Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Disember 2013

Najib, Ambil RM200 Ini Dan Pergi Shopping Sekarang - Makmal Kaji Kos Sara Hidup.

Semalam Najib beria2 memberitahu bahawa dia faham kita. Dia kata ;


Dan dia kata lagi ;



Penubuhan makmal kos sara hidup ini aku tidak tahu. Adakah ia memerlukan perbelanjaan tambahan? Memang la ia di urus selia di bawah PEMANDU tapi aku tak pasti jika2 mereka akan diberikan peruntukkan tambahan disebabkan penubuhan makmal ini. Jika ia memerlukan duit maka aku cadangkan Najib jangan susah2 payah tubuh makmal. Sebaliknya ikut la cadangan aku. 

Kumpulkan 10 orang menteri. Aku rasa menteri2 yang layak ialah ;

1. Rosmah
2. Najib
3. Shahidan Kassim
4. Nazri Aziz
5. Zahid Hamidi
6. Hassan Malek
7. Sabri Ismail
8. Tengku Adnan
9. Ahmad Maslan
10. Muhyiddin Yassin.

Ini antara menteri2 yang berlagak bila buat statement2 di depan media. Menteri2 ini akan menjadi tikus putih = bahan ujikaji untuk makmal kos sara hidup. Ujikaji yang mereka akan jalankan ialah ;

Peringkat pertama. 

1. Mula2 kita akan bagi no. No2 ini mewakili bilangan ahli keluarga mereka. Daripada 1 - 10.

2. Setiap menteri akan diberikan rm200.00

3. Kita akan hantar mereka ke pasaraya dan minta mereka gunakan rm200 untuk beli keperluan harian iaitu MAKANAN + BARANGAN ASAS SAHAJA untuk digunakan selama sebulan bagi ahli2 keluarga mereka. Contoh barangan asas macam ubat gigi, pampers, ubat nyamuk, sos cili, gula, milo dan sebagainya.

4. Setiap menteri boleh memilih untuk menghabiskan ataupun tidak menghabiskan duit yang mereka miliki.

5. Selepas itu mereka boleh la gunakan hasil ujikaji pada hari itu untuk mereka bawa ke mesyuarat kabinet akan datang.

6. Boleh tengok dan banding orang yang ada 10 ahli keluarga macam mana perbelanjaan mereka berbeza dengan orang yang hanya tanggung diri sendiri.. itu sebab BN kena maki fack kaw2 bila perkenalkan BRIM untuk orang bujang.  Then gunakan otak untuk mula berfikir mengenai masalah rakyat dari sekarang.

Tak payah susah2 buat makmal pun.

Then peringkat kedua.

1. Kita akan bagi setiap menteri rm900 seorang. 

2. Menteri2 tersebut hanya boleh belanjakan apa2 yang mereka nak dengan menggunakan wang tersebut.

3. Tak boleh tol free, minyak free, ataupun naik kenderaan rasmi. Kena guna kenderaan sendiri, pergi dan balik kerja selama sebulan.

4. Makan pun kena belanja sendiri. Gunakan duit dari 900 tadi tue.

5. Semua elaun, kelebihan yang menteri2 selalu dapat selama neh akan dinyahaktifkan selama sebulan.

6. Dan hidupla ko jadi rakyat biasa dengan gaji rm900 selama sebulan.

Lepas sebulan boleh bentangkan hasil ujikaji tersebut pada mesyuarat kabinet yang akan datang.

Tak payah susah2 buat makmal pun. Letakkan diri ko di kedudukan rakyat. Aku nak tengok menteri mana yang akan cakap saya bersyukur hidup di negara neh. Naikkan la lagi semua harga barang. Memang best dan seronok sangat hidup di bawah pentadbiran BN.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...