Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 April 2013

Penyokong BN Bakar Pusat Daerah Mengundi Di Kedah?

Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.

"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

 
Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000.  


Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu.

"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya.
 
 — Bernama

Sebab depa guna istilah PEMBANGKANG kan. Di kedah PEMBANGKANG = BN tau. Kalau nak di ikutkan buat masa sekarang 

PEMBANGKANG

dan

KERAJAAN 

Tak wujud. Sebab tempoh berkempen untuk menghadapi PRU. BN dan PR bukan la kerajaan mahupun pembangkang. Parlimen dah dibubarkan dah. PRU nanti 5 mei. Sekarang tengah persediaan untuk memilih kerajaan dan pembangkang baru. Tapi mungkin ada ahli2 BN tak tau benda tue. Dorang lebih banyak habiskan masa untuk buat kerja2 parti sampai takde masa nak kaji benda2 gini. Kesian. Takpe. Kita bantu la mereka mendapatkan info seberapa banyak yang boleh untuk diserapkan ke dalam akal dorang tue.

Helping is caring too oke.

KAH KAH KAH

Tapi oleh kerana PEMBANGKANG yang disebut2 sebagai pensabotaj bilik PDM di atas, maka secara automatiknya dapatkan kita fahami ialah ahli2 BN sendiri sanggup mensabotaj bilik PDM tersebut. Apa la nak jadi. Mohon POLIS cepat2 tangkap PEMBANGKANG di KEDAH tue. Makin menjadi2 plak perangai. Kacau parti lawan, kacau parti sendiri. Apa pun tak boleh la depa neh kan. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...