Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Jun 2013

The Star Dipertikaikan Kerana Siar Rosmah Mansur Sebagai Wanita Paling Berkuasa..


Ramai orang2 umno sentap. Yang sentap2 tue yang pro Najib le. Di kala Najib sedang tangani politik persepsi mengenai imej Rosmah Mansur, penyiaran oleh The Star sebenarnya tak membantu gerak kerja Najib untuk bebas dari belenggu dan pengaruh Rosmah Mansur. Bahkan ia menambahkan lagi persepsi negatif. Itulah cakap2 yang kedengaran di kalangan mereka.

Pftt.

Negatif? Bagaimana iklan tersebut boleh dibaca sebagai satu iklan dan kaji selidik yang negatif pula? Adakah ia negatif kepada Rosmah Mansur no 1? Atau adakah ia negatif kerana ada bersama2 dengan pemimpin pembangkang?

Sebenarnya iklan tersebut tak boleh di lihat dari sudut negatif. Bahkan ia bukan negatif pun. Kalau Rosmah Mansur no 1 dan ia sebenarnya negatif, bagaimana pula dengan kedudukan Gabenor Bank Negara, Dr. Zeti? Bagaimana pula dengan kedudukan Nurul Izzah? Ambiga? Adakah ia juga negatif? Atau negatif kerana no 1? Kalau no 2,3 dan seterusnya tak negatif pula?

Ini la orang2 UMNO. Belum apa2 dah melatah. Padahal ia sebenarnya satu berita yang positif. Ini bermaksud apa2 jua benda yang berkaitan dengan Rosmah, tak kira la apa sekalipun ia sebenarnya menarik perhatian masyarakat umum untuk amek tahu.

Cincin Rosmah, baju Rosmah, beg Rosmah, seme berkaitan aksesori Rosmah, orang amek tahu. Ini memberikan nilai tambah kenapa Rosmah Mansur berada di kedudukan no 1.

3 aspek di ambil kira dalam menentukan kedudukan2 wanita tersebut. 3 aspek tersebut ialah ;

1. Impak

2. Liputan Media

3. Duit/Kedudukan kewangan.

Kalau bukan Rosmah Mansur, siapa lagi yang paling layak duduk di tempat no 1? Dari segi impak dia dah lama menang. Kat mana ada Rosmah kat situ ada kontroversi. Kat mana ada Rosmah, kat situ ada cerita. Dan cerita2 ini terheret dalam laporan berita sebab ia ada value untuk diperkatakan. Maksudnya kat sini orang perhatikan dia. Setiap tindakan dan percakapan dia menjadi hal kepada rakyat untuk amek tahu. Atas pelbagai sebab la kan. Personally aku sendiri memang minat dia pun. So aku amek tahu atas dasar minat. Tak boleh ka?

Dan sudah semestinya bila berbicara bab duit Rosmah ialah juara di kalangan wanita2 tersebut. Tengok aje dari segi gaya dan fashion. Siapa boleh celen Rosmah Mansur? Nobody. Dia ada stail tersendiri. Dari segi pemilihan baju, aksesori beg, kasut dan barang kemas, seme nya tersusun dan berpadanan. Bahkan keronsang yang dia pakai je mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Ko tak payah berangan la nak pakai. Tengok sudah apa yang Rosmah pakai.

Hehe.

Yang lain2 tue sekadar menang liputan berita dan impak kontroversi dan skandal je la kot. Kalau bab duit dorang memang lama ketinggalan dari Rosmah Mansur. Sedar la diri tue sket. Kita bukan siapa2 dibandingkan dengan mem kita yang hebat neh.

Apa pun bravo Rosmah Mansur, ko mesti tersenyum simpul kerana no 1. Di Malaysia neh tiada mana2 wanita boleh menjadi no 1 selagi Rosmah Mansur hidup. Lebih cepat wanita2 di luar sana sedar diri lebih cepat untuk mereka jalani hidup dengan gembira dan tanpa rasa cemburu membuta tuli. Terima hakikat oke.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...