Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 September 2013

Fathul Bari Di Kecam Di Laman Sosial Isu Harga Barang Ketetapan Allah.

Dari pagi sampai ke tengah malam ramai pengguna2 media sosial menyuarakan ketidakpuasan ahti mereka terhadap penulisan UFB yang disiarkan di Sinar Harian, terbitan 8 September 2013 menerusi kolum cetusan.

Penulisan tersebut membidas pemikiran sesetengah pihak yang menyalahkan kerajaan [BN] dan juga pengundi2 BN yang telah memangkah BN sekaligus menyebabkan kos sara hidup kian meningkat di negara neh sejurus BN mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95, 97 dan diesel.

Kenaikan tersebut menjadi asas kepada beberapa syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan barangan tertentu untuk menaikkan harga jualan masing2. Atas alasan itu rakyat menjadi marah dan mempersoalkan tindakan BN dan juga pengundi2 BN yang telah pun menyusahkan hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan satu lagi masalah, iaitu kos sara hidup yang tinggi.

Masalah jenayah, masalah tangga gaji yang rendah, harga barang makan yang kian mahal, harga rumah yang semakin mahal, rumah kos rendah dijadikan alat untuk agent hartanah membina kekayaan, inflasi, kadar penganguran di kalangan belia yang meruncing, masalah sosial, masalah bankrupsi yang tinggi di kalangan anak muda, masalah pengangkutan yang tidak effisen di hampir kebanyakkan kawasan2 di Malaysia dan pelbagai lagi masalah2 yang wujud, tidak pernah pun berjaya diselesaikan oleh kerajaan namun kini mereka menambahkan satu lagi masalah iaitu menawarkan peluang untuk kos sara hidup di Malaysia menjadi semakin tinggi dari hari ke hari.

Kenyataan UFB boleh rujuk sini.

Kat bawah neh pula bidas MAZA kepada UFB ;


Kenyataan Hilal Asyraf yang membidas UFB pula kat sini.

UFB menggunakan dalil ini bagi mempertahankan tindakan BN antara punca kos sara hidup tinggi di negara neh ;
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)

UFB juga membidas mereka2 yang menyalahkan peniaga, kerajaan dalam isu harga barang yang semakin mahal ;

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini. Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Ada juga yang tidak faham. Membidas UFB bukan bermaksud membidas TUHAN. Jauh sekali membidas ISLAM. Membidas UFB bermaksud membidas individu itu sendiri. Kita maksudkan tafsiran dia. Bukan menolak hadis mahupun Nabi SAW.

Tafsiran tersebut tidak boleh dibaca mengikut apa yang kita mahu percaya. Tafsiran tersebut haruslah berlandaskan apa sebenarnya yang sedang berlaku ketika itu. Tidak mungkin sampai bila2 pun NABI SAW akan memberikan peluang kepada mana2 pihak untuk saling menindas dan tertindas. Baik orang kaya mahupun orang miskin.

Dalam hadis tersebut hanya memperkatakan tentang DIA la yang menetapkan harga itu. HARGA apa? HARGA bagi merujuk kepada BARANG apa? SITUASI dia bagaimana? Pendapat aku, meskipun aku tak setuju dan sokong kepada label2 yang keras dan bersifat menuduh ke arah batang tubuh UFB, tetapi dalam keadaan ini aku melihat UFB sendiri yang mendorong kepada perlakuan tersebut. Ini bukan juga ketetapan dan ketentuan Allah. Ini UFB sendiri yang cari.

Ada pun, kita tidak sesuaikan hadis mengikut tindakan pemimpin2 kita. Sebaliknya kita melihat tindakan pemimpin2 kita, adakah ia bersesuaian dengan terma Islam?

Contohnya seseorang muslim yang minum arak. HARAM. Dosa besar. Kita akan ikut hukum. Bukannya owhh ada pemimpin2 yang minum arak, kita akan ubahsuai hukum agar ia selaras dengan tindakan pemimpin2 kita. Apa yang aku nampak sekarang selain mengelirukan umat islam dan bukan islam, UFB juga sedang membina persepsi bahawa hujah2 dalam Islam sedang bergaduh sesama sendiri. Bahkan yang lebih teruk, dia menggunakan nama Allah, Islam dan heret Nabi SAW dalam perkara ini bagi membenarkan tindakan pemimpin2 dia.

Aku rasa sebelum kita boleh beria2 membela pemimpin, tengokla dulu orangnya macam mana. Sanggup ke kita yang beria2 belajar agama bagai nak rak, alih2 hidupnya membela pemimpin yang bukan la baik benar tingkahlaku mereka dalam hal2 berkaitan agama.. judi sukan pun pernah cuba diluluskan.. hub hiburan malam pula dah confirm lulus..

Fikir2kan la diri sendiri tue sama UFB oii..

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...