Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Disember 2013

Orang Miskin Malas? Tak Bersolat? - Jawapan Kepada Prof Muhaya Mohammad.

Prof Muhaya Mohammad = pandai.

Belajar tinggi. Tengok dari usia, mesti ada pengalaman hidup yang banyak. Jarak usia macam ibu dan anak. Memang hujah2 Prof Muhaya agak berat sebelah, tidak adil dan bersifat negatif walaupun dalam waktu yang sama dia menyeru orang ramai agar bersikap positif terhadap kenaikan kos sara hidup yang tinggi melaut. 

Sebelum itu. Jangan tidak menerima kritikan negatif terhadap anda ya, PROF. Sebaliknya nilai isi kritikan terhadap anda dan tanggani ia dengan seposifnya yang mungkin okey.

Hujah Prof ;

1. Simpati terhadap kenaikan kos sara hidup.

2. Konsep dunia tiada situasi harga barang akan turun. Semua harga barang akan naik.

3. Jangan fikir pasal kenaikan harga barang. Sebaliknya fikir macam mana nak tanggani kenaikan harga barang.

4. Formula = fikir positif = respon positif. Jika fikir negatif maka respon kita mesti negatif. Fikirlah sebaliknya.

5. Tanya kan pada diri sendiri macam mana nak mampu beli barang itu berbanding aku tidak mampu beli barang itu.

6. Tingkatkan pendapatan dengan benda yang berkat. Orang lelaki kena kerja lebih. Wanita yang ada bakat, push kepada bakat yang dia ada. Merokok bakar wang. Kenapa nak merokok juga? Contohnya, pergi supermarket beli ais gas. Aiskrim, ais gas jangan beli. Benda2 takde nutrisi. Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Minum air yang bersih. Makanan yang sihat. Kalau ada rumah, tanam sendiri. Tingkatkan pendapatan. 

7. Kenapa saya tak cukup duit? Manusia dinilai berdasarkan kepada nilai kerja yang dia lakukan selama neh.

8. Manusia sibuk mengejar benda yang Allah dah janji, iaitu rezeki.

9. Adakah kita dah buat semua2 benda yang Allah dah suruh selama neh? Allah dah tetapkan rezeki, jangan sibuk dengan perkara yang Allah dah jamin. Jaga urusan Allah, maka urusan kita dah tersedia terjaga.

10. Kalau kita tak buat apa yang Allah suruh macam mana Allah nak jaga kita. Jangan sibuk cari rezeki sampai terlupa tanggungjawab kita dengan Allah. Rezeki tak berkat. Duit hilang, anak sakit, kereta rosak. Siapa yang menentukan semua ini. Sapa menentukan duit kena curi, anak sakit, kereta rosak? Semuanya Allah SWT. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

11. Orang yang tertekan (kos sara hidup) ialah orang yang ego kerana mereka lebih yakin dengan manusia, dengan diri mereka berbanding Allah. 

12. Ehh aku takde duit pun aku boleh bernafas, tapi aku takde duit neh. Orang yang kurang tenang ialah orang yang kurang syukur. Kurang syukur = kurang sifat taqwa = takde sifat ehsan = tak beriman kepada rukun iman.

13. Kalau kita sentiasa bersyukur, aura positif, magnet positif.

14. Orang yang berjaya sentiasa bermulut baik.

15. Orang negatif, orang susah sentiasa bersikap negatif, tamak, dengki, dendam, suka sakit ahti.

16. Orang yang genius dia dah siapkan semua benda2 yang perlu dipersiapkan. Sebelum kahwin dah siap sedia semua. Sebelum anak beranak dah siapkan semua tabung pendidikan anak2..

17. Betulkan diri sebelum sibuk betulkan orang lain. Selamat tinggal kepada alasan. Orang berjaya = buat pilihan, orang tidak berjaya = buat alasan.

18. Jangan ada emosi marah, menyalahkan orang, dendam, sakit ahti = fikir negatif, bertindak negatif, hasil negatif.

19. Sila bersyukur, murah ahti, tolong orang. Jangan kutuk orang yang buat salah. Jangan ada dalam ahti benci orang sebab tak sempurna iman.

20. Jaga ibadah kita, jaga akhlak kita, kita akan bahagia dunia dan akhirat.

Rujuk video.

Kalau aku minta rawatan mata percuma? Rabun makin teruk neh. Boleh Prof tolong orang macam yang prof nasihatkan tue? Atau sekadar nasihat pongpang2 depan wartawan untuk tunjuk hebat dan cool?

Haha.

Sebenarnya PROF MUHAYA neh cenderung untuk salah faham dan bersikap negatif terhadap mereka2 yang merungut akan kenaikan kos sara hidup. Tak salah nak nasihatkan orang tapi sebelum kita sibuk nasihatkan orang amek tahu dulu jalan cerita. Jangan main masuk tanpa usul periksa. Main masuk tanpa usul periksa itu negatif ataupun positif?

Cuba ko bayangkan. Ada dua orang bergaduh bagai nak pasal sesuatu. Tahu2 aje PROF MUHAYA masuk campur dan mulakan sesi ceramah agar marila kita bersikap positif. Jangan fikir negatif. Nilai diri sendiri dulu. Jangan kecoh pasal apa yang menyebabkan mereka bergaduh sebaliknya respon la kepada pergaduhan tersebut. Tak rasa lawak ke?

