Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Mac 2014

Betul Ke Tentera USA Di Terlihat Di Ipoh Dan Kota Bharu? - Ini Jawapan nya..


Gambar di atas tersebar di media sosial. Katanya ada aktiviti tentera asing dikesan sudah berada di dalam negara kita.

Antara yang menyebarkan nya di twitter ;


Gambar yang lebih jelas ;


Ada watermark PDRM lagi.

Kenapa?


Cari #MH370?

Maaf, bukan.

Apa yang berlaku ialah mereka sedang lakukan latihan. Ini antara usahasama perkongsian latihan dua buah negara yang melibatkan pasukan ketenteraan dari Malaysia dan USA.

Lihat ;
Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula
sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali 
setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army
ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 
operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah 
menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah
latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran 
pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces 
Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat 
akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan 
menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat 
Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, 
Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US 
Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Rujukan : https://forum.lowyat.net/topic/2142438/+580

Lebih banyak gambar2 di dalam link yang aku sharekan di atas. Harap ini dapat menjawab persoalan mengenai penyebaran gambar di atas. Harap maklum. Bai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...