Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 29 September 2013

Isu Gambar Suspect Perogol Kanak-Kanak Tersebar - PDRM Warning Siapa?

12 tahun.

Dalam usia 12 tahun mereka2 ini terlibat dalam kes merogol anak orang. Sekarang neh terdapat pelbagai versi cerita yang pelik2 mengenai insiden tersebut.

Kalau ikut laporan berita, dia siap tulis macam neh lagi ;

" Gara2 kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu keluarga dengan alasan blablablablablaa.. "

Mengambarkan mangsa rogol = sedang mencari seks, dia sendiri yang mahu tidur dengan 8 lelaki tersebut. Yang kini ditahan reman kerana merogol remaja tersebut.

Mula2 dikatakan umur mangsa rogol 13 tahun. Tapi sekarang dah jadi 12 tahun pula. Yang mana satu betul tah. Ada 2 persoalan yang timbul dari berita ini.

Rujuk laporan berita ;


 Ini amaran dari PDRM ;



Isu gambar.

1. Gambar tue kalau kita perhatikan, ia diambil ketika suspect2 tersebut berada dalam van polis.

2. Lazimnya hanya orang2 yang berada dalam van polis je boleh menangkap gambar tersebut.

3. Rujuk posisi dari gambar itu di ambil.

4. Bukan kah ia seolah2 di ambil oleh seseorang yang turut berada dalam van tersebut?

5. Ini bermaksud orang itu juga la yang menyebarkan kepada public.

6. Aku kurang jelas siapa yang sebarkan kepada public. Adakah media arus perdana ataupun orang ramai..

7. Cuma betul juga kata mereka, mereka ini budak2 lagi. Patut kena hukum sambil2 tarbiah. Memang menakutkan ye budak umur 12 tahun terlibat dalam kejadian rogol.

8. Sebab tue tak wajar siarkan wajah mereka. Ia bukan untuk melindungi mereka semata2, bahkan juga ahli keluarga mereka yang mungkin sedang trauma dan malu dengan perbuatan anak masing2.

9. Setuju mereka di atas perlu dihukum dan dibendung tetapi tidak setuju dengan penyebaran wajah mereka.

10. Boleh jadi ada di antara mereka cuma la suspect, bukan penjenayah.

11. Tak pasal2 mereka dah menjalani hukuman tanpa dibuktikan kesalahan nya..

12. Pun begitu, sebelum PDRM warning orang awam, rasa2nya PDRM kena semak gambar di atas semula.

13. Dari segi angle gambar, ia bukan orang luar yang amek tue..

14. Gambar tersebar menerusi wassap ke wassap. Walaupun teknologi membantu dalam kehidupan kita tetapi jika digunakan secara keterlaluan, ia boleh merosakkan situasi tak pasal2.

Laporan berita.

15. Laporan berita di atas juga berniat jahat.

16. Mengambarkan bahawa mangsa rogol seolah2 seseorang yang gila seks.

17. Lari dari rumah, nak menjalin hubungan seks, tidur di surau..

18. Ini apa neh? Bila orang ramai baca berita tue apa yang mereka fikir? Tak payah tunggu orang ramai, aku sendiri rasa perempuan tue menjijikkan lepas baca berita di atas. Pun begitu aku tak salahkan Sinar Harian sebagai tukang lapor. Nama nya tukang lapor. Dia lapor apa yang diberitahu aje kan.

19. Tapi rupa2nya ada cerita versi lain la pula.

20. Adik tersebut, dikatakan berusia 12 tahun, dia keluar pergi rumah kawan dia, kemudian di ajak oleh sekumpulan lelaki tersebut untuk ke rumah kosong. <-- Nampaknya sendiri mengikut. Tapi memikirkan usia nya yang baru 12 tahun, dia mungkin TIDAK FAHAM SITUASI.

21. Adik tersebut tak balik2 rumah semalam. Tak pasti kenapa ahli keluarga dia tak mencari. Bukan itu saja, bahkan tak ke sekolah juga. Kerana ibunya sedang menunggu hari nak bersalin. [waktu itu la]. Kejadian berlaku 20 September hari tue.

22. Dia dirogol secara bergilir2 dalam 2 buah rumah kosong yang berlainan selang 30 minit.

23. Mangsa juga diugut, dan dicederakan dengan batang paip pvc. 

24. Selepas dirogol, dia ditinggalkan sebelum berjalan pulang. Mungkin ketika itu dia singgah di surau sekejap untuk cuci baju apa seme. Membersihkan kesan2 kotoran mungkin. Sekali lagi aku rasa dia keliru dan TAK FAHAM SITUASI. Patut dia boleh balik rumah dan mengadu kepada ahli keluarga. Mungkin dia takut, panik, tatau nak buat apa, dan trauma.

