Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Julai 2013

Penjelasan Pemuda Cina Yang Di Bogelkan Kerana Hina Islam.

Dia kata ;

1. Dia tiada kaitan dengan pasangan lucah.

2. Dia tidak melakukan apa2 penghinaan terhadap Islam.

3. Badan dia di conteng untuk mengalihkan isu sebenar.

Kita dah dengar penjelasan dari pihak A yang kata dia hina Islam. Sekarang kita dengar penjelasan dari pihak B pula.

Kepada mereka yang menghalalkan perbuatan tersebut, samada dia menghina mahupun tidak, meskipun dah terbukti tiada bukti, pasti akan tersentak kalau dia betul2 teraniaya dan menjadi mangsa dalam kes neh.

Jika benar sekalipun dia menghina, maka bukan kerja kita pergi culik dan belasah anak orang. Kot2 kalau ada yang mati, tak pasal2 dari pejuang islam konon nya kepada si pembunuh. 

Heh.

Apa pun dalam kes neh, meskipun kita dah dengar penjelasan dari kesemua pihak yang terbabit, still kita tatau sapa yang berkata benar mahupun sebaliknya. Berhentilah berpihak atas kes yang kita sendiri kurang jelas kebenaran nya.

Tunggu la tindakan selanjutkan dari PDRM. 

Berikut di bawah ialah penjelasan dari pemuda tersebut ;

Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.


"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...