Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Julai 2013

Jatuh Cinta Kat Saya Dalam Masa 5 Minit - Ibrahim Ali [Video Inside]

Hebat.

Dalam masa 5 minit Ibrahim Ali mampu membuatkan orang jatuh cinta kat dia. 

Hehe.

Mana2 perempuan tolong jangan jumpa dia.. kang tak pasal2 jadi bini kedua, ketiga dan keempat Ibrahim Ali. 

Lihat paparan video ;

"Sebelum mereka (NGO) bertemu saya, mereka juga marah dengan saya.  Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya, lima minit lepas itu mereka dah jatuh cinta," kata Ibrahim sambil ketawa.

Baru2 neh Ibrahim Ali telah menubuhkan satu NGO baru yang diberikan nama MIRAC. 


Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini berkata penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) bukan atas cadangan selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam. 

Beliau sebaliknya berkata, cadangan serta perbincangan untuk bergabung bersama NGO kaum Cina dan India itu telah dibuat empat bulan yang lalu. 

Dua NGO yang bergabung bersama dengan PERKASA dan membentuk MIRAC ialah Persatuan Cina Era Baru Malaysia (Percisma) dan Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam). 

"Hasrat (untuk tubuhkan MIRAC) sudah lama tapi sebab sibuk dengan pilihan raya jadi tergendala. Kita telah bincang tiga empat bulan dulu untuk tubuh MIRAC. Bukan selepas saya berjumpa Perdana Menteri," katanya dalam sidang media penubuhan MIRAC di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/236877

Looking forward dengan agenda Ibrahim Ali untuk 5 tahun yang mendatang neh. Takde kuasa, bukan wakil rakyat lagi dah.. apa agaknya agenda kelakar yang dia nak buat ek..

Kita sama2 nantikan.

HAHAHA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...