Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Jun 2013

Isu Poster Ustaz Azhar Idrus, Salah Siapa?

Amatlah tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan poster yang tertera gambar pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus pada kempen Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. Atas apa jua alasan, memang gambar dan perkataan pada poster terbabit amatlah mengelirukan dan boleh menjejaskan nama pendakwa terbabit. 

Ustaz Azhar sebelum ini menafikan beliau menyertai mana-mana parti politik, malahan menolak pelawaan PAS untuk bertanding di Terengganu. Sewajarnya gambar beliau tidak dijadikan bahan politik, walau pun ianya dilihat kenyataan sebenar dari beliau. Akibat tindakan inilah yang memungkinkan banyak program Ustaz Azhar akhirnya disekat seperti yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan sebuah masjid di Maran, Pahang baru-baru ini. Malah, senario ini memungkinkan banyak lagi pihak tertentu akan membatalkan program yang melibatkan beliau kerana dipercayai menyokong PAS secara terbuka PRU-13 lalu.

 
Dalam hal ini, apakah Ustaz Azhar bersalah?. Sedangkan gambar dan kenyataan yang dipaparkan itu dicetak oleh pihak yang berkenaan. Justeru, tidak hairanlah jika BN menfailkan petisyen atas poster berkenaan kerana ia jelas mengelirukan. 

Kini, sudah pasti kerajaan UMNO BN akan terus "Cop" Ustaz Azhar adalah penyokong pembangkang. Ia tidak baik untuk misi dakwah beliau sebenarnya. Mereka harus ingat bahawa setiap kali program Ustaz Azhar, ia bukan saja dihadiri oleh penyokong pembangkang malahan juga ramai penyokong UMNO BN yang turut hadir. 

Dengan apa yang berlaku, bukankah ia akan menyekat urusan dakwah beliau. Ustaz Azhar perlu menyaman pihak terbabit jika mereka mencetak poster berkenaan tanpa keizinan beliau. Itu pun jika dia mahu berbuat demikian, jika tidak perkara seperti ini bolehlah diselesaikan di peringkat dalaman sahaja.

Petikan dari : http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/isu-poster-ustaz-azhar-siapa-yang.html

Kat atas neh penulisan dari blogger PDO. Bukan aku. Aku sebenarnya belum lagi nak bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan penulisan di atas. Sebab bagi aku apa pun pendirian kita, kita kena tengok hujah dari segi undang2 dan pendirian tuan punya badan sendiri.

BN mengatakan bahawa poster2 yang terpapar gambar dan ungkapan2 UAI adalah tidak patut kerana  pihak2 tertentu menggunakan figura2 dan pengaruh2 tokoh2 tertentu untuk raih kepercayaan dan keyakinan para pengundi agar mengundi mereka.

Dari segi undang2 pru, ia sebenarnya bercanggahan dan tidak selari dengan apa yang terkandung dalam peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Itu apa yang dinyatakan dalam keratan akhbar di atas. Kalau tak salah, maka tak boleh la failkan petisyen sebab takde hujah konkrit. Tapi sebab ada hujah la maka petisyen pun berjaya di failkan. Logik.

Dalam kes neh pesalah kedua [yang buat banner] mungkin tidak sedar akan kewujudan peraturan tersebut, namun kesalahan utama ialah kepada SPR itu sendiri sebab pegawai dia tidak bertindak untuk arahkan agar poster2 tersebut diturunkan ketika masa berkempen. 

Itu kalau pesalah kedua memang tak sedar akan peraturan tersebut. Namun dalam masa yang sama kita tak boleh abaikan kemungkinan yang poster2 itu juga merupakan satu bentuk provokasi untuk memerangkap dan menfitnah sesetengah pihak. Unsur2 macam neh pun ada kemungkinan juga. Jangan abaikan.

Yang kedua pasal pendirian UAI sendiri. Jika tuan punya badan tiada masalah gambar2 nya, kata2nya digunakan as bahan kempen, kita rilex2 sudah la. Apa pun kata putus dari tuan punya badan sendiri. Jika tuan punya badan terima, so soal samada pihak2 tertentu gunakan pengaruh pihak tertentu rasanya bukan isu lagi sebab tokoh2 tersebut pun memang condong kepada parti tersebut.. betul tak? Pendek kata, kalau tuan punya badan tak kisah, aku dan ko sapa nak melebih2?

Dalam kes neh, aku teringat kat satu isu. Alah isu yang gunakan pengaruh MAZA untuk raih kepercayaan dan keyakinan pengundi di permatang pauh tue.

Yang tue tv3 siap kempenkan lagi tue. Main dalam tv wo. PENGARUH lebih meluas woo. Yang bestnya, MAZA siap nafikan beb. Hah, yang tue terang lagi jelas MAZA tak memihak kepada parti tersebut. 

Hehe..

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/maza-nafi-sokong-calon-bn.html

So bila agak2nya PKR nak failkan petisyen mengenai hal tersebut? Dah terlewat la kan?

KAH KAH KAH

Nasib le. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...