25. Sebelum ditemui oleh seorang lelaki yang kemudiannya membawa dia ke balai polis untuk siasatan lanjut. [Mungkin anggap adik neh lari dari rumah kot]. Sekali lagi adik neh main ikut je orang. Aduhai.

Aku rasa ini kelemahan masyarakat. Kita gagal mainkan peranan. Kita patut buat iklan papan besar-besar untuk mengajar kanak2 ini agar jangan ikut sesiapa sekalipun kawan2 yang dikenali ke tempat2 asing dan tertutup melainkan dengan pengawasan ibu.

Kenapa ibu?

Kadang2 sang bapa pun bahaya juga.

Maaf cakapla, jangan nak terasa pula. Ia terbukti banyak kali oke.

Papan iklan / kempen2 kesedaran ini patut diletakkan secara berleluasa terutamanya di kawasan2 yang melibatkan kadar jenayah kanak2 / juvana yang tinggi. Kita ajar kanak2 ini untuk amek tahu serba sedikit beberapa perkara bagi melindungi dan menjaga diri mereka sendiri. Macam iklan2 kat tv tue. Memang bagus kempen untuk mendidik kanak2 jangan ikut sebarangan orang. Cuma kali neh kita perluaskan konsep dia, jangan ikut sesiapa pun termasukla orang2 yang dikenali kerana kalau ikut statistik rogol, kebanyakkan mangsa rogol adalah dari kalangan mereka2 yang dikenali. Ini bahaya.

Dua2 versi berita dilaporkan oleh Sinar Harian. Aku nampak gambar polis dalam laporan yang pertama. Aku syak ia sebenarnya dilaporkan mengikut keterangan polis. Adakah ia dibolehkan? Kalau betul versi yang kedua adalah yang benar, bukan kah versi berita yang pertama adalah fitnah ke atas mangsa rogol?

Apa pula yang boleh orang awam lakukan setelah menjadi mangsa persepsi serong akibat statement mendahului kertas penyiasatan oleh PDRM? Apakah orang awam tidak boleh berbuat apa2? Ya, PDRM sedang melakukan penyiasatan, bagus dah tue. Tapi bukan kah tidak patut statement berbaur fitnah dikeluarkan sedangkan siasatan sedang dijalankan? Itu kalau sungguh la PDRM yang bagi statement kat SH. Berita sekerat2. Aku tak dapat baca sepenuhnya. Cuma nampak wajah POLIS je kat statement tue. Itu yang syak PDRM yang keluarkan statement di media.

Yang Sinar Harian pun satu. Gambar adik yang kena rogol itu pun ditunjukkan. Adakah ia dibolehkan? Baju + tudung yang dia pakai tue. Sekurang2nya masyarakat sekitar yang dah biasa tengok dia, mesti cam punya walaupun dari belakang. Aduh.

Tak agak2.

Atau, ia juga adalah kerelaan mangsa rogol? Sekali lagi jika sungguh adik itu rela, dia sebenarnya TIDAK FAHAM SITUASI. Kita yang dah besar panjang + matang ini sepatutnya dah faham situasi, perlu juga melindungi diri dia.

Apa pun aku berharap sangat kepada pihak2 yang rogol dia dikenakan hukuman yang setimpalnya. Memang ia menakutkan untuk melihat budak2 umur 12 tahun dah start merogol apa seme. Walaupun mereka mungkin ada harapan untuk berubah tetapi untuk sesetengah perkara, walaupun kita dah bertaubat, kita tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut, kita dah berubah, kita dah jadi baik, tetapi ia tetap merupakan titik hitam / kenangan pahit pada mereka2 yang menjadi mangsa akibat perbuatan  jenayah kita. Sebab itu sebaikny2 jangan kita berbuat jahat kat orang. Nak melupakan sebagai seorang penjenayah mungkin boleh tapi nak melupakan sebagai seorang mangsa jenayah, ia merupakan satu perkara yang hampir mustahil. Mereka mungkin tak cakap, atau sebut2, tapi mereka takan lupa.

Percayalah. 


Link berita : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mangsa-serakah-lapan-lelaki-1.205693

Rujukan amaran PDRM :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?ref=br_tf&rf=101878626520790&filter=1

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...