Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2013

Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec Didedahkan Oleh Bloggers UMNO!

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.
Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.

sumber theunspinners





Sumber : http://bela-13.blogspot.com/2013/12/letupan-bom-malam-himpunan-didalangi.html

Respon aku.

1. Tak sangka dorang secara seriyus plus berdedikasi sungguh mengaitkan himpunan rakyat ini dengan letupan2 bom.

2. Padahal penegasan sudah dilakukan berkali2. Ini himpunan aman. Himpunan protes tentang kos sara hidup yang tinggi. Rasanya semua faham ini himpunan aman. Bukan himpunan nak pergi bunuh diri.

3. Aku tahu rakan2 seperjuangan, komrad rakyat marhaen takan tergamak nak bom sesama sendiri. Pengalaman turun berdemo dengan komrad rakyat membuatkan sesama kami saling memahami sesama sendiri. Komrad rakyat marhaen hanya anti kezaliman kerajaan tetapi tidak la sampai nak membunuh bagai.

4. Nampaknya ada sesetengah pihak beria2 juga mengaitkan perhimpunan rakyat ialah perhimpunan bom membom sesama sendiri. Ada motif tersembunyi ke?

5. Jika tiada apa2 letupan bom pada hari itu nanti mereka nak cakap apa?

6. Jika ada letupan bom sekalipun, betul ke ini angkara komrad rakyat ataupun satu konspirasi nak memburukkan situasi?

7. Email ini ada kaitan dengan Rafizi?

8. Sila buat report polis. Rafizi Ramli juga bukan begitu bodoh nak membiarkan diri di fitnah.

9. Tanpa perlu bertanya kepada Rafizi ataupun pihak2 tertentu sekali baca aje aku dah tahu benda neh fitnah. Agak2 la wey. Jangan menulis macam kita neh lupa Allah tue wujud ma. 

Lambat laun akan tahu punya la. Sapa menipu dan sapa yang tidak. Sekali lagi ditegaskan tiada mana2 pihak rakyat yang berhimpun pada malam itu akan bawa apa2 bahan letupan. Kalau bunga api itu lain citer oke. Dah sambutan tahun baru kan. Memang la ada orang main mercun bhai.

HAHAHAHAHAHA.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...