Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Mei 2013

Amaran Keras Zahid Hamidi Untuk Peserta Perhimpunan Sabtu Ini.

Kat tv3 sebentar tadi Zahid Hamidi warning kepada semua peserta2 perhimpunan yang bakal berhimpun pada 25/5 bermula jam 2 petang di padang Amcorp Mall.

Menurut Zahid Hamidi tindakan itu selaras dengan undang2 negara kerana perhimpunan tersebut tidak memenuhi syarat yang terkandung akta perhimpunan aman 2011.

Jikalau mereka berdegil bersedia la menanggung akibat dari tindakan tersebut. Itulah yang digambarkan oleh Zahid Hamidi menerusi berita di tv3 tadi. Menurut Zahid Hamidi lagi majoriti tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut.

Yeke?

So setelah meneliti amaran oleh menteri KDN yang baru adakah peserta2 perhimpunan akan rasa cuak dan takut?

Dari pemerhatian aku FRU dan TEAR GAS mungkin akan dilepaskan pada hari tersebut. Yang ada masalah kesihatan tolong tolong tolong duduk di rumah sahaja.

Yang takde tue terpulang la pada pendirian masing2. Agak2 nak bermain dengan polis ka atau apa itu ikut suka lue la kan. Gua di posisi melarang tidak. Mengalakkan macam ada jek.

Kah kah kah

Dalam pada itu KDN juga menjelaskan kenapa rampasan terbitan terkini Harakah dan Suara Keadilan di buat siang tadi.

Menurut KDN rampasan itu dibuat kerana pengedar Harakah tidak mematuhi undang2 bahawa akhbar tersebut hanya boleh di edarkan untuk ahli2 PAS yang berdaftar jek.

Manakala Suara Keadilan pula berkaitan dengan masalah permit. Rampasan akan dibuat dari semasa ke semasa setelah mengambilkira amaran2 yang pernah dikeluarkan sebelum2 ini kepada pihak yang terbabit.

Phewww

Zahid Hamidi bermula dengan garang. Lebih garang dari Hishammuddin Hussein. Terima kasih la ek. Sedar tak sedar provokasi neh sebenarnya menaikkan semangat para pejuang. Thanks Zahid Hamidi kerana bersikap garang dan sekaligus mempromosikan perhimpunan tersebut. Anda terbaek.

Kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...