Jawapan.

1. Rakyat sangat responsif bahkan secara menyeluruh dengan kenaikan kos sara hidup.

2. Jangan bercakap bahawa seolah2 asalkan mereka miskin  = malas. Yang berjaya = rajin.

3. Dalam dunia neh ramai aje yang malas tetapi berjaya. Yang rajin pun ramai aje yang miskin. PROF bercakap bukan saja perlu objektif bahkan perlu realistik. Realistik bermaksud fakta yang sahih lagi jelas. Bukan berdasarkan kepada persepsi ataupun tanggapan diri sendiri.

4. Kenaikan sara hidup yang tinggi di negara ini berpunca dari kecuaian pentadbiran negara. Ini benda negatif. Benda negatif macam neh macam mana nak pandang positif? Owh pemimpin mencuri kerana ketentuan Allah. Pemimpin menyeleweng kerana Allah beri peluang untuk mereka menyeleweng. Mesti ada sebab kenapa Allah runtuhkan bangunan2 yang kroni BN selalu bina. Mesti ada sebab kenapa pemimpin2 BN sibuk naikkan harga barang. Ini ketentuan Allah. Kita jangan sibuk fikir lawan kezaliman. Sebaliknya kita sibuk fikir macam mana nak compromise dengan kezaliman itu. Macam itu ka? Orang bukan bising pasal harga barang. Orang bising pasal KEZALIMAN menyebabkan rakyat terjejas. Salah satu effect negatifnya ialah kenaikan kos sara hidup yang tinggi tanpa memikirkan situasi semasa rakyat.

5. Bukan semua kenaikan kos sara hidup yang tinggi itu negatif. Ada yang positif. Kos sara hidup juga tinggi di negara2 maju. Tetapi positifnya di negara2 tersebut disebabkan keadaan ekonomi mereka. Maksudnya disini ia adalah logik untuk mereka menjalani kehidupan kos sara hidup yang tinggi bila ko tengok tangga gaji mereka, kadar inflasi, kadar penganguran, tahap pendidikan, kemajuan, pembangunan, kebajikan sosial, sistem kehakiman, harga rumah, harga kereta dan blabblabnal yang mana budak2 ekonomi boleh elobrate lebih baik dari aku since aku bukan pandai ekonomi macam dorang pun.

6. Rakyat bukan bodoh. Tak perlu di ajar satu persatu. Pada saat kerajaan menyebabkan satu harga barang naik, dorang dah start fikir macam mana nak cari duit tambahan. Atau nak menjimatkan perbelanjaan. Di samping itu dorang lakukan protes. Yang protes itu Prof nampak sebab ia terpapar di media. Yang bab kerja lebih masa, cari sumber pendapatan lain, jimatkan perbelanjaan Prof tak nampak sebab ia tak dipaparkan di media. Takan benda macam neh pun orang nak bagitau satu persatu? Perlu maklumkan pada Prof Muhaya ke? Yang dia fikir negatif pada luahan dan rungutan rakyat yang terjejas takpe pula? Takde masalah pula untuk dia bersangka buruk pada mereka yang bersuara tak mampu mengejar kenaikan kos yang tinggi di sana sini? Itu bukan aura negatif ke?

7. Betul juga nasihat agar kita jangan abaikan tanggungjawab terhadap Allah. Tetapi bukan pula salah bila rakyat bersuara kepada pemimpin tidak menjalankan amanah seperti yang digariskan dalam Islam. 

8. Prof tak boleh buat penilaian tidak adil disini. Yang bersuara tak boleh di anggap tidak bersyukur. Kenapa pula tidak = yang bersuara kenaikan kos sara hidup yang tinggi = mengulas mengenai penyelewengan kerajaan = menyebabkan kualiti kehidupan rakyat terjejas = maka ia menganggu kehidupan rakyat marhaen = lalu rakyat bersuara supaya pemimpin berhenti menyusahkan hidup rakyat.

Ini situasi dia. Ini gambaran sebenar dia. Bukan rakyat merungut kerana tak mampu tanggani kos kenaikan sara hidup. Rakyat marah kerana kenaikan kos sara hidup bertitik tolak kepada maha pemborosan dan maha penyelewengan yang dilakukan secara berterusan oleh pemimpin2 negara.

Jika kenaikan kos sara hidup berlaku bersesuaian dengan kemampuan rakyat atas nama kemajuan, ia bukanla sesuatu yang membebankan bahkah ia diraikan kerana kualiti hidup juga meningkat, kebajikan terjaga, tangga gaji naik.

Jadi PROF MUHAYA, amek tahu PUNCA terlebih dahulu. Sebelum nasihat orang tak tentu arah tanpa tahu jalan cerita sebenar.

Dalam erti kata lain, jangan mengulas sesuatu sehinggala kita benar2 memahami keadaan sebenar. Kadang2 kita bercakap memang sedap. Tetapi bila kita sendiri duduk dalam situasi tersebut, segala kata2 kita mungkin sekadar tinggal kata2 aje, bukan untuk pelaksanaan. Oke terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...