Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Mac 2014

Infografik Kehilangan #MH370 - 5 Individu Perlu Letak Jawatan- Kemaskini Terbaru


Setelah melalui dua sidang media. Tolong fahamkan.

1. Kerajaan hanya menyebut ia berakhir di Lautan Hindi Selatan.

2. Bagaimana ia berakhir disitu?

3. Lihat info grafik ini ;

 
Ini anggaran. Bukan fakta. Tolong faham. Kalau ikut info grafik kat atas, ia menepati dengan keterangan saksi yang melihat ada pesawat di atas laut Andaman pada 8 March 2014. Pada hari terakhir pesawat tersebut di kesan. Kita masih ingat lagi. Ramai yang mempertikaikan kenyataan wanita yang pulang dari umrah tersebut adalah disebabkan ;

- Jarak.

- Penglihatan manusia terhad. 

Ia bukan sahaja jauh bahkan penglihatan manusia sangat terhad. Tetapi bagi orang Islam kami memegang bahawa ia mungkin petunjuk dari Allah. Tak siapa tahu.

Katakanlah pesawat tersebut jatuh di atas laut Andaman, ia bermakna arus yang membawa ia terus ke dalam dan ke dalam lautan hindi selatan.

Untuk rekod, kita melakukan pencarian di laut china selatan selama 7 hari. Dalam masa 7 hari macam2 boleh berlaku di atas laut andaman. Dari awal lagi, kita mencari di kawasan yang salah.

4. Satu lagi info grafik yang diperolehi ;


Ini juga anggaran. Bukan fakta. Kalau ikut info grafik di atas mereka bayangkan ia terhempas di perairan Indonesia sehingga di bawa oleh arus ke lautan hindi selatan.


Macam2 andaian ada. Macam2 kemungkinan ada. Sehingga kini SAR masih gagal mengenalpasti di manakah tempat pertama pesawat MH370 jatuh dan terhempas.

Namun, Najib tidak menyebut pesawat MH370 sebagai terhempas ye. Dia hanya sebut sebagai kali terakhir di kesan ialah di lautan hindi selatan. Harap maklum.

5. Baikla, bagaimana Najib mendapatkan maklumat ini dari IMMARSAT? IMMARSAT memaklumkan mereka mengenalpasti pesawat MH370 berdasarkan kepada 7 isyarat ping yang diterima dari pesawat tersebut. Pesawat tersebut sepatutnya menghantar ping setiap satu jam sekali. Yang 7 isyarat ping neh aku tak sure merujuk kepada 7 jam yang terakhir ataupun 7 isyarat ping yang terakhir.  Dan ping terakhir itu menunjukkan bahawa kali terakhir ia menghantar isyarat ia berada di atas lokasi seperti dalam gambarajah di atas.

Menurut pakar penganalisa maklumat satelit, ia memang memerlukan ;

- Masa untuk mengkaji maklumat2 yang diperolehi dari satelit.

- Data2 yang diterima bersifat RAW (mentah) belum diproses.

- Setelah diproses ia perlu disahkan.

- Setelah disahkan ia perlu disemak kembali oleh penganalisa yang lain pula.

Setelah diyakini analisis mereka selari dan berpadanan antara satu sama lain (dua agensi pakar penganalisa) maka baru la ia boleh diproses sebagai fakta dan diberikan kepada pihak berkaitan untuk diserap sebagai maklumat tambahan.

Dan, hasilnya mereka memutuskan bahawa pesawat MH370 kini berada di dalam laut hindi selatan.

Maka koridor utara akan diabaikan serta merta. Tumpuan kini hanya merujuk kepada laut hindi Selatan. Itu sebab Najib umumkan kali terakhir ia dikesan ialah di laut hindi selatan. Tetapi ramai yang tafsirkan ia sebagai terhempas disitu. Itu hanyalah andaian awal memandangkan tiada apa2 pulau yang berdekatan disitu yang memungkinkan mana2 pihak yang terperangkap dalam pesawat tersebut selamat.

Kekeliruan wujud dalam maklumat yang disebutkan oleh Najib.

Aku rasa ramai yang keliru kat sini termasukla aku. Namun aku rasa ia boleh dimaafkan. Bila Najib tak sebut perkataan terhempas ia sebenarnya betul juga. Ia merujuk kepada kali terakhir isyarat dikesan. Bukan merujuk kepada lokasi ia terhempas. Sebab itu Najib sebut ia telah berakhir disini.

Bila MAS sebut dukacita dimaklumkan semua nyawa tidak dapat diselamatkan ia betul juga. Ia merujuk kepada keadaan lautan hindi selatan yang menyukarkan mana2 manusia yang terperangkap untuk terus kekal hidup selama 17 hari lamanya.

