Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Mac 2014

Najib Keluarkan Kenyataan Bodoh Beli Ayam RM1 Seekor Ialah Konspirasi Semata2.

Kamu ada teori konspirasi? Aku juga mahu mengadakan teori konspirasi. Dan ini teori konspirasi aku.

Kisahnya begini ;




Umum tahu Malaysia kini menjadi perhatian dunia gara2 pesawat MAS #MH370 yang tiba2 hilang dari radar dan gagal dikesan sehingga sekarang (selepas 3 hari berlalu).

Sana sini orang bercakap mengenai pesawat yang hilang itu. Dalam dan luar negara bercakap mengenai hal ini. Pelbagai teori demi teori diperkatakan. Ada yang kata ini kerana USA nak mencabar kuasa besar China dan Rusia. Ada yang kata ini angkara terrorist cina muslim. Ada yang kata ini angkara pengganas yang mahu menghancurkan China. Dan ada juga yang mengatakan Malaysia dijadikan sebagai HUB untuk mengintip kekuatan pertahanan negara CHINA, VIETNAM dan RUSIA yang mana pesawat MH370 dijadikan sebagai batu loncatan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Senang cakap apa yang terjadi ini adalah konspirasi dari negara2 kuasa2 besar la..

Malaysia jadi tumpuan dunia.

Media Malaysia hari2 dok citer benda neh.

Maka Najib hilang dari perhatian media. Rosmah pun sama. Citer2 politik orang tak layan. Baca pun tidak. Semua hanya berminat nak tahu perkembangan terkini mengenai MH370 semata2.

Malaysia juga dipersoalkan mengenai tahap keselamatan sistem penerbangan mereka. Apabila 2 orang warga asing boleh menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MAS bukan kah ini bermaksud pihak imigresen negara kurang cekap dalam mengenalpasti mereka2 yang menggunakan identiti palsu? Percaya atau tidak, MALAYSIA dikritik oleh orang luar kerana perkara ini.

Sekali lagi intergriti MAS dipersoalkan. Imej Malaysia tercalar.

Saham MAS ketika ini dilaporkan jatuh. Semalam 11%. Dan hari neh ada orang bagitau aku ia telah jatuh sebanyak 22%. Sudahlah operasi mencari memerlukan banyak wang. Lepas tue kerugian lagi. Bagaimana MAS dan Malaysia boleh menanggani krisis terburuk dalam sejarah kita ini? Ikut protokol biasa, rakyat yang akan bailout kerugian ini. Macam tak biasa. Tiap2 tahun begitu juga pusingannya.

Maka.

Teorinya, Najib sengaja keluarkan kenyataan BODOH untuk alihkan tumpuan rakyat daripada isu MAS kepada isu AYAM.

Dia sebut ;

1. Kita perlu bijak membeli.

2. Akibat bijak membeli dia dapat membeli ayam rm1 seekor.

3. Dia sudah beli satu dan ada 999 ekor ayam lagi yang boleh dibeli.

Adakah dia cuba nak gambarkan ;

1. Aku ialah perdana menteri yang tidak pandai. Aku fikir setiap rakyat di negara ini tidak bijak membeli dan tidak pandai membuat penawaran sebab tue la mereka tak dapat nak beli harga ayam rm1 seekor macam aku?

2. Aku beli ayam rm1 seekor sebab ada offer disitu dan aku fikir setiap hari di semua tempat harga ayam memang rm1 seekor. Cuma rakyat aje tak pandai mencari?

3. Aku fikir jumlah rakyat di negara ini dalam 10-20 orang. Sebab tue aku bangga sangat bagitau ada 999 ayam yang berharga rm1 seekor ?

NO. TIDAK. BUKAN. JANGAN FIKIR BEGITU.

Itu bukan tujuan utama NAJIB. Apa yang NAJIB sedang fikirkan ialah dengan mengeluarkan kenyataan yang begitu BODOH ini maka tumpuan rakyat dapat dialihkan daripada MH370 (dan juga beberapa kes kecuaian yang dikaitkan dengannya) kepada dirinya.

Semua orang akan sambung kutuk dia semula.

Dia dapat glamer, jadi tumpuan media sekali lagi dan sekaligus dapat menutup beberapa kelemahan yang dikesan akibat kehilangan MH370 ini.

Inila konspirasi yang sebenar. Awas, jangan terpedaya dengan taktik licik mereka.

Sekian. 

** Kelemahan yang diperkatakan adalah mengenai tahap keselamatan isu pasport palsu. Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...