Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Jambatan Takde Fungsi Bernilai RM126 juta - Apa Cadangan Mukhriz Mahathir?

Jambatan Pulau Bunting.

Pernah dengar? Tadi ada la terbaca di facebook. Rakan2 dok mengumpat BN isu jambatan Pulau Bunting. Kata mereka kos pembinaan Jambatan Pulau Bunting mencecah RM7billion. Mak aiiiiiiiiiiiii

Ko biar betul beb?

Cakap2 mengumpat di laman maya mengatakan bahawa kerajaan dulu bina jambatan tersebut dengan alasan nak menghubungkan penghuni pulau tersebut yang di anggarkan ada 30 ribu orang dengan tanah besar. Tapi beb, orang yang 30 ribu tue seme mungkin dah mati secara ber-ramai2. Tak pun alien culik. Haram ada orang kat pulau tue. Mana la kerajaan BN korang petik angka 30 ribu tue. Ke dorang sangka pokok2 tue orang? Ya tuhan. 


Aku terai godek2 internet untuk memastikan kos projek tersebut bernilai RM7billion beb. Tapi takde. Yang aku jumpa ialah kos projek tersebut bernilai RM126juta. Yang neh pun aku tak pasti samada bersesuaian ke tidak dengan projek tersebut memandangkan projek neh projek binaan pada tahun 2003 - 2005 [tarikh siap] yang mana time neh aku syak kos pembinaan belum lagi tinggi melambung macam sekarang. Apa pun ia bergantung juga kepada jenis bahan binaan. Yang neh biar la orang yang arif dalam bidangnya beri komen. Malas aku nak memandai2.

Rujukan mengenai kos projek tersebut ==> http://jkr03.webs.com/JALAN03.htm

Panjang 2.5KM
Kos perunding RM44juta.
Kos pembinaan RM82juta. Dengan 2 juta untuk tampung kepelbagaian kos2 sampingan dan 13 juta untuk PBT. Betul2 untuk bina je RM67juta. Bawah JKR Negeri beb. Itu yang membuatkan total RM126 juta telah dibelanjakan bagi memastikan jambatan ini tertegak seperti hari neh.

WOW..

Projek neh sekarang dah jadi projek gajah putih. Pupus tanpa menghasilkan apa2 hasil significantnya kepada penduduk sekitar dan rakyat negara itu. Bahkan ia boleh dikatakan satu pembaziran berskala besar yang mana BN boleh relax je buat tatau. Lepas tue ia disambung pula oleh PAS Kedah yang juga relax2 buat tatau juga.

Aduhai.

Apa? 5 tahun tak cukup nak buat itu neh blablabla.. apa ko tak baik kutuk PAS blabla..  bn tue jahat blababla.. ini semua salah bn.. blablabla.... Jap2. Ko tahu peti ais tue apa? Hah, pergi masuk sana dan membebel kat situ diam2 oke. Terima kasih.

Hasil buang masa aku. Aku dapati jambatan ini sudah mengalami beberapa kerosakan. Ia dibuktikan dengan gambar2 kat bawah neh beb ;




Perghhhhhh..

RM126 juta punya citer, takan nak biar tunggu ia rosak dan semakin rosak lagi beb?

Sumber gambar kat sini : http://izzuddinjanaton.blogspot.com/2010/04/pulau-bunting-kedah-darul-sejahtera.html

Itu tahun 2010 punya citer la. Tahun 2013 punya citer tatau lagi macam mana. Silap2 penutup jalan tue seme dah lego.

Kah Kah Kah

Hasil buang aku juga aku mendapat bahawa penduduk sekitar situ rata2 merasakan bahawa Pulau Bunting sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan.

Ini antara blog yang menceritakan apa yang mereka fikirkan mengenai Pulau Bunting tue.

Rujuk ==> http://www.mykedah.org/artikel-dan-dokumentari/13/62-pulau-bunting 

Ini pula video2 yang menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke jambatan Pulau Bunting tue. Perghh. Bukan pulau tue jadi tempat pelancongan, ini JAMBATAN sendiri jadi tempat pelancongan tue beb. Menarik. Aku kan selalu tengok citer2 korea. Kat dalam drama2 tersebut kadang2  ditunjukkan scene melepak tepi pantai sambil tengok lampu jambatan. Aha, aku terus dapat idea menarik kat sini. Kira idea buang duit juga la neh. Tapi insya-Allah buang duit di tempat yang betul boleh membuatkan kita mendapat duit semula dengan cara yang betul juga.

Rujuk ; http://www.youtube.com/watch?v=S7KE63RsUXk 

http://www.youtube.com/watch?v=4pnmgJ8UGHk 

Cadangan aku. Aku bukan orang Kedah oke. Tapi aku sedih tengok RM126 juta dibazirkan begitu saja.

1. Aku tak sure kenapa projek neh jadi sekerat jalan, tapi aku cadangkan Mukhriz Mahathir cuba la periksa semula apa sebab punca2 projek neh terhenti. Nak di ikutkan jambatan ini dah siap boleh digunakan cuma kena buat finishing akhir sana sini.

2. Boleh tambah lampu2, cat balik biar nampak macam baru. Betulkan balik apa2 benda yang rosak dan bersihkan sampah sarap sekeliling tue. Semak beb tengok. 

3. Cuma tambah pokok2 bunga yang pelik2 kat sepanjang jambatan tue sambil2 letakkan nama pokok / tumbuhan. Samping2 tue boleh la kita belajar kenal2 tumbuhan2 yang pelik2. Melancong sambil belajar
beb. Best wo.

4. Cantik juga letak papan elektronik kat sini. Nanti kita fikirkan apa2 yang sesuai untuk papan elektronik gergasi tue.

5. Lepas tue sediakan kemudahan seperti tandas, chalet, kedai..

6. Wujudkan industri pelancongan kat sini.

7. Promosi juga aktiviti2 pemancingan kat sini. Nampaknya kaki pancing suka beb lepak sini. BTW, jangan la kenakan caj untuk kaki2 pancing. Biar la aktiviti pemancingan kekal percuma macam sekarang neh. Jangan la disebabkan ko tacap sana sini ko amek kesempatan untuk kenakan bayaran kepada kaki2 pancing pula. Ko kenakan caj yang berpatutan pada service2 lain sudah la.

8. Nampaknya kita boleh gunakan bot2 untuk aktiviti pancing dan pelancongan juga aktiviti pembelajaran. Pulau neh nampak macam menarik kalau diterokai dan diusahakan dengan cara yang betul.

9. Nak buat seme mesti mesti mao ada modal. Tapi jangan sampai tergadai tanah dan pulau pada syarikat swasta. Biarlah projek neh menjadi projek usahasama antara kerajaan dan swasta dengan kerajaan mengekalkan status quo.

Insya-Allah bila benda2 tue dah ada seme nanti aku mai melancong kat sana pula. Nampak gaya macam menarik. Tak sangka kat Kedah rupanya ada jambatan yang agak menarik la juga [kena make up lagi rupa bentuk jambatan neh] tapi sayang, buat apa ada jambatan tapi alih2 di hujung jambatan tue apa pun takde. Kosong. Orang takde, chalet takde, kedai takde, tandas lagi la takde. Motif je ko buat jambatan tapi takde fungsi yang strategik. Tapi kan beb, bila kita tengok gambar neh dari atas ;

 
Fikir punya fikir punya fikir punya fikir, RM126 juta still mahal tue pada aku. Rasa macam tak berbaloi pun ada. Ini ada markup2 ke apa? 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...