegaskan sekali lagi. Apa yang kita mahu percaya adalah bergantung sepenuhnya kepada diri kita. Mak bapa sekalipun helpless terhadap kepercayaan yang ada dalam ahti anak2 kandungnya sendiri. Sejarah sudah membuktikan banyak kali. Tinggal kita baca, faham dan hayati untuk ambil pengajaran2 yang berguna darinya.

Dan aku tertarik dengan ayat Benz Ali. Perkongsian yang bermanfaat pada aku.

Hidup antara orang bertuhan dan tidak bertuhan. Hidup antara orang beriman dan tak beriman. Dalam hidup neh jika ada tuhan maka orang2 yang beriman akan selamat. Dalam hidup neh jika tiada tuhan sekalipun, orang2 yang beriman tetap akan selamat. Kerana orang2 yang beriman telah mengambil option yang paling tepat untuk meletakkan diri mereka diposisi yang paling selamat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ada tuhan atau tiada tuhan orang2 beriman tak pernah rugi satusen pun. Itulah kebaikan menjadi orang2 yang beriman. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...