Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Julai 2013

Page Palsu Ustaz Don Bakal Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang.

Episode pertama kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/isu-tv3-ustaz-don-tampil-tepis.html

Dan ia tak terhenti disitu. Aku ingat mungkin disebabkan printscreen kat bawah neh dah masuk Harakah apa bagai.

Rujuk bawah ;



Seperti yang kita sedia maklum, ia tersebar dengan meluas sehinggakan ada orang beranggapan bahawa sumber yang mengatakan TV3 = sebut MORSI DIKTATOR ialah dari Ustaz Don. Padahal Ustaz Don kat Mesir time tue.

Dan sekarang wakil Ustaz Don telah berikan kata dua. Mereka akan bertindak dengan mengheret PDRM dan SKMM dalam isu tersebut ;



Rujuk ==> https://www.facebook.com/30minitustazdon?fref=ts

Ada orang tak faham. Mereka sebut. Kalau apa yang Page Klon tue sampaikan tue benda betul, apasal nak bertindak pula?

Sebenarnya memang betul. Kalau dia cakap A ialah A, maka sampai kiamat pun kita tahu bahawanya A ialah A. Ia tiada perdebatan lagi. Maksudnya selagi mana admin page klon menyebut benda yang terbukti benar, sahih dan betul aku tak rasa Ustaz Don akan bertindak lebih2 ataupun wakil Ustaz Don akan mengheret SKMM apa bagai.

 Tetapi yang jadi isunya ialah ;

1. Update status seolah2 itu ialah ko.

2. Update status yang boleh menimbulkan pertikaian.

3. Update status, orang printscreen dan sebarkan seolah2 ia dari ko. Dan lebih mengelirukan kalau2 status tersebut boleh dipertikaikan macam dalam isu TV3.

Sebab tue la mereka mengambil tindakan. Aku memahami perasaan Ustaz Don. Sehingga ada orang klon ko di facebook, ko takan faham perasaan dia beb. Takan faham. Ia mungkin isu kecik pada ko, tapi bagi aku ia isu besar. Ia sesuatu yang menakutkan untuk orang menyamar sebagai ko sebenarnya.  

Lainla kalau untuk trolling macam account Rosmah Mansur aka Bik Mama tue. 

Baru2 neh ada lah orang sound aku. Nak bukti sangat. Nah amek kau rakaman dari MHI untuk lue. Pelik beb. Takan dia ingat aku nak percayakan rakaman MHI yang disunting2 tue dan pergi sebarkan pula? Aku dah sebut dengan terperinci dah.

1. Pertama, orang yang sebarkan hal tv3 sebut Morsi = diktator mengambarkan bahawa ia adalah BERITA.

2. MHI bukan rancangan berita. Bahkan nama Ally Iskandar langsung tak disebut2 pada awalnya.

3. Menyiarkan rakaman yang di edit jika ia tidak menjejaskan maksud asal, tiada masalah.

4. Tetapi setelah aku menonton video tersebut, aku dapati ia boleh mewujudkan pertikaian berbangkit, maka aku menolak ia sebagai bukti dan hujah.

5. Dan akhirnya kini, rakaman versi edit yang lebih menyeluruh tersebar yang sah2 menunjukkan bahawa kenyataan Ally dipengaruhi untuk di salah sangka.

6. Apa yang Ally Iskandar buat ialah quote balik kata2 orang.

7. Dan sampai sekarang tiada bukti konkrit yang menunjukkan tv3 sebut Morsi diktator.

8. Aku sentiasa berpegang begini. Walaupun tv3 bias, itu tidak bermaksud aku harus juga menjadi bias seperti tv3.

9. Aku bencikan sikap tv3 yang bias, maka aku seboleh2nya mahu menjauhi jejak langkah tv3.

Dengan menyebarkan sesuatu yang tidak betul, meskipun terhadap musuh, ia tak menjadikan kita betul. Ini jek yang aku pegang. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...