Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Oktober 2013

Betul Ke SecuriForce Syarikat Milik Orang Kuat UMNO Mengupah Penjenayah? [UPDATED]

Maklumat yang aku terima. Untuk first episode baca sini. Tak faham first episode kang susah nak hadam episode2 seterusnya.

Ko perasan tak apa yang aku perasan? Melalui semakan aku sehingga kini di dapati bahawa tiada mana2 portal berita yang mendedahkan nama syarikat keselamatan yang mengupah penjenayah tersebut sebagai  pekerja mereka.

Memang takde.

Dalam tv takde.
Dalam radio pun haram ada.
Dalam berita online pun takde.

Yang pelik kenapa takde? Ada kah sengaja disorokkan atau apa?

Menurut satu maklumat yang disebarkan oleh rakan blogger ==> http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/10/securiforce-sdn-bhd-perlu.html 

Di dapati syarikat yang mengaji pekerja tersebut ialah Syarikat SecuriForce. Syarikat ini dimiliki oleh orang UMNO yang hebat. Bukan calang2 orang beb. Wanita besi. Nak tahu siapa?

Lihat gambar ;


Betul ka neh beb? 

Mohon la beri penjelasan sebarang dua berhubung perkara yang didedahkan oleh blogger di atas. Kami pun nak juga tahu kebenarannya..

Aku juga dimaklumkan dengan beberapa perkara yang penting berkenaan perkara syarikat2 keselamatan ini.

1. Setiap individu yang menjadi pegawal keselamatan perlu melalui saringan yang ketat apatah lagi bila dia memiliki lesen senjata api.

2. Ini dibuat kerana mahu mengelakkan kejadian yang tidak di ingini seperti yang berlaku dalam kes pegawai bank.

3. Setiap mereka2 yang diberikan lesen senjata api, bukan saja perlu bertanggungjawab, bahkan mereka juga akan melalui beberapa pemeriksaan yang sangat2 rapi, teratur dan ketat.

4. JPN dan beberapa agensi berkaitan akan selia, cross check dan sebagainya.

Pendek kata ia bukan mudah untuk ko memiliki lesen senjata api, apatah lagi senjata api dan sekaligus membolehkan ko berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

Ia bukan mudah beb. Bukan mudah. 

Ironinya, situasi ini tidak pula terpakai dalam kes di atas. Macam mana seseorang yang memiliki IC palsu boleh melepasi saringan pertama ; 

Memiliki IC palsu?

Saringan kedua ;

Bekerja di syarikat keselamatan?

Saringan ketiga ;

Memiliki lesen senjata api?

Ada sesuatu yang tak kena. Taktau apa dia.. Nampaknya kita tunggu aje la pihak2 terbabit untuk tampil memberikan penjelasan.. dan dalam pada itu kita tunggu2 juga. Mana dia wakil kepada syarikat keselamatan tersebut? Bukan saja nama syarikat tersebut tidak didedahkan oleh mana2 akhbar bahkan wakil dia pun takdak. Kenapa tak tampil ke depan? Tunjukkanla sikit keprihatinan anda terhadap keluarga mangsa. Tahu tak ada orang mati disini sebabkan salah seorang pekerja anda? Kemon.. bukan nak minta duit pun. Sebab duit tak boleh hidupkan yang mati. Tapi at least biarlah ada rasa simpati..

Aduhaii..

Updated ;

Kementerian mengesahkan lesen syarikat keselamatan tersebut telah pun digantung ketika ini. Tanpa mendedahkan syarikat apa. Ini lebih menimbulkan spekulasi daripada menjawab persoalan beb. Cuba fikir, tanpa mendedahkan nama syarikat, sesiapa pun boleh cakap hah kami dah gantung dah lesen syarikat tersebut sebab tak memenuhi peraturan yang ditetapkan. Kami mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat. Yelah. Syarikat apa yang kena gantung tue? Tak dinamakan, so macam mana orang nak tahu betul ke tak betul?

Dicadangkan dedah nama syarikat tersebut.

Untung2 kami boleh la make sure sendiri betul ke tak betul lesen perkhidmatan mereka telah digantung ataupun sebaliknya.

Harap maklum yer.

Rujukan :  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/24/Crime-Home-Ministry-Security-firm.aspx

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...