Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Disember 2013

Polis Nafi Kait NGOs Dengan Serangan Bom.

Inila kenyataan terbaru Timbalan Polis KL selepas beberapa NGO membuat report polis dan mendakwa mahu menyaman PDRM, TV3 dan UTUSAN yang menyiarkan berita tersebut.

Rujuk kenyataan polis KL ;

 
Oke. Aku cuba teliti semula kenyataan PDRM berkenaan sidang media tersebut. Ini kenyataan yang diterbitkan oleh website berita RTM. Jika PDRM rasa apa yang RTM siarkan ini merupakan satu putar belit ataupun berita fitnah, PDRM boleh berunding dengan pihak RTM.

Rujuk ;


Apa yang polis sebut ;

1. Risikan mendapati beberapa kumpulan dan blablanba... terlibat dalam perhimpunan tersebut..  TURUN.. JINGGA 13, SAMM, SMM dipercayai terlibat dalam perhimpunan tersebut..

2. Polis berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan..

Kat sini polis sebut penganjur. Penganjur? Sapa penganjur. Perhimpunan neh takde penganjur pun. Siapa yang polis tuduhkan ini? Rakyat sendiri la atas inisiatif mereka untuk turun berhimpun dan membantah. Adakah rakyat di anggap penganjur oleh pihak polis atau apa? Jingga 13 dan lain2 NGO juga turun atas kapasiti sebagai rakyat. Bukan atas kapasiti partisan ke NGO ke apa ke. Rakyat yang bersatu atas sebab tidak mahu lagi dibebani dengan kenaikan kos sara hidup. 

Perhimpunan neh ada 2 sebab utama ;

1. Nak meluahkan ketidakpuasan ahti disebabkan kenaikan kos sara hidup yang tinggi yang berpunca dari beberapa pelan kerajaan seperti rasionalisasikan subsidi.

2. Nak menyambut tahun barang naik 2014. Tahun yang membuatkan rakyat berduka cita apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis kenaikan2 yang akan memudaratkan keadaan kewangan mereka di masa akan datang.

Lihat pula apa yang diperkatakan oleh page2 politik pro BN pula. Jelas ini satu tuduhan yang karut lagi mengarut..

Rujuk ;
 
Jika polis ada bukti bahawa ada mana2 pihak mahu bawa bom takde masalah langsung untuk polis siasat dan dakwa pihak2 tersebut. Akan tetapi polis mesti la mencari pesalah yang sebenar. Kami juga rakyat di negara neh. Apa yang undang2 cakap jangan, kami takan buat. Contohnya seperti serangan BOM. Tidak la kami sampai mahu berbunuh2an. Cukup sekadar menjatuhkan yang zalim dengan jalan undang2 dan demokrasi juga. Itu saja.

Ditegaskan lagi sekali. Rakyat yang turun berhimpun atas nama membantah kenaikan kos sara hidup yang naik melampau ini tidak akan membawa apa2 jenis bom dan senjata dan tidak akan menyerang mana2 pihak samada rakyat biasa yang menentang perhimpunan ini mahupun pihak berkuasa.

Kami minta polis declare perhimpunan ini aman. Jika kami terbukti sedang melakukan perhimpunan tidak aman, polis boleh la menyiasat kami selepas itu. Itupun selepas ia terbukti tidak aman. Bukan berdasarkan persepsi dan sangkaan jahat semata2.

Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...