Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Januari 2014

Jabatan Mufti Perak Bakal Jawab Isu Darah Halal Selepas Diserang Bertubi2 Oleh Rakyat Marhaen..


Mungkin selepas tunduk dengan tekanan. Kenyataan Mufti Perak memang berat untuk diterima. Bahkan ia adalah satu kenyataan berbentuk ancaman secara terbuka yang mana ia akan membahayakan nyawa2 mereka2 yang sokong pembangkang secara tidak langsung.

Dua perkara yang Harussani sebutkan.

- Perhimpunan jalanan adalah haram. Perhimpunan melawan kezaliman kerajaan di anggap HARAM kerana menderhaka kepada Sultan dan pemimpin negara..

- Darah peserta2 perhimpunan halal..

Hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Perak meletakkan kedudukan rakyat yang anti kerajaan BN ialah mereka2 yang layak dibunuh. 

Katakanla ada pihak2 di luar sana yang terserap dengan hukum tersebut, bukan kah ada kemungkinan mereka2 ini akan bawa parang dan tetak kami semua? Nak bercakap apa sekalipun fahami dulu situasinya dari semua peringkat.

Situasi Harussani ;

Dia rasa BN = UMNO kerajaan yang baik kerana dia tidak mengalami apa2 perkara seperti kena tindas ke, di aniaya oleh sistem keadilan yang berat sebelah dan sebagainya. Dalam erti kata lain dia tidak menghadapi masalah2 yang rakyat biasa macam rakyat kebanyakkan hadapi sekarang neh.

Situasi rakyat ; 

Manakala situasi rakyat pula berbeza dengan situasi Harussani. Rakyat menghadapi beberapa masalah yang mana masalah2 tersebut berpunca daripada ;

- Ketidakadilan dalam undang2. Bila orang kecil buat salah, lain citernya. Bila orang berpangkat dan berpengaruh buat salah, lain citernya. Bahkan undang2 juga diperlihatkan tidak adil. Rakyat mengadu barang kena curi, rumah kena rompak, haram siasatan dilakukan dengan telus dan terperinci sehingga membawa kepada penangkapan, tetapi bila ia babitkan orang2 kaya dari A sampai Z disiasat..

- Ketidakadilan dalam pengagihan kek ekonomi negara. Subsidi untuk rakyat terus dipotong. Manakala pihak2 yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan amanah terus dilindungi.

- Peraturan2 yang diwujudkan untuk membeza2kan status antara manusia ikut pangkat dan nilai kekayaan seolah2 mereka2 yang takde kualiti tertentu seperti kaya, berpangkat, bertaraf VVIP, golongan diraja, dan sebagainya ialah mereka2 yang takde standard dan boleh la dilayan dengan jelik disebabkan kekurangan benda2 keduniaan tadinya tue.

- Ketidakadilan layanan oleh setiap warganegara sepertimana yang disebut2 dalam perlembagaan negara. Perlembagaan negara sebut begini, tetapi kita amal begini. Bila kita cuba untuk kembali semula kepada apa yang disebut2 dalam perlembagaan negara maka mereka akan cari peluang tutup hak kita melalui polisi2 dan akta2 mengarut seperti SOSMA dan sebagainya. Agama juga digunakan untuk menghalalkan penindasan dan kezaliman.

Dengan mengambil kira dulu beberapa point penting kenapa pemberontakan rakyat terhadap BN berlaku, akidah Harussani sebagai seseorang muslim yang taat tidak akan luntur waima seinci sekalipun.

Rakyat tidak melakukan pemberontakkan terhadap kerajaan yang adil, kerajaan yang baik. Katakanla kerajaan BN sekarang adil kepada Harussani, baik kepada Harussani tetapi ia tak bermaksud kerajaan itu adil dan baik kepada semua pihak. Apakah Harussani tidak faham bahawa setiap rakyat di negara ini dilayan secara berbeza2? 

Dengan sesetengah orang memang la BN memperlihatkan mereka baik dan adil. Maka sesetengah orang akan merasakan bahawa BN memang adil.

Tetapi dengan sesetengah yang lain, BN bersikap tidak adil dan tidak baik pula. Ini berlaku kerana, bukan semua orang sanggup bersubahat untuk menutup kezaliman dan kepincangan BN dalam mentadbir negara neh. 