6. Adakah kesemua penumpang2 MH370 disahkan mati? Atau hilang? Menurut Najib perkara ini akan diserahkan kepada majlis fatwa negara. Merujuk kepada orang2 Islam. Menurut Haji Hadi ia memerlukan masa 4 tahun lamanya untuk mengesahkan seseorang yang hilang itu disahkan mati dalam Islam. Oleh kerana apa yang berlaku di MH370 tidak boleh disahkan sebagai mati akibat tiada bukti (jasad) bahkan tiada saksi (tiada objek2 yang boleh mengaitkan pesawat MH370 masuk ke dalam lautan hindi) maka ia hanya boleh diklasifikasikan sebagai hilang.

Lihat ;

Dan satu pendapat yang menarik juga ;
 
For me this issue is open for discussion. And hak masing masing utk masih berharap penumpang dan krew masih selamat; atau percaya kapal itu sudah tidak akan dijumpai lagi. 

Tak perlu utk paksa semua org percaya kapal itu dah terhempas dan semua sudah meninggal. Dalam ucapan PM kita semalam, he did mentioned that, "assumption is made based on data and analysis.."

So far, there are no conclusive evidence seperti bangkai kapal atau serpihan atau black box. 

And as for me, i chose to believe on this; that there is still hope in the end of the tunnel. Even the weather is dark and stormy, there is still light, at the end of the tunnel. Selagi mana bangkai kapal atau serpihan belum dijumpai, i chose to believe that masih ada harapan utk mrk selamat. 

Boleh utk anda yakin dgn data dan analisis semua itu, but just for you to know, kdg kdg ada benda, di luar jangkauan kita. Even the greatest technology and science could not explained it, only beliefs and hope can help you to explain it.

Hope is something that makes human being so strong. Stronger than human normally can be. 

At this time, respect kebebasan utk percaya pd pandangan sendiri. Tak perlu memaksa. Setiap manusia ada harapannya dan ada cerita disebalik harapan mrk.

Utk yg percaya kapal sudah tiada dan mrk sudah tiada, maka berdoalah utk kesejahteraan mrk di sana. Dan utk yg masih berharap, berdoalah supaya mrk dalam keadaan terbaik dan selamat.

Bukan nak menyanggah teknologi dan sains, tapi kadang kala, walau sehebat mana teknologi dan sains; ia belum mampu utk menandingi kekuatan doa, harapan dan keimanan.

Tabahkan wahai hati anda keluarga penumpang dan krew MH370. Satu dunia berdoa bersama anda.

7. Negara kita akan melakukan upacara berkabung bagi memperingati kesemua mangsa2 dalam insiden MH370.

8. Pemimpin2 negara juga telah bersetuju akan menubuhkan siasatan diraja bagi mengenalpasti kenapa MH370 ;

- Tukar laluan
- Berakhir di lautan hindi selatan
- Punca kesalahan meknikal yang menyebabkan mereka hilang

9. Operasi SAR akan diteruskan oleh Malaysia bagi mengesan apa2 petunjuk samada dalam bentuk jasad ataupun objek yang boleh mengaitkan ia dengan pesawat MH370.

10. MAS akan bertanggungjawab sepenuhnya dari segi kebajikan dan kewangan ke atas kesemua ahli keluarga penumpang yang terlibat. 

11. Untuk rekod, negeri Johor sudah mula berkabung bermula hari ini sejurus Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di lautan hindi selatan.

12. Siang tadi pun di China, ahli2 keluarga mangsa melakukan protes aman di hadapan kedutaan Malaysia di China. Mereka berang sebab pada mereka kerajaan Malaysia lambat bertindak dan juga kerana hanya mendapat sedikit maklumat.




13. Tumpuan kerajaan dan pasukan SAR ialah kotak hitam dan bangkai pesawat.

14. Apa yang amat dikesali ialah MALAYSIA pasti akan menjadi tumpuan dunia kerana dunia akan mempersoalkan apa yang kita buat 7 hari di LCS? Kat media2 antarabangsa dah mula mempersoalkan perkara ini.

15. Walaupun operasi SAR udara ditangguhkan sehari dan hanya akan bersambung pada petang esok disebabkan cuaca buruk namun operasi SAR laut tetap diteruskan macam biasa. 

16. China meminta kesemua butiran satelit yang dimiliki oleh Malaysia yang menyebabkan Malaysia mengumumkan pengakhiran pesawat MH370 di selatan lautan hindi.

17. Bagi menzahirkan rasa simpati Australia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengecualikan bayaran visa terhadap kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang akan masuk ke Australia bagi mengikuti perkembangan terkini operasi SAR. 

18. Dan seperti biasa, Malaysia sentiasa dikritik oleh pihak2 antarabangsa mengenai cara mereka mengendalikan insiden kehilangan MH370. Yang terbaru dari bekas ketua keselamatan udara AS. 

