Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Jun 2013

Kegiatan Syiah Di Malaysia Terbongkar [Video Inside]

Dalam dua tiga hari neh isu syiah memang popular di timeline aku. Samada kerana isu Syria mahupun kerana perkembangan Syiah di Malaysia. Mula2 dorang siarkan satu video yang dikatakan di upload oleh pengikut Syiah di Malaysia.

Lihat bawah neh hah ;


 

Oke. 

Aku keliru. Aku tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku. Lagipun aku bukan orang yang layak nak mengulas detail bab2 begini. Aku serahkan kepada penguatkuasa dan yang arif untuk memberikan penjelasan dan penerangan detail. Aku takmo ulas apa2 bab akidah orang. Walaupun aku akui aku agak pelik melihat beberapa benda dan mendengar beberapa perkara tetapi itu aku serahkan pada yang pakar untuk membuat kesimpulan.

Cuma nya aku nak ulas sikit bila dorang kaitkan video di atas dengan pembangkang. Neh yang aku rasa ralat. Dan tak patut sebenarnya.

Apa2 je benda yang ko rasa macam tak betul sedang berlaku semua ko heret dan kaitkan dengan pembangkang. Macam tak kena jek dengan pendapat tue. Bukan kah ko sepatutnya ulas isu neh secara general dan serahkan kepada penguatkuasa untuk menilai?

Kalau salah menyalah ialah keypoint baik je aku salahkan Jamil Khir dan pendirian Malaysia dalam isu SYIAH dan SYRIA sekarang neh.

Cuba korang tengok kat bawah neh dulu ;

Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEBeliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.


Ini jawapan menteri sendiri. Di atas neh jawapan yang diberikan ketika berbahas dalam Parlimen. 

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/158136

Maksudnya apa? Maksudnya ;

1. Jika ko pengikut syiah yang asal, ko boleh amal. Cuma tak boleh sebarkan jek.

2. Jika ko pengikut syiah, ko takan dikenakan dengan apa2 tindakan walaupun fatwa kata Syiah menyeleweng tetapi ko tertakluk kepada akta kebebasan beragama.

3. Tidak semua yang Syiah buat tue menyeleweng dari ajaran Islam mengikut Mahzab Shafie' di negara kita neh hah.

Maksudnya kat sini daripada ko heret dan babitkan serta salahkan pembangkang dalam kes neh [merujuk kepada beberapa penulisan blog oleh blogger2 yang non political] lebih baik la ko bawa kes neh ke mana2 penguatkuasa dan selesaikan ikut saluran undang2.

Berkenaan PAS pula, yang dimaksudkan PAS menerima pengikut2 Syiah di Malaysia adalah untuk tarbiah. Betul la tindakan yang disebut2 oleh Nasruddin Tantawi tue. Kan itulah maksud tarbiah dan dakwah.. iaitu mengajarkan kepada mereka2 yang tidak tahu, membetulkan mereka2 yang terpesong..

Aku bukan nak kata Syiah terpesong atau apa ek. Jangan salah faham. Aku dari dulu lagi tak minat dengan permainan nak telek2 akidah orang neh. Aku juga tak minat pergaduhan Sunni vs Syiah dan siapa lebih sesat siapa tak sesat siapa kafir siapa masuk syurga dan sebagainya.

Aku taknak campur.

Aku ada benda yang lebih penting untuk difikirkan dari itu. Iaitu repair akidah diri sendiri bukan sibuk dok siasat akidah orang macam mana. Itu biar yang arif je uruskan.

Kalau baca komen2 dorang memang memeningkan. Tiada yang lebih alim dari kedua2 pengikut neh. Tiada yang lebih jahat dari kedua2 pengikut yang bertentangan. Teringat kat BN vs PR. Sama je kot macam Syiah vs Sunni. 

Lagi satu, aku dari dulu lagi dok tertanya2 gak. Apa status lelaki yang menganuti Syiah berkahwin dengan perempuan pengikut Sunni? Dan sebaliknya.

Adakah ini dibolehkan di Malaysia?

Maksudnya Syiah kahwini Sunni dan masing2 mengamalkan ajaran masing2 atau apa? Takpe. Kita sama2 tunggu jawapan menteri oke.

Hehe. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...