Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Disember 2013

Mangsa Banjir - Apa Yang Wakil Rakyat Dan Pemimpin Boleh Buat? - Baca Ini.

First. Aku nak sound Bung Moktar dulu. Bukan nak kutuk2 dia ke apa ke. Just nak bagi dia faham keadaan. Nampaknya dia tak faham keadaan semasa. Itu yang meroyan minta Fuziah Salleh dihadapkan dalam JK Parlimen. Ada ka patut buat usul agar Fuziah Salleh dihukum. Gila.

Yang gila bukan sebab minta YB Fuziah dihukum, yang gila sebab minta hukum YB Fuziah sebab dia bawa usul banjir dalam parlimen. Apa ke dasat sangat cara pemikiran Bung Moktar neh? Takde ahti perut ke kat mangsa2 banjir tue hah? BTW, 3 terkorban dah setakat ini oke. Salah seorangnya ialah ahli UMNO sendiri. 

Wakil BN melalak2 dalam parlimen minta hukum YB PR sebab bawa usul banjir. Sebelum tue sempat memperlekehkan dan mempersendakan bahkan gelak2 lagi. Tapi ahli sendiri sengsara menghadapi banjir. Apa benda la semua itu.. dan lagi satu. Ada perwakilan UMNO yang tak berpuas ahti dengan UMNO. Sebab di saat rakyat2 Kuantan dan Kemaman menghadapi banjir seriyus, mereka boleh la huha huha di PWTC. Patut tangguhkan persidangan dan semua gerak ke sana untuk membantu mangsa2 banjir. 

Rujuk sini dan sini.


"UMNO LEBIH MEMENTINGKAN PERSIDANGAN DARIPADA MEMBANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG DAN TERENGGANU..."Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail

Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal. “Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” kata beliau.
Sumber : sini 

So sesiapa dalam UMNO tue take note la. Benda neh bukan datang dari aku tapi ada betulnya juga teguran tersebut beb. Berbalik pada isu Bung Moktar tadi. Sebenarnya YB Fuziah Salleh tidak menipu. Siyes. 

Rujuk ;

 

Untuk gambar lain2 rujuk sini.

Pasal kalau aku letak satu persatu gambar2 rungutan mangsa2 banjir tue nanti jadi panjang la pula artikel neh. Nak tahu tak kenapa situasi neh jadi teruk? Betul ke polis tak membantu? Betul ke sukarelawan takde? Betul ke makanan tak cukup? Itu semua betul betul betul. Polis tak membantu bukan kerana polis tiada disitu. Tetapi jumlah POLIS yang turun membantu adalah kurang. Nak tahu kenapa?

Lihat bawah ;


Ini sebabnya. Bilangan mangsa banjir rupa2nya banyak dengan Kuantan mencatatkan bilangan mangsa banjir yang paling tinggi. Kuantan lumpuh. Bekalan elektrik ada di sesetengah tempat dan tiada di sesetengah tempat. Ada di sesetengah tempat, pusat penempatan banjir itu sendiri dilanda banjir.

Rujuk ;


Kalau ikut member2 yang berada di lokasi banjir, mereka cakap kemaman pun lumpuh. Beberapa gambar jalanraya retak, jambatan terbelah ada disiarkan di laman sosial sejak semalam.

Rujuk ;




Berlaku pergerakkan bawah tanah. Arus dan aliran air [arah air] itu yang menyebabkan jalan di sesetengah tempat tidak selamat untuk dilalui. So kepada pengguna2 kenderaan, sila la take note masing2. Ini gambar semalam, tetapi bukan bermaksud jalan2 di tempat lain adalah selamat untuk di ikuti.

Oke. Bila jalan tidak selamat, elektrik takde, tiba2 terputus bekalan makanan disebabkan kedai2 tidak dapat dibuka akibat banjir, ketiadaan elektrik, tidak boleh beroperasi dan sebagainya, kesemua ini bergabung, maka apa yang tak logiknya ada sesetengah pihak terlepas dari menerima bantuan? Bung Moktar jangan cakap ikut logik menteri. Pada menteri memang la semua nya terbaek beb.

Rujuk ;


Ini luahan orang yang tidak berada di lokasi banjir. Meh kita dengar pula luahan orang yang berada di lokasi banjir ;


Aku lebih selesa untuk memilih mereka2 yang berada di lokasi banjir. Nak tahu samada ia terbaik atau tidak terbaik bergantung kepada mereka2 yang mengalami benda neh sendiri. Menteri kalau setakat cakap apa yang tercatat atas kertas tanpa mengalami sendiri situasi tersebut, tak payah la. Jangan buang masa merepek macam tue depan press oke.

Baik fikirkan beberapa pelan tindakan untuk meringankan beban mangsa2 banjir neh. Apa yang ada dalam kepala hotak aku? Aku berbesar ahti juga jika Bung Moktar dan ahli2 parlimen yang lain turut sama memperjuangkan masalah mangsa2 banjir yang akan mereka hadapi selepas banjir. Bukan ketika banjir aje ada masalah beb. Selepas banjir pun ada. Nak tahu apa?

