Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Julai 2013

Pahang Larang Tazkirah Solat Terawih, Imam Degil Akan Dihukum.

Rupany2 semalam ramai gak member2 pro PR yang tengok berita tv3. Bila aku online tadi aku tengok berita malam tadi dah jadi kecoh di laman2 sosial dan twitter. Khalid Samad pun petik isu yang sama di laman twitternya.

Ini terbuktila tindakan melarang tazkirah mengundang kontroversi umum.

Aku cuba cari sisi positif akan larangan tersebut. Siyes. Aku takmo la diperlihatkan apa sahaja yang pro BN buat, aku menentang tak pasal2. Tapi cari punya cari punya cari, HARAM jumpa.

Tindakan tersebut sebenarnya mengundang kekeliruan !!!

 
Tak dibenarkan tazkirah satu hal, dan mendenda pula mereka yang engkar? Ini.. agak merepek. Biasanya kita berhenti sekejap waktu pertengahan terawih. Kalau nak berhenti, ini la time nya nak berhenti pun.

Tapi ada juga yang terus berterawih sampai habis dan tazkirah selepas itu. 

Ikut tempat la juga. So larangan di atas neh kita kurang jelas. Apakah yang dimaksudkan larangan tazkirah sewaktu solat terawih? Pertengahan terawih atau selepas habis terawih?

Sebab dia ada menyebut bahawa tazkirah tersebut mengacau orang yang nak mengaji apa bagai. Bagi aku masjid tempat umum. Walaupun imam dan makmum kena berkerjasama untuk membangunkan masjid tetapi agak tak logik juga imam kena batalkan tazkirah hanya kerana ada orang yang nak mengaji.

Ko mengaji aje la kalau ko nak mengaji. Ko taknak dengar tazkirah pun takde la imam sampai nak memaksa. Just keluar dari lokasi dan cari satu tempat yang ko rasa selesa nak mengaji. Oke tak? Kenapa pula hanya kerana ada orang yang taknak dengar tazkirah maka tazkirah dilarang disebabkan nak menghormati kehendak mereka2 yang nak mengaji? Ini contoh je la. Sebab itu alasan yang digunapakai dalam berita malam tadi.

Aku kira ini tidak logik. Jika ini dijadikan alasan.. maaf ek. Ia tak logik langsung.

Hatta kalau konsert di larang sekalipun di Malaysia neh ramai jek yang marah mengamok2, ini kan pula sekadar tazkirah. Lagi la orang marah.

Cuba tanya diri sendiri. Berapa lama sangat la masa yang dihabiskan di masjid?

Cuba tanya diri sendiri kalau pasal tazkirah balik lewat lebih kurang pukul 10 malam ka 10.30 malam ka ia berdosa ka?

Kalau pergi mana2 tempat balik lewat rilex jek. Kalau rasa2 tak tahan gak boleh sambung terawih kat rumah. 

Aku ada juga terbaca salah seorang yang komen di facebook. Konon nya bagus larangan tazkirah neh sebab ada imam yang bagi tazkirah merepek2 pasal tanah. Aku rasa kelakar nak mampos. Dia bagi Selangor sebagai contoh. Sebab benda tue berlaku di Selangor, ikut pengalaman dia. Maaf cakap la. Hari2 ke imam tue bagi tazkirah pasal tanah? Hanya kerana imam di tempat ko bagi tazkirah pasal tanah so ko nak claim semua imam bagi tazkirah pasal tanah gak ka?

Jangan.

Jangan letak komen yang menunjukkan diri sendiri kurang cerdik.

Larangan tazkirah solat terawih sebenarnya perlu diperhalusi. Pahang semakin pelik. Ko tahu tak kat Pahang tue ada apa? Sejukkan la sikit negeri ko tue. Benda2 baik begini tak payah nak larang la. Sehingga dia menganggu orang ko boleh la nak buat satu peraturan. Ini sudah la ko larang bahkan ia diperlihatkan satu paksaan bila mana nak amek tindakan jika terdapat mana2 imam solat yang engkar perintah tersebut.

Munasabah ka?

Mungkin ketua agama Islam Pahang, #1881 patut bantu. Ini melibatkan hal ehwal agama Islam kan? Bersuara la sikit. Ke tunggu Nurul Izzah gak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...