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tidak-cekap-kendalikan-penyiasatan-mh370-kata-bekas-ketua-keselama 

Yang neh pula dari Washington post ==> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/washington-paper-says-mh370-saga-shows-malaysia-must-be-more-open

Antara isi kritikan penulis ialah ;

- Ia mendedahkan pemimpin negara gagal menanggani krisis MH370.

- Ia juga menunjukkan cara orang melayu mentadbir negara

- Ia juga menulis mengenai kelamahan2 pemimpin negara yang seringkali keluarkan kenyataan2 yang bercanggah di antara satu sama lain.

- Pemimpin2 negara perlu belajar dari insiden ini.

- Pemimpin juga diseru untuk bersikap lebih terbuka dengan perkongsian maklumat dan data.

Aku tak semestinya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang mereka laporkan ye. Harap maklum. 

18. Yang terakhir, mengenai pengumuman Hishammudin ;

(1) MAS akan mengetuai urusan komunikasi dengan anggota keluarga penumpang.

(2) Inmarsat menyemak maklumat terhadap enam lagi pesawat Boeing 777 yang terbang pada hari yang sama dengan MH370.

(3) Usaha mencari dan menyelamat di Koridor Utara dan kawasan Utara Koridor Selatan, berdekatan Indonesia dihentikan.

Carian kini difokuskan di Selatan Lautan Hindi.

(4) Alat pengesan kotak hitam dikenali towed pinger locater dari Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Perth dan dijangka tiba esok.

(5) Ia akan dipasang pada kapal Ocean Shield milik Australia, yang secara gilirannya akan tiba ke kawasan carian pada 5 April.

(6) Siasatan pada simulator kapten pesawat Zaharie Ahmad Shah masih berhalan dan polis masih menunggu maklumat terkini daripada agensi luar negara yang membantu.

(7) Malaysia akan terus mencari pesawat itu walaupun negara lain menarik diri.


Sebenarnya. Masih ingat lagi tak krisis tsunami yang pernah berlaku di Jepun? Menteri2 mereka letak jawatan. Di Malaysia untuk meredakan kemarahan ahli keluarga mangsa 5 nama ini perlu meletakkan jawatan.

1. CEO MAS

2. Najib Razak

3. Hishammudin Hussien

4. Zahid Hamidi

5. Pengarah DCA.

Mahu tahu kenapa?

CEO MAS kerana pesawat yang hilang itu adalah MAS. Ini adalah tragedi. Aku faham. Tetapi atas nama tanggungjawab dan juga untuk meredakan kemarahan ahli2 keluarga mangsa, CEO MAS Ahmad Jauhari perlu berundur.

Najib Razak, Hishammudin bertanggungjawab sepenuhnya atas 7 hari operasi di LCS. Maaf, aku taknak tuduh2 dorang salah ke apa kat sini. Cuma seperti yang pakar sebut. Kita lambat bertindak, sepatutnya operasi ini boleh disingkatkan. Merujuk kepada 7 hari yang terbuang di LCS. Maka, atas nama tanggungjawab, mereka juga perlu meletak jawatan. Itu tak masuk lagi bab radar tentera, kawalan keselamatan udara, protokol station radar, dan maklumat2 yang bercelaru yer.  Aku bukan nak tuduh2. Sebenarnya macam pakar sebut, mereka tiada pengalaman untuk menanggani krisis berat kerana di Malaysia kita memang tak banyak pun krisis2 berat. Paling berat pada BN pun ialah macam mana nak menghilangkan pengaruh Anwar. Jadi kedua2 adik beradik sepupu ini perlu sangat2 meletak jawatan bagi menjaga kredibliti negara di mata dunia.

Zahid Hamidi pula mewakili pihak IMIGRESEN yang gagal mengenalpasti passport tiruan. Aku pun taknak tuduh2 dia bersalah tetapi sekali lagi atas nama tanggungjawab dia kena letak jawatan. Lagipun hari tue Mahathir dah sindir dia sebab keluarkan kenyataan bodoh dan memalukan negara, dia patut amek tanggungjawab tersebut dan meletak jawatan.

Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman. Kenapa ek? Dia banyak bagi maklumat salah. Yang paling kontroversi bab gambaran pemegang passport palsu. Kena letak jawatan atas nama tanggungjawab.

Jangan salah faham ye. Aku tak kata mereka berperanan kepada kehilangan pesawat MH370. Cuma nak bagitau apa yang berlaku perlu ada orang yang tertentu untuk memikul tanggungjawab bagi mengekang kemarahan umum terhadap insiden MH370.

Harap Najib, Ahmad Jauhari, Hishammudin, Zahid dan Azharuddin, letak la jawatan kamu sebelum masyarakat antarabangsa benar2 menuntut kamu untuk berbuat demikian. Kita tengah cakap pasal nyawa orang. Bukan cakap pasal propaganda politik dan sebagainya. Harap maklum. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...