Meh baca sini ;

1. Pinjaman rumah dan kenderaan. Yang teruk. Kenderaan ko rosak. Then ko ada hutang bank. Yang hutang tiap2 bulan tue nak kena bayar ke apa? Tak sure la bencana alam neh termasuk dalam insurans claim ke apa tetapi sekalipun insurans cover benda tue, tak bermaksud mereka mereka ada duit nak bayar loan memandangkan priority mereka sekarang neh ialah betulkan hal rumah dulu.

2. Bagi yang tidak tahu, ada rumah yang air banjirnya sampai tahap bumbung. Yang melepasi bumbung rumah pun ada. Habislah barang2 dalam tue. Dokumen jangan cakap la. Buku2 pun sama. Benda2 yang macam kertas apa seme confirm dah ranap habis. TV? Peti ais? Alatan2 elektrik? Perabot? Hancur bhai.

3. Baju? Karpet? Yang tenggelam, tenggelam la, yang hilang lagi. Yang rosak lagi. Itu tak masuk lagi bab duit2 yang tersorok kat sana sini. Itupun dah lebur agaknya akibat banjir.

4. So dalam keadaan sekarang adalah amat tidak sesuai jika pihak2 bank ini meminta bayaran seperti biasa. Yang terjejas neh dekat 50k beb. Ramai. Banyak rumah2, kedai2, kilang2 kena.

5. Ada la amat baik jika menteri dapat membantu mereka dengan cara, pelepasan selama setahun daripada membayar apa2 hutang. Lebih baik lagi kalau mereka dapat discount hutang. Sebagai membantu mangsa2 banjir. RM500 dalam masa sekarang tak mampu nak cover apa2 oke. RM5,000 pun belum tentu cukup. Cuma dapatla tampung serba sedikit keperluan yang penting. Macam makanan dan pakaian. Kalau nak cover hutang, barangan rumah, perabot, barangan elektrik apa seme memang tak cukup ah. Banyak kot kerosakkan rumah yang mereka perlu repair. Sambungan elektrik dah tentu2 rosak punya. Masuk air beb. Semua sekali short la. Lampu apa bagai lagi. Pening wo nak fikir. Berapa banyak ah dorang berhabis untuk repair slow2 di kemudian hari.

6. So sekarang selain dari bantuan segera, kita juga perlu memberikan bantuan sampingan seperti pelepasan dari membayar apa2 hutang seperti hutang rumah, hutang kenderaan, bagi memberikan mereka ruang untuk membaiki barangan rumah terlebih dahulu.

7. Dan jika kerajaan nak bantu mangsa banjir, jangan setakat bagi duit cash rm500. Memang tak cukup. Kena bagi lebih dari itu. Macam repair rumah. Ada rumah2 kayu yang terjejas. Bukan semua rumah batu beb. Yang bumbung zink hanyut dek banjir pun ada. Dah takde atap dah rumah dia. 

8. Dan bantuan tak boleh lewat. Lepas sebulan baru nak bagi. Sebaik saja banjir surut, bantuan kena bagi on the spot. Nak bagi duit, bagi duit. Atau nak setup team bantuan baiki rumah secara free, maka setup team. Buatla apa saja. Lepas tue rebat untuk beli barangan2 elektrik. Sudah wo hidup takde elektrik macam peti ais tue. Lebih2 lagi kalau ia babitkan family. Kalau yang duduk bujang tue maybe tak rasa sangat.

9. Penyedia2 internet pun diminta jangan kurang ajar. Contohnya modem2 yang rosak angkara banjir. Tukar aje baru dan bagi la percuma untuk 3,4 bulan ke. Bukan tak untung pun. Bagi discount 50% ke. Jangan tahu nak kutip duit aje ma.

10. Dan aku juga berharap jangan ada penyokong2 PR dan BN yang bingai tak sudah. Kejap2 kang dia banding pemimpin aku naik neh, pemimpin ko naik tue. Kang pemimpin aku bagus, pemimpin ko tak bagus. Ko ingat bila mangsa2 banjir tengok gambar2 tue dorang nak fikir pasal politik ka? Jangan harap la. Meluat lagi ada. Sebenarnya pemimpin2 pun taknak jika cara mereka tue diwar2kan secara keterlaluan oleh sesetengah pihak. Merujuk kepada pemimpin2 yang mengutamakan kepentingan rakyat oke. Berbeza dengan sikap sesetengah pemimpin tertentu. Memang mereka nak sensasikan setiap berita bantuan yang mereka beri. Itu yang sampai press follow memanjang. Yang tue aku tak nafikan. Cuma janganla secara over-reacted dalam menyampaikan perbandingan tersebut seolah2 pemimpin2 yang korang masing2 puja suci bagai. Please la. Dah memang tannggungjawab pemimpin untuk prihatin masalah rakyat. Bila mereka buat, itu bukan bermaksud mereka bagus, tetapi itu bermaksud mereka sedang buat kerja kerana gaji mereka dibayar untuk buat benda begitu. Bukanlah sesuatu yang aneh dan membanggakan pun. Tolong la.

