Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 November 2013

Bisnes Online Dikenakan GST - Kerajaan Dedah Jadual Asas Pembayaran GST.

Ya itulah perkara yang di umumkan oleh Nicholas Crist, pengarah eksekutif KPMG Tax Service Sdn Bhd baru2 ini.

Rujuk ;


Sudah tentula tertakluk kepada dua peraturan penting sebelum ia boleh dicukaikan dibawah sistem GST ;

1. Bisnes yang mendapat perolehan RM500K dan ke atas. Yang neh tak silap aku perkiraan dia dalam tahunan. Di SG mereka besarkan angka perolehan kepada 1juta beb. Nilai sana la. So aku rasa disini sepatutnya implement kan benda yang sama. Dan untuk permulaan ketika SG mula2 mengenakan GST mereka tetapkan pada kadar 4%. Di Malaysia yang lebih luas dan besar network perniagaan, sepatutnya letak la pada kadar 3%. Kena ingat ek, kadar ini bukan la tetap. Ia boleh dinaikkan dan diturunkan pada bila2 masa ikut keputusan kerajaan pemerintah ketika itu. Tetapi selalunya ia cenderung untuk naik berbanding turun.

Hehe..

2. Jika bawah rm500k, kalau ko taknak register GST takpe. Kalau bawah 500k dan ko nak daftar GST pun boleh.

Bila dah daftar secara sukarela maka ada la pelaksanaan GST ke atas barang2 jualan ko. Namun yang pasti bisnes2 online yang dalam berskala besar dan mendapat keuntungan jutaan ringgit nampaknya dah terikat dengan GST.

Dan 2 hari lepas beria2 la media massa arus perdana mengumumkan berita bahawa kerajaan akan lakukan penerangan menyeluruh mengenai GST. Mereka akan terangkan menerusi iklan, website, laman web dan sebagainya.

Ada antara rakan2 BN siap bagi link kat aku. Sebenarnya aku pun memang ada bagitau dorang. Kot2 ada website penerangan kerajaan pasal GST neh cuba la paste link kat aku untuk aku fahamkan betul2 pelaksanaan di Malaysia. Sehingga neh aku belum lagi nak komen samada negatif ataupun positif mengenai langkah terbaru oleh BN. Kalau pandang dari sisi kecik, iaitu BN semata2, confirm dah negatif. Tapi aku cuba luaskan skop dengan memahami dulu structure asas pelaksanaan GST sebelum nak membalon sakan.

Berikut antara jadual yang aku petik dari website kastam ;

 
Semua saluran bisnes yang melibatkan proses jual beli akan dikenakan GST. 

Dan lihat jadual pula ;

 
Focus kat bab payment to government tue dulu.

Pengilang, pemborong dan peniaga ==> jumlah yang perlu dicukaikan berkurangan sebab ditolak dari jumlah yang telah dibayar cukai oleh pihak sebelum mereka.

Seperti yang tertera dalam jadual di atas. Pengilang pada asalnya kena bayar rm6 tetapi ditolak 3 sebab pembekal dah bayar cukai sebelum itu. Then dapat kat pemborong. Pemborong kena bayar 7.50 - tolak pula 6.00 = maka mereka kena bayar 1.50. Lepas tue dapat kat peruncit. Peruncit kena bayar 9.36. Then tolak 7.50. Maka kena bayar 1.86sen.

Maksudnya kat sini ;

Pembekal bayar 3.00 
Pengilang bayar 3.00
Pemborong bayar 1.50
Peruncit bayar 1.86

3+3+1.5+1.86 = 9.36

9.36 = jumlah akhir yang kerajaan dapat.

Persoalan sebenar untuk peniaga sudah terjawab. Tetapi bagaimana pula persoalan kepada pengguna? Selepas memahami structure di atas ini, bagaimanakah 6% itu dikenakan kepada pengguna? Pengguna kena bayar yang ;

RM1.86sen tue ke ataupun kena bayar RM9.36 then peruncit akan tolak 1.86sen untuk GST kepada kerajaan dan selebihnya depa amek?

Kalau pengguna cuma kena bayar RM1.86 itu bermaksud total sales price bukan lah RM165.36. Sebaliknya RM157.86

Betul tak pemahaman aku neh?

Kalau pengguna kena bayar rm9.36 alangkah mahal dan teruknya beban yang perlu ditanggung oleh pengguna semata2 nak mendapatkan satu2 product dan perkhidmatan tersebut. Adakah ini wajar? Sudah tentulah tidak wajar. Semakin ia lambat sampai kepada pengguna semakin tinggi dan mahal pula kadar cukai yang pengguna perlu bayar. Berbanding dalam mereka2 yang terlibat dalam industri perniagaan, kerana mereka disertai dengan rebat cukai. ** Yang dikatakan less itu adalah rebat.

Sekarang neh yang lebih fishykan keadaan bilamana kita klik ruangan GST untuk pengguna, kerajaan boleh bagi alasan seperti ini kepada kita ;

Shoppers Guide will be made available on 1st January 2015


Rujukan :  http://gst.customs.gov.my/en/cp/Pages/cp_sg.aspx

GST dijadualkan akan dilaksanakan pada April 2015. Then pada January 2015 baru ko nak pongpang2 menerangkan apa itu kesan nya kepada pengguna?

Apa yang aku terfikir bila terpandangkan perkara ini? Aku fikir kerajaan belum lagi memikirkan mekanisme yang bersesuaian pelaksanaan GST ke atas pengguna, betul tak? 

Akhirnya jika tak salah pemahaman aku ikut penerangan di atas ini, pengguna akhir akan bayar jumlah sama banyak yang kerajaan terima daripada 4 kumpulan, betul tak? Jika ikut mekanisme ini?

Pengguna akhir = 1 kumpulan, betul?

Peniaga = beberapa kumpulan, betul?

Oke, ikut konteks ini, ianya tak adil. Kalau ikut mekanisme neh, aku kena tolak GST sebab kesan nya sangat teruk ke atas pengguna macam aku.

Dan satu lagi, jika kerajaan boleh mahsuhkan pelbagai jenis cukai2 seperti cukai rumah ke, cukai kereta ke, cukai jalan ke, cukai tanah ke, cukai pendapatan ke, asalkan saja ia bergelar cukai, boleh la dilaksanakan GST neh. At least tak la berat sangat nak tanggung. Ini cukai itu kena hadap, cukai ini kena hadap, agak2nya ko rakyat neh petik duit dari pokok ke apa? 

Lue fikirlah sendiri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...