Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Jun 2013

Luahan OKU Yang Wakil Rakyat Malaysia Mesti Baca.

Yup.



Korang kena baca bab neh. Actually aku pun tatau gak masalah2 yang depa hadapi. Aku rasa simpati kat diri aku yang tak concern bab2 OKU neh. Memang la aku sendiri personally bukan OKU dan tiada sesiapa yang rapat dengan diri aku, OKU, maksud aku kat sini, family member la kan.

Tapi aku rasa, sebagai seseorang yang duduk dalam kelompok masyarakat, aku sepatutnya aware benda2 gini. Kadang2 aku tengok pakcik2 buta, naik bas, aku selalu terfikir, takde ke kenderaan khas untuk dorang bergerak ke sana ke mari. Tapi aku tak pernah suarakan idea tue secara bertulis. 

Membuktikan yang aku tak fikir sangat masalah2 yang depa hadapi. Kelemahan aku tue. Kita kena sentiasa ingat, bukan OKU hari neh, belum tentu bukan OKU selamanya. Jadi aku rasa aku kena sebarkan perkara di bawah neh untuk perhatian wakil rakyat especially wakil rakyat parlimen. Aku mohon korang pertimbangkan idea dan luahan kat bawah neh.

Baca lah ;

Sabtu ni, 8hb. Jun nak pergi mesyuarat agong Persatuan Pocam ,
dekat Bandar Tun Razak.


Tempah Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur ,
untuk pergi dan balik.
kena RM60.00 (sebab hari cuti) - itupun kalau ada kekosongan
terpaksalah.. sbb mungkin persatuan mobiliti juga memerlukan
sumber kewangan untuk tampung kos pengurusan kenderaan mereka,
dan aku pun mmg nak pegi mesyuarat tu..

kan baik kalau parti-parti yang memegang amanah mentadbir negara
tak kira lah BN atau PAKATAN
fikirkan kenderaan penyayang seperti mobiliti disediakan oleh kerajaan

tak lah terasa berat OKU nak kemana-mana, dan rasanya boleh kot adakan seperti
bajet untuk buat NFC ke, PERMATA ke... untuk sediakan kemudahan rakyat
seperti AKU yang OKU tegar ni... kalau ianya disediakan dari DANA duit kerajaan
mungkinlah bayarannya dapat dikurangkan...

OKU mcm2 kategori, jadi OKU yang kategori seperti AKU tidaklah rasa
sempit bumi Allah yang luas ini...

sebabnya.. mungkin tengok sebahagian OKU, walau berkerusi roda tapi
naik turun kereta bukan masalah bagi mereka, jadi mungkin perkara seumpama
ini dianggap bukan tanggungjawab yang akan Allah tanya pada
sape-sape yang jadi pemimpin kelak...

mmm, fikir-fikirkanlah.. jgn ada yg mencadangkan bersykur je lah... jgn bnyak mengeluh... "MENUNTUT HAK BUKAN BEERTI TIDAK BERSYUKUR"

Wassalam.

Aku Oku ,

s.k. Najib Razak
Mohammad Faizal Che Yusof
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
d l l

Sumber : 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544831372224639&set=a.123237904383990.8179.100000933441530&type=1&ref=nf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...