Rakyat tak boleh tutup mata penyelewengan PKFZ hanya semata2 BN bina masjid, buat sekolah, buat jalanraya, bina bangunan tinggi2, buat universiti, bina hospital, bagi BRIM dan sebagainya.

Penyelewengan adalah penyelewengan. Penyelewengan citer lain. Bina sekolah ialah citer lain. Bina sekolah untuk menyeleweng pun citer lain. Pendek kata kat negara neh ada banyak2 situasi. Ada yang betul2 amanah. Bila bina sekolah, masjid, dia bina betul2. Tak songlap duit peruntukkan. Ada pula yang kaki songlap peruntukkan sampai bangunan asyik runtuh. Ada pula memang betul2 buat jalanraya tetapi harga projek pun dimarkup tinggi2 untuk mengambil keuntungan ekpress. Pendek kata yang rakyat tegur ialah rakyat tegur ketidakamanah itu. Ketidakamanahan yang sedang berlaku. 

Contoh kes, bantuan untuk orang susah. Kementerian sediakan peruntukkan. Tetapi orang yang betul2 susah tak dapat. Rakyat protes. Nak masuk tv tak boleh. Nak masuk paper pun tak boleh. Bila kena kritik, kementerian jadi cuak. Mereka siasat punya siasat sekali geng2 sendiri yang buat onar. Nak cover nama baik, nak cover kawan2, maka menganiaya orang lain yang tidak berdosa. Ini situasi rakyat di negara neh. Harussani perlu faham. Sebelum keluarkan hukum, faham dulu situasi dan keadaan rakyat. Jangan bercakap jika hanya duduk dalam bilik sempit dan berborak2 dengan kawan2 sendiri. Turun padang dan sertai rakyat yang protes, dengar citer dorang dulu baru sembang kencang. Apakah itu keadilan jika ko hanya dengar hujah dari sebelah pihak?

Rakyat tidak tegur, protes di jalanan kerana BN itu BN atau kerana UMNO itu UMNO. Rakyat protes kerana BN dan UMNO itu terlibat dalam pelbagai jenis skandal penyelewengan dana awam dan tiada tindakan susulan yang keras dan tegas untuk mengajar si perompak2 berlesen itu bahkan yang lebih teruk yang menegur pula yang dihadapkan dengan pelbagai risiko dan ancaman yang membahayakan diri dia sendiri. 

Dalam erti kata lain, instead of memahami kenapa teguran itu berlaku, kenapa protes di jalan itu perlu, kenapa ada rakyat di negara ini mendambakan revolusi, kenapa pemberontakan demi pemberontakkan itu wujud, kerajaan BN cenderung mengabaikan kritikan2 tersebut dan terus melakukan kesalahan dengan mengekalkan cara pentadbiran yang tidak amanah seperti sebelum2 ini yang mana tindakan seperti inila yang melukakan ahti rakyat terbanyak kerana akhirnya rakyat juga yang perlu tanggung akibat apabila BN mula memperkenalkan polisi2 yang seperti CUKAI GST, rasionalisasi subsidi, dan sebagainya yang menekankan kedudukan kewangan rakyat secara langsung.

Nampak tak macam mana?

Merompak satu hal. Lepas merompak terlepas pula dari hukuman. Dan disebabkan rompakan itu, rakyat pula terpaksa menanggung akibat kerana perlu mengcover semula kehilangan wang akibat dari rompakan yang berlaku.

Bila dah duduk dalam situasi seperti ini apakah tidak cukup sabar lagi bila rakyat hanya memilih jalanan sebagai tempat melakukan protes dan itupun, protes aman? Kalau la rakyat di negara ini benar2 memahami apa itu revolusi, Putrajaya dah lama kena serang. Fikir2kanla ye Harussani. Sebelum sibuk keluarkan hukum, lebih baik fahami dulu kenapa rakyat bertindak melakukan protes. Tak payah susah2 nak pakai kasut yang rakyat pakai. Cukupla dengan hanya berkawan dengan rakyat dan sediakan telinga ko untuk mendengar terlebih dahulu luahan2 rakyat, faham mufti?

Sinar Harian ;
Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan Tahun Baru 2014, lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata, penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui sempena lawatan Pemuda Pas Perak, di sini, pagi tadi.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘darah halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang merujuk kumpulan perhimpunan berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...