11. Jika ada yang perasan, pusat penempatan mangsa banjir di Malaysia memang teruk. Tiada pengasingan lelaki perempuan. Bahkan tiada partion apa bagai. 

Lihat bawah ;

 

12. Wakil rakyat kita sudah boleh dah bawa usul ini. Supaya pusat penempatan banjir kita di up to date sesuai dengan perkembangan teknologi. Pergh. Lihat di Jepun. Banjir sentiasa berlaku di negara neh beb. Jadi tak salah kita peruntukkan sedikit belanjawan negara untuk sediakan satu sistem bantuan banjir yang lebih bersistematik. Kita jadikan pengalaman banjir kali neh satu pengajaran yang berguna buat kita supaya di lain kali [bukan minta didatangkan banjir] kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan2 yang datang.


13. Bagus sistem yang Jepun buat. Partition kain tue menarik. Khemah kah. Elok kita belajar dari mereka. Sediakan khemah2 kain macam tue. Makanya mangsa2 banjir akan lebih selesa. 

14. Kalau nak tahu sekarang neh banyak bantuan2 banjir untuk mangsa2 banjir dilakukan secara berkumpulan, NGO, bebas, persendirian, parti dan sebagainya untuk menghantar ke mangsa2 banjir. Tahu kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana agensi kerajaan lemah dari segi bantuan kepada mangsa2 banjir. Maaf. Ini bukan nak menyalahkan sesiapa oke. Just nak tarik keluar masalah supaya sama2 dapat cari alternatif. Jangan negatif sangat bila orang suarakan masalah2 yang timbul.

15. So adalah amat baik jika kerajaan dapat setup team bantuan bencana alam secara nasional. Berbanding setup secara negeri, baik ko setup secara negara. So bila ko dah ada satu team gerakan yang tersusun, boleh la ko mobilisasikan pergerakan tersebut secara sistematik. 

16. Contoh banjir di Kuantan. Hey kami terima maklumat banjir di Kuantan, so ko akan kumpul orang2 dari team ko, amek barang dan terus menuju ke Kuantan dalam misi menyelamat dan bantu. Team neh juga patut diberikan priority untuk access apa2 kemudahan yang tersedia untuk kakitangan kerajaan seperti access bot dan sebagainya. Maka mereka akan jadi team backup kepada penguatkuasa yang mungkin tidak mampu nak serve semua mangsa banjir disebabkan kekurangan anggota.

17. Team bantuan bencana alam neh patut diberikan peruntukan terus dari kerajaan. Maka orang awam tak perlu risau2 nak derma ke mana dan sebagainya. Pasal sudah ada satu team tersusun dan terancang serta dilatih untuk menyelesaikan perkara2 ini jika bencana alam berlaku di mana2 sekalipun dalam negara ini.

Sudah sampai masanya pemikiran kita kena selari la dengan negara2 yang maju. Janganla sembang kencang bab membantu negara luar tapi rakyat dalam negara sendiri tidak dibantu secara tersusun. Bahkan kelam kabut lagi. Yang tak dapat makanan la, yang anak2 pampers takde la, yang budak menangis sebab takde baju la, yang air naik ke pusat penempatan banjir la, yang kekurangan tenaga sukarelawan la, dan sebagainya.

Itu tak masuk lagi bab sikap ahli parlimen yang memekik nak menghadapkan ahli parlimen lain ke JK Parlimen sebab bahas usul banjir. Tak masuk lagi bab ahli parlimen gelak terkekek2 bila orang bincang isu banjir. Tak masuk lagi bab ahli parlimen yang provoke tak tentu pasal isu banjir. Tak masuk lagi bab salah menyalahkan antara satu sama lain dalam isu banjir. Tak masuk lagi bab buat lawak bangang dalam isu banjir. Mana kesedaran kita? 

Orang tengah sedih kot. Tv rosak, perabot rosak, duit hilang, baju2 anak habis. Rumah rosak, barang rosak. Ada pula yang sempat buat lawak bangang sempena banjir. Janganla begitu kawan. Bergurau ada haknya. Jangan sampai isu banjir pun ko buat lawak bangang kawan. Sedih dan kecik ahti kawan2 kita yang sedang dilanda musibah membaca benda tue di wall facebook. Tak masuk lagi bab salah menyalahkan sesama sendiri. Tak masuk lagi politiking aje sentiasa. Sedih ahti rakan2 kita yang dok pecah kepala fikir musibah neh. Bukan ini caranya untuk kita membantu mereka kawan. Tak mampu ringankan beban takpe. Kita pun manusia yang ada kemampuan yang terhad. Kita manusia biasa ma. Tapi jangan menambahkan kekusutan rakan2 kita pula.

Fikirk2kan la ek. 

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...