Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 April 2014

Gambar2 Kemalangan Maut Karpal Singh - Akhlak Pejuang2 Islam PR Terserlah.

Ada masa2 tertentu kita perlu berlakon bahawa kita neh baik orangnya. Kita perlu menunjukkan kepada orang lain khususnya UMNO bahawa kita neh sebenarnya open minded dan berlapang dada dengan ahli2 dari parti komponen PR yang lain. Kita boleh raikan perbezaan pendapat dengan matang. Kita ialah pejuang Islam versi PR ma. Kita nak tegakkan keadilan tue. 

Tapi lakonan tak selalunya bertahan lama sebab ia LAKONAN la katakan.

Lebih baikla sikap UMNO yang terus terang tunjukkan betapa mereka jelik pada Karpal Singh. Daripada buat2 berlakon macam tak rasa apa2 tetapi bila orang tue mati dan dah takde kat dunia neh segala macam yang tersimpan semua terkeluar.

Aku tak pula selalu bersetuju dengan mendiang Karpal Singh. Tapi aku selalu kalau ada apa2 pendapat dia yang aku tak boleh terima, aku akan nyatakan terus terang melalui penulisan. Tanpa perlu rasa berat ahti untuk spin dan bekap dia habis-habisan. Tanpa perlu rasa ralat terpaksa cover untuk dia. Tanpa perlu rasa bermuka2. Aku akan cakap apa yang aku rasa walaupun orang mungkin tak suka apa yang aku cakap.

Hahaha.

Gambar2 kemalangan maut yang melibatkan mendiang Karpal Singh kat bawah neh ;





 


Ada juga sebaran yang mengatakan. Ada gambar Karpal Singh yang pecah muka dan sebagainya. Minta tolongla jangan rendahkan maruah diri kita untuk sebarkan gambar2 yang tak berkaitan. Dan minta tolongla jangan buat kaitan2 yang menyebabkan orang rasa jelik dengan kepercayaan kita. Andaian2 yang kita rasa betul dan benar itu tidak akan terbukti sehinggalah Allah mengesahkan di alam akhirat sana. Hidup kita pun kucar kacir untuk kita sembang kencang bab hidup orang lain. Sampai bila agaknya kita bersedia terima kelemahan diri sendiri dan memperbaiki diri kita berbanding bercakap pasal pengakhiran hidup orang lain agaknya?

Pengaruh Karpal Singh dalam DAP sama aje macam pengaruh Mahathir dalam UMNO dan pengaruh TG Nik Aziz dalam PAS. DAP salah seorang sahabat sepolitik dan sekuasa korang sedang hadapi kehilangan dan kesedihan. Belajarla. Belajarlah buat pengkhususan supaya tak kelam kabut pemikiran tue.

Dan bayangkan kalau ahli2 DAP baca lomen2 penyokong2 PR macam kat bawah neh ;


Macam neh punya attitude korang nak sembang kencang bab Islam? Setakat mengaku pejuang Islam je la hebat. Jangan halakan pistol kat aku. Aku tak pernah mengaku aku pejuang Islam sebab aku reti sedar diri.

Suka untuk diingatkan, mati itu bukan untuk Karpal Singh tetapi kita semua. Mati itu bukan untuk Najib dan Anwar je bahkan kita semua. Berpada2 dalam berbahasa bila seseorang menghadapi kematian. Suka tak suka tak perlu ditunjukkan dalam sesetengah perkara kerana Allah maha mengetahui. Tak luak pun keimanan korang kalau tunjukkan rasa hormat pada yang menghadapi kematian. Jangan sibuk bab bekalan orang lain tapi sibuk la pasal bekalan dan amalan diri sendiri. Apa yang kita buat untuk cegah kemungkaran bukan hanya dari segi kuantiti bahkan kualiti pun perlu kita jaga.

Fikirkan nasihat ini ;

 
Terima kasih pejuang2 Islam.

Akhlak terpuji sesuai dengan ajaran Islam. Lepas tue tertanya2 dan sakit ahti sendiri kenapa DAP tolak hudud.

HAHAHAHAHAHAHA.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...