Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Jun 2013

Tambang Bas Naik Harga 10%, Bukan 30%. [Buat Masa Sekarang]


Ramai orang cakap ini taktik jek. Mula2 dorang saja buat gempak konon nak naikkan sampai 30%. So pengguna2 mula la naik angin marah apa seme. Then tak jadi naik sampai 30%. Sekadar 10% je la. Konon2nya prihatin dengar masalah dan luahan rakyat.

Konon2 je la kan.

Padahal kenaikan 10% pun bukan murah mana. Still terjejas juga. Dan paling penting sejauh mana ia benar2 satu keperluan untuk menaikkan tambang bas ekspress lebih2 lagi pada masa sekarang?

Pandai penguasaha2 bas neh. Pandai. Dia tahu time raya orang akan gunakan perkhidmatan bas. So dia sengaja menaikkan tambang bas neh ketika nak dekat2 musim perayaan. Bukan sebelum PRU. Kalau sebelum PRU memang kena sembur.

So cakap2 orang undi BN = Barang Naik memang terbukti tepat, betul, bernas dan benar. Nampaknya korang yang undi BN memang undi BARANG NAIK. Tapi yang lebih teruk terjejas ialah mereka2 yang tak undi BN pun tak pasal2 terheret dengan semua kenaikan neh. Lainla kalau BN buat pengasingan. Sapa undi aku je kena bayar mahal. Yang tak undi aku sila berambos. Korang bayar je macam harga biasa. Ini tidak. Semua pun kena tak pasal2.

Kalau yang ada anak ramai memang sengkek ah di buatnya.

Kalau yang jenis balik berkala pun memang sengkek di buatnya juga.

Ini la nasib bila kerajaan minoriti memerintah majoriti. Nak taknak terpaksa la kita hadap dan terima. Sabar dan redha je la. 

KAH KAH KAH

Baca neh dulu ;

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan. 

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013. 
Dan paling penting yang neh hah ;

Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan. 

"Kami sentiasa prihatin dan sedia maklum di atas peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh pengendali dan operator tetapi mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini untuk mendesak kenaikan harga tiket sehingga 30 peratus. 

"SPAD menjangkakan keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan dapat diumumkan sebelum hujung tahun ini," katanya.

Maksudnya :

1. Kenaikan 10% hanya dalam tempoh singkat. Julai - Sept.

2. Selepas itu kenaikan / tambang baru akan di umumkan oleh SPAD.

3. Sekarang neh mereka sedang menyediakan kertas kerja bagi mengkaji permintaan penguasaha bas.

4. Naik tetap naik, cuma secara tetapnya kita belum tahu naik berapa.

Oke?

Sila hadap. Ini pengundi BN yang pilih. Ko dan aku terpaksa tanggung beban kebodohan dorang.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...