Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Utusan Lapor Arab Saudi Sokong Tindakan Tentera Mesir.


Ada yang mengatakan ini fitnah. Bukan citer benar. Tapi aku macam tak berapa percaya. Bukan sebab aku menyebelahi Utusan oke. Tetapi track rekod pemikiran Arab Saudi memang terbukti condong kepada menyokong benda2 yang merepek..

Antaranya selepas Morsi digulingkan, dana segera disalurkan kepada Mesir dan ucapan tahniah ke atas perlantikan Presiden baru Mesir mengantikan Morsi.

Rujuk sini.

So tak aneh juga jika Arab Saudi menyokong tindakan tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri.

Baca bawah ;

Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. [1 ]

``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini. [2]

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. - UM-

1. Bercakap mengenai tindakan penyokong Morsi yang berterus terusan berhimpun dan berkumpul di dua kem utama mereka.. ini ialah satu tindakan yang mampu menyekat kestabilan kembali di bumi Mesir. Arab Saudi tidak menyokong tindakan seperti ini.

2. Ini bercakap mengenai sebarang usaha untuk mengembalikan kestabilan di bumi Mesir seperti tindakan keganasan tentera Mesir, Arab Saudi sokong.

Meskipun mereka kata mereka tidak sokong sebarang keganasan, keganasan yang mereka takrifkan disini ialah merujuk kepada tindakan penyokong2 Morsi. Bagi mereka tindakan penyokong2 Morsi yang berhimpun merupakan satu keganasan kerana ia mengundang provokasi.

Itu apa yang aku faham mengenai pemikiran Arab Saudi.

Teruk. Itu jek yang aku nak sebut. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...