Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Jun 2013

Nazri Aziz Sound Anwar Ibrahim.

Berikut antara petikan ayat2 pedas Nazri Aziz kepada Anwar Ibrahim.


"Pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa yang dia ini umur sudah dekat 70 tahun tapi nak berlagak macam ketua pelajar. Saya dulu pun ketua pelajar tapi zaman kita dah berlalu, kita kena sedar sudah tua. Janganlah buat perangai macam tak sedar diri.

"Kalau sudah kalah terimalah kekalahan. Apa Anwar ingat dia boleh menang? Rakyat tak mahu pembangkang hendak cukuplah. Rakyat pilih mereka menjadi wakil rakyat untuk berkerja sebagai ahli Parlimen bukan membuat benda-benda bodoh seperti ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia.

"Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis.


Nazri Aziz sound Anwar Ibrahim berikutan isu boikot acara angkat sumpah tue. Anwar bagaimanapun menafikan akan meneruskan cadangan yang dibuat oleh sekumpulan NGOs yang mendesak PR memulaukan acara angkat sumpah tersebut.

Baca lanjut disini. Selain dari Anwar yang mewakili PKR, PAS dan DAP juga telah memberikan respon yang sama iaitu tidak akan memboikot acara angkat sumpah di Parlimen pada 24 June ini.

Nazri Aziz menyindir nak jadikan demo2 di Malaysia sebagai product pelancongan? Oke fine. Meh kita tengok apa respon dia bila sekumpulan anak muda serang parlimen minggu depan. Bukan sekadar berdemo bahkan siap tidur dan buka khemah depan parlimen lagi. Jangan nak halau2 orang pula time tue oke. Kata product pelancongan kan.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...