Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Rakyat Malaysia Desak Menteri Dedah Nama Syarikat Keselamatan Yang Upah Penjenayah.

Penjenayah masih lagi belum ditangkap sehingga berita ini ditulis.  PDRM cakap mereka akan memburu suspect tersebut habis-habisan. Namun disebalik isu tersebut, ada satu lagi isu penting yang kita tak boleh terlepas pandang juga. Ianya berkenaan isu syarikat keselamatan yang mengupah penjenayah tersebut sebagai pekerja mereka.

Ada sesuatu yang pelik disini.

Sudah aku ceritakan berkali2. Tiada mana2 akhbar, portal mahupun berita di tv menyebut nama syarikat tersebut.

Rujuk sini dan sini.

Pelik tak? Korang memang kena rasa pelik sebab ia memang perkara pelik pun. Semalam secara tiba2 kerajaan keluarkan kenyataan. Syarikat tersebut telah dikenakan tindakan. Lesen perkhidmatan mereka telah ditarik balik.

Oke fine.

Tapi syarikat apa? Apa nama dia? Siapa tahu adakah kerajaan sedang bercakap perkara yang benar sedangkan nama syarikat tidak didedahkan?

Contohnya kerajaan cakap ada product dilabelkan halal walaupun mengandungi daging babi. Product tersebut telah ditarikbalik. Tapi product apa? Bagaimana nak sahkan cerita kerajaan ini betul selagi mana nama product tidak disebut?

Macam tue la juga dengan kes ini.

Apa yang aku rasa?

1. Sengaja mengeluarkan statement memberitahu public bahawa syarikat tersebut telah dihukum.

2. Bertujuan nak alihkan pemikiran rakyat. Aha, syarikat tersebut telah dihukum..

3. Tapi nama syarikat taknak sebut pula. Beria2 sorok.

4. Betul ke depa dah dihukum? Siapa tahu? Ada bukti? NAMPAK?

5. Spekulasi mengatakan syarikat besan Najib yang terlibat. Betul ka?

6. Bahkan Datuk Maznah dan suami dia bukan calang2 orang beb. Jenis lesen besar. Sepatutnya syarikat tersebut tampil memberikan penjelasan sebarang dua. Sehingga kini wakil syarikat tersebut pun HARAM nak jumpa keluarga mangsa. Bagi la sumbangan ke tunjuk rasa kesal ke apa ke. HARAM ada.

7. KDN juga beria2 dalam menjelaskan hal berkaitan.

Baca neh beb ;

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rujukan :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?filter=1

Apa neh? Screening test pada hari dia dah disahkan sebagai seorang penjenayah warga Indonesia pula tue? Alamak aiiiiii.

Kita mahu KDN dedahkan nama syarikat yang dimaksudkan. Kita mahu tahu syarikat apa. Kalau ikut statement KDN, jelasla yang melanggar tata etika kerja sekarang neh syarikat keselamatan tersebut, bukan di pihak KDN. Ini kerana KDN mempunyai proses yang sangat ketat sebelum membenarkan mana2 pihak menggunakan senjata api.

Yang juga menimbulkan keraguan bila kita baca kenyataan akhbar mereka ;

Rujuk ;

 

1. Tak fikir nak teruskan or tarikbalik perkhidmatan..

2. Aik dah kena gantung kot lesen depa? 

3. Takan PDRM tak maklumkan yang lesen syarikat keselamatan tersebut akan ditarikbalik kepada big boss AMBANK?

4. Yang heran takan masih teragak2 nak batalkan perkhidmatan syarikat tersebut?

5. Dah kena dah kakitangan bank. Tak pasal2 jadi mangsa kecuaian sesetengah pihak.

6. Sepatutnya sebagai big boss kena buat keputusan yang tegas bagi mengajar syarikat tersebut. Terminate je terus perkhidmatan depa. Bukan ragu2 lagi.

Perkara ini memang fishy. Penuh keraguan. Samada dedahkan satu nama syarikat yang baru di setup ataupun berterusan2 cover nama syarikat yang terbabit. Aku tak pasti lagi dorang akan amek tindakan yang macam mana. Itu terfikir2 gak dalam kepala hotak ini. Selagi kerajaan taknak dedahkan nama syarikat, kerajaan la juga menyebabkan rakyat berpersepsi negatif. Jangan salahkan rakyat dalam kes neh oke.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...