Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Jun 2013

Pengerusi SPR Terima Nota Ugutan Dan Kepala Ayam Busuk..


Ini sapa punya kerja neh? Tak bertamadun sungguh. Hantar la sup ayam ke apa ke. Tak pun surat ke sambil meluahkan kenapa dia kena berundur. Ini ko hantar kepala ayam? Bukan boleh makan pun. Kejap lagi mula la.. tak maafkan orang yang hantar tue dunia akhirat..

KAH KAH KAH

Neh bukan aku nak terasa ke apa ke. Makan cili ke apa ke. Tapi aku tengok situasi la. Confirm la pembangkang yang kena. Kadang2 kita tatau beb. Pengerusi SPR pun tatau. BN pun tatau. Mungkin ada sesetengah orang yang sokong BN bertindak sabotaj PR .. saja nak wujudkan persepsi negatif terhadap pembangkang.

Bukan la aku nak kata ia plan terancang. Jangan salah faham. Tapi macam2 boleh berlaku. Dan tak mustahil juga memang yang pro pembangkang yang buat kerja begini. Walau apa pun, tak kira la sapa yang buat sekalipun. Dah, hentikanla. Kerja2 tak berfaedah macam neh buang masa. Baik korang pergi berdemo depan SPR desak dia letak jawatan lagi bagus.

KAH KAH KAH
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.
Nota ugutan bertulis ‘letak jawatan atau...505’ dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.

Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.
Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.
Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengerusiSPRterimakepalaayam/Article

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...